• Pasangan kekasih dituduh edar dadah dibicara 18 Ogos depan

    TERTUDUH: Pasangan kekasih yang didakwa mengedar dadah diiring
    keluar oleh anggota JKDM selepas prosiding di Mahkamah Majistret. 


    TAWAU: Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 18 Ogos depan sebagai sebutan semula kes terhadap pasangan kekasih atas pertuduhan mengedar dadah, awal bulan ini.

    Tertuduh masing-masing berumur 53 dan 49 tahun dituduh mengedar dadah seberat 4.193 kilogram di Cawangan Pemeriksaan Penumpang, Lapangan Terbang Tawau, pada 1 Julai lalu kira-kira jam 11.45 pagi.

    Kedua-dua tertuduh berbaju putih hanya mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan secara serentak oleh jurubahasa Mahkamah dan tiada sebarang pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Dzul Elmi Yunus.

    Berdasarkan kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa dengan niat secara bersama mengedar dadah berbahaya jenis Methamphetamine.

    Bagi kesalahan itu, kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

    Kes pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Juhari Jaafar, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

    Juhari dalam prosiding memohon satu tarikh baharu untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia diperolehi dan tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap kedua-dua tertuduh. 

    Dzul Elmi kemudiannya menetapkan 18 Ogos depan untuk sebutan semula kes dan kedua-dua tertuduh diminta untuk melantik peguam sebelum perbicaraan kes dijalankan.

  •  oleh 
  • 0 Comments:

    Post a Comment

    GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13