SABAH INFO


Kami adalah
Social Media Influencer

Team Sabah Info

Sabah Info adalah sebuah pasukan kreatif yang berpangkalan di Kota Kinabalu. Memfokuskan konten digital versi Sabahan melalui platform media sosial yang paling kukuh di Negeri Sabah! Sabah Info juga menawarkan servis pengiklanan dengan pakej yang berpatutan dengan hasil yang sangat memberangsangkan! Kami sedia menjadi rakan strategik anda!

  • Kota Kinabalu, Sabah
  • sabahinfo.my@gmail.com
  • www.sabahinfo.com.my
Me

Kelebihan Kami

Platform kami adalah yang terbesar di negeri bawah bayu. Meliputi Facebook, Instagram, Tiktok dan Telegram


Facebook 621 Ribu Followers
Tiktok 487 Ribu Followers
Instagram 153 Ribu Followers
Telegram 45 Ribu Followers

Awesome features

Aliquam commodo arcu vel ante volutpat tempus. Praesent pulvinar velit at posuere mollis. Quisque libero sapien.

Animated elements

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Sed tempus cursus lectus vel pellentesque. Etiam tincidunt.

Responsive Design

Pellentesque ultricies ligula a libero porta, ut venenatis orci molestie. Vivamus vitae aliquet tellus, sed mollis libero.

Modern design

Duis ut ultricies nisi. Nulla risus odio, dictum vitae purus malesuada, cursus convallis justo. Sed a mi massa dolor.

Retina ready

Vivamus quis tempor purus, a eleifend purus. Ut sodales vel tellus vel vulputate. Fusce rhoncus semper magna.

Fast support

Suspendisse convallis sem eu ligula porta gravida. Suspendisse potenti. Lorem ipsum dolor sit amet, duis omis unde elit.

0
completed project
0
design award
0
facebook like
0
current projects
  • 105 pengemis palauh di KK ditangkap & dihantar kembali ke Semporna

    105 pengemis palauh di KK ditangkap & dihantar kembali ke Semporna


    KOTA KINABALU:  Seramai 105 kanak-kanak dan pengemis jalanan dewasa yang dikenalpasti daripada suku kaum Palauh dan tidak memiliki kewarganegaraan ditahan dalam satu Operasi Bersepadu Kanak-Kanak dan Pengemis Jalanan di pusat bandaraya Kota Kinabalu yang diselaras oleh Majlis Keselamatan Negera Negeri Sabah (MKN Sabah) semalam. 

    Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan MKN Sabah tersebut, semua tahanan telah dibawa ke Daerah Semporna menggunakan bas sewa khas yang diiring kawal oleh MKN, DBKK dan JPKA.

    "Sebaik tiba di daerah Semporna, semua yang ditahan dilepaskan ke lokasi yang ditetapkan dengan menggunakan bot khas yang diselaraskan pegawai daerah Semporna.

    "Operasi ini berjaya mencapai sasaran operasi tanpa sebarang insiden tidak diingini berlaku," menurut Pengarah MKN Sabah dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

    Katanya, kerajaan menerusi agensi penguatkuasa akan terus komited dalam melaksanakan operasi seperti ini. Operasi ini juga sebahagian daripada komitmen berterusan agensi kerajaan dalam memelihara kesejahteraan dan keselamatan rakyat Sabah.

    "Ia adalah salah satu usaha melindungi masyarakat daripada masalah yang dicetuskan oleh kebanjiran kanak-kanak dan pengemis jalanan yang sekian lama mencemarkan pemandangan di sekitar pusat bandar raya ini.

    Operasi bersepadu tersebut turut mendapat kerjasama daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Perkhidmatan Dan Kebajikan Awam (JPKA), Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan serta Jabatan Ketua Menteri (JKM) Sabah. -SabahInfo





  • Presiden parti tempatan Sabah ditangkap, didakwa terbabit sindiket IC palsu

    Presiden parti tempatan Sabah ditangkap, didakwa terbabit sindiket IC palsu



    PETALING JAYA: Presiden sebuah parti tempatan di Sabah ditahan polis kerana didakwa ada kaitan dengan sebuah sindiket pemalsuan kad pengenalan.

    Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin mengesahkan tangkapan itu dalam sidang media di Bukit Aman hari ini.

    Suspek itu dikenali sebagai Mohd Arshad Abdul Mualap yang mengetuai Parti Perpaduan Rakyat Sabah. Dia didakwa menjadi dalang sindiket terbabit.

    Rakan subahatnya yang dikenali sebagai Mohamad Amkah Ahmad turut disiasat polis.

    Hamzah berkata, parti itu didaftarkan pada 2017 dan kedua-dua individu terbabit dihadapkan ke mahkamah di Shah Alam hari ini. - FMT


  • Datuk Kadoh Agundong Meninggal Dunia

    Datuk Kadoh Agundong Meninggal Dunia

    Kredit :Keluarga Mendiang

    Kota Kinabalu 30 Jun -Veteran politik Sabah yang juga digelar  sebagai 'giant Killer' Datuk kadoh Agundong meninggal dunia di Hospital Queen Elizebeth II di sini akibat sakit tua pada kira-kira 12 tengah malam tadi.

    Berita itu disahkan oleh sepupu mendiang,Stanis Buandi ditemui pada persidangan perwakilan tahunan Parti Bersatu Sabah (PBS) di dewan Hakka disini hari ini.

    "Ya, mendiang (Kadoh) lama sudah sakit tenat sebelum dimasukkan ke KPJ beberapa bulan lepas dan semalam beliau meninggal dunia,"katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

    Kadoh 74,meninggalkan isteri Catherine Soledad Kadoh ,60,dan empat orang anak serta sembilan cucu.

    Mendiang mewakili PBS,terkenal dengan nama 'giant killer' kerana berjaya menumbangkan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh dari Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (Berjaya),pada Pilihan Raya Negeri Sabah 1985.

    Mendiang yang berasal dari daerah Tenom merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melalap dan bekas Ahli Parlimen Ulu Padas kini dikenali Parlimen Tenom.

    Sepanjang berkecimpung dalam politik,Kadoh pernah menggalas jawatan Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan Sabah serta Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri pada era kerajaan PBS.

    Beliau juga pernah menyandang jawatan Naib Presiden PBS pada era 80-an bagaimanapun mengumumkan menyertai Parti Warisan pada 21 Dis 2019.

    -BERNAMA


  • Penduduk Long Pasia Mohon Projek Bekalan Elektrik BELB Yang Terbengkalai Diteruskan

    Penduduk Long Pasia Mohon Projek Bekalan Elektrik BELB Yang Terbengkalai Diteruskan


    Photo By:@norirwandyanriffin

    SIPITANG : Penduduk kawasan Long Pasia di sini memohon agar kerajaan dapat meneruskan Projek Bekalan Eletrik Luar Bandar (BELB) Sistem Solar Hibrid di dua stesen iaitu di Kampung Long Pasia dan Kampung Meligan yang terbengkalai sejak 2017.

    Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Dewan Undangan Negeri Sipitang Sani Miasin berkata projek berkenaan dilaksanakan secara rundingan terus reka dan bina pada 2017 dan sepatutnya disiapkan 2019.

    Beliau berkata kegagalan kontraktor utama menyiapkan projek itu merugikan rakyat kerana mereka tidak dapat menikmati kemudahan bekalan elekrik menerusi program BELB yang disediakan oleh kerajaan.

    “Projek itu gagal disiapkan mengikut seperti yang dijadualkan dan terbengkalai sejak beberapa tahun lepas tanpa sebarang progress sehingga kini,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

    Long Pasia yang terletak 249 kilometer arah Selatan dari Kota Kinabalu merupakan sebuah kawasan pedalaman tanah tinggi, terkenal sebagai kawasan pelancongan, dan ia hanya boleh dikunjungi dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda yang masa perjalanan menjangkau lebih tiga jam, atau perjalanan udara.

    BELP merupakan sebuah program menyediakan bekalan elektrik 24 jam yang mencukupi, dan terjamin kepada penduduk khususnya di luar bandar di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

    Sani berkata projek BELB sistem solar hibrid yang dilaksanakan itu mampu membekalkan tenaga elektrik kepada lebih 500 rumah di tujuh buah kampung iaitu Kampung Long Pasia, Kampung Meligan, Kampung Ulu Bole, Kampung Mangayam, Kampung Rundulang, Kampung Iburu dan Kampung Long Mio.

    “Pembinaan stesen hibrid solar di dua stesen itu amat penting memandangkan kampung-kampung berkenaan belum menikmati kemudahan bekalan eletrik,” katanya.

    Sementara itu Anthony Pikut, 32, seorang pemandu pelancong berkata, penduduk di kawasan Long Pasia pada masa ini terpaksa mengeluarkan kos tinggi untuk bekalan elektrik kerana bergantung kepada generator diesel.

    “Penduduk sini bukan orang kaya, ramai buat kerja kampung. Ada pelancongan boleh jugalah cari pendapatan, tetapi bila COVID-19 baru-baru ini tiada pelancong, susah juga, jadi bila ada elektrik ini bukan sahaja penduduk dapat manfaat, sektor pelancongan pun boleh dikembangkan juga,” katanya. – BERNAMA

  • Sabah Dalam Proses Menjadi Sebuah Negeri Perindustrian Melalui Usaha Kerajaan GRS-BN

    Sabah Dalam Proses Menjadi Sebuah Negeri Perindustrian Melalui Usaha Kerajaan GRS-BN


    Kota Kinabalu: Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah-Barisan Nasional (GRS-BN) kini dalam proses mngindustrikan negeri ini melalui penambahan nilai kepada sumber seperti minyak kelapa sawit,kayu kayan serta minyak dan gas.

    Timbalan ketua menteri III yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian negeri,Datu Dr Joachim Gunsalam berkata,ini adalah strategi kerajaan negeri dalam usaha menjadikan Sabah sebuah negeri perindustrian. 

     "Seperti yang kita sedia maklum untuk mnejadikan Sabah sebuah negeri yang maju dan berpendapatan tinggi ,kita perlu beralih menjadi sebuah negeri perindustrian. "Walaupun perindustrian bukan satu-satunya syarat utama tetapi ia adalah penting untuk Sabah mecapai ekonomi maju dan berpendapatan tinggi.

    "Oleh yang demikian,strategi kerajaan sekarang adalah untuk mengindustrikan negeri ini melalui penambahan nilai kepada sumber seperti minyak kelapa sawit dan gas,"katanya. 

    Beliau berkata demikian ketika Majlis Pengisytiharan Rasmi dan Menandatangani Konsesi Pengoperasian Pelabuhan di antara Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah POIC Sabah Sdn Bhd dan POIC Logistic Sdn Bhd di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC),disini hari ini.

    Majlis itu telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri I Yang juga Menteri Kerja Raya negeri Datu Seri Bung Moktar Radin.

    Dr Joachim berkata,itu adalah detik bersejarah bagi POIC Lahad Datu kerana dengan termeterainya pengisytiharan itu,ia membolehkan Pelabuhan POIC beroperasi sepenuhnya sekaligus memberikan impak yang positif kepada POIC.

    "POIC Lahad Datu mempunyai peranan penting dalam pembangunan di Pantai Timur Sabah dan ekonomi negeri ini.Justeru langkah-langksah untuk merealisasikan hal itu memerlukan sokongan daripada kerajaan negeri agar peluang-peluang pelaburan akan wujud di POIC,"katanya.

    Menurut beliau,POIC akan terus membangunkan dan memperbaiki infrastruktur asas seperti yang diperlukan oleh pengilang serta pelabur umtuk membolehkan mereka melaksanakan aktiviti perniagaan dengan lebih lancar. Jelasnya,kesan positif kelak adalah POIC sentiasa menjadi pilihan utama untuk para pelabur sama ada dari dalam atau luar negeri.

    "Dengan kewujudan terminal kontena ,terminal pukal kering dan cecair serta kemudahan pendaratan tongkang,POIC Lahad datu dapat memenuhi keperluan pengguna untuk menjalankan urursan perniagaan mereka.

    "Seperti yang diketahui umum,pelabuhan memainkan peranan penting dalam rantaian logistic keseluruhan bagi membolehkan pembangunan perdagangan dan ekonomi negeri ini,"katanya.

    "Umum mengetahui bahawa,pelabuhan memainkan peranan penting dalam rantaian logistic keseluruhan bagi membolehkan pembangunan perdagangan dan ekonomi negeri ini,'katanya. Katanya,peranan POIC Lahad Datu dalam konteks pembangunan dan perindustrian Sabah juga boleh dimainkan dalam meningkatkan pertumbuhan sektor ekonomi di Lahad datu Khususnya dan Sabah keseluruhannya.

    Menurutnya,ia termasuk sektor yang digalakkan dibawah Pelan Induk Perindustrian Sabah (SIMP) iaitu aktiviti hiliran kelapa Sawit ,kayu balak dan koko;industri pemprosesan makanan;industri elektrikdan elektronik;industri petrokimia dan gas;industri mineral bukan logam;dan industri jentera dan acuan.

    "POIC Lahad Datu bukan sahaja akan membawa masuk pelaburan langsung ke tapak kluster tetapi juga merangsang aktiviti ekonomi yang lebih besar di daerah Lahad Datu yang lebih luas dan kawasan berhampirannya termasuk dalam sektor perkhidmatan ,perindustrian ,pertanian dan pembinaan.

    "Saya yakin dengan keprihatinan dan kepimpinan kerajaan negeri Sabah POIC Lahad Datu mampu untuk menjalankan peranan yang telah ditetapkan dengan jayanya,"katanya.

    Beliau berkata,kerajaan yang mengutamakan dan memandang serius keperluan pelabur adalah antara kunci utama untuk menarik minat mereka datang dan kekal beroperasi di negeri ini.

    "Justeru,pengisytiharan Pelabuhan POIC Lahad Datu ini jelas membuktikan komitmen tinggi kerajaan negeri dalam membantu merealisasikan matlamat POIC bagi membolehkannya beroperasi sepenuhnya sebagai pelabuhan.

    Sumber: Deasoka
  • Indonesia tuntut penjelasan mengenai layanan warganya di "Rumah Merah" Sabah

    Indonesia tuntut penjelasan mengenai layanan warganya di "Rumah Merah" Sabah

     


    JAKARTA: Kementerian Luar Indonesia sedang berusaha mendapatkan penjelasan daripada Jabatan Imigresen Negeri Sabah susulan laporan yang dikeluarkan Gabungan Buruh Migran Berdaulat (KBMB) akan layanan terhadap warganya di depot tahanan di Malaysia.

    Laporan itu mendakwa berlaku kematian dan layanan tidak berperikemanusiaan terhadap tahanan warga Indonesia di Depot Tahanan Imigresen di Tawau, Sabah.

    Bagaimanapun, pada Selasa laporan itu disangkal oleh Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud yang berkata, ia satu tuduhan tidak berasas.

    Pengarah perlindungan rakyat di kementerian itu, Judha Nugraha, berkata dalam satu kenyataan Konsulat Jeneral Republik Indonesia Kota Kinabalu dan Konsulat Republik Indonesia Tawau telah dijadualkan bertemu Pengarah Jabatan Imigresen Negeri Sabah semalam (Selasa)

    Pertemuan itu untuk meminta maklumat mengenai penemuan KBMB, sebagai usaha Kerajaan Indonesia melindungi warga dan tenaga kerja Indonesia di Sabah.

    Pihaknya juga akan membuat tindakan susulan secara bilateral dengan pihak berkuasa Malaysia sekiranya maklumat dalam laporan itu disahkan, katanya.

    Jumaat lalu, ahli-ahli KBMB mengadakan demonstrasi di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Kuningan berhubung dakwaan itu.

    Sementara itu di Kuala Lumpur, Khairul Dzaimee dalam penjelasannya berkata pengurusan depot imigresen Malaysia menepati piawaian dan standard 'The Mandela Rules' serta memberi layanan baik kepada semua tahanan termasuk tahanan Indonesia.

    Rawatan kesihatan awal turut diberikan oleh kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia yang ditempatkan secara kader di semua depot imigresen, manakala kes kesihatan serius dibawa ke hospital.

    Seramai 18 tahanan Indonesia meninggal dunia di Sabah pada 2021 dan enam orang tahun 2022 semasa dirawat di hospital, kata Khairul Dzaimee dalam satu kenyataan pada Selasa.

    Kematian disebabkan pelbagai penyakit seperti masalah jantung, buah pinggang, COVID-19 serta paru-paru berair.

    Sementara itu, agensi berita Antara melaporkan Ketua Badan Pelindungan Pekerja Migran Indonesia (BP2MI) Benny Rhamdani akan ke Malaysia dalam masa terdekat untuk melawat depoh tahanan tenaga kerja Indonesia.– BERNAMA

  • Kerajaan Sabah Dalam Usaha Mendaftarkan Kinabatangan Sebagai Tapak Rizab Biosfera Dunia

    Kerajaan Sabah Dalam Usaha Mendaftarkan Kinabatangan Sebagai Tapak Rizab Biosfera Dunia

    Photo By: Francis_globe

    KINABATANGAN,  29 Jun  - Kerajaan Sabah dalam usaha mendaftarkan Kinabatangan sebagai tapak rizab biosfera dibawah program Manusia dan Biosfera (MAB) Pertubuhan Pendidik Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

    Menteri pelancongan kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin berkata ia sebagai pengiktirafan daerah berkeluasan 6,605 km persegi itu terhadap sumber semula jadi dengan pelbagai fungsi ekologi penting serta landskap Kinabatangan yang unik dan kaya dengan biodiversiti.

    ''Sekiranya berjaya maka Kinabatangan akan menjadi tapak rizab kedua di Sabah selepas Banjaran crocker dan Keempat di Malaysia.

    ''Dengan pengiktirafan ini , masyarakat antara bangsa akan tertumpu ke Kinabatngan , khususnya Sukau , untuk menikmati alam sekitar lestari yang cukup dijaga dengan pembabitan komuniti yang tinggal disekitar kawasan ini,'' katanya  kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Biodiersiti sedunia disini hari ini.

    Ahli dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau itu berkata , perjalanan kearah mendapatkan pengiktirafan berkenaan dijangka mengambil masa dua tahum menerusi pelaksanaan proses konsultasi oleh Pusat Biodiversiti Sabah dengan pihak pemegang taruh termasuk masyarakat setempat bermula julai ini.

    Katanya , dapatan daripada konsultasi itu adalah sebagai keperluan bagi dokumen pencalonan yang akan dihantar ke UNESCO melalui kerajaan Persekutuan.

    ''Melalui program MAB ini , satu pelan pengurusan bersepadu berdasarkan perundangan Sabah yang sedia ada akan dibangunkan dengan penglibatan semua pemegang taruh di Kinabatangan.

    ''Zon pengurusan yang mempunyai objektif tersendiri seperti Zon Teras , Zon Penampan dan Zon Transisi akan dikenal pasti agar semua pemegang taruh mempunyai peranan yang harus dimainkan dan seterusnya mendapat manfaat sewajarnya daripada sektor ekonomi hasil daripada pengiktirafan antarabangsa ke atas tapak ini,'' katanya.


    Sumber : BERNAMA

  • Lebih 5,000 ahli bakal banjiri Konvensyen BN di ITCC Sabtu ini

    Lebih 5,000 ahli bakal banjiri Konvensyen BN di ITCC Sabtu ini


    KOTA KINABALU: Seramai 5,000 peserta dijangka menghadiri Konvensyen Barisan Nasional (BN) Sabah 2022 yang akan diadakan di Penampang Sabtu ini, kata Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin.

    Timbalan Ketua Menteri Sabah itu berkata konvensyen tersebut akan menjadi medan memperkukuhkan solidariti parti itu khususnya di Sabah dan menjadi saksi betapa kukuhnya kesepakatan sebuah gabungan BN yang memberi sumbangan besar membentuk kerajaan Sabah.

    Katanya, walaupun BN hanya mempunyai empat parti komponen iaitu UMNO, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah, semua parti itu amat memerlukan justeru BN perlu mengambil pendekatan merapatkan barisan kepimpinan dan menyatukan jentera semua peringkat sebelum berdepan pilihan raya umum (PRU).
     
    "Konvensyen ini berkemungkinan menjadi pertemuan terakhir ahli-ahli parti sebelum menghadapi pilihan raya yang disifatkan paling sengit dalam sejarah PRU di Malaysia. Justeru ahli-ahli BN khususnya peserta yang hadir ke konvensyen ini perlu memanfaatkan pertemuan ini.

    "Bincangkan isu-isu yang relevan untuk memperkasakan perjuangan parti, melihat secara jujur segala rencana dan pelan BN, dalam mengatur persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang," katanya menerusi kenyataan hari ini.

    Bung Moktar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah berkata Presiden BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijadual merasmikan majlis penutup konvensyen itu pada hari sama dan turut dijadualkan hadir Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan.

    Beliau berkata antara program konvensyen itu ialah Bicara Seorang Negarawan oleh Pengerusi Lembaga Penasihat BN Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga bekas Perdana Menteri.
    -- BERNAMA
  • Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Berjaya Gagalkan Cubaan Seludup Minyak Masak Paket Bersubsidi

    Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Berjaya Gagalkan Cubaan Seludup Minyak Masak Paket Bersubsidi

     


    MINYAK masak paket bersubsidi yang dirampas. FOTO ihsan APMM

    SEMPORNA: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menggagalkan cubaan menyeludup keluar 340 kilogram (kg) minyak masak paket bersubsidi menerusi Ops Pluto Timur, semalam.

    Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Norrimi Hassan, berkata, sepasukan anggota bot perondanya mengesan bot tanpa pendaftaran kira-kira 0.5 batu nautika arah utara Pulau Kulapuan, dekat sini, pada 9.30 pagi.

    Bagaimanapun katanya, sebaik menyedari kehadiran anggota keselamatan juragan bot memecut ke kawasan cetek sebelum melarikan diri ke kawasan daratan dan gagal dikesan.

    “Pemeriksaan ke atas bot yang ditinggalkan suspek menemukan 340 paket minyak masak bersubsidi disyaki cuba diseludup ke negara jiran.

    “Nilai keseluruhan rampasan termasuk bot bersama dua unit enjin sangkut dianggarkan berjumlah RM5,350 dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan 1961,” katanya dalam kenyataan di sini, malam tadi.

    Norrimi berkata, sepanjang Februari hingga Jun tahun ini, 2,953 kg minyak masak paket bersubsidi dirampas di perairan Semporna.

    Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan dan pihaknya percaya kegiatan penyeludupan barang kawalan terbabit didalangi sindiket membabitkan warga asing dan penduduk tempatan.

    “Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan sebarang aktiviti pelanggaran undang-undang termasuk kegiatan penyeludupan supaya menghubungi Pusat Zon Maritim Semporna di talian 089-782619 atau MERS 999,” katanya. – HMetro
  • "Panggil katak, kataklah." Mohammadin umum keluar Bersatu

    "Panggil katak, kataklah." Mohammadin umum keluar Bersatu


    KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Lahad Datu, Mohamaddin Ketapi mengumumkan keluar daripada Bersatu dan menjadi wakil rakyat bebas yang mesra kerajaan persekutuan serta negeri.

    Mohamaddin yang juga ADUN Segama berkata, tindakan beliau keluar Bersatu adalah kerana tidak diberi sebarang peranan untuk memperkukuhkan parti itu seperti yang dijanjikan.

    “Saya telah dijanjikan peranan untuk memimpin parti di kawasan saya di Parlimen Lahad Datu dan Dewan Undangan Negeri Segama, namun setelah lebih enam bulan, tiada sebarang peranan yang diberikan,” katanya dalam sidang media.

    Beliau turut mendakwa diri dan penyokongnya diketepikan jentera oleh parti di Lahad Datu dan Segama dengan Bersatu mengadakan aktiviti tanpa pengetahuannya.

    “Dari awal lagi, penyokong saya berminat menyertai Bersatu melalui bahagian ini tetapi mereka menolaknya.”

    Bekas menteri pelancongan itu meninggalkan Warisan pada Oktober 2021, sebelum menyertai Bersatu pada 26 Nov lalu.

    Ditanya sama ada keputusannya meninggalkan Bersatu dan Warisan akan memberi persepsi buruk terhadap dirinya, Mohamaddin berkata, beliau tidak bimbang dengan perkara itu.

    “Banyak yang panggil katak, tapi kalau bertahan di situ, duduk sahaja buat apa, bukan mahu tunggu bertelur, kita sepatutnya bekerja untuk rakyat.

    “Saya tidak bimbang dengan itu (persepsi buruk rakyat terhadap dirinya). Panggil katak, kataklah, panggil monyet, monyetlah, saya tidak kisah.”

    Beliau secara sinis turut mengucapkan “tahniah” kepada Ketua Bersatu Lahad Datu, Japlin Akim yang “berlagak seolah-olah beliau ialah Ahli Parlimen Lahad Datu dan ADUN Segama”. - FMT


  • Cawangan Baru UNIKL Bakal Dibina Di Sabah-Azizah

    Cawangan Baru UNIKL Bakal Dibina Di Sabah-Azizah

    Azizah (tiga dari kiri) bersama usahawanita di Matunggong.

     MATUNGGONG: Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dibawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) bakal membina kampus baharunya bagi cawangan Sabah.

    Pengerusi MARA, Datuk Seri Panglima Azizah Mohd Dun berkata UniKL sudah mempunyai 13 cawangan di seluruh negara dan kini masanya untuk diwujudkan sebuah cawangan bagi negeri Sabah.

    “Sudah tiba masanya di mana kami merasakan UniKL juga perlu wujud sebagai sebuah cawangan di negeri Sabah kerana ia sudah wujud di semua negeri lain.

    “Kini kita dalam sedang proses perbincangan bersama pihak Kerajaan Negeri Sabah tentang usaha untuk mewujudkan UniKL cawangan Sabah ini dan untuk pengetahuan semua, kita juga bercadang untuk mewujudkan kerjasama dengan Yayasan Sabah kelak,” katanya.

    Azizah bergambar kenangan dengan para usahawan daripada Matunggong.

    Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa hadir dalam Program Outreach MARA di sini, pada Jumaat.

    Hadir sama Pengarah Mara Sabah, Dr Shahrizin Abdul Sarhadat dan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, Dato Redonah Bahanda serta para usahawan daripada Matunggong.

    Menurut Azizah lagi, MARA juga sedang menunggu kelulusan dari pihak Kementerian Kewangan Malaysia bagi mewujudkan Kolej Vokasional di daerah Beaufort.

    “Kita akan bina kolej ini di Beaufort dan kini sedang menunggu beberapa perkara lagi di peringkat kementerian.

    “Setelah selesai semua nanti, kita akan terus memulakan proses pembinaan Kolej Vokasional tersebut yang sudah pasti bakal memberi manfaat kepada anak-anak muda kita yang bakal melanjutkan pengajian mereka dalam bidang dan ilmu vokasional,” katanya lagi.

    Dalam pada itu, Azizah juga memberitahu bahawa MARA ingin lebih ramai anak negeri Sabah menerima manfaat dan peluang bagi melanjutkan pengajian sehingga ke peringkat antarabangsa.

    “MARA ada tajaan yang mana kita sediakan untuk anak-anak yang berpeluang melanjutkan pengajian mereka sehingga ke peringkat antarabangsa.

    “Kita mahu lebih ramai anak-anak Sabah yang guna peluang ini dan sambung pengajian merek ake luar negara, sekaligus membanggakan negeri Sabah dengan kejayaan mereka nanti,” jelasnya.

    Azizah juga berkata, usaha bagi menaiktaraf dan pemerkasaan usahawan di kawasan luar bandar adalah usaha berterusan dari pihak MARA dan semua usahawan digalakkan untuk aktif dengan aktiviti MARA.

    “Ramai usahawan wanita kita ada potensi yang berada di luar bandar, mereka ada produk, ada keinginan dan ada kehendak untuk memajukan perniagaan mereka.

    “Rebutlah peluang dan sertai semua program pemerkasaan kerana kita ada pembiayaan, kita menyampaikan ilmu kepada mereka tentang perlunya pengetahuan pendigitalan dan pensijilan serta banyak lagi,” katanya lagi.

    Tambahnya, MARA juga sedia untuk menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak dalam usaha bagi meningkatkan mutu usahawan wanita di kawasan luar bandar.

    “Kerjasama dengan semua pihak yang ingin sama memajukan usahawan wanita kita boleh kita laksanakan dan ini semua adalah demi untuk manfaat usahawanita kita.

    “Kita yakin dengan norma baharu dalam urusniaga, amat penting untuk setiap usahawan itu mempunyai nilai tambah dan ilmu untuk memasarkan produk yang mereka hasilkan hingga berjaya ke peringkat antarabangsa.

    “Pastinya ini akan menambahbaik keadaan ekonomi keluarga mereka, menghasilkan peluang pekerjaan baharu dan menjana keuntungan yang boleh dimafaatkan untuk komuniti setempat,” ujar beliau lagi.

    Sumber : wartaoriental

  • Kerajaan perlu naiktaraf jalan-jalan utama di Tawau - Suryady

    Kerajaan perlu naiktaraf jalan-jalan utama di Tawau - Suryady

     


    TAWAU: Kerajaan perlu menaiktaraf jalan-jalan utama di Perbandaran Tawau bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas yang semakin meruncing ketika masa-masa puncak.

    Cadangan itu bakal disuarakan oleh Adun N.71 Tanjung Batu, YB Andi Muhammad Suryady bin Bandy di persidangan Dewan Undangan Negeri yang akan berlangsung pada julai depan.

    Menurut beliau, laluan tambahan khususnya di Jalan Utara dan Jalan Kuhara perlu dibina bagi memberikan keselesaan kepada pengguna jalan raya selain bakal memberikan kesan positif untuk jangka masa panjang bagi Daerah Tawau.

    "Saya akan menyuarakan perkara ini bersama-sama rakan-rakan di Dewan Undangan Negeri kelak dan kita mengharapkan pihak kerajaan peka dan mengambil perhatian terdapat isu ini." katanya.

    Beliau yang juga Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah ditemui pemberita ketika merasmikan program Pertandingan Futsal di Kg. Pukat, Tawau.
  • PM Perlu Jelaskan Segera Tentang Isu Kenaikan Harga Runcit Produk Petroleum Mulai 1Julai

    PM Perlu Jelaskan Segera Tentang Isu Kenaikan Harga Runcit Produk Petroleum Mulai 1Julai

     


    KOTA KINABALU : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob digesa memberi penjelasan segera mengenai kesahihan laporan kenaikan harga runcit produk petroleum mulai 1 Julai ini agar rakyat Malaysia tidak panik dan beratur panjang untuk membeli barangan keperluan itu di stesen minyak sepertimana yang pernah berlaku beberapa tahun lalu.

    Naib Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Junz Wong berkata orang ramai amat terkesan dengan peningkatan harga barangan keperluan seharian di pasaran seperti ayam dan minyak masak, dan kini timbul pula isu kenaikan harga minyak petrol yang sedang hangat diperkatakan oleh rakyat Malaysia dan menjadi topik utama di media sosial.

    “Kami menggesa agar Perdana Menteri mengumumkan kesahihan berita ini dan menjelaskan isu ini dengan segera agar rakyat Malaysia tidak panik dan beratur panjang untuk membeli minyak di stesen-stesen minyak seperti beberapa tahun sebelumnya.

    “Diharap pihak kerajaan dapat menangani isu ini dengan bijaksana bagi mengelak sebarang kemungkinan yang akan berlaku sekiranya isu ini tidak di jelaskan dengan terperinci,” katanya dalam satu kenyataan.

    Sumber : Borneotoday

  • Bas Elektrik Pertama Kota Kinabalu Mulakan Perkhidmatan Hari Ini

    Bas Elektrik Pertama Kota Kinabalu Mulakan Perkhidmatan Hari Ini

     


    KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat negeri Datuk Ir Shahelmy Yahya menyaksikan pelancaran perkhidmatan eBas Kota Kinabalu (eBusKK) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

    Turut hadir Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad (QSB), Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak.

    Pengarah Eksekutif QSB, Haji Mohd. Shukor Abdul Mumin berkata, perkhidmatan eBusKK menggunakan bas berkapasiti 54 penumpang akan melalui laluan pengangkutan awam yang ditetapkan sebagai Laluan eBusKK 101, atau juga dikenali sebagai Laluan Sepanggar 6B, dari Isnin hingga Khamis.

    “Ini hanyalah permulaan untuk mengukur kebolehpercayaan eBas dalam menyokong pengangkutan awam sedia ada,” katanya sambil menambah, perkhidmatan itu juga akan membantu mempromosikan Sabah sebagai destinasi pelancongan pada masa hadapan.



    Perkhidmatan eBusKK adalah usaha kerjasama antara QSB, cabang pelaburan Kerajaan Sabah, dan Gemilang Coachwork Sdn Bhd, salah satu pembina badan bas elektrik dan aluminium terkemuka di Asia.

    Beliau berkata, eBusKK merupakan respons QSB selepas ditugaskan untuk membantu menangani kesesakan lalu lintas di bandaraya ini dengan menggabungkan perkhidmatan pengangkutan awam yang mampan alam sekitar.

    “Melalui perkhidmatan eBusKK, kita menyokong usaha Kerajaan untuk menambah baik sistem pengangkutan awam di bandar ini sambil memperkenalkan penggunaan kenderaan bebas emisi.

    “Ini juga sebagai usaha untuk membina kesedaran di kalangan pihak berkepentingan berkaitan kepentingan mempunyai sistem pengangkutan bersepadu dan mantap,” kata Mohd. Shukor.

    Beliau berharap, kumpulan berkepentingan lain akan turut serta dalam usaha menambah baik lagi pengangkutan awam dengan tumpuan kepada sumber ‘bersih dan hijau’.

    Mohd. Shukor berkata, perkhidmatan eBusKK adalah antara inisiatif mengurangkan pelepasan karbon di Kota Kinabalu menjelang 2050.

    “Untuk mencapai sasaran menjadi negara neutral karbon menjelang 2050, semua pihak perlu terlibat. Harapan kami ialah perkhidmatan bas elektrik akan diperluaskan ke daerah lain di seluruh Sabah,” katanya.



    Dikuasakan sepenuhnya oleh elektrik, eBas ini dilengkapi dengan teknologi terkini termasuk sistem pengumuman perhentian bas automatik, tanjakan menaiki untuk menyediakan akses mudah untuk orang kurang upaya dan warga emas. Ia turut dilengkapi kamera CCTV untuk keselamatan penumpang, sistem kedudukan global (GPS) dan sistem pemantauan pemandu.

    Turut hadir, Pengarah QSB Datuk Dr. Johnson Tee, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Ahmad Rizal Dahli, Pengarah Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah, Norsiah Patah dan Pengarah Jabatan Trafik Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Saiman Anggak.

    Perkhidmatan eBusKK sedang dilaksanakan oleh QSB sebagai sebahagian daripada projek perintis selama enam bulan di mana orang ramai boleh menikmati kemudahan ini di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu bermula dengan laluan antara Sepanggar dan Menara Kinabalu di kawasan pusat bandar. Kajian kemungkinan akan dijalankan semasa larian perintis ini untuk menilai kemampanan perkhidmatan bas elektrik di Sabah.

    Larian perintis akhirnya akan diperluaskan melangkaui laluan Sepanggar-Menara Kinabalu. Hasil kajian akan membuka jalan kepada perancangan terperinci dan keseluruhan perkhidmatan eBus masa hadapan.

    Sejak Oktober lalu, QSB telah berusaha untuk memastikan persediaan teknikal dan langkah-langkah keselamatan ditetapkan sebelum larian perintis. Ini termasuk kajian teori mekanikal, kebolehpercayaan produk, sokongan vendor, infrastruktur dan kecekapan sistem untuk menyokong perkhidmatan pengangkutan awam sedia ada.

    Kajian eBas juga akan melengkapkan perancangan masa depan Bandaraya Kota Kinabalu.

    Sumber : WO

  • Perintah Berkurung ESSZone Lanjut Sehingga 7 Julai

    Perintah Berkurung ESSZone Lanjut Sehingga 7 Julai

     


    LAHAD DATU: Perintah berkurung membabitkan perairan tujuh daerah di Zon Selamat Pantai Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir esok, dilanjutkan sehingga 9 Julai ini.

    Pesuruhjaya Polis Sabah Idris Abdullah berkata perintah dari pukul 6 petang hingga 6 pagi itu melibatkan perairan Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

    “Penduduk yang tinggal di kawasan terlibat dikehendaki berada di rumah, manakala orang luar tidak dibenarkan memasuki (atau berada) di kawasan tersebut, dalam tempoh berkenaan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

    Menurutnya, perintah berkurung itu diteruskan bagi memastikan kawasan perairan terlibat tidak diceroboh pengganas, sekali gus mengancam keselamatan penduduk termasuk penyelidik antarabangsa yang menjalankan penyelidikan, serta pelancong asing yang melawat pulau peranginan.

    “Maklumat mendapati, kumpulan yang menjalankan kegiatan penculikan untuk dapatkan tebusan dan kumpulan Abu Sayyaf, masih cuba menceroboh ke kawasan ini untuk melakukan penculikan serta lain-lain jenayah rentas sempadan,” katanya.

    Idris berkata perintah berkurung itu juga, akan memudahkan penguatkuasaan serta pemantauan terhadap pergerakan bot, dan menimbulkan rasa selamat serta yakin kepada penduduk maritim, dengan kehadiran pasukan keselamatan.

    Dalam pada itu, katanya semua ketua polis daerah di ESSzone diberi kuasa mengeluarkan permit kepada pemohon yang layak, bagi tujuan aktiviti perikanan atau keperluan mendesak lain untuk melalui kawasan perintah berkurung itu. – BERNAMA

  • Pengusaha Resort Pantai Timur Dan Pasukan Keselamatan Perlu Menjalinkan Kerjasama Yang Erat

    Pengusaha Resort Pantai Timur Dan Pasukan Keselamatan Perlu Menjalinkan Kerjasama Yang Erat



    LAHAD DATU: Pengusaha resort di Pantai Timur Sabah diingatkan agar berganding bahu membentuk kerjasama erat dengan pasukan keselamatan demi melonjakkan kesejahteraan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

    Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Deputi Komisioner Hamzah Ahmad berkata, langkah itu penting bagi memastikan kawasan resort mereka sentiasa berada dalam keadaan selamat.

    Beliau berkata demikian semasa Taklimat Keselamatan ESSCOM kepada pengusaha-pengusaha resort dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Sabah dan Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, hari ini.

    Seramai 42 pengusaha resort sekitar pantai timur Sabah telah hadir menjayakan program tersebut.



    Melalui program itu, pihak pengusaha resort dapat berinteraksi secara langsung dengan pihak berkuasa berhubung cabaran keselamatan dalam industri pelancongan khususnya di ESSZone.

    ESSCOM juga berkesempatan memberikan khidmat nasihat kepada pihak pengusaha resort bagi meningkatkan aspek kawalan keselamatan dan perlindungan secara kendiri di premis masing- masing.

    Selain itu, program itu juga dapat memupuk hubungan rapat antara ESSCOM dengan pihak pengusaha resort serta mengukuhkan persepsi positif berhubung tahap kawalan keselamatan di ESSZone yang sentiasa diberi perhatian serius oleh kerajaan.

    Dalam program sama, ESSCOM juga melancarkan Kajian Kebolehlaksanaan Pelantikan Polis Bantuan di Resort Pantai Timur Sabah dengan kerjasama daripada Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah.

    Cadangan pelantikan Polis Bantuan di resort pantai timur Sabah ini merupakan tambahan elemen kawalan keselamatan kendiri di premis mengikut peruntukan Bahagian IX, Akta Polis 1967 (Seksyen 47 – Seksyen 50) bagi melengkapi dan mengukuhkan kawalan keselamatan yang sedia wujud di lokasi-lokasi strategik di pantai timur Sabah. Kajian tersebut akan dilaksanakan dalam tempoh tiga bulan dan dijangka selesai pada suku tahun ketiga 2022.

    Sumber : Borneo Today

  • PENGAKHIRAN PILU SEEKOR ANAK GAJAH YANG CEDERA TERKENA JERAT AKHIRNYA MATI

    PENGAKHIRAN PILU SEEKOR ANAK GAJAH YANG CEDERA TERKENA JERAT AKHIRNYA MATI



    KOTA KINABALU: Anak gajah yang mengalami kecederaan akibat terkena jerat hingga terpaksa dipotong kaki hanya mampu bertahan selama dua hari sebelum disahkan mati kelmarin.

    Kematian anak gajah itu berpunca daripada kegagalan organ-organ penting seperti jantung, paru-paru serta pendarahan pada saluran pemakanan seperti perut dan usus.

    Ia akibat jangkitan kepada luka yang dialaminya sejak terkena jerat pada Sabtu.

    Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Arifin berkata, anak gajah berusia kurang dua tahun itu diselamatkan oleh Unit Penyelamat Hidupan Liar (WRU) pada Isnin.

    Kemudian, ia diberi rawatan oleh pegawai veteriner pada pagi Isnin. Selepas pembedahan memotong kaki, anak gajah itu juga telah menunjukkan perkembangan yang sangat baik dan kelihatan sihat malah makan dan minum seperti gajah sihat yang biasa.

    “Walau bagaimanapun, pada keesokan harinya (Selasa), anak gajah itu kelihatan agak lemah dan tertekan.

    “Rawatan dan pemberian ubat telah dilakukan dan anak gajah itu bertindak balas dengan baik namun, pada sebelah petang, anak gajah itu telah rebah.

    “Ia cuba untuk bangun tetapi rebah semula dan seketika kemudian iaitu pada kira-kira jam 6:15 petang, anak gajah itu berhenti bernafas. Doktor veteriner yang merawat mengesahkan kematiannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Beliau berkata, bedah siasat terhadap anak gajah tersebut telah dijalankan pada tadi dan mendapati beberapa organ penting gagal untuk berfungsi.

    Walaupun pegawai veteriner yang merawat telah melakukan sebaik mungkin untuk merawat anak gajah tersebut namun saya sangat sedih keadaan anak gajah itu akhirnya mati.

    “Justeru, saya berharap kecederaan dan kematian sebegini tidak berulang di masa hadapan.

    “Saya menyeru kepada semua lapisan masyarakat Sabah untuk sama-sama berusaha membendung pemasangan jerat yang sememangnya menyalahi undang-undang bagi mengelakkan kecederaan dan kematian kepada hidupan liar terutamanya hidupan liar terancam seperti gajah,” katanya.

    Sumber : Borneo Today

  • WARISAN TUBUH JAWATANKUASA KHAS TINGKAT KHIDMAT DI KAWASAN CINA

    WARISAN TUBUH JAWATANKUASA KHAS TINGKAT KHIDMAT DI KAWASAN CINA

     


    KOTA KINABALU: Parti Warisan (Warisan) mengambil langkah setapak ke hadapan bagi mengukuhkan lagi kedudukan parti itu di kawasan masyarakat Cina.

    Naib Presiden Warisan, Datuk Junz Wong berkata, sebelum ini kawasan Cina bukan kekuatan Warisan.

    Walaupun sokongan masyarakat Cina terhadap Warisan amat baik namun, parti itu mahu terus menangani isu-isu yang sering dihadapi masyarakat Cina di Sabah.

    Justeru, Warisan menubuhkan Jawatankuasa Cina Negeri Sabah bagi memperkukuhkan lagi gerak kerja parti bagi menarik lebih banyak sokongan masyarakat Cina.

    Beliau berkata, sudah tiba masa untuk parti ini mempertingkatkan perkhidmatan mereka di kawasan pengundi Cina.

    Kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini menyebabkan Warisan tidak memberi fokus kepada kawasan Cina.

    Namun situasi sekarang agak berbeza dan pucuk pimpinan Warisan juga mengarahkan wakil rakyat untuk mempertingkat gerak kerja di kawasan yang masih perlu diperkukuhkan.

    Selaku parti berbilang kaum, Warisan mahu memastikan tiada mana-mana kaum yang tertinggal daripada menyuarakan masalah yang mereka hadapi kepada wakil-wakil rakyat Warisan.

    Jawatankuasa itu akan dipengerusikan sendiri oleh Junz manakala, Timbalan Pengerusi adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting, George Hiew.

    ADUN Tanjung Aru itu berkata, penubuhan jawatankuasa tersebut bukan bertujuan merebut kerusi di kawasan Cina sebaliknya, mereka mahu memberi fokus untuk menangani isu-isu yang dihadapi masyarakat Cina di negeri ini.

    Di samping itu, Warisan juga akan membuka keahlian di kawasan-kawasan yang dihuni masyarakat Cina kerana ada permintaan daripada akar umbi untuk menyertai parti ini.

    Sumber:  Borneo Today

  • Suryady galak lebih ramai usahawan belia daftar “Lesen PMS” di Sabah

    Suryady galak lebih ramai usahawan belia daftar “Lesen PMS” di Sabah

    Suryady menyampaikan sumbangan Dana Khas pendaftaran "Lesen PMS" kepada Pengerusi Gabungan Belia Tawau yang turut disaksikan Pegawai Kewangan Negeri Sabah, Puan Rafidah Binti Datu Derin dan wakil Commerce Dot Com Sabah

    TAWAU: Pembantu Menteri Belia & Sukan Sabah, YB Andi Muhammad Suryady Hj Bandy menyeru agar lebih ramai usahawan belia di negeri ini mendaftar perniagaan mereka menggunakan sistem ePerolehan atau lebih dikenali sebagai “Lesen PMS”.

    Beliau ditemui ketika turun padang menjayakan program Sanang Baitu Daftar ePerolehan (SBDeP) bagi Zon Tawau di LA Hotel Tawau anjuran Perbendaharaan Malaysia Sabah, Kementerian Kewangan Malaysia dengan kerjasama Commerce Dot Com Sabah.

    “Saya berharap agar lebih ramai usahawan belia bukan sahaja di Daerah Tawau, malah di seluruh Sabah untuk mendaftarkan perniagaan mereka di dalam sistem ePerolehan bagi memudahkan sebarang urusan berkaitan perolehan kerajaan.”

    Beliau yang juga Adun N.71 Tanjung Batu itu turut menyerahkan sumbangan dana khas bantuan bayaran lesen kepada usahawan belia yang LULUS SERTA MERTA ‘Lesen PMS' dalam program tersebut, hari ini.

  • Pengurusan PATI di Sabah terjejas akibat COVID-19

    Pengurusan PATI di Sabah terjejas akibat COVID-19


    KOTA KINABALU: Usaha pengusiran warga asing yang ditahan di depot Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Sabah terjejas disebabkan penularan COVID-19.

    Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Jonathan Yasin berkata terdapat seramai 7,161 orang tahanan berdasarkan perangkaan tahanan keseluruhan yang ada ketika ini.

    “Daripada jumlah terbabit, 6,597 adalah warganegara Filipina yang masih ditahan di semua keempat-empat depot Imigresen.

    “Terdapat jurang perbezaan yang sangat ketara dalam pelaksanaan penghantaran balik tahanan warganegara Filipina sejak tahun 2018 sehingga 2022.

    “Statistik pelaksanaan pengusiran warganegara Filipina bagi tahun 2019 hingga 2022 semakin menurun berbanding tahun 2018 yang merekodkan penghantaran pulang seramai 10,905 orang,” katanya.

    Beliau berkata demikian semasa Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2021 JIM, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

    Jonathan berkata seperti sedia maklum, ancaman pandemik COVID-19 memberi impak yang sangat besar kepada keseluruhan perkhidmatan awam secara amnya dan JIM secara khususnya.

    Tambahnya ianya dapat dilihat dari segi proses pengusiran tahanan warga asing yang tergendala sejak pandemik COVID-19 bermula.

    “Ia semakin menurun disebabkan faktor utama iaitu ancaman pandemik COVID-19 yang membawa kepada penutupan sempadan antarabangsa negara-negara terlibat.

    “Oleh demikian, sejajar dengan peralihan ke fasa endemik, kita berharap pihak Kedutaan Filipina memberi kerjasama sepenuhnya dan dapat mempermudahkan urusan pengusiran tahanan warganegara Filipina seperti sebelumnya.

    Sumber: Utusan Borneo Online


  • 300 hektar tanah untuk tanaman baharu koko di Sabah - Willie

    300 hektar tanah untuk tanaman baharu koko di Sabah - Willie



    KOTA BELUD, 23 Jun (Bernama) -- Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi telah membuka kawasan tanaman baharu koko seluas 300 hektar di Sabah menerusi program Rangsangan Pengeluaran Hasil Koko (RPKH) Tanaman Baharu 2022 (TB22).

    Timbalan Menterinya Datuk Willie Mongin berkata program itu antara lain akan menggunakan khidmat kontraktor bagi melaksanakan kerja-kerja pembukaan dan pembersihan kawasan berkenaan.

    “Inisiatif ini akan meringankan bebanan kewangan dan mengurangkan aktiviti fizikal yang perlu ditanggung sendiri oleh para pekebun kecil,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Terdahulu, Willie merasmikan program Jelajah Agrikomoditi #KeluargaMalaysia 2022 bersama peserta program RPHK TB22 di Kampung Kiau Taburi dekat sini. Seramai 30 pekebun dari kampung tersebut menghadiri sesi perjumpaan dikendalikan Lembaga Koko Malaysia (LKM).

    Willie berkata inti pati utama program RPHK TB22 antara lain meliputi komponen projek tanaman baharu, pembinaan mini pengeringan koko serta aktiviti pemindahan teknologi dan pengembangan. Beliau berkata sebahagian besar golongan pekebun koko di zon Kiau bekerja sebagai pemandu pelancong di Gunung Kinabalu.

    Menurutnya, kedudukan kebun koko di lokasi strategik di daerah itu juga dilihat berupaya melonjakkan kawasan tersebut sebagai sebuah pusat pelancongan berpotensi tinggi.

    “Oleh itu, perancangan masa depan pembangunan industri koko di zon Kiau juga akan berpaksikan kepada agropelancongan seiring dengan perkembangan industri inap desa dan rekreasi di kawasan ini,” katanya.

    Willie dalam pada itu berkata LKM juga akan membangunkan 10 hektar tanah untuk tanaman baharu koko di zon Kiau berkonsepkan integrasi tanaman dengan avokado menjadi tanaman pilihan para pekebun. -- BERNAMA 
  • Suryadi lancar TEMA, bakal tubuhkan Sukarelawan Bomba Komuniti di Tanjung Batu

    Suryadi lancar TEMA, bakal tubuhkan Sukarelawan Bomba Komuniti di Tanjung Batu

    Pelancaran TEMA turut disaksikan Pengarah JPBM Negeri Sabah, YS PKPB Tuan Abdul Razak Bin Muda
    Pelancaran TEMA turut disaksikan Pengarah JPBM Negeri Sabah, YS PKPB Tuan Abdul Razak Bin Muda

    TAWAU: Sukarelawan Bomba Komuniti bakal ditubuhkan dalam masa terdekat bagi peringkat DUN Tanjung Batu untuk membantu kerja-kerja menyelamat dan memadamkan kebakaran yang berlaku di kawasan tersebut.

    Rancangan itu diumumkan oleh Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, merangkap ADUN N71 Tanjung Batu, YB Andi Suryadi Bin Bandy dalam ucapannya ketika merasmikan pelancaran Tawau Emergency Mutual Aid (TEMA) di Tawau Yatch Club Garden disini, kelmarin.

    "Buat masa ini kita rancang untuk tubuhkan Sukarelawan Bomba Komuniti peringkat DUN terlebih dahulu dan seterusnya akan dikembangkan ke peringkat Parlimen Kalabakan" Tambahnya lagi.

    Pelancaran TEMA merupakan hasrat Pihak Bomba dan Penyelamat Zon Tawau sebagai salah satu langkah pencegahan dan tindakan sekiranya berlaku situasi bencana di Daerah Tawau. TEMA juga merupakan bentuk persefahaman di antara ahli yang terlibat untuk memberikan bantuan dari segi fasiliti serta kepakaran apabila berlakunya kecemasan atau bencana. 

    Kawasan Tanjung Batu merupakan salah satu kawasan di daerah Tawau yang berpenduduk padat dan terdapat operasi syarikat-syarikat perindustrian dalam bidang gas, cecair mudah terbakar dan bahan kimia.
  • KAKI ANAK GAJAH DIPOTONG AKIBAT KECEDERAAN TERKENA JERAT

    KAKI ANAK GAJAH DIPOTONG AKIBAT KECEDERAAN TERKENA JERAT

     


    LAHAD DATU: Akibat tindakan pihak tidak bertanggungjawab memasang terkena jerat, anak gajah kehilangan kaki sebelah kanan kerana kecederaan teruk yang dialami.

    Insiden itu dilaporkan oleh orang awam yang melihat anak gajah betina berusia kurang dua tahun yang kelihatan cedera di kawasan Tungku pada Sabtu lalu.

    Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Arifin berkata, pemeriksaan susulan Unit Penyelamat Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah pada Isnin mendapati kaki anak gajah itu hampir putus akibat terkena jerat.

    Bagi mengelakkan tisu kaki anak gajah itu lebih parah dan tidak berfungsi maka, pergelangan kakinya terpaksa dipotong oleh pegawai veteriner yang memberi rawatan.

    “Saya sedih melihat perbuatan tidak bertanggungjawab yang memasang jerat hingga menyebabkan kecederaan yang parah kepada anak gajah tersebut.

    “Perbuatan memasang jerat ini merupakan satu tindakan yang amat kejam dan menyalahi undang-undang Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997.

    “Untuk menyelamatkan anak gajah ini, pergelangan kakinya terpaksa dipotong. Keadaan ini menyebabkan bukan sahaja ia hilang peluang untuk hidup bebas dengan kawanannya malah ia terpaksa hidup dalam keadaan cacat seumur hidup.

    “Pada umur kurang dua tahun, anak gajah masih memerlukan ibunya untuk menyusu dan berinteraksi sosial dengan kawanannya,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

    Mengulas lanjut, beliau berkata, memburu haiwan menggunakan jerat merupakan satu kesalahan di bawah seksyen 33 (1)(k)(iii), Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 dan boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang RM20,000 tetapi tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak kurang 6 bulan tetapi tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

    Beliau juga mengingatkan semua pihak agar tidak memasang jerat untuk apa-apa tujuan sekalipun kerana perbuatan tersebut adalah menyalahi undang-undang.

    “Saya juga menyeru kepada semua pengurusan ladang agar mempastikan pekerja mereka tidak memasang jerat di hutan kerana ini mungkin boleh mengaitkan ladang mereka dengan perbuatan kejam ini.

    “Jabatan Hidupan Liar menawarkan ganjaran sebanyak RM5,000.00 bagi mana-mana pihak yang boleh memberi maklumat mengenai aktiviti pemasangan jerat sehingga membawa kepada penangkapan individu yang melakukan pemasangan jerat ini dan seterusnya dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

    Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai perkara ini dipohon untuk menghubungi 016-810 9901. Maklumat pemberi maklumat adalah dirasiakan dan orang ramai tidak perlu risau mengenai kebocoran identiti mereka.

    Sumber : Borneo Today


  • AMBIL TINDAKAN SEGERA TEGURAN SEMASA PENGAUDITAN

    AMBIL TINDAKAN SEGERA TEGURAN SEMASA PENGAUDITAN

     

    KOTA KINABALU: Kementerian, jabatan mahupun agensi kerajaan digesa mengambil tindakan proaktif dalam menambahbaik atau membuat pembetulan atas setiap teguran semasa pengauditan dijalankan.

    Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, Datuk Datu Rosmadi Datu Sulai, berkata, setiap teguran perlu diambil tindakan segera bermula semasa pengauditan dijalankan atau sebaik sahaja isu-isu tersebut dibangkitkan oleh Jabatan Audit, sebelum Laporan Audit dibentangkan di Dewan Undangan Negeri.

    “Tindakan susulan dengan segera ini bukan hanya semata- mata menyelesaikan teguran audit, tetapi juga untuk memastikan semua program atau projek kerajaan dapat dinikmati oleh golongan sasar mengikut masa, kos dan kualiti yang ditetapkan.

    “ Tindakan proaktif dan tindakan susulan adalah kunci kepada pencapaian matlamat pelbagai inisiatif kerajaan,” katanya ketika berucap merasmikan Bengkel Libat Urus Penyelesaian Isu-Isu Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Negeri Sabah Tahun 2022, di sini pada Isnin.

    Selain itu, Datuk (Datu) Rosmadi berkata, kaedah pemantauan dan penyeliaan secara menyeluruh perlu dipertingkatkan dan dilaksanakan secara berterusan terhadap kerja-kerja yang dilaksanakan oleh pegawai bawahan, kontraktor dan vendor yang terlibat.


    Katanya, langkah ini bagi menentukan sama ada berlaku sebarang kelemahan yang sama dalam pelaksanaan projek atau program lain yang tidak diaudit dan seterusnya mengambil tindakan sewajarnya.

    Pada masa yang sama, beliau juga menyeru semua Setiausaha Tetap di setiap Kementerian untuk mengingatkan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) di bawah kawal seliaan masing-masing supaya sentiasa menanda aras tadbir urus berpandukan Malaysian Code on Corporate Governance (MCCG) 2017, The Green Book : Enhancing Board Effectiveness 2006 dan Pekeliling atau Peraturan serta Good Governance Practices yang diamalkan oleh business entity yang berprestasi tinggi.

    Justeru, beliau berharap agar penjawat awam dapat bekerjasama memperbaiki segala kelemahan sekaligus memantapkan usaha penambahbaikan dalam pelaksanaan projek, aktiviti dan inisiatif Kerajaan Negeri Sabah.

    Terdahulu, penganjuran Bengkel Penyelesaian Isu-Isu LKAN oleh Jabatan Audit Negara ini merupakan kesinambungan program selepas Bengkel Pre-Council yang telah diadakan pada minggu lepas.

    Bengkel yang berlangsung selama dua hari ini bermatlamat untuk menyelesaikan isu-isu LKAN, selain meningkatkan akauntabiliti, integriti, tadbir urus dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.

    Hadir sama, Mohd Sarjana Ibrahim, Pengarah Bahagian Susulan Audit, Jabatan Audit Negara, Mohd Nasri Mohd Nasir, Pengarah Jabatan Audit Negara, Cawangan Negeri Sabah, Ramlee Kariah, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Perkhidmatan) JPAN, Setiausaha-Setiausaha Tetap Kementerian, serta Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan.

    Sumber : Borneo Today

  • HOSPITAL DIDAKWA CUAI AKIBATKAN KEMATIAN BAYI

    HOSPITAL DIDAKWA CUAI AKIBATKAN KEMATIAN BAYI

     

                                        Gambar hiasan

    KOTA KINABALU: Sebuah hospital kerajaan didakwa cuai dalam mengendalikan kes ibu bersalin hingga mengakibatkan kematian bayi yang baharu dilahirkan.

    Menurut pengguna Facebook Vivian Viv, beliau meminta siasatan dilakukan terhadap hospitak berkenaan susulan kematian bayi yang didakwa akibat kecuaian pihak hospital.

    Berdasarkan paparan Facebook yang dimuat naik, pengguna itu menyatakan adiknya sudah terlebih masa untuk untuk bersalin bertarung nyawa menunggu ‘contraction’ bagi melahirkan anak pertama.

    Selepas menahan kesakitan selama 14 jam, pihak hospital memberi ubat tahan tidur bagi membolehkan adiknya tertidur. Namun, kesakitan yang masih dirasa dan ketika itu baru pihak hospital bertindak memeriksa keadaan pesakit dan bayi.

    Walau bagaimanapun, pada masa itu, bayi dalam kandungan sudah berada dalam keadaan lemah hingga mendorong pihak hospital bertindak menjalankan pembedahan kecemasan bagi mengeluarkan bayi tersebut.

    Namun, sebaik sahaja adiknya sedar selepas pembedahan, pihak hospital memaklumkan bayi telah meninggal dunia.

    Susulan kejadian itu, Vivian mendakwa insiden itu berlaku akibat kecuaian pihak hospital dalam mengendalikan kes berkenaan.

    Tambahnya, pihak hospital juga didakwa gagal menghubungi keluarga mereka bagi memaklumkan tentang pembedahan itu. Cubaan pihak hospital menghubungi suami adiknya tidak berjaya namun, tiada inisiatif untuk menghubungi ahli keluarga lain.

    Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Rose Nani Mudin menyatakan pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan.

    Tiada sebarang komen lanjut diberikan mengenai kes yang tular itu.

    Sumber : Borneo Today

  • GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    Search This Blog

    Powered by Blogger.

    Contributors

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13