• Tahanan Lokap IPD Semporna Positif Covid-19


     SEORANG wanita yang ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna, Sabah membabitkan kesalahan mengikut Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007, didapati positif Covid-19, semalam.


    Warga Filipina berusia 29 tahun itu, yang ditahan di perairan Semporna pada 16 Ogos, menerima keputusan itu semalam, selepas lima hari menjalani saringan di Klinik Kesihatan Semporna.

    Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali ketika dihubungi mengesahkan kes berkenaan.

    Menurutnya, IPD Semporna serta pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelakkan penularan kes itu.

    Difahamkan KKM selesai menjalankan proses nyah cemar di seluruh kawasan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna terutamanya lokap yang menempatkan suspek wanita itu.

    Dianggarkan lebih 100 individu termasuk tahanan lokap, pegawai dan anggota polis yang dipercayai menjadi kontak rapat wanita berkenaan perlu menjalani ujian saringan Covid-19.

    Pada 16 Ogos lalu, PGA Batalion 14 (Kompeni B) menahan 10 individu disyaki terbabit dalam aktiviti penyeludupan migran masuk ke perairan Semporna dari Filipina menggunakan bot.

    Sehari selepas itu kesemua tangkapan dibawa ke Klinik Kesihatan Semporna untuk menjalani saringan Covid-19.-Buletin Sabah

  • 0 Comments:

    Post a Comment

    GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13