• Indonesia tuntut penjelasan mengenai layanan warganya di "Rumah Merah" Sabah

     


    JAKARTA: Kementerian Luar Indonesia sedang berusaha mendapatkan penjelasan daripada Jabatan Imigresen Negeri Sabah susulan laporan yang dikeluarkan Gabungan Buruh Migran Berdaulat (KBMB) akan layanan terhadap warganya di depot tahanan di Malaysia.

    Laporan itu mendakwa berlaku kematian dan layanan tidak berperikemanusiaan terhadap tahanan warga Indonesia di Depot Tahanan Imigresen di Tawau, Sabah.

    Bagaimanapun, pada Selasa laporan itu disangkal oleh Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud yang berkata, ia satu tuduhan tidak berasas.

    Pengarah perlindungan rakyat di kementerian itu, Judha Nugraha, berkata dalam satu kenyataan Konsulat Jeneral Republik Indonesia Kota Kinabalu dan Konsulat Republik Indonesia Tawau telah dijadualkan bertemu Pengarah Jabatan Imigresen Negeri Sabah semalam (Selasa)

    Pertemuan itu untuk meminta maklumat mengenai penemuan KBMB, sebagai usaha Kerajaan Indonesia melindungi warga dan tenaga kerja Indonesia di Sabah.

    Pihaknya juga akan membuat tindakan susulan secara bilateral dengan pihak berkuasa Malaysia sekiranya maklumat dalam laporan itu disahkan, katanya.

    Jumaat lalu, ahli-ahli KBMB mengadakan demonstrasi di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Kuningan berhubung dakwaan itu.

    Sementara itu di Kuala Lumpur, Khairul Dzaimee dalam penjelasannya berkata pengurusan depot imigresen Malaysia menepati piawaian dan standard 'The Mandela Rules' serta memberi layanan baik kepada semua tahanan termasuk tahanan Indonesia.

    Rawatan kesihatan awal turut diberikan oleh kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia yang ditempatkan secara kader di semua depot imigresen, manakala kes kesihatan serius dibawa ke hospital.

    Seramai 18 tahanan Indonesia meninggal dunia di Sabah pada 2021 dan enam orang tahun 2022 semasa dirawat di hospital, kata Khairul Dzaimee dalam satu kenyataan pada Selasa.

    Kematian disebabkan pelbagai penyakit seperti masalah jantung, buah pinggang, COVID-19 serta paru-paru berair.

    Sementara itu, agensi berita Antara melaporkan Ketua Badan Pelindungan Pekerja Migran Indonesia (BP2MI) Benny Rhamdani akan ke Malaysia dalam masa terdekat untuk melawat depoh tahanan tenaga kerja Indonesia.– BERNAMA

  • 0 Comments:

    Post a Comment

    GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13