• Penunggang Motosikal Maut kemalangan Di Penampang


    KOTA KINABALU: Seorang penunggang motosikal lelaki maut selepas dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Penampang Bypass di sini semalam.

    Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata kejadian jam 2.45 pagi itu membabitkan mangsa warga tempatan berumur 39 tahun beralamat di Kampung Gaya Jalan Lawas Merapok Sarawak.

    “Hasil siasatan di lokasi kejadian mendapati kemalangan berlaku apabila pemandu pacuan empat roda berumur 47 tahun dalam perjalanan balik ke Kampung Nosoob Penampang melalui Jalan Kopungit dari arah pusat bandar.

    “Semasa tiba di Jalan Penampang Bypass selepas melalui lampu isyarat, pemandu terlanggar penunggang motosikal yang dipercayai keluar daripada pusingan U.

    “Disebabkan jarak yang terlalu dekat, pemandu tidak sempat mengelak dan melanggar motosikal dinaiki mangsa,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

    Beliau berkata impak pelanggaran menyebabkan mangsa tercampak ke bahu kiri jalan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala pada jam 3.06 pagi.

    “Pemandu kenderaan pacuan empat roda tidak mengalami sebarang kecederaan.

    “Keadaan cuaca semasa kejadian adalah baik dan permukaan jalan basah dan licin manakala keadaan lalu lintas lenggang dan tidak sibuk,” katanya.

    Sumber : Utusan Borneo


  • 0 Comments:

    Post a Comment

    GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13