• 'Keadaan Selamat Adakan Pilihanraya Di Sabah" - Warisan



    KOTA KINABALU: Pilihan raya negeri (PRN) di Sabah boleh diadakan dalam suasana selamat mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan,

    Sehubungan itu, Bendahari Parti Warisan Sabah (WARISAN), Terrence Siambun, menolak kenyataan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, yang mendakwa PRN sebagai membazir dan tidak selamat.

    Terrence berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) turut mengesahkan tiada masalah mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) kerana SOP ketat dilaksanakan untuk memastikan proses pengundian berjalan lancar.

    Katanya, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkali-kali merayu untuk berhenti berpolitik ketika ini dan meminta semua pihak bersatu membantu rakyat Sabah.

    "Ini termasuk rayuannya ketika berucap di Dewan Rakyat, beberapa hari lalu.

    "Tapi adakah Musa mendengar apa yang dikatakan Shafie? Tidak, kerana keutamaannya adalah untuk menjadi ketua menteri dan menjatuhkan kerajaan negeri ketika Shafie bergelut dengan bermacam-macam isu," katanya.

    Terrence berkata, Shafie tiada pilihan selain membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan membiarkan rakyat Sabah menentukan siapa yang berhak memegang mandat rakyat.

    "Pilihan Raya Negeri (PRN) akan menjadi peluang terbaik bagi rakyat Sabah memutuskan dan menilai, terutama wakil negeri yang 'melompat'.

    "Ada antara mereka yang berulang kali menafikan akan 'melompat'.

    "Saya difahamkan mereka percaya dalam masa tiga tahun setelah Musa menjadi ketua menteri, rakyat Sabah akan melupakan perkara 'melompat' ini

    "Pengumuman Shafie mengenai pembubaran DUN semalam (kelmarin) mengejutkan semua," katanya.

  • 0 Comments:

    Post a Comment

    GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13