• Serangan peribadi, perkauman tak gambarkan kematangan berpolitik

     

    Presiden Pertubuhan Orang Seni Tempatan Sabah (POST'S), Janrywine J Lusin.


    KOTA KINABALU: Serangan peribadi dan perkauman yang dijadikan topik perdebatan politik di Sabah kebelakangan ini memberi contoh negatif kepada generasi muda.

    Presiden Pertubuhan Orang Seni Tempatan Sabah (POST'S), Janrywine J Lusin, berkata pemimpin politik perlu bersikap matang dengan mengetengahkan isu bermanfaat kepada rakyat.

    Beliau berkata, perbuatan menyerang peribadi dan mengeluarkan kata-kata berunsur perkauman tidak menggambarkan kematangan berpolitik, malah boleh menimbulkan kesan buruk kepada perpaduan rakyat.

    "Topik perdebatan dalam gelanggang politik Sabah ketika ini tidak memberikan didikan positif kepada pengundi muda yang baru belajar memahami kepentingan politik dalam mencorak hala tuju pentadbiran kerajaan.

    "Mereka yang menggelar diri sebagai pemimpin melakar 'didikan awal' kepada generasi muda dengan isu remeh, malah bermotifkan serangan peribadi dan perkauman serta tidak masuk akal," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

    Beliau yang juga penyanyi popular dengan lagu Macam Di KK mengulas situasi perdebatan politik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan yang menyaksikan pemimpin politik berbalas tuduhan mengenai pelbagai isu.

    Janrywine berkata, Malaysia bakal mencapai usia 57 tahun pada 16 September depan seharusnya mempamerkan kematangan dalam mengetengahkan agenda politik dan isu yang ingin dibawa dalam kempen.

    "Usia 57 tahun negara adalah sangat muda dan masih perlu lagi banyak perancangan agenda pembangunan sosioekonomi seperti negara jiran lain.

    "Malangnya, semakin hari isu yang hangat dijaja oleh pelbagai parti yang bakal bertanding pada PRN Ke-16 lebih kepada isu peribadi dan suku kaum individu tertentu dengan tujuan ingin menjatuhkan air muka serta reputasi sebagai calon.

    "Saya secara peribadi berasa amat malu dan jijik dengan pendekatan strategi serangan peribadi seumpama ini. Adakah ini yang ingin kita perkenalkan kepada Malaysia bahawa strategi ini adalah normal?

    "Inikah juga yang akan kita didik kepada bakal pengundi baharu bahawa anda harus bermain kotor untuk menang dalam kempen politik," katanya.

    Katanya, isu yang diketengahkan dalam ceramah dan kempen apabila ia sudah bermula selepas 12 September depan sepatutnya boleh menjadi medan menjana formula bagi mendepani permasalahan semasa negeri dan negara.

    "Perkara itulah yang sebenarnya diperlukan golongan belia kerana mereka bukan lagi seperti katak di bawah tempurung.

    "Walaupun ada pihak mengatakan 'welcome to the politics world ', janganlah kita sengaja sajikan belia dengan agenda tidak matang yang boleh merosakkan identiti bangsa dan negara," katanya.

    Janrywine sebelum ini turut mengumumkan mahu bertanding pada PRN kali ini bagi mewakili golongan belia dan orang seni dalam usaha untuk membela nasib golongan berkenaan di Sabah.

    Oleh Izwan Abdullah

  • 0 Comments:

    Post a Comment

    GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13