Sumber : --DEASOKA
KOTA KINABALU: Video sekumpulan murid sekolah rendah menaiki perahu kecil menyeberangi Sungai Bengkoka di Pitas yang tular di media sosial sejak Rabu lepas mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
Kebanyakan netizen menyatakan kebimbangan dengan tahap keselamatan selepas melihat keadaan murid-murid berkenaan yang terpaksa menggadai nyawa menaiki perahu kecil demi ke sekolah.
Video yang dimuat naik menerusi Facebook Berita Ehwal Semasa & Politik Terkini itu mendapat tontonan lebih 10,000 kali itu dipercayai diambil di Kampung Mangkabusu Pitas sekitar minggu ini.
Mantan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Mangkabusu Maratim Majungkat ketika dihubungi The Borneo Post berkata, beliau antara yang menghantar murid menggunakan perahu bersama ibu bapa yang lain secara bergilir-gilir.
Katanya, tindakan berkenaan demi memastikan anak-anak mereka tidak terlepas peperiksaan di sekolah.
"Sayalah orang yang dirakamkan dalam video sedang membawa murid-murid dalam perahu itu. Kami mengambil giliran menghantar seramai 26 murid ke Sekolah Kebangsaan (SK) Mandurian Pitas dengan menyeberangi sungai pada waktu pagi dan petang setiap hari.
"Keadaan seperti ini sudah berlarutan sejak jambatan gantung di kampung kami rosak sepenuhnya pada 12 Disember tahun lepas akibat banjir.
"Terdapat dua perahu di kampung ini dan setiap perahu hanya boleh memuatkan kira-kira empat murid dan seorang dewasa untuk satu perjalanan," jelasnya.
Beliau berkata, jika musim hujan, anak-anak di kampung itu tidak dapat hadir ke sekolah berikutan paras air Sungai Bengkoka yang cepat naik.
Selain itu katanya, tahun ini turut berlaku kejadian seorang murid berumur 12 tahun lemas di sungai terbabit dan mayatnya hanya ditemukan selepas tujuh hari.
"Baru-baru ini, keadaan cuaca tidak berapa baik, tetapi kami terpaksa membawa anak-anak menaiki perahu untuk ke sekolah kerana sekarang ini minggu peperiksaan.
"Kebanyakan penduduk kampung hanya bertani dan tidak mempunyai pendapatan tetap. Justeru, hanya dengan pendidikan sahaja yang boleh mengubah taraf kehidupan anak-anak nanti.
"Di sekolah ada asrama disediakan yang siap dibina sejak tiga tahun lepas, tetapi kami dimaklumkan keadaannya tidak selamat. Itulah sebabnya keadaan seperti ini berlaku," jelasnya.
Sementara itu beliau berkata, penduduk di kampung berkenaan masih hidup dalam keadaan miskin tanpa bekalan elektrik dan jalan raya berturap.
Menurutnya, penduduk di kampung berhampiran seperti Kampung Nibang dan Kampung Bambangan sudah menikmati kemudahan elektrik dan jalan raya sejak beberapa tahun lepas lagi.
Sehubungan itu, beliau amat berharap agar kemudahan asas dapat disediakan untuk penduduk di kampung itu terutama keperluan mendesak seperti jambatan gantung, bekalan elektrik dan jalan raya berturap.
Selain Kampung Mangkabusu, murid SK Dandun iaitu kampung berdekatan turut berdepan dengan kekangan yang sama selepas jambatan gantung di Kampung Dandun musnah sejak Februari tahun ini.
Keadaan itu memaksa murid-murid dari Kampung Bilangau Besar, Kampung Sapatalang dan Kampung Salungkapit menyeberangi sungai terpanjang di Pitas menggunakan perahu untuk ke sekolah.
Ketua Kampung Bilangau Besar Eddword Upak berharap kerajaan dapat menyediakan peruntukan khas untuk membina semula jambatan gantung di kampung berkenaan secepat mungkin.
"Sungai Bengkoka amat bahaya dan ada beberapa kali paras air naik tanpa amaran sebab kita tidak boleh menjangkakan keadaan cuaca di kawasan hulu.
"Selain itu, kelibat buaya yang muncul di kawasan sungai ini juga sudah menjadi kebiasaan dan ia tidak selamat untuk semua penduduk terutama yang menyeberangi sungai ini," katanya.
Kampung Dandun terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bengkoka manakala Kampung Mangkabusu DUN Pitas.
Smber : Utusan Borneo

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin, berkata langkah itu perlu demi keselamatan penduduk yang mencari rezeki di sungai berkenaan.
"Kita mahu pihak berkuasa mengambil tindakan proaktif dan serius untuk menangani isu ini bagi memastikan penduduk yang menggunakan sungai Kinabatangan sama ada untuk laluan atau sebagai lokasi mencari sumber pendapatan seharian melalui aktiviti memancing dan sebagainya tidak terancam," katanya dalam satu kenyataan.
Minggu lalu seorang wanita maut dibaham buaya ketika keluar memancing di sebatang anak Sungai Kinabatangan di Kampung Tanjung Bulat Sinar Jaya, di sini.
Mayat mangsa, Norsila Sayong, 32, ditemui dalam keadaan tidak sempurna pada jam 6.53 pagi Ahad lalu oleh penduduk kampung iaitu kira-kira 800 meter dari lokasi mangsa diserang haiwan reptilia itu.
Bung Moktar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan berkata kejadian itu bukan yang pertama berlaku malah sudah ramai mangsa menjadi korban berikutan keganasan buaya di Sungai Kinabatngan.
Katanya,pendekatan di Sarawak yang membenarkan menangkap dan membunuh buaya secara berkala serta sistematik bagi mengurangkan jumlah haiwan itu boleh dilaksanakan di Saba.
AhliDewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag itu menambah susulan Kejayaan Malaysia menurunkan taraf kategori buaya daripada Apendiks I kepada Apendiks II pada mesuarat Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Flora dan Fauna Liar terancam (CITES) di Afrika Selatan, ia diharap membolehkan buaya di Sabah diburu serta dierdagangkan.
"Saya berharap satu kajian dapat dilakukan oleh pihak berkuasa mengenai isu ini dan tindkan susulan akan dapat kita lakukan bagi mengurangkan populasi buaya di negeri ini demi menjamin keselamatan penduduk terutamanya yang tinggal di kawasan berhampiran sungai" katanya.
Sambil menzahirkan ucapan takziah dan rasa simpato kepada keluarga mangsa terbaharu dibaham buaya di Kampung Tanjung Bulat Sinar Jaya, di sini. Bung Moktar berharap keluarga mangsa bersabar menerima ujian itu dan menasihatkan penduduk kawasan terlibat supaya berhati-hati ketika melakukan aktiviti di sungai bagi mengelakan kejadian yang tidak diingini.
Sumber : --DEASOKA
“Tolong lah Federal. Sabah Sarawak bukan nya tong sampah.
“Sudah lah kami tertinggal dari segi infrastruktur, takkan lah dari segi perkhidmatan pun kamu kasi kami orang yang bermasalah.
“Sampai bila kami mau maju? Stop treating us like this!,” katanya dalam catatan di laman Facebooknya hari ini.
Munirah yang juga Ketua Wirawati Parti Warisan mengulas laporan media mengenai sembilan anggota polis yang sebelum ini disiasat selepas dipercayai terlibat kes pemerasan seorang ahli perniagaan di Gombak, Selangor berhubung pemilikan dadah telah ditempatkan bertugas di beberapa balai polis dan bahagian di Sabah dan Sarawak.
Laporan Sinar Harian memetik Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi sebagai berkata, siasatan berkaitan kesemua anggota terdiri daripada konstabel hingga sub inspektor itu masih dijalankan secara terperinci.
“Kesemua anggota yang terlibat telah ditukarkan ke beberapa balai polis dan bahagian di Sabah dan Sarawak.
Sabtu lalu, Sinar Harian melaporkan sembilan anggota polis disiasat selepas dipercayai terlibat kes pemerasan seorang ahli perniagaan di Gombak, Selangor mengenai pemilikan dadah, baru-baru ini.
Anggota yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, pada Jumaat.
Sasikala Devi berkata, kesemua anggota berpangkat konstabel hingga sub inspektor itu disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan selepas pihaknya menerima laporan daripada pengadu pada 26 Julai lalu.
BEAUFORT: Pasukan bomba melaksanakan tindakan pantas selepas berjaya menyelamatkan seorang lelaki yang dipercayai cuba membunuh diri dengan terjun ke sungai di Jalan Baru Beaufort di sini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort, Muhammad Hasbullah Nenggok berkata kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu
membabitkan mangsa berusia 39 tahun.
“Pasukan bomba menerima panggilan kecemasan menerusi MERS999 yang melaporkan terdapat seorang lelaki terjun ke dalam sungai pada jam 6.48 petang.
“Bertindak dengan maklumat, sembilan pegawai dan anggota bersama jentera ke digerakkan ke lokasi kejadian,” katanya.
Beliau bagaimanapun berkata semasa jentera dalam perjalanan ke lokasi, mangsa berjaya diselamatkan anggota skuad Pasukan Bomba Bantuan.
“Mangsa yang terjun ke sungai berkenaan sempat ditarik ke tebing sebelum diserahkan kepada anggota bertugas.
“Pasukan operasi kemudiannya menjalankan pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada lagi unsur bahaya lain sebelum operasi ditamatkan pada jam 7.19 malam,” katanya.
Sumber : Utusan Borneo
SEMPORNA: Seramai 12 individu termasuk seorang kanak-kanak berjaya diselamatkan selepas bot yang mereka naiki karam di perairan Pulau Mantabuan, di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, semua mangsa bot karam terbabit dipercayai bertolak dari negara jiran ke bandar Semporna.
Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Farhan Lee Abdullah berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 11.14 malam.
“Siasatan mendapati bot yang dinaiki sembilan lelaki, dua wanita dan seorang kanak-kanak berumur 3 hinga 79 itu karam selepas mengalami kebocoran.
“Mereka terdiri tujuh warga tempatan dan lima warga asing,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.
Katanya, bot yang dinaiki mangsa dipercayai telah terlanggar kayu yang terapung menyebabkannya bocor dan dimasuki air.
“Juragan dan penumpang bertindak mengikat tong minyak kosong di bot berkenaan bagi mengelak daripada tenggelam.
“Selepas itu, juragan terbabit terpaksa berenang ke arah Pulau Mantabuan selama enam jam untuk meminta bantuan pihak berkuasa yang berada di pulau berkenaan,” katanya.
Menurutnya, pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berada di pulau itu segera bertindak menyelamatkan semua mangsa dan tiada kemalangan jiwa berlaku.
“Semua mangsa terbabit kemudiannya diserahkan kepada Pasukan Polis Marin (PPM) dan setakat ini juragan serta empat warga asing yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri ditahan untuk tindakan lanjut.
“Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 280 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen,” katanya.
Farhan menasihatkan supaya juragan sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini dari berlaku.
Sumber : Utusan Borneo
![]() |
LAWAT: Nik Muhammad ketika melawat dan mendengar taklimat daripada Jabatan Pertanian di TKPM. |
TAWAU: Sektor pertanian di negeri ini perlu berjalan seiring dengan teknologi terkini supaya usahawan tani dapat menghasilkan tanaman yang lebih banyak dan berkualiti.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata penggunaan teknologi terkini mampu menjimatkan tenaga, masa dan wang ringgit.
Katanya, petani yang masih menggunakan kaedah manual terpaksa memerlukan pekerja yang ramai dan masa yang lama untuk mengurus tanaman mereka setiap hari.
“Kalau kita lihat di kawasan pertanian yang sudah menggunakan teknologi seperti di Semenanjung, mereka sudah boleh menghasilkan tanaman tiga kali ganda berbanding secara manual.
“Mereka sudah mula menggunakan gadjet untuk proses menyiram dan membaja tanaman mereka tanpa memerlukan pekerja yang ramai,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan kerja ke Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), di sini hari ini.
Menurutnya, kementeriannya akan cuba mengambil tanggungjawab ini untuk memberikan pendedahan teknologi kepada petani di seluruh negara khususnya di negeri Sabah.
“Pendedahan itu nanti diharapkan supaya petani dapat menggunakan teknologi yang ada dan mampu mengurus tanaman mereka dengan lebih bagik, sekali gus memperoleh hasil yang lumayan.
“Saya menggalakkan seluruh petani di negara ini supaya belajar menggunakan teknologi atau merevolusikan cara pertanian mereka,” katanya.
Dalam pada itu, Nik Muhammad berharap supaya Jabatan Pertanian dapat mencari tanah-tanah terbiar untuk diusahakan dengan projek pertanian.
“Kerajaan kini menggalakkan agar tanah-tanah terbiar dapat diusahakan dengan pelbagai tanaman dalam usaha membantu meningkatkan bekalan makanan negara (SSL).
“Kerajaan juga akan menyalurkan bantuan yang diperlukan oleh para petani supaya mereka boleh mengusahakan tanaman dengan lebih baik,” katanya.
Sumber: Utusan Borneo