• Bung Gesa Jentera Supaya Fokus

     


    KOTA KINABALU: Pengerusi Umno Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin menggesa seluruh jentera UMNO dan Barisan Nasional (BN) supaya fokus dengan perjuangan iaitu bagi memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang diadakan September ini.

    Jelasnya ianya penting bagi memastikan rakyat bertambah yakin dengan UMNO dan BN untuk menerajui kerajaan negeri memandangkan parti pembangkang sebelum ini dilihat tidak berupaya membawa perubahan yang diinginkan rakyat.

    Beliau berharap, seluruh jentera mengenepikan segala perasaan serta sikap negatif yang pada pandangan beliau tidak akan membawa kebaikan dan manfaat dalam memenangi PRN kali ini.

    "Tiada untungnya kita berpecah belah dan tidak ada ruginya sekiranya kita mengukuhkan kesatuan kita. Justeru, marilah kita manfaatkan sebaiknya peluang ini untuk memilih kerajaan yang mampu membangunkan Sabah ke arah yang lebih baik, " katanya.


    Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Pemimpin-Pemimpin BN dan Perikatan Nasional (BN) (BERSATU) yang diadakan di salah sebuah hotel terkemuka di ibu negeri.

    Dalam pada itu, Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dalam ucapan meminta rakyat supaya tidak mengulangi kesilapan dengan memilih parti yang tidak berupaya membangunkan Sabah terutama dalam aspek ekonomi.

    Jelas beliau, penurunan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Sabah telah memberi gambaran yang jelas terhadap pentadbiran kerajaan negeri yang lemah yang dipimpin Parti Warisan Sabah (WARISAN).

    "Tidak ada pertumbuhan dan penjanaan ekonomi negeri Sabah selepas WARISAN mengambil alih tampuk pemerintahan. Kita tidak mahu perkara ini berterusan, kita mahu Sabah terus membangun," katanya ketika menyampaikan ucapan pada majlis itu.

    Justeru Hajiji mahu rakyat mengambil peluang yang diberikan ini dengan memilih parti yang berupaya membangunkan negeri Sabah serta sehaluan dengan kerajaan persekutuan demi kemajuan negeri.

    Selepas majlis ramah mesra, Bung telah mengadakan satu sidang media khas bagi mengumumkan senarai calon BN yang bertanding dalam PRN nanti.

    Pada sebelah petang Hajiji turut mengadakan satu sidang media khas di ibu pejabat BERSATU di ibu negeri dengan mengumumkan senarai calon BERSATU yang bertanding dalam PRN kali ini.

    BN menampilkan 31 calon untuk bertanding dalam PRN, manakala BERSATU mengumumkan bertanding di 29 daripada 73 kerusi DUN.-Kenneddy Corlleus

  • 0 Comments:

    Post a Comment

    GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13