• DUA LELAKI MILIKI DADAH DITAHAN


    PAPAR: Dua lelaki tempatan ditahan polis selepas didapati memiliki dadah dalam operasi pemeriksaan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar, kelmarin.

    Kedua-dua lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan di sekitar kawasan Kinarut kira-kira jam 4 petang.

    Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Batholomew Umpit berkata, tangkapan dibuat oleh sepasukan anggota dan pegawai IPD Papar.

    Katanya, hasil saringan awal terhadap kedua-dua suspek didapati positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphethamine.

    “Pemeriksaan lanjut turut mendapati kedua-dua suspek memiliki 0.30 gram dadah jenis syabu.

    “Kedua-dua suspek kini ditahan reman mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 15(1)(a) akta yang sama bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

    Batholomew berkata, siasatan lanjut sedang giat dijalankan bagi mengenalpasti pembekal dadah di kawasan berkenaan.

    Sementara itu, Batholomew berkata, tangkapan yang berjaya dilakukan itu adalah salah satu usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya IPD Papar dalam mengatasi masalah penyalahgunaan dadah di daerah itu.

    “Disamping itu, usaha itu dilakukan bagi memastikan peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dipatuhi penduduk setempat.

    “Oleh itu, orang ramai diminta terus memaklumkan sebarang maklumat berkaitan jenayah atau penyalahgunaan dadah di kawasan masing-masing untuk diambil tindakan,” katanya.

    -Berita Sabah.com

  • 0 Comments:

    Post a Comment

    GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13