• Dua pengedar ditahan bersama 1050 gram syabu bernilai RM42 ribu


    KOTA KINABALU: Tindakan dua lelaki yang menghambakan diri menjadi pengantara untuk mengedar dadah berakhir ke hukuman penjara apabila ditahan di sebuah premis makanan Jalan Tun Fuad Stephen di sini.

    Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata kedua-dua suspek berumur 24 dan 25 tahun yang ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) IPD Kota Kinabalu juga memiliki syabu seberat lebih satu kilogram (kg).

    “Bertindak dengan maklumat risikan serta maklumat awam, satu serbuan dijalankan di sebuah premis makanan dan mengesan dua suspek lelaki yang dipercayai menjadi dalang kepada aktiviti pengedaran dadah sekitar daerah ini.

    “Sebaik menyedari kehadiran polis, kedua-dua suspek cuba melarikan diri bagaimanapun tindakan pantas polis berjaya memberkas suspek sebelum dibawa ke IPD Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut,” katanya.

    Menurutnya semasa ditahan polis menemukan 1050.00 gram dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM42,000 yang dibawa oleh suspek.

    “Siasatan lanjut mendapati modus operandi yang digunakan kedua-dua suspek adalah dengan berperanan sebagai orang perantaraan dan mendapatkan bekalan dadah sebelum mengedarkannya kepada individu tertentu.

    “Suspek akan mendapatkan bayaran sebanyak RM500 bagi setiap sekilo syabu yang diedar,” katanya.

    Habibi berkata suspek kini direman selama tujuh hari bermula 16 Julai lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung mandatori jika sabit kesalahan.

    “Usaha membanteras terutama terhadap ahli sindiket pengedaran dadah di kawasan tumpuan akan diperhebat bagi memastikan kegiatan penyalahgunaan dan pengedaran dadah dapat dibendung sepenuhnya seterusnya mengekalkan kesejahteraan penduduk di daerah ini,” katanya.-Vivi Olviana Najurus

  • 0 Comments:

    Post a Comment

    GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13