• 41 PTI Berjaya Ditahan Dalam Operasi Bersepadu PTI Di Kota Kinabalu


    KOTA KINABALU:
    Cubaan sekumpulan individu yang bertindak melarikan diri selain bersembunyi di kawasan bangunan yang sedang dalam pembinaan tidak berjaya apabila ditahan pihak polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.

    Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Kalsom Idris berkata mereka adalah antara 45 PTI yang ditahan sepanjang Operasi Bersepadu PTI Siri 9/2022 di sekitar Pasar kraftangan dan Pasar Malam di Jalan Sinsuran di sini.

    “Matlamat operasi ini adalah untuk mengesan individu yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah di sekitar bandar raya ini.

    “Sepanjang operasi dijalankan kita memeriksa kira-kira 100 individu dan menahan 45 PTI selepas didapati tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri,” katanya semasa ditemui selepas operasi terbabit.

    Beliau berkata mengikut pecahan, tangkapan membabitkan 26 lelaki dan 19 wanita yang berumur 20 hingga 50 tahun.

    Tambahnya kesemua tangkapan dibawa ke IPD Kota Kinabalu untuk tindakan selanjutnya.

    Menurutnya operasi bermula kira-kira jam 3 petang itu membabitkan seramai empat pegawai dan 27 anggota IPD Kota Kinabalu.

    "Operasi turut disertai Jabatan Malaysia (Rela), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

    "Operasi ini akan teruskan dari semasa ke semasa bukan sahaja untuk memastikan PTI di bandar raya ini terus dikekang tetapi memastikan jenayah dapat dibanteras," katanya.


    Sumber : Utusan Borneo

  • 0 Comments:

    Post a Comment

    GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13