• Sabah Perlu Tubuhkan Stesen Televisyen Sendiri - PEKADIN


    Kota Kinabalu:
    Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Kadazandusun Murut Sabah (PEKADIN) mengesyorkan agar Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengikut jejak langkah Sarawak menubuhkan stesen televisyen (TV) sendiri.

    Naib Presiden PEKADIN, Simon Malubii, berkata sudah tiba masanya melakukan anjakan paradigma dalam dunia penyiaran dengan merealisasikan perwujudan TV Sabah itu.

    Beliau berpendapat langkah itu penting bagi menonjol dan menyiarkan keunikan kebudayaan dan kesenian masyarakat pelbagai kaum di negeri.

    Simon berkata walaupun Sabah mempunyai lebih 36 kaum dan subetnik, namun mereka sentiasa hidup aman, damai dan harmoni.

    Menurutnya, TV Sabah juga boleh menjadi wadah untuk mengetengahkan bakat anak Sabah yang mencipta nama sama ada di dalam mahupun luar negara.

    "Pada masa yang sama ia juga membuka peluang kepada pembekal drama dan kandungan visual dari Sabah, terutama dalam mempromosikan keunikan budaya masyarakat negeri ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Simon berkata kejayaan kerajaan Sarawak menubuhkan stesen TV sendiri, yang kini dikenali sebagai TVS, seharusnya menjadi inspirasi bagi kerajaan GRS menjayakan impian itu yang bakal menjadi kebanggaan lebih tiga juta penduduk Sabah.

    Beliau percaya rakyat Sabah pasti menyambut baik langkah proaktif yang bakal diambil oleh kerajaan GRS seiring dengan perkembangan dan kepentingan pembangunan teknologi maklumat yang berperanan menyebarkan berita atau maklumat sahih dan cepat.

    "PEKADIN optimis kerajaan GRS di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mampu menjayakan misi murni ini, sekaligius memartabatkan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)," katanya.


    Sumber : DEASOKA

  • 0 Comments:

    Post a Comment

    GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13