• Tiada kompromi penyebar berita palsu



    KOTA KINABALU: Tiada kompromi kepada penyebar berita palsu terutama menerusi media sosial.

    Ketua Polis Daerah, ACP Habibi Majinji memberi amaran tersebut kepada golongan yang ghairah menyebar berita palsu sehingga mendatangkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

    “Seperti semua maklum, dalam tempoh 60 hari Sabah bakal menghadapi Pilihan Raya Negeri dan masyarakat juga menerima pelbagai maklumat serta berita termasuk yang sahih dan palsu khususnya dalam media sosial.

    “Malah lebih serius lagi, sejak pembubaran Dewan Undangan Negeri pada Khamis lepas, ada berita yang mengatakan bahawa kekacauan akan terjadi di ibu negeri sekiranya peralihan kuasa,” ujarnya.

    Jelas Habibi, pihaknya akan mengambil tindakan mengikut Seksyen 233 di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 terhadap pihak yang menyebabkan timbulnya ketakutan kepada masyarakat.

    Beliau ditemui media selepas menyempurnakan majlis sembelihan tujuh ekor lembu sempena aidiladha pada tahun ini di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu, pada Isnin.-Sabah Times

  • 0 Comments:

    Post a Comment

    GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13