SABAH INFO


Kami adalah
Social Media Influencer

Team Sabah Info

Sabah Info adalah sebuah pasukan kreatif yang berpangkalan di Kota Kinabalu. Memfokuskan konten digital versi Sabahan melalui platform media sosial yang paling kukuh di Negeri Sabah! Sabah Info juga menawarkan servis pengiklanan dengan pakej yang berpatutan dengan hasil yang sangat memberangsangkan! Kami sedia menjadi rakan strategik anda!

  • Kota Kinabalu, Sabah
  • sabahinfo.my@gmail.com
  • www.sabahinfo.com.my
Me

Kelebihan Kami

Platform kami adalah yang terbesar di negeri bawah bayu. Meliputi Facebook, Instagram, Tiktok dan Telegram


Facebook 621 Ribu Followers
Tiktok 487 Ribu Followers
Instagram 153 Ribu Followers
Telegram 45 Ribu Followers

Awesome features

Aliquam commodo arcu vel ante volutpat tempus. Praesent pulvinar velit at posuere mollis. Quisque libero sapien.

Animated elements

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Sed tempus cursus lectus vel pellentesque. Etiam tincidunt.

Responsive Design

Pellentesque ultricies ligula a libero porta, ut venenatis orci molestie. Vivamus vitae aliquet tellus, sed mollis libero.

Modern design

Duis ut ultricies nisi. Nulla risus odio, dictum vitae purus malesuada, cursus convallis justo. Sed a mi massa dolor.

Retina ready

Vivamus quis tempor purus, a eleifend purus. Ut sodales vel tellus vel vulputate. Fusce rhoncus semper magna.

Fast support

Suspendisse convallis sem eu ligula porta gravida. Suspendisse potenti. Lorem ipsum dolor sit amet, duis omis unde elit.

0
completed project
0
design award
0
facebook like
0
current projects
  • 98 PUS COVID-19 Direkodkan Di Dua Pusat Kuarantin Lahad Datu

     


    LAHAD DATU: Seramai 98 individu dalam pemantauan (PUS) COVID-19 menjalani arahan kuarantin di dua pusat kuarantin di sini, semalam.

    Dua pusat kuarantin yang diaktifkan semula itu ialah di Plasma Inn Stesen MPOB Lahad Datu (PLASMA) yang merekodkan 81 orang dan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) 17 orang.

    Pengerusi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Lahad Datu Juraimin Jadil berkata, PLASMA menempatkan PUS lelaki seramai 33 orang dan 48 wanita manakala ILIM 17 lelaki.

    "Setakat ini keperluan bagi mereka untuk menjalani arahan kuarantin sebagai PUS dalam keadaan baik dan PKOB akan beroperasi 24 jam bagi menangani COVID-19 di daerah ini," katanya di sini, semalam.

    Menurutnya, pihaknya sentiasa memantau perkembangan dan  keperluan dalam menghadapi wabak pandemik di Lahad Datu termasuk membuka beberapa lagi pusat kuarantin jika diperlukan.

    Katanya, petugas barisan hadapan siap-siaga menghadapi sebarang kemungkinan dan berharap masyarakat Lahad Datu turut memainkan peranan bagi mengekang penularan COVID-19.

    "Seperti yang kita tahu, kes Kluster Benteng di sini mencatat peningkatan mendadak namun saya yakin dengan kerjasama dan usaha semua pihak terutama pasukan perubatan, pasukan keselamatan dan pentadbiran serta yang lain berupaya membantu kita dalam menghadapi ancaman wabak ini," katanya.

    Juraimin yang juga Pegawai Daerah Lahad Datu menyeru orang ramai sentiasa mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan dengan mengutamakan penjagaan kesihatan.

    "Saya berharap masyarakat di sini tidak terlibat dalam menyebarkan sebarang maklumat tidak sahih terutama yang boleh menimbulkan panik kepada orang ramai," katanya.-Norwahida Yamaluddin

  • Polis Nasihat Orang Awam Tidak Terlibat Perhimpunan Haram

    GAMBAR HIASAN

     SANDAKAN: Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin menasihatkan orang ramai agar tidak melibatkan diri dalam perhimpunan haram yang boleh mencetuskan rusuhan sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah berlangsung.

    Beliau nasihatkan semua anggota masyarakat agar menahan emosi kemarahan supaya tidak melibatkan diri dalam segala aktiviti perhimpunan haram yang boleh mencetuskan kejadian tidak diingini.

    Mohd Azhar berkata, mereka juga jangan melibatkan diri dengan perhimpunan sedemikian buat masa ini kerana masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dijangka tamat pada 31 Disember 2020.

    "Kita melihat masih ada berlaku penularan wabak COVID-19 di negeri Sabah ini," katanya kepada pemberita selepas Simulasi Latihan Mencegah Rusuhan di Bandar IJM, semalam.
     
    Musim pilihan raya ini juga, beliau meminta semua pihak agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sepanjang musim berkempen.

    "Pada 12 September ini akan diadakan proses penamaan calon-calon bertanding dalam PRN Sabah, jadi saya minta pada parti-parti yang bertanding supaya mematuhi SOP yang dikeluarkan berkaitan pelaksanaan pilihan raya dalam PKPP bagi mencegah penularan COVID-19," katanya.

    Mengenai latihan itu, Mohd Azhar berkata Polis Daerah Sandakan telah mengadakan satu simulasi latihan dalam perkhidmatan mencegah rusuhan sebagai persiapan menghadapi PRN Sabah.

    "Pihak polis yang melibatkan Unit Poru PGA Batalion 15 dan anggota Light Strike Force Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan serta semua anggota IPD Sandakan.

    "Tujuan latihan ini adalah untuk memantapkan lagi kemahiran mengendalikan krisis rusuhan apatah lagi di musim pilihan raya ini," katanya.

    Ditanya mengenai keanggotaan polis hadapi PRN Sabah di Sandakan, beliau menjelaskan pihaknya mempunyai keanggotaan yang mencukupi menghadapi PRN ini.

    "Kita juga melibatkan keanggotaan PGA dan marin...kita semua bersiap sedia dan anggota kita mencukupi," katanya.

    Mohd Azhar berkata, anggota PGA Batalion 15 yang diketuai oleh Pegawai Pemerintahnya Superintendan Toipi Lamat akan siap sedia dari penamaan calon hinggalah pembuangan undi serta pengiraan undi.-Yusop Teppo

  • Polemik Veveonah, Zahidi Perlu Dijernihkan Dengan Baik

     


    TAWAU: Isu polemik antara penuntut Universiti Malaysia Sabah (UMS) Veveonah Mosibin dan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin perlu dijernihkan dengan baik dan dilihat secara meluas.

    Pengerusi Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) Sabah Mohd Asisal Abbas berkata, isu itu perlu dinilai secara objektif dan mengetahui punca permasalahan yang menyebabkan masalah itu berlaku.

    "Pihak GAMIS Sabah melihat isu berkenaan lebih kepada pembangunan infrastruktur asas di negeri Sabah khususnya fasiliti komunikasi dan jalur lebar yang perlu diperkasakan sebagaimana agenda utama pihak kerajaan.

    "Perkara ini sangat penting untuk pembangunan modal insan di negeri ini, di mana realitinya perkembangan dunia akademik dan ekonomi era ini semakin pantas serta memerlukan kemudahan Internet yang baik," katanya dalam kenyataannya, di sini semalam.

    Beliau berkata, kemudahan Internet di negeri ini dilihat tidak setanding dengan negeri lain terutamanya di kawasan pedalaman kerana bukan sahaja di kampung Veveonah tetapi di kebanyakan tempat tidak menerima kemudahan berkenaan dengan baik.

    Malah, masalah ini turut diakui sendiri Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah bahawa capaian Internet di Sabah ketika ini tidak sebaik di Semenanjung Malaysia.

    Menurutnya, inisiatif pihak kerajaan dibawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) dan usaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk membina 382 menara telekomunikasi baharu di seluruh Sabah merupakan satu keputusan yang bijak.

    "Difahamkan, kerajaan juga akan menaik taraf 924 buah alat pemancar di menara komunikasi sedia ada di negeri ini manakala 251,166 premis akan disediakan capaian gentian optik untuk memberikan liputan yang lebih meluas," katanya.

    Mohd Asisal berharap pihak kerajaan dalam konteks pembangunan kemudahan komunikasi dan jalur lebar supaya terus komited dalam memastikan pelan pembangunan itu dapat disiapkan seperti mana yang telah dirancang.

    "Kerajaan juga diminta untuk menyediakan bantuan khusus untuk pembelian data Internet kepada pelajar dan golongan miskin di Sabah sebagai tindakan jangka masa pendek sementara menantikan pelan JENDELA disiapkan.

    "Penyedia khidmat telekomunikasi pula perlu meningkatkan mutu perkhidmatan Internet yang diberikan melalui penyediaan pelan alternatif atau diskaun kepada pengguna," katanya.

    Mengulas lanjut beliau berkata, adalah wajar solusi jangka pendek diambil perhatian oleh kerajaan kerana melihat peningkatan kes jangkitan COVID-19 dan suasana pembelajaran di kebanyakan universiti yang akan berjalan secara atas talian.-Hamzah Sanudin

  • MKN Hantar Pulang 266 PTI Indonesia Ke Negara Asal

     

    TAKLIMAT: Semua PTI yang dihantar pulang diberi taklimat sebelum dibawa
    ke Terminal Feri Penumpang (TFP) Tawau.

    TAWAU: Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah menghantar pulang 266 pendatang tanpa izin (PTI) dari Tawau ke negara asal mereka di Indonesia melalui perjalanan laut.

    Kesemua PTI terbabit dihantar pulang menerusi feri dari Terminal Feri Penumpang (TFP) Tawau ke Pelabuhan Tunon Taka, Nunukan, Kalimantan Utara (Kaltara), Indonesia.

    Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sharifah Sitti Saleha Habib Yusof berkata, penghantaran pulang ini merupakan program khas yang dilaksanakan oleh MKN Sabah dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah dan agensi kerajaan yang lain.

    "Sebagai usaha memutuskan rantaian jangkitan COVID-19, semua tahanan dipastikan berada dalam keadaan 'fit to travel' sebelum diusir manakala tahanan yang didapati sakit akan menjalani rawatan sewajarnya terlebih dahulu.

    "Kesemua mereka itu juga sudah menjalani ujian saringan COVID-19 dan didapati negatif sebelum mendapat kelulusan untuk dihantar pulang," katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

    Menurutnya, penghantaran pulang itu merupakan siri ke-26 melalui jalan laut pada tahun 2020 melibatkan PTI warga Indonesia dan Filipina.

    "Sepanjang tahun ini seramai 6,421 orang termasuk 221 orang warganegara Pakistan, China, Vietnam, Hong Kong, Korea Selatan dan lain-lain yang telah dihantar melalui udara yang dilakukan oleh JIM Sabah," katanya.

    Beliau berkata, MKN Sabah merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi yang terlibat dalam memastikan kelancaran operasi penghantaran pulang PTI kali ini.

    "Begitu juga, penghargaan kepada pihak Konsulat Republik Indonesia yang memberikan kerjasama dalam memastikan rakyat mereka dapat kembali ke negara asal.

    "Tindakan mereka mencerminkan kebertanggungjawaban dan keperihatinan yang tinggi terhadap kebajikan warganegara mereka walaupun berstatus PTI," katanya.

    Sitti Saleha berkata, kluster Benteng yang berpunca daripada PTI menceroboh masuk melalui laluan tikus menjadi pengajaran dan gambaran jelas kepada semua pihak bahawa kemasukan PTI tidak boleh dipandang ringan.

    "MKN Sabah mengingatkan supaya masyarakat memberi kerjasama sepenuhnya kepada pasukan keselamatan dalam usaha membendung penularan wabak dengan tidak bersekongkol membawa PTI masuk ke negara ini serta menyembunyikan sebarang maklumat berkaitan kemasukan mereka.

    "Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan pencerobohan PTI tidak perlu takut atau ragu untuk segera menghubungi 'National Task Force' di talian 01162511223," katanya.-Hamzah Sanudin

  • Covid-19 Di Sabah Melonjak Angkara 2 Tahanan PATI Filipina



    Berpunca dari 2 tahanan Pendatang Tanpa Izin (PATI) Warga Filipina, kes Covid-19 di Sabah melonjak naik dengan jumlah kes aktif kini seramai 131 orang.  Daripada jumlah tersebut, 128 kes adalah daripada Kluster Benteng LD di mana pesakit terdiri daripada 65 Bukan Warganegara dan 63 Warganegara.

    Lebih membimbangkan, terdapat 1,325 kontak masih menunggu keputusan ujian Covid-19 dan Daerah Lahad Datu dan Tawau kini masing-masing dikategorikan sebagai Zon Merah. 

    Walaubagaimanapun, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kes di Lahad Datu dan Tawau tersebut masih terkawal dan bukan berada di kalangan masyarakat.

    Tambah beliau lagi, ia dikesan membabitkan kes positif dalam kalangan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang memasuki negara ini melalui laluan tikus.

    Pada 1 September, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) melaporkan 2 PATI telah ditangkap kerana memasuki negara ini tanpa dokumen yang sah. Kedua-dua mereka yang mempunyai kaitan persaudaraan dikesan positif Covid-19 ketika saringan di Lokap Balai Polis Lahad Datu.

    Perkembangan terbaru ini menimbulkan kebimbangan di kalangan penduduk Sabah berikutan pergerakan PATI memasuki negara ini masih berlaku walaupun pihak keselamatan giat menjalankan operasi kawalan sempadan.  

    Dengan pesisir pantai di timur Sabah yang luas sepanjang 1,700 kilometer, amat sukar pihak keselamatan membuat kawalan dengan kewujudan banyak jalan-jalan tikus. 

    Info semasa Kluster Benteng LD:


    62 Kes dilaporkan hari ini di Sabah

    Sumber Info:

    - Kenyataan Media Pengarah Kesihatan Negeri Sabah 1 September 2020
    - Jumlah Kontak menunggu keputusan ujian Covid-19 (Twitter KKMPutrajaya)
    - Kluster Benteng LD: PATI yang memasuki negara ini melalui laluan tikus (Bharian)
  • Prosiding Rayuan Bubar DUN Sabah Bersambung Hari Ini


     


    PUTRAJAYA: Prosiding rayuan 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah untuk menggantung keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bersambung hari ini di Istana Kehakiman, di sini.

    Difahamkan prosiding tersebut yang dihakimi tiga hakim, diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil akan bermula pada jam 12.00 tengah hari.
    Prosiding pada hari ini akan menyambung hujahan daripada peguam Datuk Dr Cyrus Das yang mewakili Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal.
    Mahkamah kemudiannya akan mendengar hujahan daripada peguam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Suzana Atan dan hujahan balas peguam, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin yang mewakili Tan Sri Musa Aman dan 32 ADUN Sabah.
    Mahkamah Rayuan pada Isnin menangguhkan prosiding rayuan 33 ADUN Sabah untuk menggantung keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan pembubaran DUN oleh Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin pada 30 Julai lepas.
    Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil menetapkan prosiding berkenaan disambung Selasa (8 September) pada pukul 12 tengah hari.
    Panel yang turut disertai Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Supang Lian menetapkan tarikh berkenaan susulan mendengar hujahan daripada peguam Firoz Hussein dan Peguam Besar Negeri Sabah, Brenndon Keith Soh yang mewakili Juhar.
    Pada 21 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menolak kes semakan kehakiman berhubung 33 wakil rakyat yang mencabar pembubaran DUN Sabah.
    Pesuruhjaya Kehakiman, Leonard David Shim menolak permohonan 33 ADUN berkenaan menetapkan bahawa responden kedua dalam kes itu, Mohd Shafie telah bertindak menurut Perlembagaan Sabah dalam memohon responden pertama, Juhar membubarkan DUN.
    Menurutnya, pengisytiharan pembubaran DUN itu juga adalah mengikut Perlembagaan dan sah.
    Susulan pembubaran DUN, SPR menetapkan 12 September sebagai tarikh penamaan calon dan 26 September sebagai tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
    -Fauzi Suhaimi, Ridauddin Daud
  • Polis Nafi Sekatan Perjalanan Tawau, Lahad Datu

     


    Tawau: Polis menafikan pelaksanaan sekatan perjalanan masuk dan keluar bagi daerah Tawau serta Lahad Datu berkuat kuasa serta-merta selepas kes Covid-19 disahkan di daerah itu seperti yang tular di media sosial sejak pagi tadi.

    Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata perkara itu tidak betul dan pihaknya belum menerima arahan berhubung sekatan perjalanan di kedua-dua daerah tersebut.

    "Belum lagi, akan diputuskan dalam mesyuarat pagi ini bersama Ketua Menteri Sabah (Datuk Seri Mohd Shafie Apdal)," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini

    Maklumat itu mendakwa berdasarkan statistik kes jangkitan Covid-19 terkini yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), berkuat kuasa serta-merta, warga kerja tidak dibenarkan membuat perjalanan perniagaan atau perjalanan bukan perniagaan masuk dan keluar daerah Lahad Datu dan Tawau.

    Tambah maklumat itu, sebarang perubahan akan dimaklumkan kelak.-BuletinSabah

  • GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    Search This Blog

    Powered by Blogger.

    Contributors

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13