SABAH INFO


Kami adalah
Social Media Influencer

Team Sabah Info

Sabah Info adalah sebuah pasukan kreatif yang berpangkalan di Kota Kinabalu. Memfokuskan konten digital versi Sabahan melalui platform media sosial yang paling kukuh di Negeri Sabah! Sabah Info juga menawarkan servis pengiklanan dengan pakej yang berpatutan dengan hasil yang sangat memberangsangkan! Kami sedia menjadi rakan strategik anda!

  • Kota Kinabalu, Sabah
  • sabahinfo.my@gmail.com
  • www.sabahinfo.com.my
Me

Kelebihan Kami

Platform kami adalah yang terbesar di negeri bawah bayu. Meliputi Facebook, Instagram, Tiktok dan Telegram


Facebook 548 Ribu Followers
Tiktok 334 Ribu Followers
Instagram 125 Ribu Followers
Telegram 45 Ribu Followers

Awesome features

Aliquam commodo arcu vel ante volutpat tempus. Praesent pulvinar velit at posuere mollis. Quisque libero sapien.

Animated elements

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Sed tempus cursus lectus vel pellentesque. Etiam tincidunt.

Responsive Design

Pellentesque ultricies ligula a libero porta, ut venenatis orci molestie. Vivamus vitae aliquet tellus, sed mollis libero.

Modern design

Duis ut ultricies nisi. Nulla risus odio, dictum vitae purus malesuada, cursus convallis justo. Sed a mi massa dolor.

Retina ready

Vivamus quis tempor purus, a eleifend purus. Ut sodales vel tellus vel vulputate. Fusce rhoncus semper magna.

Fast support

Suspendisse convallis sem eu ligula porta gravida. Suspendisse potenti. Lorem ipsum dolor sit amet, duis omis unde elit.

0
completed project
0
design award
0
facebook like
0
current projects
Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts
  • UMNO Kalabakan sudah hantar senarai "Calon Boleh Menang" PRU15


    TAWAU: UMNO Kalabakan mengesahkan sudah menghantar senarai nama calon untuk dipilih oleh pucuk pimpinan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

    Ketuanya, Andi Muhammad Suryady Bandy berkata pihaknya sudah menyenaraikan dan menghantar beberapa nama untuk calon kerusi Parlimen Kalabakan.

    “Kita sudah teliti beberapa nama yang diyakini boleh menang dan dapat menambat hati rakyat pada PRU akan datang.

    “Saya yakin pucuk pimpinan di peringkat negeri dan pusat akan menilai senarai calon tersebut berdasarkan prestasi serta kebolehan mereka,” katanya.

    Suryady yang juga Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu menambah walaupun tarikh PRU masih belum pasti, tetapi UMNO Kalabakan sudah lama bersiap sedia dengan kerja-kerja turun padang.

    “Kita juga sudah diarah untuk lebih bersiap sedia dari segi jentera di peringkat bahagian dan Pusat Daerah Mengundi (PDM) pada Konvensyen Barisan Nasional (BN) minggu lalu.

    “Selain itu, kita juga sudah mengadakan kursus dan memberi makluman awal kepada seluruh jentera parti supaya sentiasa bersiap sedia,” ujarnya. - Awani





  • Tawau destinasi pertama Himpunan Gelombang Biru teruskan momentum PRU15


    TAWAU: Daerah Tawau bakal menjadi destinasi pertama Himpunan Gelombang Biru bagi meneruskan momentum Konvensyen Barisan Nasional Sabah yang berlangsung di ITCC, kelmarin.

    Perkara itu dimaklumkan oleh Adun Tanjung Batu, YB Andi Muhammad Suryady bin Bandy dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.

    "Tawau akan menjadi destinasi pertama Himpunan Gelombang Biru sebagai satu isyarat kepada rakyat, bahawa BN bersedia menggalas tanggungjawab mentadbir negara secara mutlak setelah lebih 4 tahun masa disia-siakan melayani fitnah dan janji kosong" katanya.
     
    Membawa tema Kemakmuran dan Kestabilan, Konvensyen BN Sabah dilihat sebagai satu platform yang berjaya meniup semangat ahli UMNO semalam yang turut menyaksikan lebih 5,000 ahli dan pemimpin menghadiri perhimpunan tersebut.

    "Tawaran BN ini sudah semestinya demi kestabilan dan kemakmuran Malaysia" Tambahnya.
     
    Himpunan Gelombang Biru yang akan diadakan di setiap zon seluruh Sabah menggambarkan BN Sabah sedang menyiapkan jentera parti menjelang Pilihan Raya Umum ke 15 yang dijangka diadakan pada penghujung tahun ini.
  • Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Memohon Maaf Kerana Tidak Dapat Hadir Konvensyen BN Di Sabah Yang Berlansung Hari Ini

    Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
    Kota Kinabalu: Ketidakhadiran Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Konvensyen Barisan Nasional (BN) Sabah yang diadakan hari ini disebakan tugasan beliau yang lain.

    Menjelaskan perkara itu,Datuk Seri Ismail Sabri berkata, beliau tidak dapat berucap pada konvensyen terbabit kerana perlu menghadiri Mesyuarat Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang turut diadakan pada hari yang sama.

    Datuk Seri Ismail Sabri memohon maaf tidak dapat hadir kerana merasmikan Mesyuarat Agung MTUC kerana MTUC sebelum ini tidak begitu rapat denga BN.

    "Jadi sebab itulah saya diberi jemputan,saya terima jemputan tersebut dan apabila dijemput untuk menghadiri konvensyen ini saya memang tak dapat,"katanya  ketika berucap dalam majlis Makan Malam sempena Konvensyen BN Sabah di bangunan UMNO disini,semalam.

    Hadir sama pada majlis itu Pengerusi BN,Datu Seri Dr Ahmad Zahid hamidi ; Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN),Datu Seri Mohamad Hasan; Pengerusi Lembaga Penasihat BN Datu Seri Najib Razak dan Pengerusi BN Sabah,Datuk Seri Bung Moktar Radin.

    Ismail Sabri berkata,beliau terpaksa menerangkan perkara itu bagi mengelak daripada spekulasi pihak luar.

    "Apabila saya tidak dapat hadir Mesyuarat Tertinggi,saya dikatakan memboikot mesyuarat sendiri.Sedangkan saya sudah berhubung dangan Presiden UMNO.Maklumkan kepada Presiden bahawa saya tidak dapat datang kerana ada mesyuarat antarabangsa yang dipengerusikan Presiden Republik china bersama 17 ketua negara dan ketua kerajaan.

    "Jadi saya terpaksa hadir tetapi macam-macam cerita kononnya saya tak datang saya boikot,ada pelbagai unsurlah," katanya.

    Tambahnya lagi,keadaan itu menunjukkan bahawa pihak luar sedang cuba memecah belahkan perpaduan sesama didalam parti.

    "Semakin kita bercakap soal pilihan raya,semakin rancak kumpulan dari luar ingin memecahbelahkan,"katanya.

    Terdahulu,Ismail Sabri berkata,konvensyen yang diadakan itu bertujuan untuk merapatkan barisan kepimpinan BN di negeri itu.

    "Selain daripada  merapatkan saf kepimpinan BN Sabah,tujuan konvensyen ini juga kearah persediaan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15," Katanya.


    Sumber : Deasoka

  • Lebih 5,000 ahli bakal banjiri Konvensyen BN di ITCC Sabtu ini


    KOTA KINABALU: Seramai 5,000 peserta dijangka menghadiri Konvensyen Barisan Nasional (BN) Sabah 2022 yang akan diadakan di Penampang Sabtu ini, kata Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin.

    Timbalan Ketua Menteri Sabah itu berkata konvensyen tersebut akan menjadi medan memperkukuhkan solidariti parti itu khususnya di Sabah dan menjadi saksi betapa kukuhnya kesepakatan sebuah gabungan BN yang memberi sumbangan besar membentuk kerajaan Sabah.

    Katanya, walaupun BN hanya mempunyai empat parti komponen iaitu UMNO, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah, semua parti itu amat memerlukan justeru BN perlu mengambil pendekatan merapatkan barisan kepimpinan dan menyatukan jentera semua peringkat sebelum berdepan pilihan raya umum (PRU).
     
    "Konvensyen ini berkemungkinan menjadi pertemuan terakhir ahli-ahli parti sebelum menghadapi pilihan raya yang disifatkan paling sengit dalam sejarah PRU di Malaysia. Justeru ahli-ahli BN khususnya peserta yang hadir ke konvensyen ini perlu memanfaatkan pertemuan ini.

    "Bincangkan isu-isu yang relevan untuk memperkasakan perjuangan parti, melihat secara jujur segala rencana dan pelan BN, dalam mengatur persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang," katanya menerusi kenyataan hari ini.

    Bung Moktar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah berkata Presiden BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijadual merasmikan majlis penutup konvensyen itu pada hari sama dan turut dijadualkan hadir Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan.

    Beliau berkata antara program konvensyen itu ialah Bicara Seorang Negarawan oleh Pengerusi Lembaga Penasihat BN Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga bekas Perdana Menteri.
    -- BERNAMA
  • WARISAN TUBUH JAWATANKUASA KHAS TINGKAT KHIDMAT DI KAWASAN CINA

     


    KOTA KINABALU: Parti Warisan (Warisan) mengambil langkah setapak ke hadapan bagi mengukuhkan lagi kedudukan parti itu di kawasan masyarakat Cina.

    Naib Presiden Warisan, Datuk Junz Wong berkata, sebelum ini kawasan Cina bukan kekuatan Warisan.

    Walaupun sokongan masyarakat Cina terhadap Warisan amat baik namun, parti itu mahu terus menangani isu-isu yang sering dihadapi masyarakat Cina di Sabah.

    Justeru, Warisan menubuhkan Jawatankuasa Cina Negeri Sabah bagi memperkukuhkan lagi gerak kerja parti bagi menarik lebih banyak sokongan masyarakat Cina.

    Beliau berkata, sudah tiba masa untuk parti ini mempertingkatkan perkhidmatan mereka di kawasan pengundi Cina.

    Kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini menyebabkan Warisan tidak memberi fokus kepada kawasan Cina.

    Namun situasi sekarang agak berbeza dan pucuk pimpinan Warisan juga mengarahkan wakil rakyat untuk mempertingkat gerak kerja di kawasan yang masih perlu diperkukuhkan.

    Selaku parti berbilang kaum, Warisan mahu memastikan tiada mana-mana kaum yang tertinggal daripada menyuarakan masalah yang mereka hadapi kepada wakil-wakil rakyat Warisan.

    Jawatankuasa itu akan dipengerusikan sendiri oleh Junz manakala, Timbalan Pengerusi adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting, George Hiew.

    ADUN Tanjung Aru itu berkata, penubuhan jawatankuasa tersebut bukan bertujuan merebut kerusi di kawasan Cina sebaliknya, mereka mahu memberi fokus untuk menangani isu-isu yang dihadapi masyarakat Cina di negeri ini.

    Di samping itu, Warisan juga akan membuka keahlian di kawasan-kawasan yang dihuni masyarakat Cina kerana ada permintaan daripada akar umbi untuk menyertai parti ini.

    Sumber:  Borneo Today

  • Gabungan Rakyat Sabah Yakin Mampu Menang Pada PRN Sabah

    TIBA: Muhyiddin disambut ramai penyokong PN ketika tiba di Pekan Tuaran.

     TUARAN: Gabungan Rakyat Sabah menjadi pertaruhan bagi menumbangkan kerajaan Warisan pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16

    Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, gabungan berkenaan mendapat persetujuan bersama dalam satu mesyuarat yang diadakan bersama rakan-rakan parti komponen di Sabah.

    "Gabungan Rakyat Sabah terdiri daripada Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).

    "Kerjasama ini membuktikan kesepakatan terjalin untuk membentuk Kerajaan Sabah seterusnya berjuang demi memajukan Sabah," katanya ketika menyampaikan amanat sebelum memulakan tinjau mesra di Pasar Ikan di sini, semalam.

    Beliau memberikan jaminan bahawa Sabah akan menjadi sebuah negeri termaju dalam Malaysia apabila bersama-sama seiring dengan PN di peringkat Pusat.

    Katanya, perselisihan  yang wujud di antara parti dalam Gabungan Rakyat Sabah perlu dilupakan.

    "Dengan adanya Bersatu, UMNO, PBS, STAR, PBRS, SAPP, MCA...gabungan ini sudah pasti mampu membentuk satu kerajaan kuat di Sabah.

    "Kita akan menjadi lebih hebat berbanding kerajaan Warisan Plus, sebab saya Perdana Menteri di Pusat. Kesamaan itu penting untuk kita satukan kekuatan tenaga, sumber bagi membentuk satu kekuatan.

    "Warisan hanya mampu bina jalan raya satu hingga dua kilometer saja, Kita nanti akan bina jalan raya yang lebih panjang berbanding yang ada kini," katanya.

    Muhyiddin juga mendedahkan bahawa sekiranya rakan-rakan dalam Perikatan bersetuju

    Calon Bersatu di Sulaman iaitu Datuk Seri Hajiji Noor diberikan mandat oleh pengundi di sini, serta calon-calon Gabungan Rakyat Sabah diberikan mandat. Hajiji adalah calon Ketua Menteri terbaik.

     Beliau juga mengingatkan semua penyokong dan pengundi untuk memastikan kemenangan Gabungan Rakyat Sabah.-Yap Siong Han

  • Shafie Telefon Tun Mahathir, Update Najib Ada Di Tawau

    SEMPORNA: Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal sempat menghubungi Tun Dr Mahathir Mohamad pada hari penamaan calon pagi ini di Semporna.

    Dalam satu video yang dirakam,  Shafie membuat panggilan video dan memberikan perkembangan terkini sambil bertanya khabar kepada Pengerusi Parti Pejuang tersebut.

    Shafie turut memberikan update mengenai keberadaan bekas Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak yang kini di Tawau untuk membantu kempen Barisan Nasionan.

    Presiden Amanah, Mohamad Sabu turut berada duduk di sebelah Shafie.


    Kredit Video: KiniTV

  • PRN Sabah: Muhyiddin Adakan Perjumpaan Dengan Pemimpin PN,BN

     

               Muhyiddin bersama Ahmad Zahid ,Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee (kiri) dan Presiden Parti 
               Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Dr Jeffrey Kitingan (dua, kiri) pada Perjumpaan Bersama
               Pimpinan Parti Sabah hari ini. - Gambar Bernama 

    KOTA KINABALU: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan perjumpaan dengan pemimpin daripada Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) di sini hari ini. 

    Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu tiba pada pukul 10.35 pagi, disambut oleh pemimpin-pemimpin berkenaan, sebelum beliau mengadakan mesyuarat tertutup dengan lebih 20 pemimpin, dan perjumpaan masih berlangsung ketika berita ini ditulis. 

    Antara yang hadir Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden UMNO, Presiden STAR Datuk Dr Jeffrey Kitingan, Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PBRS Arthur Joseph Kurup dan Setiausaha Agong PBS Datuk Jahid Jahim. 

    Turut hadir Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, dan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah Datuk Hajiji Noor.

    PRN Sabah bakal menyaksikan pertandingan bagi merebut 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan esok sebagai hari penamaan calon dan 26 Sept ini sebagai hari mengundi. - Bernama.



  • Bung Gesa Jentera Supaya Fokus

     


    KOTA KINABALU: Pengerusi Umno Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin menggesa seluruh jentera UMNO dan Barisan Nasional (BN) supaya fokus dengan perjuangan iaitu bagi memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang diadakan September ini.

    Jelasnya ianya penting bagi memastikan rakyat bertambah yakin dengan UMNO dan BN untuk menerajui kerajaan negeri memandangkan parti pembangkang sebelum ini dilihat tidak berupaya membawa perubahan yang diinginkan rakyat.

    Beliau berharap, seluruh jentera mengenepikan segala perasaan serta sikap negatif yang pada pandangan beliau tidak akan membawa kebaikan dan manfaat dalam memenangi PRN kali ini.

    "Tiada untungnya kita berpecah belah dan tidak ada ruginya sekiranya kita mengukuhkan kesatuan kita. Justeru, marilah kita manfaatkan sebaiknya peluang ini untuk memilih kerajaan yang mampu membangunkan Sabah ke arah yang lebih baik, " katanya.


    Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Pemimpin-Pemimpin BN dan Perikatan Nasional (BN) (BERSATU) yang diadakan di salah sebuah hotel terkemuka di ibu negeri.

    Dalam pada itu, Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dalam ucapan meminta rakyat supaya tidak mengulangi kesilapan dengan memilih parti yang tidak berupaya membangunkan Sabah terutama dalam aspek ekonomi.

    Jelas beliau, penurunan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Sabah telah memberi gambaran yang jelas terhadap pentadbiran kerajaan negeri yang lemah yang dipimpin Parti Warisan Sabah (WARISAN).

    "Tidak ada pertumbuhan dan penjanaan ekonomi negeri Sabah selepas WARISAN mengambil alih tampuk pemerintahan. Kita tidak mahu perkara ini berterusan, kita mahu Sabah terus membangun," katanya ketika menyampaikan ucapan pada majlis itu.

    Justeru Hajiji mahu rakyat mengambil peluang yang diberikan ini dengan memilih parti yang berupaya membangunkan negeri Sabah serta sehaluan dengan kerajaan persekutuan demi kemajuan negeri.

    Selepas majlis ramah mesra, Bung telah mengadakan satu sidang media khas bagi mengumumkan senarai calon BN yang bertanding dalam PRN nanti.

    Pada sebelah petang Hajiji turut mengadakan satu sidang media khas di ibu pejabat BERSATU di ibu negeri dengan mengumumkan senarai calon BERSATU yang bertanding dalam PRN kali ini.

    BN menampilkan 31 calon untuk bertanding dalam PRN, manakala BERSATU mengumumkan bertanding di 29 daripada 73 kerusi DUN.-Kenneddy Corlleus

  • Calon BN DUN Sekong, Hazulizah Fokus Pendidikan, Kebajikan Rakyat


     SANDAKAN: Calon muka baharu Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekong, Hazulizah Mohd Dani memberi fokus kepada pendidikan dan kebajikan rakyat di kawasan itu.

    Beliau yang juga Naib Ketua Puteri UMNO Negeri Sabah berkata sebelum ini dalam program Puteri Umno yang dilaksanakan di Batu Sapi memberi tumpuan kepada pendidikan selain mengutamakan kebajikan rakyat.

    “Sebab dari pendidikan, anak-anak di Parlimen Batu Sapi khususnya dalam DUN Sekong boleh mengubah dan membentuk masa depan mereka,” katanya.



    Hazulizah sehingga kini masih bergiat aktif dalam program kemasyarakatan di kawasan Batu Sapi dan Sandakan.

    Ketua Puteri UMNO Bahagian Batu Sapi sejak 2013 ini yakin rakyat boleh membuat pilihan bijak dengan perbandingan semasa BN memerintah dan selepas Parti Warisan Sabah dari corak pentadbiran.


    Hazulizah melahirkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih kepada pucuk pimpinan memilihnya sebagai calon dan akan berusaha memastikan kemenangan BN bagi kerusi itu.

    “Pencalonan saya juga adalah satu pengiktirafan kepada Puteri UMNO Sabah selepas Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pada 16 tahun lepas. 

    "Ini adalah kali kedua bagi Pergerakan Puteri UMNO Sabah dicalonkan semula sebagai calon pilihan raya di negeri ini,” katanya.  

    Beliau merupakan anak jati Batu Sapi yang memegang Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian Sejarah Universiti Malaysia Sabah dan pernah berkhidmat sebagai pegawai JASA di kawasan DUN N.43 Sekong selama 10 tahun sebelum JASA dibubarkan atau ditamatkan perkhidmatan oleh Kerajaan Pakatan Harapan.

    Hazulizah pernah menjadi guru ganti di SK Gas Sandakan tahun 2007 dan Pembantu Perangkaan tahun 2008 bagi Banci Penduduk Sandakan.

    Beliau juga merupakan Pengerusi Koperasi Azka Berhad Sandakan (Koperasi Belia Wanita) dan pernah dianugerahkan pingat Bintang Setia Kinabalu (BSK) dari Kerajaan Negeri Sabah.

    -Yusop Teppo


  • Langkah Strategik UPKO Tarik Undi KDMR


    KOTA KINABALU: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) tidak menggunakan logo WARISAN pada Pilihan Raya Negeri ke-16 dan sebaliknya menggunakan logo sendiri dilihat sebagai satu keputusan strategik yang terpaksa diambil oleh parti tersebut.

    Menurut analisis yang dibuat berdasarkan jumlah kerusi yang diperuntukkan kepada UPKO pada pengumuman hari ini, demografi pengundi di kawasan-kawasan dun itu majoritinya adalah dari kaum Kadazan, Dusun, Murut dan Rungus (KDMR).

    Melalui tinjauan lapangan dan media sosial, WARISAN dilihat gagal mendapat sokongan majoriti penduduk KDMR berikutan serangan tanpa henti daripada pembangkang. Pelbagai  isu yang dekat di hati pengundi KDMR didakwa gagal diselesaikan seperti isu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), Nepotisme dan Kronisme di mana jawatan-jawatan penting negeri didakwa diisi dari kalangan ahli keluarga serta suku kaum tertentu.

    Oleh sebab itu, UPKO seperti menjauhkan diri daripada dikaitkan dengan WARISAN di kawasan dun yang bakal ditandingi kelak. Langkah strategik ini dilihat mampu menarik sokongan pengundi KDMR.

    Pada petang tadi, Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan Parti Warisan Sabah (WARISAN) Plus akan menggunakan tiga logo pada pilihan raya negeri (PRN) Sabah iaitu WARISAN, Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) dan PKR.

    Parti WARISAN mendapat 46 kerusi, UPKO (12), DAP (7), PKR (7) dan AMANAH (1). Justeru, menyaksikan mereka bertanding di semua 73 kerusi DUN Sabah pada pilihanraya kali ini.







  • "Biarlah saya dicaci-maki asal rakyat Kemabong dapat manfaat" - Jamawi




    KOTA KINABALU: “Biarlah saya terkorban, saya terima caci-maki dan pelbagai kata nista tetapi akhirnya rakyat (di Kemabong) dapat manfaat,”.

    Demikian penjelasan penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong, Jamawi Jaafar ketika ditanya mengenai tindakannya menyokong gabungan Tan Sri Musa Aman, baru-baru ini.

    Kepada Astro AWANI, Jamawi menjelaskan mengenai tindakannya itu dilakukan demi pembangunan rakyat dan kawasan Kemabong.

    “Di peringkat awal kenapa saya (menyertai) Parti Warisan Sabah adalah untuk bersama-sama kerajaan memerintah yang juga selari dengan Kerajaan Persekutuan ketika itu (Pakatan Harapan).

    “Pada kali ini orang mempersoalkan kenapa saya kembali ke rumah lama (menyokong gabungan Musa) tetapi mereka tidak memikirkan rumah lama ini telah pun membentuk Kerajaan Persekutuan.

    “Jadi, saya memikirkan keperluan rakyat itu lebih penting daripada kepentingan sendiri. Biarlah saya terkorban, saya terima caci-maki tetapi akhirnya rakyat menerima manfaat,” katanya ketika ditemui Astro AWANI baru-baru ini.

    Pada 29 Julai lalu, Jamawi antara 13 ADUN yang menyokong Musa hingga mereka mendakwa mempunyai majoriti penuh untuk menubuhkan kerajaan negeri yang baharu.

    Bagaimanapun, keesokan harinya, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin.

    Selain itu, Jamawi menegaskan, dia tidak ‘dibeli’ oleh pihak tertentu untuk menyokong gabungan Musa sebaliknya sokongan itu adalah mahu menjalin kerjasama baik dengan pemimpin Kerajaan Pusat.

    Ditanya bagaimana hubungannya dengan Mohd Shafie memandangkan dia merupakan anak didik kepada Ahli Parlimen Semporna itu ketika di dalam UMNO, Jamawi berkata hubungan mereka masih lagi baik.

    Sementara itu, ditanya juga sama ada beliau akan bertanding di kerusi Kemabong pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 nanti, Jamawi menyerahkan semuanya kepada pucuk pimpinan Perikatan Nasional (PN).

    “Saya menyerahkan hal pencalonan ini kepada pucuk pimpinan, bagi saya menjadi calon atau tidak itu adalah perkara kedua saya akan teruskan khidmat bakti kepada kawasan Kemabong,” katanya yang enggan mendedahkan menyertai mana-mana parti.  - Astro Awani
  • Bantuan Covid-19, PATI dan Lompat Parti Dijangka Panaskan PRN Sabah



    Bantuan Covid-19 Kerajaan Negeri Sabah,  Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan Adun melompat parti antara isu yang dijangka hangat dimainkan sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri Sabah akan datang.

    Pengagihan bantuan Covid-19 oleh Kerajaan Negeri Sabah bakal menghantui kempen Warisan dan PH yang diketuai Datuk Seri Panglima Shafie Apdal apabila ramai penerima bantuan yang layak mendakwa belum menerima bantuan yang diumumkan. Gambar screenshot bantuan yang dikatakan masih dalam proses pembayaran sehingga ke hari ini disebarkan secara meluas di media sosial.


    Selain itu, masalah kebanjiran PATI di Sabah seperti tiada jalan penyelesaiannya. Sebaliknya, Kerajaan Negeri Warisan dan PH pada ketika itu pula cuba memperkenalkan Pas Sementara Sabah (PSS) yang didakwa menguntungkan pendatang asing. Walaupun PSS tidak diteruskan, persepsi mesra PATI tersebut masih segar di kalangan rakyat Sabah. 

    Bagi yang mengikuti situasi semasa politik, Warisan sudah tentunya memanfaatkan isu lompat parti di kalangan wakil rakyat yang beralih sokongan ke Kem Tan Sri Musa Aman. Gelaran "Katak" diulang-ulang dalam sidang media pemimpin Warisan dan PH. Persepsi yang dimainkan sudah tentu memberi kelebihan politik kepada Kem Shafie dan bagi pihak lawan pula, meletakkan bekas adun yang sama sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri kelak dilihat sebagai satu risiko yang tinggi. 

    Senario kempen pasti berubah sejajar dengan perkembangan semasa, isu-isu tempatan dan nasional pasti digunakan sebaiknya oleh kedua-dua pihak. Selain daripada tiga isu dinyatakan di atas, isu-isu lain sudah tentu akan dijadikan bahan kempen seperti Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),  kes rasuah pemimpin, kronisme dan nepotisme seperti lantikan ahli keluarga dan saudara dalam pentadbiran kerajaan, pembangunan, ekonomi pasca Covid-19 dan konflik dalam kerjasama di kalangan parti.

    Melihat kepada perkembangan semasa, sama ada di Kem Shafie ataupun Kem Musa, kedua-duanya mempunyai peluang yang sama untuk memenangi PRN Sabah. Terpulang kepada rakyat untuk menilai dan menentukan siapa yang layak memimpin Negeri Sabah. 

  • "Guling Kerajaan Dengan Membeli Wakil Rakyat Adalah Perbuatan Keji" - Madius



    Presiden UPKO Datuk Seri Wilfred Madius Tangau melalui ciapan di Twitter menempelak tindakan Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman yang didakwa cuba menggulingkan kerajaan yang diterajui oleh Warisan.

    "Tan Sri MUSA Aman gagal menggulingkan Kerajaan Sabah pimpinan DSP Shafie Apdal. Shafie bertindak membubarkan DUN untuk membolehkan Rakyat memilih kerajaan yang mereka pilih melalui Pilihanraya.

    " Tindakan menggulingkan Kerajaan dengan membeli Wakil-Wakil Rakyat adalah perbuatan yang keji." Tambahnya lagi.

    Madius ketika ditemui baru-baru ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, optimis dengan peluang UPKO bersama-sama gabungan parti lain untuk memenangi PRN kelak.

    “Kami akan pilih yang terbaik untuk bertanding pada PRN." katanya.

    Pada Pilihan Raya Umum ke-14, tahun 2018, Madius telah membawa UPKO keluar daripada Barisan Nasional (BN) untuk mewujudkan kerajaan campuran dengan Parti Warisan Sabah dan beliau telah dilantik menjadi Timbalan Ketua Menteri Sabah.

    Twitter Datuk Seri Wilfred Madius Tangau:

    Kredit: UPKO akan terus bersama-sama kepimpinan Shafie
  • 'Keadaan Selamat Adakan Pilihanraya Di Sabah" - Warisan



    KOTA KINABALU: Pilihan raya negeri (PRN) di Sabah boleh diadakan dalam suasana selamat mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan,

    Sehubungan itu, Bendahari Parti Warisan Sabah (WARISAN), Terrence Siambun, menolak kenyataan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, yang mendakwa PRN sebagai membazir dan tidak selamat.

    Terrence berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) turut mengesahkan tiada masalah mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) kerana SOP ketat dilaksanakan untuk memastikan proses pengundian berjalan lancar.

    Katanya, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkali-kali merayu untuk berhenti berpolitik ketika ini dan meminta semua pihak bersatu membantu rakyat Sabah.

    "Ini termasuk rayuannya ketika berucap di Dewan Rakyat, beberapa hari lalu.

    "Tapi adakah Musa mendengar apa yang dikatakan Shafie? Tidak, kerana keutamaannya adalah untuk menjadi ketua menteri dan menjatuhkan kerajaan negeri ketika Shafie bergelut dengan bermacam-macam isu," katanya.

    Terrence berkata, Shafie tiada pilihan selain membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan membiarkan rakyat Sabah menentukan siapa yang berhak memegang mandat rakyat.

    "Pilihan Raya Negeri (PRN) akan menjadi peluang terbaik bagi rakyat Sabah memutuskan dan menilai, terutama wakil negeri yang 'melompat'.

    "Ada antara mereka yang berulang kali menafikan akan 'melompat'.

    "Saya difahamkan mereka percaya dalam masa tiga tahun setelah Musa menjadi ketua menteri, rakyat Sabah akan melupakan perkara 'melompat' ini

    "Pengumuman Shafie mengenai pembubaran DUN semalam (kelmarin) mengejutkan semua," katanya.

  • Usul Shafie Apdal Ditolak Speaker Dewan Rakyat


    PETALING JAYA: Speaker Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusof menolak permohonan yang dikatakan daripada Ketua Menteri Sabah, Shafie Apdal memohon izin membawa usul dan mengemukakan resolusi terhadap bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

    Surat yang dikatakan dari Shafie itu mahu mencadangkan usul mengemukakan resolusi untuk membuat ketetapan bahawa Mahathir, yang juga ahli Parlimen Langkawi, mempunyai keyakinan majoriti ahli Dewan Rakyat.

    Dalam surat yang dilihat FMT, Ariff berkata usul itu tidak selari dengan Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan kerana ia “mempertikai kuasa Agong dalam urusan pelantikan jawatan perdana menteri”.

    “Oleh yang demikian, saya tidak membenarkan usul ini dibawa ke dalam majlis mesyuarat,” katanya.

    Terdahulu, Shafie mengelak pertanyaan mengenai tangkap layar surat, dikatakan daripadanya, memohon izin membawa usul dan mengemukakan resolusi bahawa Mahathir mempunyai keyakinan majoriti ahli Dewan Rakyat.

    Gambar surat kepada Ariff bertarikh 1 Mei itu tersebar di media sosial.

    “Kita tunggu apabila tiba masanya,” kata Shafie kepada pemberita di Beluran hari ini.


    Seorang pembantu Shafie kemudian memberitahu FMT: “Setahu saya, ketua menteri tidak mengesahkan surat itu.”

    Mahathir meletakkan jawatan perdana menteri pada 24 Feb semasa krisis politik yang menyaksikan tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan.

    Dewan Rakyat akan bersidang selama 1 hari pada 18 Mei ini. - FreeMalaysiaToday
  • ARMADA Sabah Tolak Kerjasama Dengan PH



    KUALA LUMPUR: Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Sabah tidak menyokong pendirian rasmi sayap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), ARMADA Pusat yang memutuskan untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

    Ketuanya, Isquzawan Israq Arsit, berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya pendirian ARMADA Pusat kerana ramai ketua ARMADA bahagian mendakwa tidak diberitahu mengenai kerjasama itu.

    “Pendirian kita ialah tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat oleh ARMADA Pusat kerana ianya bukan diputuskan dalam Mesyuarat Khas Exco ARMADA.

    “Sebaliknya, mesyuarat khas yang dinyatakan dalam kenyataan media ARMADA BERSATU sebelum ini sebenarnya adalah Mesyuarat Penyelarasan Agihan Bantuan ARMADA sempena Ramadan 2020 dan perjumpaan bersama Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad”, katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

    Petang tadi, ARMADA dilaporkan menyokong parti itu kembali bekerjasama dengan PH.

    ARMADA dipetik menegaskan, pergerakan itu menyokong BERSATU untuk tidak bekerjasama dengan UMNO.

    Mengulas lanjut, Isquzawan berkata, ARMADA Sabah menyokong penuh kepemimpinan Presiden BERSATU yang juga Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

    “Pendirian ARMADA Sabah adalah jelas bahawa kita tetap bersama Presiden BERSATU. Dengan perkembangan politik semasa, kita tidak akan bermusuh dengan mana-mana parti yang menyokong PN (Perikatan Nasional),” katanya.

    Sementara itu, Ketua ARMADA Terengganu, Syaiful Irfan Anang, berkata pihaknya turut menolak kerjasama dengan PH dan menyokong kepemimpinan Presiden BERSATU.

    “Kita tidak setuju dengan keputusan dibuat oleh ARMADA Pusat kerana ia diputuskan dalam Mesyuarat Khas Exco ARMADA.

    “ARMADA Terengganu juga tetap menyokong penuh kepemimpinan Muhyiddin sebagai Presiden parti,” katanya.

    Sementara itu, Ahli BERSATU, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, pula menggesa semua pihak untuk berpegang kepada keputusan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU pada 23 Februari lalu, untuk membawa keluar parti daripada PH.

    Beliau yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata, keputusan itu kekal sehingga ada perkembangan sebaliknya daripada MPT parti itu.

    “Mengikut Fasal 13 perlembagaan BERSATU, MPT adalah badan tertinggi parti di luar mesyuarat agung.

    “Oleh itu, keputusan berkenaan ‘mengikat’ ke atas seluruh parti dan kekal sehingga ada keputusan sebaliknya,” katanya.

    Wan Ahmad Fayhsal berharap semua ahli parti menghormati keputusan MPT, tegas berdisiplin, menjaga kerukunan dan perpaduan bagi memperkukuhkan keluarga besar BERSATU terutama ketika negara masih berdepan dengan ancaman COVID-19.- Berita Harian
  • "Bincang Dengan Kerajaan Negeri Sebelum Buat Keputusan" - KM


    KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah berharap pandangan kerajaan negeri akan diambil kira sebelum sebarang keputusan mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di peringkat Persekutuan diumumkan.

    Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, Kerajaan Persekutuan perlu berhubung dan berbincang dengan kerajaan negeri sebelum sesuatu keputusan dibuat.


    Beliau berkata, perbincangan penting kerana akhirnya keputusan yang dibuat itu perlu dilaksanakan oleh kerajaan negeri.

    “Kita yang akan melaksanakan keputusan dibuat oleh mereka jadi, pandangan kita perlu diambil kira.

    “Mereka kena tahu dan faham keadaan persekitaran negeri sama ada boleh melaksanakan secara terus atau tidak, sebaik sahaja keputusan diumumkan.

    Shafie Apdal (kanan) menerima sumbangan Covid-19 daripada beberapa organisasi di Kota Kinabalu hari ini.

    “Itu yang saya minta supaya berikan masa kepada kerajaan negeri untuk membuat persediaan sebelum pelaksanaan dibuat,” katanya ketika mengulas mengenai pendirian kerajaan negeri mengenai pelaksanaan PKPB seperti diumumkan kerajaan persekutuan.

    Beliau berkata demikian semasa Majlis Penyampaian Sumbangan Barangan Keperluan Perubatan yang disumbangkan oleh Yayasan Osimal, MSIC Life Insurance Berhad dan Caring Pharmacy.

    Menurutnya, biarpun ada yang menyatakan perbincangan sudah dilakukan, namun di peringkat negeri Sabah, tiada sebarang makluman diberikan.

    Mohd. Shafie berkata, memang mesyuarat menteri-menteri kanan diadakan setiap hari tetapi tidak melibatkan pimpinan negeri.

    Atas sebab itu, beliau meminta biarpun tidak dibabitkan dalam mesyuarat, namun sekurang-kurangnya maklumkan kepada kerajaan negeri tentang apa keputusan yang bakal diambil.

    “Janganlah lepas buat keputusan, minta kerajaan negeri ikut. Jangan buat begitu, kena juga lihat kapasiti dan persekitaran kita duluan.

    “Berbincang dengan kita sama ada kita mempunyai kapasiti untuk laksanakan secara serta-merta. Ini tidak berhubung dengan saya pun,” jelasnya.

    Dalam pada itu, Mohd. Shafie berkata, kerajaan negeri akan mengumumkan sektor ekonomi berkaitan yang akan dibuka selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir 12 Mei ini.

    Katanya, kerajaan akan melihat sektor berkaitan yang boleh dibuka semasa pelaksanaan PKPB seperti sektor keselamatan makanan, pengangkutan awam, minyak dan gas serta beberapa sektor yang berkepentingan lain.- BorneoToday
  • Parti Warisan Pimpinan Shafie Mahu Parlimen Bersidang


    SHAH ALAM - Ahli-ahli Parlimen pembangkang dari Pakatan Harapan (PH), Parti Warisan Sabah (Warisan) termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berpendirian bahawa Parlimen wajib bersidang penuh sekurang-kurangnya dua minggu bermula 18 Mei ini.


    Perkara itu dinyatakan melalui kenyataan bersama dikeluarkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

    Menurut kenyataan tersebut, ahli-ahli Parlimen pembangkang dari PH, Bersatu dan Warisan mengambil maklum keputusan kerajaan melonggarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai hari ini, sekali gus menyifatkan keputusan itu dibuat kerajaan berikutan koronavirus (Covid-19) semakin terkawal dan beberapa aktiviti boleh dijalankan dengan syarat ia menepati prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.


    "Bagi maksud perjalanan sidang Parlimen, SOP ini antara lain termasuk penjarakan sosial, memakai penutup mulut dan hidung serta melakukan saringan Covid-19 bagi ahli-ahli Parlimen.

    "Memandangkan Parlimen telah memutuskan SOP bagi membolehkan persidangan pada 18 Mei diadakan dan memandangkan banyak aktiviti sudah mula dibenarkan bersyarat, maka sebenarnya tiada alasan atau halangan bagi Parlimen untuk bersidang penuh lebih daripada sehari yang telah diumumkan," kata kenyataan itu hari ini.

    Katanya, persidangan lebih panjang akan membolehkan perbahasan isu lebih mendalam serta membolehkan Ahli-ahli Jemaah Menteri melaksanakan agenda legislatif kementerian masing-masing.

    "Oleh yang demikian, kami menggesa kerajaan untuk segera melaksanakan sidang Parlimen penuh dengan menambah jumlah hari persidangan ke sekurang-kurangnya dua minggu," kata kenyataan itu lagi.

    Pada 4 Mac lalu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof berkata, persidangan Dewan Rakyat akan bermula 18 Mei ini dan bersidang selama sehari ekoran PKP yang dilaksanakan sekarang. - Sinar Harian
  • GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13