• 105 pengemis palauh di KK ditangkap & dihantar kembali ke Semporna


    KOTA KINABALU:  Seramai 105 kanak-kanak dan pengemis jalanan dewasa yang dikenalpasti daripada suku kaum Palauh dan tidak memiliki kewarganegaraan ditahan dalam satu Operasi Bersepadu Kanak-Kanak dan Pengemis Jalanan di pusat bandaraya Kota Kinabalu yang diselaras oleh Majlis Keselamatan Negera Negeri Sabah (MKN Sabah) semalam. 

    Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan MKN Sabah tersebut, semua tahanan telah dibawa ke Daerah Semporna menggunakan bas sewa khas yang diiring kawal oleh MKN, DBKK dan JPKA.

    "Sebaik tiba di daerah Semporna, semua yang ditahan dilepaskan ke lokasi yang ditetapkan dengan menggunakan bot khas yang diselaraskan pegawai daerah Semporna.

    "Operasi ini berjaya mencapai sasaran operasi tanpa sebarang insiden tidak diingini berlaku," menurut Pengarah MKN Sabah dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

    Katanya, kerajaan menerusi agensi penguatkuasa akan terus komited dalam melaksanakan operasi seperti ini. Operasi ini juga sebahagian daripada komitmen berterusan agensi kerajaan dalam memelihara kesejahteraan dan keselamatan rakyat Sabah.

    "Ia adalah salah satu usaha melindungi masyarakat daripada masalah yang dicetuskan oleh kebanjiran kanak-kanak dan pengemis jalanan yang sekian lama mencemarkan pemandangan di sekitar pusat bandar raya ini.

    Operasi bersepadu tersebut turut mendapat kerjasama daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Perkhidmatan Dan Kebajikan Awam (JPKA), Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan serta Jabatan Ketua Menteri (JKM) Sabah. -SabahInfo





  • 0 Comments:

    Post a Comment

    GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13