• Sektor Pertanian Negeri Sabah Harus Seiring Teknologi Terkini


    LAWAT: Nik Muhammad ketika melawat dan mendengar taklimat daripada
    Jabatan Pertanian di TKPM.

    TAWAU
    : Sektor pertanian di negeri ini perlu berjalan seiring dengan teknologi terkini supaya usahawan tani dapat menghasilkan tanaman yang lebih banyak dan berkualiti.

    Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata penggunaan teknologi terkini mampu menjimatkan tenaga, masa dan wang ringgit.

    Katanya, petani yang masih menggunakan kaedah manual terpaksa memerlukan pekerja yang ramai dan masa yang lama untuk mengurus tanaman mereka setiap hari.

    “Kalau kita lihat di kawasan pertanian yang sudah menggunakan teknologi seperti di Semenanjung, mereka sudah boleh menghasilkan tanaman tiga kali ganda berbanding secara manual.

    “Mereka sudah mula menggunakan gadjet untuk proses menyiram dan membaja tanaman mereka tanpa memerlukan pekerja yang ramai,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan kerja ke Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), di sini hari ini.

    Menurutnya, kementeriannya akan cuba mengambil tanggungjawab ini untuk memberikan pendedahan teknologi kepada petani di seluruh negara khususnya di negeri Sabah.

    “Pendedahan itu nanti diharapkan supaya petani dapat menggunakan teknologi yang ada dan mampu mengurus tanaman mereka dengan lebih bagik, sekali gus memperoleh hasil yang lumayan.

    “Saya menggalakkan seluruh petani di negara ini supaya belajar menggunakan teknologi atau merevolusikan cara pertanian mereka,” katanya.



    Dalam pada itu, Nik Muhammad berharap supaya Jabatan Pertanian dapat mencari tanah-tanah terbiar untuk diusahakan dengan projek pertanian.

    “Kerajaan kini menggalakkan agar tanah-tanah terbiar dapat diusahakan dengan pelbagai tanaman dalam usaha membantu meningkatkan bekalan makanan negara (SSL).



    “Kerajaan juga akan menyalurkan bantuan yang diperlukan oleh para petani supaya mereka boleh mengusahakan tanaman dengan lebih baik,” katanya.




    Sumber: Utusan Borneo

  • 0 Comments:

    Post a Comment

    GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    Search This Blog

    Powered by Blogger.

    Contributors

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13