• Sembilan Anggota Polis Bermasalah Belum Dipindahkan Ke Sabah, Sarawak



    Kota Kinabalu : Sembilan anggota polis yang dipercayai terbabit dalam kes pras ugut di Selangor baru-baru ini, belum ditukarkan ke Sabah dan Sarawak.

    Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah mengarahkan Jabatan Pengurusan PDRM untuk mengambil tindakan lanjut berhubung anggota terbabit yang sebelum ini dilapor ditukar ke Sabah dan Sarawak.

    "Ini termasuk mengkaji semula apa juga berkaitan dengan perkara berkenaan (perpindahan sembilan anggota polis yang terbabit kes pemerasan).

    "Apa juga maklimat berkaitan isu ini, nanti kita akan salurkan melalui unit Komunikasi Korporat PDRM," katanya dalam sidang media Sempena Operasi Bersepadu Khazanah (OBK), di sini hari ini.

    Jelasnya lagi, pihaknya akan mengambil maklum balas yang kami terima daripada Kerajaan Sabah dan Sarawak.

    "Ribuan terima kasih kepada maklum balas yang kami terima daripada Kerajaan Sabah dan Sarawak.

    "Semua mereka (sembilan anggota polis) belum lagi dipindahkan ke Sabah dan Sarawak," katanya.

    Sebelum ini, Timbalan ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi dilaporkan berkata, sembilan anggota polis yang disiasat selepas dipercayai terlibat kes pemerasan seorang ahli perniagaan di Gombak, Selangor mengenai pemilikan dadah baru-baru ini telah ditempatkan untuk bertugas di Sabah dan Sarawak.

    Sumber : --DEASOKA

  • 0 Comments:

    Post a Comment

    GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    Search This Blog

    Powered by Blogger.

    Contributors

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13