• Empat Sekolah Di Tawau Diarah Tutup

    TUTUP: Tinjauan di kesemua sekolah terbabit di dapati telah ditutup rapat daripada kunjungan orang awam.


     TAWAU: Empat buah sekolah di sini diarah tutup bermula hari ini (Jumaat) selepas dikaitan dengan penularan wabak COVID-19 daripada Penjara Tawau. 

    Difahamkan, empat sekolah terbabit ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Bahagia, SK Jambatan Putih, SK Kukusan dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jambatan Putih.

    Pegawai Kesihatan Kawasan (PKK) Tawau, Dr G Navindran ketika dihubungi mengesahkan arahan penutupan itu sebagai langkah pencegahan dan sanitasi di sekolah tersebut.

    "Pihak PKK Tawau sudah mengeluarkan arahan supaya empat sekolah tersebut ditutup dan tidak menerima kunjungan orang awam sehingga Ahad ini manakala murid yang bergejala dan kontak rapat Penjara diberi cuti selama dua minggu,"katanya. 

    Sejak kelmarin, tular di media sosial surat berkaitan penutupan sekolah yang berkuatkuasa serta merta dikeluarkan Guru Besar sebuah sekolah rendah di sini yang dipercayai untuk diedarkan kepada ibu, bapa dan penjaga murid sekolah berkenaan.

    Menurut surat itu, arahan penutupan atas nasihat Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu adalah atas sebab keselamatan dan langkah berjaga-jaga daripada penularan wabak COVID-19.

    Selain itu, ibu bapa juga turut diminta merujuk makluman di kumpulan Whatsapp kelas anak masing-masing bagi memastikan akses pembelajaran murid terus berjalan melalui kaedah pembelajaran secara dalam talian yang akan diaktifkan.

    Tinjauan Utusan Borneo jam 6.30 pagi tadi di sekolah terbabit, pintu pagar sekolah ditutup rapat untuk kunjungan umum termasuk murid dan guru-guru.

    Terdahulu Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri, pada sidang medianya kelmarin, berkata Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (Pentadbiran) yang dilaksanakan di Penjara Tawau, berkuatkuasa 12.01 tengah malam semalam sehingga 25 September depan.

    Katanya, ia melibatkan banduan dan 114 anggota serta 355 ahli keluarga Jabatan Penjara Malaysia di Penjara Tawau dan Kuarters Penjara di sini yang kesemuanya akan menjalani ujian saringan COVID-19.-Hamzah Sanudin

  • 0 Comments:

    Post a Comment

    GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13