• Polemik Veveonah, Zahidi Perlu Dijernihkan Dengan Baik

     


    TAWAU: Isu polemik antara penuntut Universiti Malaysia Sabah (UMS) Veveonah Mosibin dan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin perlu dijernihkan dengan baik dan dilihat secara meluas.

    Pengerusi Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) Sabah Mohd Asisal Abbas berkata, isu itu perlu dinilai secara objektif dan mengetahui punca permasalahan yang menyebabkan masalah itu berlaku.

    "Pihak GAMIS Sabah melihat isu berkenaan lebih kepada pembangunan infrastruktur asas di negeri Sabah khususnya fasiliti komunikasi dan jalur lebar yang perlu diperkasakan sebagaimana agenda utama pihak kerajaan.

    "Perkara ini sangat penting untuk pembangunan modal insan di negeri ini, di mana realitinya perkembangan dunia akademik dan ekonomi era ini semakin pantas serta memerlukan kemudahan Internet yang baik," katanya dalam kenyataannya, di sini semalam.

    Beliau berkata, kemudahan Internet di negeri ini dilihat tidak setanding dengan negeri lain terutamanya di kawasan pedalaman kerana bukan sahaja di kampung Veveonah tetapi di kebanyakan tempat tidak menerima kemudahan berkenaan dengan baik.

    Malah, masalah ini turut diakui sendiri Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah bahawa capaian Internet di Sabah ketika ini tidak sebaik di Semenanjung Malaysia.

    Menurutnya, inisiatif pihak kerajaan dibawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) dan usaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk membina 382 menara telekomunikasi baharu di seluruh Sabah merupakan satu keputusan yang bijak.

    "Difahamkan, kerajaan juga akan menaik taraf 924 buah alat pemancar di menara komunikasi sedia ada di negeri ini manakala 251,166 premis akan disediakan capaian gentian optik untuk memberikan liputan yang lebih meluas," katanya.

    Mohd Asisal berharap pihak kerajaan dalam konteks pembangunan kemudahan komunikasi dan jalur lebar supaya terus komited dalam memastikan pelan pembangunan itu dapat disiapkan seperti mana yang telah dirancang.

    "Kerajaan juga diminta untuk menyediakan bantuan khusus untuk pembelian data Internet kepada pelajar dan golongan miskin di Sabah sebagai tindakan jangka masa pendek sementara menantikan pelan JENDELA disiapkan.

    "Penyedia khidmat telekomunikasi pula perlu meningkatkan mutu perkhidmatan Internet yang diberikan melalui penyediaan pelan alternatif atau diskaun kepada pengguna," katanya.

    Mengulas lanjut beliau berkata, adalah wajar solusi jangka pendek diambil perhatian oleh kerajaan kerana melihat peningkatan kes jangkitan COVID-19 dan suasana pembelajaran di kebanyakan universiti yang akan berjalan secara atas talian.-Hamzah Sanudin

  • 0 Comments:

    Post a Comment

    GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13