SABAH INFO


Kami adalah
Social Media Influencer

Team Sabah Info

Sabah Info adalah sebuah pasukan kreatif yang berpangkalan di Kota Kinabalu. Memfokuskan konten digital versi Sabahan melalui platform media sosial yang paling kukuh di Negeri Sabah! Sabah Info juga menawarkan servis pengiklanan dengan pakej yang berpatutan dengan hasil yang sangat memberangsangkan! Kami sedia menjadi rakan strategik anda!

  • Kota Kinabalu, Sabah
  • sabahinfo.my@gmail.com
  • www.sabahinfo.com.my
Me

Kelebihan Kami

Platform kami adalah yang terbesar di negeri bawah bayu. Meliputi Facebook, Instagram, Tiktok dan Telegram


Facebook 548 Ribu Followers
Tiktok 334 Ribu Followers
Instagram 125 Ribu Followers
Telegram 45 Ribu Followers

Awesome features

Aliquam commodo arcu vel ante volutpat tempus. Praesent pulvinar velit at posuere mollis. Quisque libero sapien.

Animated elements

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Sed tempus cursus lectus vel pellentesque. Etiam tincidunt.

Responsive Design

Pellentesque ultricies ligula a libero porta, ut venenatis orci molestie. Vivamus vitae aliquet tellus, sed mollis libero.

Modern design

Duis ut ultricies nisi. Nulla risus odio, dictum vitae purus malesuada, cursus convallis justo. Sed a mi massa dolor.

Retina ready

Vivamus quis tempor purus, a eleifend purus. Ut sodales vel tellus vel vulputate. Fusce rhoncus semper magna.

Fast support

Suspendisse convallis sem eu ligula porta gravida. Suspendisse potenti. Lorem ipsum dolor sit amet, duis omis unde elit.

0
completed project
0
design award
0
facebook like
0
current projects
Showing posts with label Jenayah. Show all posts
Showing posts with label Jenayah. Show all posts
  • Polis Semporna Berjaya Rampas 1,125 Liter Petrol



    Semporna: Sebanyak 1,125 liter petrol berjaya di rampas pihak Polis yang dipercayai cuba diseludup ke negara jiran dalam serbuan rumah atas air di Kampung Batu, di sini , semalam.

    Sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna melakukan rampasan bersama pasukan Polis Marin (PPM) pada kira-kira jam 9.30 malam.

    Ketua Polis Daerah Semporna, Superitendan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata sebelum itu, pihaknya menerima maklumat awam berhubung aktiviti penyeludupan di kawasan itu.

    Berikutan itu,katanya sepasukan anggota polis digerakkan ke lokasi bagi menjalankan intipan dan pemeriksaan ke atas bot kayu yang dalam keadaan mencurigakan di bawah rumah atas air terbabit.

    "Hasil pemeriksaan lanjut turut ditemui sebanyak 30 gelen berisi penuh minyak petrol di dalam bot terbabit.

    "Pemeriksaan lanjut turut menemukan 15 gelen lagi minyak petrol yang diikat pada tiang rumah dalam keadaan terapung,'' katanya dalam kenyataan.

    Katanya,semua minyak petrol itu dipercayai diletakkan di kawasan rumah berkenaan sebelum cuba diseludup ke negara jiran.

    Beliau berkata,ketika pemeriksaan menyeluruh di kawasan itu,pihaknya mendapati beberapa buah bot bertindak memecut laju dipercayai cuba melarikan diri setelah menyedari kehadiran polis.

    "Pasukan serbuan turut erampas dua buah bot jenis kayu bersama sebuah enjin dipercayai milik penyeludup terbabit.

    Keseluruhan barang rampasan dianggarkan bernilai RM15,276 itu diserahkan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk tindakan lanjut," katanya.

    Orang Ramai dinasihatkan agar melaporkan sebarang aktiviti penyeludupan kepada pihak polis atau KPDNHEP sekiranya mempunyai maklumat.

    IPD Semporna mengucapkan terima kasih atas maklumat yang disalurkan oleh orang awam sehingga berjaya menggagalkan aktiviti penyeludupan minyak petrol terbabit.




    Sumber : --DEASOKA

  • Cubaan Lari Dua Suspek Pecah Rumah Gagal Motosikal Terjunam Dalam Parit


    Tawau: Cubaan dua lelaki disyaki terbabit jenayah pecah rumah melarikan diri gagal apabila motosikal dinaiki terbabas ke dalam parit sebelum diberkas polis,khamis lalu.

    Kedua-dua suspek berusia 33 dan 42 tahun berjaya ditahan polis yang sedang menjalankan sekatan jalan raya 'Snap Shot Check' di jalan Bombalai hadapan Balai Polis Bombalai,jam 3 petang.

    Ketua Polis Daerah Tawau ,Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata,hasil siasatan awal mendapati kedua-dua suspek yang menunggang motosikal dari arah Merotai menuju ke Pusat bandar Tawau.

    Bagaimanapun katanya,ketika ditahan untuk pemeriksaan ,kedua-dua suspek bertindak melarikan diri dengan berpatah balik ke arah Merotai.

    "Bagaimanapun,suspek hilang kawalan sebelum terbabas ke tepi bahu jalan dan terjunam ke dalam parit.

    "Anggota polis yang bertugas terus cuba menahan mereka sebelum berlaku sedikit pergelutan dan berjaya ditahan.

    "Pemeriksaan awal tubuh dan barang peribadi milik suspek ditemui pelbagai alat yang disyaki digunakan untuk tujuan pecah rumah di dalam dua beg milik kedua-dua suspek terbabit,"katanya dalam kenyataan,semalam.

    Jasmin berkata,kedua-dua suspek bersama barang rampasan dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau (IPD) Tawau untuk siasatan lanjut.

    "Hasil semakan yang dijalankan mendapati suspek pertama mempunyai enam rekod kesalahan lampau iaitu empat rekod berkait dadah dan dua membabitkan jenayah.

    "Suspek kedua pula mempunyai 11 rekod jenaya lampau berkaitan dengan jenayah dan juga dadah,"katanya.

    Sumber : --DEASOKA


  • Pegawai Polis Mengaku Tidak Bersalah Atas Tuduhan Terima rasuah RM41,000


    TAWAU
    : Pegawai polis berpangkat Inspektor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di sini, hari ini, atas tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM41,000, lima tahun lalu.

    Tertuduh, Saharulzaman Alizaman, 38, yang bertugas sebagai Inspektor di Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

    Berdasarkan pertuduhan pertama, Saharulzaman didakwa secara rasuah meminta suapan untuk dirinya berjumlah RM20,000 daripada seorang individu berusia 26 tahun di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Lahad Datu, antara jam 1.15 tengah hari hingga 4 petang pada 16 Ogos 2017.

    Ia sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap individu berkenaan yang menjalankan perniagaan pinjaman wang tanpa lesen, iaitu kesalahan di bawah Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.

    Atas kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) Akta yang sama dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

    Bagi pertuduhan kedua, tertuduh pada tarikh, masa dan lokasi sama didakwa telah secara rasuah meminta suatu suapan untuk dirinya berjumlah RM4,000 daripada individu sama iaitu sebagai wang perlindungan bagi melindungi perniagaan pinjaman wang tanpa lesen milik individu terbabit.

    Atas perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) ASPRM 2009.

    Bagi pertuduhan ketiga pula, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 atas kesalahan rasuah iaitu memperoleh suatu suapan berjumlah RM17,000 daripada individu sama, di dalam sebuah Perodua Alza, di kawasan Double Bay, bandar Lahad Datu, antara jam 3.09 petang hingga 4 petang, pada 16 Ogos 2017.

    Timbalan Pendakwa Raya SPRM Sabah, Nurul Izzati Sapifie menawarkan wang jaminan sebanyak RM20,000 untuk ketiga-tiga pertuduhan dengan seorang penjamin tempatan serta beberapa syarat tambahan iaitu pasport tertuduh diserah kepada mahkamah, tertuduh dikehendaki lapor sebulan sekali di pejabat SPRM terdekat selain dilarang mengganggu saksi.

    Bagaimanapun, peguam Mohamed Zairi Zainal Abidin yang mewakili tertuduh (secara zoom) memohon wang jaminan yang wajar mengambil kira faktor pendapatan anak guamnya sebanyak RM3,500 sebulan selain perlu menjaga ibu dan bapa yang uzur.

    Menurut Mohamed Zairi, anak guamnya kini bertugas di Pasukan Gerakan Am (PGA) Beluran dipertanggungjawabkan untuk mengurus bapa yang mempunyai penyakit buang pinggang kronik serta memerlukan rawatan dialisis sebanyak tiga kali seminggu.

    Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin kepada mahkamah selain syarat tambahan seperti dipohon pihak pendakwaan dan menetapkan 9 September depan sebagai sebutan semula kes. – HMetro



  • Cubaan Seludup 561 Paket Minyak Masak



    SEMPORNA; Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna berjaya merampas 561-paket minyak masak pelbagai jenama dan dua gelen minyak petrol dipercayai cuba diseludup keluar ke negara jiran ketika mengadakan rondaan di perairan laut Pulau Sibangkat, rabu lepas.


    Ketua Polis Daerah Semporna, Supt Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, rampasan dilakukan selepas sepasukan anggota PPM mengesan sebuah bot pam dalam keadaan mencurigakan di kawasan berkenaan.

    Bagaimanapun sebaik dihampiri untuk pemeriksaan, bot berkenaan telah bertindak memecut laju ke kawasan cetek dan suspek terjun melarikan diri ke kawasan hutan.

    Katanya, jumlah keseluruhan rampasan termasuk bot dianggarkan bernilai 10-ribu ringgit dan semua rampasan diserahkan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Semporna untuk tindakan lanjut.

    Kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961. Menurut beliau lagi, orang ramai yang menpunyai sebarang maklumat berhubung kegiatan penyeludupan minyak masak bersubsidi diminta tampil menyalurkan maklumat di balai polis berhampiran.

    Sumber : Sabahpost
  • Maritim Tawau Berjaya Rampas 32 Kilogram Syabu Bernilai RM1.76 Juta


    TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon MaritimTawau merampas lebih 32 kilogram dadah dipercayai jenis methamphetamine atau syabu bernilai kira-kira RM 1.76 juta yang dibuang ke laut dalam aksi kejar mengejar di perairan Inderasabah, di sini semalam.

    Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, semasa rondaan OpSejahtera, bot ronda Maritim Malaysia telah mengesan sebuah bot laju dalam keadaan bergelap dan mencurigakan di kawasan sekitar 0.2 batu nautika selatan Indrasabah, kira-kira
    11.30 malam.

    Semasa dihampiri, bot terbabit bertindak memecut laju menuju ke arah muara Sungai Inderasabah dalam usaha untuk melarikan diri.

    “Ketika proses kejar-mengejar, juragan bot bertindak membuang sesuatu objek keluar dari bot.

    “Usaha menghentikan bot dan suspek gagal apabila tekong bot bertindak memecut laju ke arah kawasan paya bakau dan perairan cetek bagi meloloskan diri daripada ditahan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Shahrizan berkata pencarian di lokasi menemukan sebuah beg berisi 32 paket bungkusan dengan label teh cina ‘Guan Ying Wang’ yang mengandungi hablur kristal disyaki dadah jenis methamphetamine atau syabu dengan anggaran berat satu kilogram setiap satu paket dengan jumlah keseluruhan melebihi 32 kilogram.

    Kesemua hasil rampasan dibawa ke Jeti Zon Maritim Tawau untuk tindakan selanjutnya.


    Katanya, keseluruhan nilai rampasan dianggarkan RM 1.76 juta. Kes disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952.

    Siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengesan sindiket atau dalang yang terlibat dengan kegiatan ini.

    “Maritim Malaysia akan terus memperkasakan tugas penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang di Zon Maritim Malaysia khususnya di perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).

    “Salurkan sebarang salah laku jenayah di sekitar perairan Tawau ke talian Pusat Operasi Zon Maritim Tawau 089-752116 atau melalui talian kecemasan MERS 999,” katanya.

    -Sabahpost


  • Rokok Pelbagai Jenis Dianggarkan Dalam 3,700 Bungkus Telah Dirampas

    LAHAD DATU: Pasukan Polis Marin (PPM) Lahad Datu berjaya menahan seorang lelaki bersama 3,700 bungkus rokok pelbagai jenis dalam operasi di Jalan Kunak-Lahad Datu,disini semalam.
    Dalam kejadian jam 4.30 petang itu,semua rokok berkenaan yang dipercayai diseludup masuk dari negara jiran.

    Difahamkan,suspek ditahan selepas dikesan memandu sebuah kereta Proton Preve dalam keadaan mencurigakan.

    Hasil pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan pelbagai jenis rokok yang disimpan di dalam kenderaan berkenaan.

    Suspek terus ditahan dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kunak untuk pemeriksaan lanjut.

    Semua rokok berkenaan dianggarkan bernilai RM91,000 berdasarkan harga pasaran semasa.

    Kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967.

    Sumber: Deasoka
  • Warga Filipina Dijatuhkan Hukuman Penjara 28 Tahun & 22 Sebatan Kerana Merogol Kanak-Kanak Tujuh Tahun

     

    Tertuduh Mohamad Tahir Abraham, 22, dijatuhkan hukuman penjara 28 tahun dan 18 sebatan
     kerana kesalahan menculik, merogol dan mendatangkan kecederaan terhadap seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun tahun lalu oleh Mahkamah Sesyen.

    TAWAU
    : “Perbuatan kamu (tertuduh) tidak berhati perut dan amat kejam malah lebih teruk daripada binatang,” kata Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Tawau, di sini hari ini.

    Amir Shah Amir Hassan yang bertindak selaku hakim berkata demikian ketika menjatuhkan hukuman penjara 28 tahun dan 22 sebatan terhadap seorang lelaki warga Filipina, Mohamad Tahir Abraham, 22.

    Tertuduh yang juga pendatang asing tanpa izin (PATI) bekerja sebagai nelayan itu mengaku bersalah atas kesalahan menculik, merogol dan mencederakan seorang kanak-kanak perempuan berumur tujuh tahun (ketika kejadian) di sebuah kampung di Semporna, pada 7 April tahun lalu.

    Amir Shah dalam keputusannya memerintahkan tertuduh dihukum penjara 20 tahun dan 18 sebatan atas kesalahan mengikut Seksyen 376(2)(e), manakala empat tahun penjara dan dua sebatan atas kesalahan masing-masing mengikut Seksyen 325 dan Seksyen 362 Kanun Keseksaan.

    Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa merogol seorang kanak-kanak perempuan berumur tujuh tahun (ketika kejadian) di kawasan semak di sebuah kampung dalam daerah Semporna kira-kira jam 9 malam pada 7 April tahun lalu.

    Atas kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(e) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

    Bagi kesalahan mengikut Seksyen 325, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah ke atas mangsa dengan cara menumbuk pada bahagian kepala dan dada, menampar muka, mencekik leher serta menendang belakang mangsa pada tarikh, masa dan lokasi yang sama dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun dan sebat.


    Tertuduh juga turut berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 362 Kanun Keseksaan atas kesalahan memperdaya atau mendorong mangsa meninggalkan kediamannya tanpa kerelaan pada tarikh dan masa yang sama dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tujuh tahun dan sebat.

    Amir Shah ketika menjatuhkan hukuman berkata, kesalahan dan perbuatan tertuduh yang disifatkannya sebagai amat kejam malah lebih teruk daripada binatang.

    Jelasnya, tertuduh dalam kes ini selayaknya mendapat prinsip pembalasan di sisi undang-undang iaitu dikurung terlalu lama di penjara dan seksaan sebatan walaupun mahkamah sedar hukuman sebegitu tidak dapat memulihkan mangsa yang hanya berumur tujuh tahun untuk selama-lamanya.

    Malah katanya, rayuan tertuduh yang sekadar hanya meminta hukuman diringankan tanpa menunjukkan rasa insaf, menyesal atau simpati amat menjelikkan dan mahkamah wajar menjatuhkan hukuman berat sebagai pengajaran dan peringatan kepada tertuduh sendiri dan orang ramai agar tidak melakukan kesalahan sama.

    Terdahulu, pendakwaan yang dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Suhaimi Suriana dalam hujahnya memohon hukuman berat mengambil kira faktor trauma dialami mangsa selain faktor kepentingan awam.

    Katanya, menurut doktor yang merawat mangsa, mangsa mengalami trauma yang begitu tragis dengan kecederaan retak pada kepala selain kesan koyakan pada kemaluan mangsa sama seperti wanita yang baru melahirkan anak.

    “Walaupun kes ini dilaporkan pada April tahun lalu namun pertuduhan hanya dijalankan hari ini berikutan mangsa enggan dirakam percakapan kerana mengalami trauma malah ketika kawad cam dibuat mangsa meraung dan menangis apabila melihat wajah tertuduh,” katanya.

    Mahkamah turut menetapkan hukuman ke atas tertuduh yang tidak diwakili peguam itu berjalan secara berasingan dan berkuat kuasa dari tarikh sabitan hari ini, selain tertuduh dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk diusir pulang ke negara asal sebaik selesai menjalani hukuman. – BH Online


  • Presiden parti tempatan Sabah ditangkap, didakwa terbabit sindiket IC palsu



    PETALING JAYA: Presiden sebuah parti tempatan di Sabah ditahan polis kerana didakwa ada kaitan dengan sebuah sindiket pemalsuan kad pengenalan.

    Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin mengesahkan tangkapan itu dalam sidang media di Bukit Aman hari ini.

    Suspek itu dikenali sebagai Mohd Arshad Abdul Mualap yang mengetuai Parti Perpaduan Rakyat Sabah. Dia didakwa menjadi dalang sindiket terbabit.

    Rakan subahatnya yang dikenali sebagai Mohamad Amkah Ahmad turut disiasat polis.

    Hamzah berkata, parti itu didaftarkan pada 2017 dan kedua-dua individu terbabit dihadapkan ke mahkamah di Shah Alam hari ini. - FMT


  • Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Berjaya Gagalkan Cubaan Seludup Minyak Masak Paket Bersubsidi

     


    MINYAK masak paket bersubsidi yang dirampas. FOTO ihsan APMM

    SEMPORNA: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menggagalkan cubaan menyeludup keluar 340 kilogram (kg) minyak masak paket bersubsidi menerusi Ops Pluto Timur, semalam.

    Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Norrimi Hassan, berkata, sepasukan anggota bot perondanya mengesan bot tanpa pendaftaran kira-kira 0.5 batu nautika arah utara Pulau Kulapuan, dekat sini, pada 9.30 pagi.

    Bagaimanapun katanya, sebaik menyedari kehadiran anggota keselamatan juragan bot memecut ke kawasan cetek sebelum melarikan diri ke kawasan daratan dan gagal dikesan.

    “Pemeriksaan ke atas bot yang ditinggalkan suspek menemukan 340 paket minyak masak bersubsidi disyaki cuba diseludup ke negara jiran.

    “Nilai keseluruhan rampasan termasuk bot bersama dua unit enjin sangkut dianggarkan berjumlah RM5,350 dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan 1961,” katanya dalam kenyataan di sini, malam tadi.

    Norrimi berkata, sepanjang Februari hingga Jun tahun ini, 2,953 kg minyak masak paket bersubsidi dirampas di perairan Semporna.

    Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan dan pihaknya percaya kegiatan penyeludupan barang kawalan terbabit didalangi sindiket membabitkan warga asing dan penduduk tempatan.

    “Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan sebarang aktiviti pelanggaran undang-undang termasuk kegiatan penyeludupan supaya menghubungi Pusat Zon Maritim Semporna di talian 089-782619 atau MERS 999,” katanya. – HMetro
  • KAKI ANAK GAJAH DIPOTONG AKIBAT KECEDERAAN TERKENA JERAT

     


    LAHAD DATU: Akibat tindakan pihak tidak bertanggungjawab memasang terkena jerat, anak gajah kehilangan kaki sebelah kanan kerana kecederaan teruk yang dialami.

    Insiden itu dilaporkan oleh orang awam yang melihat anak gajah betina berusia kurang dua tahun yang kelihatan cedera di kawasan Tungku pada Sabtu lalu.

    Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Arifin berkata, pemeriksaan susulan Unit Penyelamat Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah pada Isnin mendapati kaki anak gajah itu hampir putus akibat terkena jerat.

    Bagi mengelakkan tisu kaki anak gajah itu lebih parah dan tidak berfungsi maka, pergelangan kakinya terpaksa dipotong oleh pegawai veteriner yang memberi rawatan.

    “Saya sedih melihat perbuatan tidak bertanggungjawab yang memasang jerat hingga menyebabkan kecederaan yang parah kepada anak gajah tersebut.

    “Perbuatan memasang jerat ini merupakan satu tindakan yang amat kejam dan menyalahi undang-undang Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997.

    “Untuk menyelamatkan anak gajah ini, pergelangan kakinya terpaksa dipotong. Keadaan ini menyebabkan bukan sahaja ia hilang peluang untuk hidup bebas dengan kawanannya malah ia terpaksa hidup dalam keadaan cacat seumur hidup.

    “Pada umur kurang dua tahun, anak gajah masih memerlukan ibunya untuk menyusu dan berinteraksi sosial dengan kawanannya,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

    Mengulas lanjut, beliau berkata, memburu haiwan menggunakan jerat merupakan satu kesalahan di bawah seksyen 33 (1)(k)(iii), Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 dan boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang RM20,000 tetapi tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak kurang 6 bulan tetapi tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

    Beliau juga mengingatkan semua pihak agar tidak memasang jerat untuk apa-apa tujuan sekalipun kerana perbuatan tersebut adalah menyalahi undang-undang.

    “Saya juga menyeru kepada semua pengurusan ladang agar mempastikan pekerja mereka tidak memasang jerat di hutan kerana ini mungkin boleh mengaitkan ladang mereka dengan perbuatan kejam ini.

    “Jabatan Hidupan Liar menawarkan ganjaran sebanyak RM5,000.00 bagi mana-mana pihak yang boleh memberi maklumat mengenai aktiviti pemasangan jerat sehingga membawa kepada penangkapan individu yang melakukan pemasangan jerat ini dan seterusnya dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

    Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai perkara ini dipohon untuk menghubungi 016-810 9901. Maklumat pemberi maklumat adalah dirasiakan dan orang ramai tidak perlu risau mengenai kebocoran identiti mereka.

    Sumber : Borneo Today


  • Lelaki Dituduh Tanam Pokok Ganja Dakwa Tidak Terima Rawatan

     


    KOTA KINABALU: Seorang lelaki berumur 52 tahun yang didakwa menanam satu pokok ganja, mendakwa dia tidak menerima rawatan perubatan semasa dalam tahanan polis.

    Hakim Mahkamah Sesyen Azreena Aziz kemudian menetapkan 25 September bagi Chai Kong Ming untuk laporan penuh daripada doktor.

    Semasa prosiding, Chai memberitahu mahkamah bahawa dia hanya menerima ubat dua hari sebelum kesnya disebut di mahkamah pada Jumaat.

    Beliau juga memberitahu mahkamah bahawa dia betul-betul rasa sakit kerana dia mengambil ubat tepat pada masanya memandangkan dia mengalami hepatitis.

    Mahkamah juga menyoal pegawai penyiasat (IO) berhubung keadaan perubatan Chai dan IO itu berkata doktor telah memberikan ubat kepada Chai dan janji temu perubatan di Hospital Queen Elizabeth akan diatur dengan pihak penjara.

    Berhubung kelewatan ubat Chai, IO berkata ia disebabkan oleh sekatan untuk masuk dan keluar dari penjara secara kerap untuk mengelak Covid-19.

    Chai dituduh menanam pokok ganja itu pada pukul 12.15 tengah hari di sebuah rumah di Kepayan pada 11 Ogos tahun ini.

    Kesalahan di bawah Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 itu boleh dihukum di bawah Seksyen 6B(3) Akta sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan sebatan sekurang-kurangnya enam kali, jika sabit kesalahan.

    Setakat ini, tiada pengakuan diambil daripada Chai sementara menunggu laporan kimia mengenai dadah itu. 

    Timbalan Pendakwa Raya Nureen Natasha Mohd Raffie hadir untuk pendakwaan sementara Chai tidak diwakili.-
    Cyntia D Baga
  • CUBAAN SELUDUP TELUR PENYU GAGAL

     


    SANDAKAN: Pasukan Polis Marin (PPM) merampas 1,500 biji telur penyu yang dipercayai cuba diseludup masuk dari negara jiran menerusi perairan laut Batu 3, di sini, awal pagi tadi.

    Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, sepasukan anggota PPM yang menjalankan pemantauan Ops Gelora Khas di kawasan kuala itu menemui sebuah bot pam yang bergerak dalam keadaan mencurigakan.

    Apabila dihampiri, bot terbabit dikatakan memecut laju sebelum terkandas di kawasan pantai dan juragan bot bertindak melarikan diri.

    Hasil pemeriksaan ke atas bot kemudian menemui tiga guni plastik berisi telur penyu dianggarkan bernilai RM2,700.

    Pegawai Pemerintah PPM Sandakan, Deputi Superintendan Rusdin Banin, berkata pemeriksaan turut mendapati bot terbabit menggunakan nombor pendaftaran Filipina.

    “Semua rampasan dibawa ke markas operasi PPM Sandakan untuk tindakan lanjut dan diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar.

    “Jumlah keseluruhan rampas termasuk bot dan enjin adalah RM5,200,” katanya dalam kenyataannya di sini, hari ini.

    Kes disiasat mengikut Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997.-Berita Sabah

  • Tiga Suspek Ditangkap Memiliki Syabu Di Telipok


    Kota Kinabalu : Polis berjaya menangkap tiga suspek dalam satu adegan kejar-mengejar bermula dari kawasan Telipok sehingga Kolombong yang berlaku sekitar pukul 3:15-petang tadi.
    Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Habibi Haji Majinji yang turun ke lokasi tangkapan ketiga-tiga suspek memaklumkan, kesemua suspek mengaku mengambil dan memiliki syabu.
    Beliau juga memberitahu ketiga-tiga suspek mempunyai jenayah lampau dan berusia 20an sehingga 44-tahun.

    Wartawan Lokasi :Serina Olivia Chong

  • DUA LELAKI MILIKI DADAH DITAHAN


    PAPAR: Dua lelaki tempatan ditahan polis selepas didapati memiliki dadah dalam operasi pemeriksaan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar, kelmarin.

    Kedua-dua lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan di sekitar kawasan Kinarut kira-kira jam 4 petang.

    Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Batholomew Umpit berkata, tangkapan dibuat oleh sepasukan anggota dan pegawai IPD Papar.

    Katanya, hasil saringan awal terhadap kedua-dua suspek didapati positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphethamine.

    “Pemeriksaan lanjut turut mendapati kedua-dua suspek memiliki 0.30 gram dadah jenis syabu.

    “Kedua-dua suspek kini ditahan reman mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 15(1)(a) akta yang sama bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

    Batholomew berkata, siasatan lanjut sedang giat dijalankan bagi mengenalpasti pembekal dadah di kawasan berkenaan.

    Sementara itu, Batholomew berkata, tangkapan yang berjaya dilakukan itu adalah salah satu usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya IPD Papar dalam mengatasi masalah penyalahgunaan dadah di daerah itu.

    “Disamping itu, usaha itu dilakukan bagi memastikan peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dipatuhi penduduk setempat.

    “Oleh itu, orang ramai diminta terus memaklumkan sebarang maklumat berkaitan jenayah atau penyalahgunaan dadah di kawasan masing-masing untuk diambil tindakan,” katanya.

    -Berita Sabah.com

  • Dua pengedar ditahan bersama 1050 gram syabu bernilai RM42 ribu


    KOTA KINABALU: Tindakan dua lelaki yang menghambakan diri menjadi pengantara untuk mengedar dadah berakhir ke hukuman penjara apabila ditahan di sebuah premis makanan Jalan Tun Fuad Stephen di sini.

    Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata kedua-dua suspek berumur 24 dan 25 tahun yang ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) IPD Kota Kinabalu juga memiliki syabu seberat lebih satu kilogram (kg).

    “Bertindak dengan maklumat risikan serta maklumat awam, satu serbuan dijalankan di sebuah premis makanan dan mengesan dua suspek lelaki yang dipercayai menjadi dalang kepada aktiviti pengedaran dadah sekitar daerah ini.

    “Sebaik menyedari kehadiran polis, kedua-dua suspek cuba melarikan diri bagaimanapun tindakan pantas polis berjaya memberkas suspek sebelum dibawa ke IPD Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut,” katanya.

    Menurutnya semasa ditahan polis menemukan 1050.00 gram dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM42,000 yang dibawa oleh suspek.

    “Siasatan lanjut mendapati modus operandi yang digunakan kedua-dua suspek adalah dengan berperanan sebagai orang perantaraan dan mendapatkan bekalan dadah sebelum mengedarkannya kepada individu tertentu.

    “Suspek akan mendapatkan bayaran sebanyak RM500 bagi setiap sekilo syabu yang diedar,” katanya.

    Habibi berkata suspek kini direman selama tujuh hari bermula 16 Julai lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung mandatori jika sabit kesalahan.

    “Usaha membanteras terutama terhadap ahli sindiket pengedaran dadah di kawasan tumpuan akan diperhebat bagi memastikan kegiatan penyalahgunaan dan pengedaran dadah dapat dibendung sepenuhnya seterusnya mengekalkan kesejahteraan penduduk di daerah ini,” katanya.-Vivi Olviana Najurus

  • Pasangan kekasih dituduh edar dadah dibicara 18 Ogos depan

    TERTUDUH: Pasangan kekasih yang didakwa mengedar dadah diiring
    keluar oleh anggota JKDM selepas prosiding di Mahkamah Majistret. 


    TAWAU: Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 18 Ogos depan sebagai sebutan semula kes terhadap pasangan kekasih atas pertuduhan mengedar dadah, awal bulan ini.

    Tertuduh masing-masing berumur 53 dan 49 tahun dituduh mengedar dadah seberat 4.193 kilogram di Cawangan Pemeriksaan Penumpang, Lapangan Terbang Tawau, pada 1 Julai lalu kira-kira jam 11.45 pagi.

    Kedua-dua tertuduh berbaju putih hanya mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan secara serentak oleh jurubahasa Mahkamah dan tiada sebarang pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Dzul Elmi Yunus.

    Berdasarkan kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa dengan niat secara bersama mengedar dadah berbahaya jenis Methamphetamine.

    Bagi kesalahan itu, kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

    Kes pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Juhari Jaafar, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

    Juhari dalam prosiding memohon satu tarikh baharu untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia diperolehi dan tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap kedua-dua tertuduh. 

    Dzul Elmi kemudiannya menetapkan 18 Ogos depan untuk sebutan semula kes dan kedua-dua tertuduh diminta untuk melantik peguam sebelum perbicaraan kes dijalankan.

  •  oleh 
  • Inspektor Polis Dihukum Mati



    KOTA KINABALU:
     Seorang inspektor polis dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, Khamis, kerana membunuh seorang ibu tunggal di Keningau sembilan tahun lepas.

    Ahmad Rizal Umar (gambar), 37, didapati bersalah oleh Hakim Datuk Nurchaya Arshad kerana membunuh Kartini Borhan, 27, antara jam 4 pagi dan 5 pagi 29 September 2011 di sebuah rumah di Taman Adika, Keningau.

    Ahmad Rizal merupakan inspektor polis yang ditugaskan di Balai Polis Keningau pada waktu kejadian itu.

    Ahmad Rizal kelihatan gelisah dan kerap berpaling untuk melihat ke arah isterinya yang duduk di galeri awam dan ke arah pasukan peguamnya apabila Nurchaya menyampaikan keputusannya.

    Tertuduh pada mulanya dilepaskan dan dibebaskan oleh seorang lagi Hakim Mahkamah Tinggi pada 22 Julai 2014 tanpa meminta dia membela diri.

    Bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan pada 21 Mac 2018 memerintahnya membela diri susulan rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

    Ahmad Rizal memilih untuk membela diri dengan memberi keterangan bersumpah pada 9 Oktober 2018.

    Dia juga memanggil seorang ahli patologi forensik, Dr Bhupinder Singh sebagai saksi kedua dalam pembelaannya.

    Terdahulu, Nurchaya dalam menyampaikan keputusan, menyatakan bahawa kematian Kartini disahkan oleh Dr Jessie Hiu, seorang ahli patologi yang melakukan bedah siasat mayat Kartini dan juga mengesahkan kematian berpunca dari luka tikam pada dadanya yang menghala ke bawah, memotong otot rusuk, paru-paru kiri, selaput jantung dan menembusi jantungnya dari atas kanan ke bawah.

    Mangsa dikenal pasti oleh bapanya, Borhan Sulaiman sebelum bedah siasat itu. 

    Pendakwaan melalui saksi-saksi mereka mendedahkan hubungan Ahmad Rizal dengan Kartini, di mana akhirnya wanita itu dibunuh oleh tertuduh.

    Nurchaya selanjutnya menyatakan bahawa mahkamah mendapati kesan keseluruhan bukti pendakwaan membawa kepada inferens dan kesimpulan bahawa Ahmad Rizal adalah pelaku jenayah itu.

    “Kehadiran tertuduh di lokasi jenayah iaitu premis disebutkan sebelum ini di mana mangsa merupakan penyewa bilik pertama, tidak dipertikaikan.

    “Terdapat kekurangan bukti mengenai pembabitan pihak ketiga yang ditegaskan oleh pembelaan, iaitu perompak yang menikam mangsa sehingga mati di samping mencederakan tertuduh.

    “Ini disahkan oleh pendapat pakar perubatan (saksi ke-23 pendakwaan) yang mendapati bahawa kecederaan yang dialami oleh tertuduh telah dilakukan sendiri, tiada pihak ketiga terbabit tetapi hanya pergaduhan antara si mati dan tertuduh yang menyebabkan kematian mangsa. Kecederaan yang dikenakan pada si mati yang menyebabkan kematiannya telah disebabkan oleh tertuduh.

    “Motif pembunuhan disebabkan oleh hubungan sulit tiga segi antara si mati dengan tertuduh, dan si mati dengan saksi ke-12 pendakwaan (Lim Guan Heng), yang berterusan sehingga kematian mangsa.

    Tambahnya, hubungan sulit tiga segi itu akhirnya menyebabkan jenayah ghairah pada pagi 29 September 2011 yang bermula pada lewat malam 28 September 2011, dan membawa kepada kematian si mati.

    Mengenai premis keterangan ahli patologi mengenai jenis kecederaan kepada dada si mati, Nurchaya berkata, bila dilihat secara objektif, ia menunjukkan bahawa kecederaan itu cukup untuk menyebabkan kematian; apabila jantung si mati ditembusi, kematian seharusnya akibat semula jadinya.

    “Dengan itu, niat untuk menyebabkan kematian akan memuaskan syarat Seksyen 300 (C) Kanun Keseksaan,” kata Nurchaya.

    Ahmad Rizal diwakili oleh peguam Ram Singh serta Ridwandean M. Borhan, Kimberly Ye dan Flavian Edward Henry.

    Ram, apabila ditemui kemudian, berkata pembelaan akan memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan tidak lama lagi.

    Timbalan Pendakwa Raya Khairuddin Mohd Idris hadir untuk pendakwaan.

    Sumber: Harian Express
  • 7 Sekeluarga Ditahan Disyaki Terbabit Dadah Di Kota Kinabalu



    KOTA KINABALU: Tujuh sekeluarga antara 31 individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam aktiviti penyalahgunaan dadah dalam Op Sarang dan Op Covid-19 di sekitar daerah ini.

    Operasi dan serbuan itu dijalankan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu yang bermula 25 April hingga 1 Mei lalu.

    Pasukan polis menahan individu yang disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah di sekitar bandar raya ini melalui Op Sarang dan Op Covid-19

    Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, tujuh individu yang ditahan di sebuah rumah di daerah ini adalah sebuah keluarga.

    “Hasil serbuan itu, anggota polis turut menemui satu paket plastik berisi dadah jenis syabu seberat 50.48 gram di dalam sebuah rumah.

    “Semua mereka yang berusia 12 hingga 31 tahun disyaki menjalankan aktiviti pengedaran dan penjualan dadah di sekitar daerah ini,” katanya.

    Mengulas lanjut, Habibi berkata, semua mereka disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

    “Bagi sembilan lagi individu ditahan membabitkan kes bekalan dan pengedaran dadah.

    “Hasil siasatan mendapati semua mereka ini tidak mempunyai pekerjaan yang tetap,” katanya.

    Tambahnya, dua lagi individu ditahan mengikut Seksyen 39A(1) ADB 1952.

    Individu yang diperiksa oleh pasukan polis ketika menjalankan Op Sarang dan Op Covid-19 di Kota Kinabalu.
    “Selain itu, 10 individu lain ditahan bagi kesalahan memiliki dadah dan disiasat mengikut Seksyen 12(2) ABD dan 12 individu ditahan mengikut Seksyen 15(1)(a) ABD 1952 kerana hasil ujian urin didapati positif dadah.

    “Berdasarkan hasil siasatan, 24 adalah warga tempatan manakala selebihnya adalah warga asing berusia 12 hingga 58 tahun,” katanya.
    Mengenai jumlah rampasan dadah dalam tempoh itu, beliau berkata, keseluruhan rampasan sebanyak 74.85 gram dadah jenis syabu yang dianggarkan bernilai RM11,227 berdasarkan harga dadah semasa.

    “Operasi dan serbuan yang dijalankan adalah usaha Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kota Kinabalu dalam memantau, mengesan dan mengekang segala aktiviti penagihan dan pengedaran dadah di daerah ini.

    “Bagi mempertingkatkan lagi pembanterasan jenayah dadah, usaha sama daripada orang awam juga diperlukan dengan menyalurkan maklumat ke hotline IPD Kota Kinabalu melalui talian 088-529220,” katanya.- BorneoToday
  • GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13