• Bot Karam Di Semporna, Juragan Berenang Enam Jam Minta Bantuan


     
    SEMPORNASeramai 12 individu termasuk seorang kanak-kanak berjaya diselamatkan selepas bot yang mereka naiki karam di perairan Pulau Mantabuan, di sini semalam.

    Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, semua mangsa bot karam terbabit dipercayai bertolak dari negara jiran ke bandar Semporna.

    Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Farhan Lee Abdullah berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 11.14 malam.

    “Siasatan mendapati bot yang dinaiki sembilan lelaki, dua wanita dan seorang kanak-kanak berumur 3 hinga 79 itu karam selepas mengalami kebocoran.

    “Mereka terdiri tujuh warga tempatan dan lima warga asing,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

    Katanya, bot yang dinaiki mangsa dipercayai telah terlanggar kayu yang terapung menyebabkannya bocor dan dimasuki air.

    “Juragan dan penumpang bertindak mengikat tong minyak kosong di bot berkenaan bagi mengelak daripada tenggelam.

    “Selepas itu, juragan terbabit terpaksa berenang ke arah Pulau Mantabuan selama enam jam untuk meminta bantuan pihak berkuasa yang berada di pulau berkenaan,” katanya.

    Menurutnya, pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berada di pulau itu segera bertindak menyelamatkan semua mangsa dan tiada kemalangan jiwa berlaku.

    “Semua mangsa terbabit kemudiannya diserahkan kepada Pasukan Polis Marin (PPM) dan setakat ini juragan serta empat warga asing yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri ditahan untuk tindakan lanjut.

    “Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 280 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen,” katanya.

    Farhan menasihatkan supaya juragan sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini dari berlaku.




    Sumber : Utusan Borneo







  • 0 Comments:

    Post a Comment

    GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13