• AMBIL TINDAKAN SEGERA TEGURAN SEMASA PENGAUDITAN

     

    KOTA KINABALU: Kementerian, jabatan mahupun agensi kerajaan digesa mengambil tindakan proaktif dalam menambahbaik atau membuat pembetulan atas setiap teguran semasa pengauditan dijalankan.

    Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, Datuk Datu Rosmadi Datu Sulai, berkata, setiap teguran perlu diambil tindakan segera bermula semasa pengauditan dijalankan atau sebaik sahaja isu-isu tersebut dibangkitkan oleh Jabatan Audit, sebelum Laporan Audit dibentangkan di Dewan Undangan Negeri.

    “Tindakan susulan dengan segera ini bukan hanya semata- mata menyelesaikan teguran audit, tetapi juga untuk memastikan semua program atau projek kerajaan dapat dinikmati oleh golongan sasar mengikut masa, kos dan kualiti yang ditetapkan.

    “ Tindakan proaktif dan tindakan susulan adalah kunci kepada pencapaian matlamat pelbagai inisiatif kerajaan,” katanya ketika berucap merasmikan Bengkel Libat Urus Penyelesaian Isu-Isu Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Negeri Sabah Tahun 2022, di sini pada Isnin.

    Selain itu, Datuk (Datu) Rosmadi berkata, kaedah pemantauan dan penyeliaan secara menyeluruh perlu dipertingkatkan dan dilaksanakan secara berterusan terhadap kerja-kerja yang dilaksanakan oleh pegawai bawahan, kontraktor dan vendor yang terlibat.


    Katanya, langkah ini bagi menentukan sama ada berlaku sebarang kelemahan yang sama dalam pelaksanaan projek atau program lain yang tidak diaudit dan seterusnya mengambil tindakan sewajarnya.

    Pada masa yang sama, beliau juga menyeru semua Setiausaha Tetap di setiap Kementerian untuk mengingatkan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) di bawah kawal seliaan masing-masing supaya sentiasa menanda aras tadbir urus berpandukan Malaysian Code on Corporate Governance (MCCG) 2017, The Green Book : Enhancing Board Effectiveness 2006 dan Pekeliling atau Peraturan serta Good Governance Practices yang diamalkan oleh business entity yang berprestasi tinggi.

    Justeru, beliau berharap agar penjawat awam dapat bekerjasama memperbaiki segala kelemahan sekaligus memantapkan usaha penambahbaikan dalam pelaksanaan projek, aktiviti dan inisiatif Kerajaan Negeri Sabah.

    Terdahulu, penganjuran Bengkel Penyelesaian Isu-Isu LKAN oleh Jabatan Audit Negara ini merupakan kesinambungan program selepas Bengkel Pre-Council yang telah diadakan pada minggu lepas.

    Bengkel yang berlangsung selama dua hari ini bermatlamat untuk menyelesaikan isu-isu LKAN, selain meningkatkan akauntabiliti, integriti, tadbir urus dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.

    Hadir sama, Mohd Sarjana Ibrahim, Pengarah Bahagian Susulan Audit, Jabatan Audit Negara, Mohd Nasri Mohd Nasir, Pengarah Jabatan Audit Negara, Cawangan Negeri Sabah, Ramlee Kariah, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Perkhidmatan) JPAN, Setiausaha-Setiausaha Tetap Kementerian, serta Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan.

    Sumber : Borneo Today

  • 0 Comments:

    Post a Comment

    GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13