• Dua Suspek Pemalsuan Dokumen Kontrak Kantin Ditahan Di Sandakan.

    Datuk S Karunanithy, Pengarah SPRM Sabah.

    Sandakan: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) Sabah, hari ini menahan dua individu selepas disyaki memalsukan dua dokumen penting bagi mendapatkan kontrak pengendalian makanan kantin sebuah sekolah di daerah ini antara 2020 hingga 2021.

    Suspek lelaki berusia lingkungan 40 tahun yang bekerja sendiri dan wanita berusia lingkungan 20 tahun yang juga pemilik syarikat itu ditahan di Pejabat SPRM Sabah cawangan Sandakan kira-kira jam 9.40 pagi tadi.

    Sumber berkata, kedua-dua individu terbabit ditahan ketika hadir memberi keterangan untuk membantu siasatan.

    "Hasil daripada pemalsuan dokumen itu, kedua-dua suspek memperoleh tender sekolah membabitkan nilai kontrak kira-kira RM30,000," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

    Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.

    Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut seksyen 471 dan 109 Kanun Keseksaan.

    "Kedua-dua suspek akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Sandakan dalam tempoh terdekat," katanya.


    Sumber: DEASOKA

  • 0 Comments:

    Post a Comment

    GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13