• Pendaftaran Pelajar Baharu UMS Secara Atas Talian

     

    SESI PENGENALAN: Turut berada dalam sesi pengenalan itu
     (berdiri dari kiri) Prof. Dr. Ho Chong Mun, Prof. Madya Dr. Lai Yew Meng dan Prof. Dr. Rasid Mail.


    KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengadakan sesi pendaftaran dan pengenalan pelajar baharu bagi program Bahasa Inggeris iaitu Progressive English Programme (PEP) yang buat pertama kalinya diadakan secara atas talian sepenuhnya.

    Menurut Naib Canselor UMS, Prof. Datuk ChM. Dr. Taufiq Yap Yun Hin, program berkenaan melibatkan seramai 24 orang pelajar dari negara China yang telah hadir dan mendaftar baru-baru ini, dengan tempoh program adalah selama empat bulan.

    "Pendaftaran Program PEP ini adalah program kedua yang menerima kumpulan pelajar antarabangsa selepas Program Asasi Sains dan Teknologi yang telah mendaftar pada 3 hingga 7 Ogos lepas.

    "Ini merupakan kumpulan ke-6 pelajar program PEP sejak dilancarkan di UMS pada Ogos 2018.

    "Bagaimanapun, program atau kursus Bahasa Inggeris di UMS telah bermula pada 2004 di bawah Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB)dan dinamakan Intensive English Language Programme (IELP), dan kemudian diubah suai ke International Students’ Foundation Programme (ISFP) dan kini telah diberi nafas baharu dengan pertukaran nama program Progressive English Programme (PEP)," katanya ketika berucap dalam sesi pengenalan bersama para pelajar berkenaan melalui aplikasi dalam talian.

    Menurutnya, kemunculan pandemik COVID-19 yang menyebabkan sekatan pergerakan hampir di seluruh dunia tidak membataskan universiti untuk terus merekrut pelajar antarabangsa dan meneruskan pengajian secara atas talian dan pembelajaran secara maya.

    "Pelbagai adaptasi teknologi dan aplikasi yang boleh diguna pakai ke arah pembelajaran akademik secara maya dengan lebih interaktif dan efektif.

    "Pelbagai penyesuaian teknologi dan aplikasi telah dibuat dalam mempromosikan platform pembelajaran akademik maya yang lebih interaktif dan berkesan sebagai norma baharu.

    "Walaupun pengajaran dan pembelajaran atas talian kelihatan baru bagi kita semua, UMS percaya generasi muda kini boleh dikatakan berjiwa digital dan mudah menyesuaikan diri dengan transformasi sebegitu," katanya.

    Taufiq berkata, kumpulan pelajar bagi program PEP kali ini akan melalui proses pembelajaran secara maya sepenuhnya, sama ada dari segi kuliah, tutorial sehingga ke peperiksaan akhir yang akan mengambil masa selama empat bulan secara keseluruhannya.

    "Selepas tempoh empat bulan, pelajar-pelajar yang lulus program ini akan meneruskan pengajian ke tahap sarjana muda atau sarjana di UMS.

    "Pihak universiti kini dalam perancangan untuk memperkenalkan program ini kepada pelajar dari negara lain pada sesi pengambilan akan datang memandangkan pada ketika ini program ini hanya memfokuskan kepada pengambilan pelajar dari China sahaja," katanya.

    Selain sesi pengenalan bersama Dr. Taufiq, para pelajar baharu terbabit turut mengadakan sesi diskusi dan pendaftaran bersama Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMS Prof. Dr. Rasid Mail, Pengarah Pusat Pengantarabangsaan dan Penglibatan Global (PPPG) Prof. Dr. Ho Chong Mun, Dekan PPIB Prof. Madya Dr. Lai Yew Meng dan beberapa orang pensyarah.-Utusan Borneo

  • 0 Comments:

    Post a Comment

    GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13