• Bantuan Covid19 : Kegagalan Terbesar Warisan Pada Rakyat Sabah?


     Sehingga sekarang masih ada lagi rakyat Sabah yang memohon bantuan Covid19 masih tidak mendapat sebarang khabar yang jelas daripada kerajaan negeri Sabah. Mungkin kerajaan negeri Sabah boleh buat – buat lupa mengenai kegagalan ini tetapi rakyat Sabah tidak pernah lupa bagi mereka yang pernah menaruh harapan dengan bantuan Covid19 ini.

     

    Ringkasan bantuan;

    a)RM80Juta untuk B40 iaitu "one off" sebanyak RM300 melibatkan

    i) 30,000 Orang Sabah yang berkerja di semanjung

    ii) 13,132 Orang Pemandu Teksi Sabah

    iii) 169,630 Orang perkebun, nelayan, dan perternak Sabah

    iv) 339 Orang Porter dan malim gunung Sabah

    v) 6500 Orang ibu tunggal

    vi) 62638 Orang warga tua, anak yatim, dan OKU.

    b)RM20Juta untuk miskin dan miskin tegar "one off" sebanyak RM500 melibatkan seramai 22456 ketua isi rumah miskin dan 15747 ketua isi rumah miskin tegar.

     

     

    Selepas berbulan perintah kawalan pergerakan yang telah dilaksanakan. Tetapi masuk hari ini masih lagi rakyat yang memerlukan bertanya bila bantuan - bantuan masuk? Ramai yang berharap bantuan ini masuk segera agar mereka dapat membeli makanan asas untuk meneruskan hidup.

     

    Makin hari makin mengaus sebab sudah diumumkan tapi masih belum ada kata putus proses dan penerangan bagaimana bantuan ini disampaikan. Mungkin ada yang sudah menerima seperti ada poster yang sudah dinaikkan tetapi saya kurang pasti sudah betul-betul sampai atau tidak (kalau ada kawan yang sudah terima boleh komen dibawah)

     

    Jika benar Kerajaan negeri tidak mempunyai data sendiri rakyat miskin, miskin tegar dan B40 di Sabah. Ini merupakan satu kekangan besar dan amat mustahil duit akan sampai kepada rakyat. Pilihan yang kerajaan negeri ada untuk bantuan rakyat miskin dan miskin tegar ialah memohon ihsan kepada daripada sistem E-kasih. (ini yang disebut2)

     

    Adakah sistem E-kasih akan menyelamatkan keadaan dengan bekalan data? Kita kena ingat E-kasih bukan ditubuhkan untuk menghadapi krisis bencana Covid-19 yang menyediakan data lengkap seperti akaun bank dan boleh menyesuaikan data kemiskinan mengikut situasi krisis.

     

    Kena ingat yang kawan - kawan, E-kasih juga bukan badan yang memberi bantuan E-kasih hanyalah bank data kemiskinan nasional untuk memudahkan agensi pemberi bantuan mengenalpasti rakyat miskin dan miskin tegar yang layak terima bantuan.

     

    Komponen data eKasih terdiri daripada maklumat asas Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR), maklumat Lokasi, Kediaman,Pendidikan, Kemahiran dan Pekerjaan, Pemilikan Harta, Kesihatan, Pendapatan serta Bantuan.

     

    Persoalannya sekarang, adakah sesuai menggunakan data E-kasih untuk menyalurkan bantuan? Bagi pandangan penulis ianya tidak sesuai boleh jadi mereka yang B40 jatuh menjadi status miskin selepas krisis COVID-19 ini disebabkan oleh kehilangan kerja atau tidak dapat menjalankan perniagaan.

     

    Persoalan seterusnya, untuk bantuan B40 iaitu 30,000 orang Sabah yang berkerja di semenanjung. Adakah kerajaan negeri ada data ini? Setahu penulis belum ada usaha lagi untuk kerajaan negeri mengumpul data ini dan bagaimana kita mengenalpasti mereka ini?

    2 tahun memerintah bukanlah alasan besar untuk tidak membantu rakyat Sabah yang dalam kesusahan.

    2 tahun memerintah juga bukan alasan untuk tidak menjalankan tanggungjawab sebagai kerajaan yang baik. -Buletin Sabah

  • 0 Comments:

    Post a Comment

    GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13