• Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Berjaya Gagalkan Cubaan Seludup Minyak Masak Paket Bersubsidi

     


    MINYAK masak paket bersubsidi yang dirampas. FOTO ihsan APMM

    SEMPORNA: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menggagalkan cubaan menyeludup keluar 340 kilogram (kg) minyak masak paket bersubsidi menerusi Ops Pluto Timur, semalam.

    Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Norrimi Hassan, berkata, sepasukan anggota bot perondanya mengesan bot tanpa pendaftaran kira-kira 0.5 batu nautika arah utara Pulau Kulapuan, dekat sini, pada 9.30 pagi.

    Bagaimanapun katanya, sebaik menyedari kehadiran anggota keselamatan juragan bot memecut ke kawasan cetek sebelum melarikan diri ke kawasan daratan dan gagal dikesan.

    “Pemeriksaan ke atas bot yang ditinggalkan suspek menemukan 340 paket minyak masak bersubsidi disyaki cuba diseludup ke negara jiran.

    “Nilai keseluruhan rampasan termasuk bot bersama dua unit enjin sangkut dianggarkan berjumlah RM5,350 dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan 1961,” katanya dalam kenyataan di sini, malam tadi.

    Norrimi berkata, sepanjang Februari hingga Jun tahun ini, 2,953 kg minyak masak paket bersubsidi dirampas di perairan Semporna.

    Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan dan pihaknya percaya kegiatan penyeludupan barang kawalan terbabit didalangi sindiket membabitkan warga asing dan penduduk tempatan.

    “Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan sebarang aktiviti pelanggaran undang-undang termasuk kegiatan penyeludupan supaya menghubungi Pusat Zon Maritim Semporna di talian 089-782619 atau MERS 999,” katanya. – HMetro
  • 0 Comments:

    Post a Comment

    GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13