• 300 hektar tanah untuk tanaman baharu koko di Sabah - Willie



    KOTA BELUD, 23 Jun (Bernama) -- Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi telah membuka kawasan tanaman baharu koko seluas 300 hektar di Sabah menerusi program Rangsangan Pengeluaran Hasil Koko (RPKH) Tanaman Baharu 2022 (TB22).

    Timbalan Menterinya Datuk Willie Mongin berkata program itu antara lain akan menggunakan khidmat kontraktor bagi melaksanakan kerja-kerja pembukaan dan pembersihan kawasan berkenaan.

    “Inisiatif ini akan meringankan bebanan kewangan dan mengurangkan aktiviti fizikal yang perlu ditanggung sendiri oleh para pekebun kecil,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Terdahulu, Willie merasmikan program Jelajah Agrikomoditi #KeluargaMalaysia 2022 bersama peserta program RPHK TB22 di Kampung Kiau Taburi dekat sini. Seramai 30 pekebun dari kampung tersebut menghadiri sesi perjumpaan dikendalikan Lembaga Koko Malaysia (LKM).

    Willie berkata inti pati utama program RPHK TB22 antara lain meliputi komponen projek tanaman baharu, pembinaan mini pengeringan koko serta aktiviti pemindahan teknologi dan pengembangan. Beliau berkata sebahagian besar golongan pekebun koko di zon Kiau bekerja sebagai pemandu pelancong di Gunung Kinabalu.

    Menurutnya, kedudukan kebun koko di lokasi strategik di daerah itu juga dilihat berupaya melonjakkan kawasan tersebut sebagai sebuah pusat pelancongan berpotensi tinggi.

    “Oleh itu, perancangan masa depan pembangunan industri koko di zon Kiau juga akan berpaksikan kepada agropelancongan seiring dengan perkembangan industri inap desa dan rekreasi di kawasan ini,” katanya.

    Willie dalam pada itu berkata LKM juga akan membangunkan 10 hektar tanah untuk tanaman baharu koko di zon Kiau berkonsepkan integrasi tanaman dengan avokado menjadi tanaman pilihan para pekebun. -- BERNAMA 
  • 0 Comments:

    Post a Comment

    GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    Search This Blog

    Powered by Blogger.

    Contributors

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13