Ringkasan bantuan;
a)RM80Juta untuk B40 iaitu "one off" sebanyak RM300 melibatkan
i) 30,000 Orang Sabah yang berkerja di semanjung
ii) 13,132 Orang Pemandu Teksi Sabah
iii) 169,630 Orang perkebun, nelayan, dan perternak Sabah
iv) 339 Orang Porter dan malim gunung Sabah
v) 6500 Orang ibu tunggal
vi) 62638 Orang warga tua, anak yatim, dan OKU.
b)RM20Juta untuk miskin dan miskin tegar "one off" sebanyak RM500 melibatkan seramai 22456 ketua isi rumah miskin dan 15747 ketua isi rumah miskin tegar.
Selepas berbulan perintah kawalan pergerakan yang telah dilaksanakan. Tetapi masuk hari ini masih lagi rakyat yang memerlukan bertanya bila bantuan - bantuan masuk? Ramai yang berharap bantuan ini masuk segera agar mereka dapat membeli makanan asas untuk meneruskan hidup.
Makin hari makin mengaus sebab sudah diumumkan tapi masih belum ada kata putus proses dan penerangan bagaimana bantuan ini disampaikan. Mungkin ada yang sudah menerima seperti ada poster yang sudah dinaikkan tetapi saya kurang pasti sudah betul-betul sampai atau tidak (kalau ada kawan yang sudah terima boleh komen dibawah)
Jika benar Kerajaan negeri tidak mempunyai data sendiri rakyat miskin, miskin tegar dan B40 di Sabah. Ini merupakan satu kekangan besar dan amat mustahil duit akan sampai kepada rakyat. Pilihan yang kerajaan negeri ada untuk bantuan rakyat miskin dan miskin tegar ialah memohon ihsan kepada daripada sistem E-kasih. (ini yang disebut2)
Adakah sistem E-kasih akan menyelamatkan keadaan dengan bekalan data? Kita kena ingat E-kasih bukan ditubuhkan untuk menghadapi krisis bencana Covid-19 yang menyediakan data lengkap seperti akaun bank dan boleh menyesuaikan data kemiskinan mengikut situasi krisis.
Kena ingat yang kawan - kawan, E-kasih juga bukan badan yang memberi bantuan E-kasih hanyalah bank data kemiskinan nasional untuk memudahkan agensi pemberi bantuan mengenalpasti rakyat miskin dan miskin tegar yang layak terima bantuan.
Komponen data eKasih terdiri daripada maklumat asas Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR), maklumat Lokasi, Kediaman,Pendidikan, Kemahiran dan Pekerjaan, Pemilikan Harta, Kesihatan, Pendapatan serta Bantuan.
Persoalannya sekarang, adakah sesuai menggunakan data E-kasih untuk menyalurkan bantuan? Bagi pandangan penulis ianya tidak sesuai boleh jadi mereka yang B40 jatuh menjadi status miskin selepas krisis COVID-19 ini disebabkan oleh kehilangan kerja atau tidak dapat menjalankan perniagaan.
Persoalan seterusnya, untuk bantuan B40 iaitu 30,000 orang Sabah yang berkerja di semenanjung. Adakah kerajaan negeri ada data ini? Setahu penulis belum ada usaha lagi untuk kerajaan negeri mengumpul data ini dan bagaimana kita mengenalpasti mereka ini?
2 tahun memerintah bukanlah alasan besar untuk tidak membantu rakyat Sabah yang dalam kesusahan.
2 tahun memerintah juga bukan alasan untuk tidak menjalankan tanggungjawab sebagai kerajaan yang baik. -Buletin Sabah
Pertama mereka kecewa dengan ahli politik dan parti politik yang mereka undi pada PRU14 Parti Warisan, PH, PN, BN di Sabah yang membawa budaya “katak politik” menyebabkan berlakunya ketidakstabilan politik dan perbubaran Dewan Undangan Negeri Sabah (DUN).
Kedua rata -rata rakyat Sabah di media sosial menyuarakan kebimbangan mengenai wabak COVID 19 yang masih dalam keadaan yang tidak terkawal dan boleh mendedahkan rakyat Sabah kepada bahaya jika aturan SOP tidak dipatuhi.
Ketiga, kekecewa mereka disebabkan oleh harapan mereka terhadap kerajaan sebelum ini banyak tidak ditunaikan oleh wakil rakyat masing -masing.
Berikut sebahagian komen daripada Netizen 1 Sabah :
“TIDAK .. NNT MAKIN NAIK KES COVID. MENGUNDI PUN TEDA2 JUGA BAH KAMI DPT BANTUAN. LAGI2 TIME COVID NI. BAGUS XPAYAH MENGUNDI. PANDAI2 LA KAMURANG” – Puan Syuhada Syuhaimy Kobilig
“Undi pn klu kalah ada katak lg melompat bikin apa tu... Baik endak payahlah bah kn undi dari rakyat suru saja dorg melompat lompat mcm tu katak..” – MauMattz Nizam
“Buang duit rakyat Saja Tu buat Pru balik..kesihatan lg printing xda Jual Tu kesihatan..risiko kena covid19 sgt tinggi klo ramai2 brbaris Sana mau mengundi” – Muhammad Fazleey One
Kemarahan dan kerisauan rakyat Sabah dibuktikan lagi daripada hasil undian daripada netizan menunjukan kadar 50% setuju untuk keluar mengundi dan 50% yang lain tidak setuju untuk turun mengundi.-Buletin Sabah
![]() |
SESI PENGENALAN: Turut berada dalam sesi pengenalan itu (berdiri dari kiri) Prof. Dr. Ho Chong Mun, Prof. Madya Dr. Lai Yew Meng dan Prof. Dr. Rasid Mail. |
Menurut Naib Canselor UMS, Prof. Datuk ChM. Dr. Taufiq Yap Yun Hin, program berkenaan melibatkan seramai 24 orang pelajar dari negara China yang telah hadir dan mendaftar baru-baru ini, dengan tempoh program adalah selama empat bulan.
"Pendaftaran Program PEP ini adalah program kedua yang menerima kumpulan pelajar antarabangsa selepas Program Asasi Sains dan Teknologi yang telah mendaftar pada 3 hingga 7 Ogos lepas.
"Ini merupakan kumpulan ke-6 pelajar program PEP sejak dilancarkan di UMS pada Ogos 2018.
"Bagaimanapun, program atau kursus Bahasa Inggeris di UMS telah bermula pada 2004 di bawah Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB)dan dinamakan Intensive English Language Programme (IELP), dan kemudian diubah suai ke International Students’ Foundation Programme (ISFP) dan kini telah diberi nafas baharu dengan pertukaran nama program Progressive English Programme (PEP)," katanya ketika berucap dalam sesi pengenalan bersama para pelajar berkenaan melalui aplikasi dalam talian.
Menurutnya, kemunculan pandemik COVID-19 yang menyebabkan sekatan pergerakan hampir di seluruh dunia tidak membataskan universiti untuk terus merekrut pelajar antarabangsa dan meneruskan pengajian secara atas talian dan pembelajaran secara maya.
"Pelbagai adaptasi teknologi dan aplikasi yang boleh diguna pakai ke arah pembelajaran akademik secara maya dengan lebih interaktif dan efektif.
"Pelbagai penyesuaian teknologi dan aplikasi telah dibuat dalam mempromosikan platform pembelajaran akademik maya yang lebih interaktif dan berkesan sebagai norma baharu.
"Walaupun pengajaran dan pembelajaran atas talian kelihatan baru bagi kita semua, UMS percaya generasi muda kini boleh dikatakan berjiwa digital dan mudah menyesuaikan diri dengan transformasi sebegitu," katanya.
Taufiq berkata, kumpulan pelajar bagi program PEP kali ini akan melalui proses pembelajaran secara maya sepenuhnya, sama ada dari segi kuliah, tutorial sehingga ke peperiksaan akhir yang akan mengambil masa selama empat bulan secara keseluruhannya.
"Selepas tempoh empat bulan, pelajar-pelajar yang lulus program ini akan meneruskan pengajian ke tahap sarjana muda atau sarjana di UMS.
"Pihak universiti kini dalam perancangan untuk memperkenalkan program ini kepada pelajar dari negara lain pada sesi pengambilan akan datang memandangkan pada ketika ini program ini hanya memfokuskan kepada pengambilan pelajar dari China sahaja," katanya.
Selain sesi pengenalan bersama Dr. Taufiq, para pelajar baharu terbabit turut mengadakan sesi diskusi dan pendaftaran bersama Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMS Prof. Dr. Rasid Mail, Pengarah Pusat Pengantarabangsaan dan Penglibatan Global (PPPG) Prof. Dr. Ho Chong Mun, Dekan PPIB Prof. Madya Dr. Lai Yew Meng dan beberapa orang pensyarah.-Utusan Borneo
Shafie ketika ditemui selepas kunjungan hormat daripada Persatuan Pekebun-Pekebun Kecil Sabah Bersatu (USAHA) semalam berkata, unit pemprosesan berkenaan akan membantu meningkatkan pendapatan pekebun kecil getah.
Beliau berkata, jumlah pekebun kecil di Sabah sangat besar dan tersebar di seluruh negeri.
Tambahnya, antara perkara yang turut dibincangkan ialah keperluan mencari mekanisme untuk memastikan harga getah di Sabah serupa dengan harga di Semenanjung dan cara untuk membantu pekebun-pekebun kecil.
Sementara itu, Presiden USAHA Chua Men Nam menjelaskan dua unit pemprosesan getah akan ditubuhkan di Keningau dan selebihnya di Tenom, Tuaran, Kota Belud dan Matunggong.
Chua berkata, kawasan-kawasan yang terlibat telah dikenal pasti dan dialog bersama penduduk di kawasan berkenaan telah dibuat.
"Kami akan membimbing mereka dan akan meminta Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) untuk masuk sebagai penasihat teknikal kami," katanya.
Jelasnya, unit pemprosesan berkenaan akan didirikan di kawasan seluas kira-kira 2,000 hingga 2,500 ekar dengan tujuan mengumpulkan pekebun-pekebun kecil agar mereka dapat menghasilkan getah berkualiti tinggi.
Chua berkata, pekebun-pekebun kecil kini menghasilkan getah beku 'cupclumps' kelas rendah dan USAHA mahu mereka memproses getah bermutu tinggi RSS1 dan RSS3 untuk dieksport dan digunakan di pasaran antarabangsa.
Beliau juga berkata, terdapat kilang pemprosesan getah tetapi pihak USAHA tidak mampu membangunkan seumpamanya kerana melibatkan Kos yang tinggi manakala unit-unit pemprosesan yang akan dibangunkan ini hanyalah kecil dan akan dikendalikan serta diuruskan oleh pekebun-pekebun kecil itu sendiri.
Tambahnya, setiap unit akan menelan belanja sekitar RM400,000 hingga RM500,000.
Chua berkata, terdapat kira-kira 100,000 pekebun kecil di Sabah dengan jumlah keseluruhan kawasan sekitar 120,000 hektar.
"Sekarang kami menghasilkan kira-kira 30,000 tan getah setiap tahun dan sasaran kami adalah untuk membuat satu pertiga daripada pengeluaran terbabit diproses di unit pemprosesan.
"Kami tidak dapat mengumpulkan semua bahan mentah dari ladang mereka (pekebun-pekebun kecil) kerana ada yang terletak jauh. Itulah sebabnya sasaran kami hanya sepertiga pengeluaran mereka," katanya.
Jelasnya, sepertiga pengeluaran yang akan dibawa ke unit pemprosesan ini berjumlah 10,000 tan dan perbezaan harga antara getah berkualiti tinggi yang dihasilkan oleh unit pemprosesan kecil dan 'cupclumps' serta slab yang kini dijual kepada LIGS oleh mereka adalah sekitar RM1,500 per tan.
"Ini melibatkan angka berjumlah RM15 juta yang juga adalah tambahan untuk pekebun kecil," katanya.
Dalam kejadian jam 5.15 petang itu, pasukan Polis Diraja Malaysia cawangan Kompeni 'B' Batalion 14 Pasukan Gerakan Am (PGA) Semporna yang menjalankan rondaan rutin terserempak dengan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan di perairan antara Pulau Bohey Dulang dan Pulau Pom-Pom.
Pegawai Pemerintah Batalion 14 PGA Tawau Superintendan Mohd Yacob Murad berkata, bot yang membawa kesemua PTI terbabit dipercayai dari arah negara jiran cuba masuk ke perairan negara melalui laluan tikus.
"Juragan bot yang menyedari kehadiran pihak berkuasa bertindak cuba meloloskan diri, namun tindakan pantas anggota PGA, kesemua mereka berjaya ditahan.
"Hasil pemeriksaan awal, mendapati terdapat enam lelaki dewasa berumur 21 hingga 47 tahun, seorang perempuan dewasa, 29, dan tiga kanak-kanak lelaki dan perempuan berumur 3 hingga 9 tahun di dalam bot terbabit," katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.
Mohd Yacob berkata, pemeriksaan lanjut mendapati kesemua suspek terbabit didapati tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.
Menurutnya, pihaknya juga menemui lima beg pakaian dipercayai milik kesemua suspek dan 21 keping wang kertas negara jiran berjumlah peso 6,310.
"Pihak kami juga turut merampas sebuah bot, tiga jerikin minyak petrol dan dua enjin bot yang dianggarkan bernilai RM3,373 sebelum dibawa ke Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna untuk tindakan lanjut.
"Kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007," katanya.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, sepasukan anggota PPM yang menjalankan pemantauan Ops Gelora Khas di kawasan kuala itu menemui sebuah bot pam yang bergerak dalam keadaan mencurigakan.
Apabila dihampiri, bot terbabit dikatakan memecut laju sebelum terkandas di kawasan pantai dan juragan bot bertindak melarikan diri.
Hasil pemeriksaan ke atas bot kemudian menemui tiga guni plastik berisi telur penyu dianggarkan bernilai RM2,700.
Pegawai Pemerintah PPM Sandakan, Deputi Superintendan Rusdin Banin, berkata pemeriksaan turut mendapati bot terbabit menggunakan nombor pendaftaran Filipina.
“Semua rampasan dibawa ke markas operasi PPM Sandakan untuk tindakan lanjut dan diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar.
“Jumlah keseluruhan rampas termasuk bot dan enjin adalah RM5,200,” katanya dalam kenyataannya di sini, hari ini.
Kes disiasat mengikut Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997.-Berita Sabah