• Peruntukan RM6.3 Bilion Untuk Pembangunan Negeri Sabah Dalam Bajet 2023



    Hajiji Bersama Menteri Kabinet Mengikuti Siaran langsung Bajet 2023 

    KOTA KINABALU:
    Pembentangan Bajet 2023 negara pada Jumaat adalah konsisten dengan komitmen kerajaan persekutuan bagi memastikan tiada sesiapa pun ketinggalan dalam pembangunan arus perdana.

    Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, beliau sangat menghargai jasa kerajaan persekutuan khususnya Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

    "Ini adalah kesinambungan daripada momentum pemulihan negara dari pandemik COVID-19, yang mana kini memasuki fasa endemik.

    "Kerajaan Negeri Sabah sangat mengalu-alukan Bajet 2023 yang dibentangkan ini," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

    Beliau juga menghargai peruntukan yang diberikan kepada Sabah pada tahun hadapan bernilai RM6.3 bilion.

    "Ini peningkatan sebanyak 20.45 peratus berbanding hanya RM5.2 bilion yang diperuntukkan kepada Sabah pada Bajet tahun ini.

    "Oleh itu, Sabah sangat mengalu-alukan komitmen kerajaan persekutuan untuk terus mengutamakan pembangunan di negeri ini," katanya.

    Hajiji berkata, kerajaan negeri juga mengalu-alukan komitmen kerajaan persekutuan bagi memastikan tahap keselamatan Sabah dengan menaik taraf Esscom di Lahad Datu serta menyediakan aset keselamatan tambahan dan membina hospital lapangan pada tahun depan.

    Katanya, kerajaan persekutuan juga memperuntukan RM1.2bilion untuk membaiki sekolah daif termasuk 123 projek di Sabah dan juga sejumlah RM430 juta lagi diperuntukan untuk membina lima sekolah baharu seluruh negara yang merangkumi sekolah di negeri ini seperti SMK Nabalu, Kiulu tahun depan.

    Hajiji juga berterima kasih kepada kerajaan Pusat kerana memberikan jaminan peruntukan untuk projek lebuh raya Pan Borneo di Sabah yang dijangka siap sepenuhnya pada 2024.

    Katanya, turut disentuh adalah mengenai pembangunan bandar di sempadan termasuk rangkaian jalan menghubungkan Kalabakan ke Simanggaris Indonesia.

    Jelasnya, RM250 juta juga akan diperuntukan untuk membangunkan Perlabuhan Kontena Teluk Sepanggar pada tahun hadapan.

    "Sabah juga mengalu-alukan komitmen kerajaan persekutuan untuk meringankan beban rakyat melalui Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang melibatkan peruntukan lebih RM10 bilion tahun depan.

    "Saya juga mengalu-alukan subsidi elektrik sehingga RM40 kepada isi rumah yang senarai E-kasih," katanya.

    Hajiji berkata, kerajaan negeri juga menyambut baik pelbagai inisiatif positif terhadap sektor pelancongan, yang akan membantu meningkatkan lagi pendapatan negeri tahun hadapan.


    Sumber: Utusan Borneo

  • 0 Comments:

    Post a Comment

    GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13