• Polis Nasihat Orang Awam Tidak Terlibat Perhimpunan Haram

    GAMBAR HIASAN

     SANDAKAN: Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin menasihatkan orang ramai agar tidak melibatkan diri dalam perhimpunan haram yang boleh mencetuskan rusuhan sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah berlangsung.

    Beliau nasihatkan semua anggota masyarakat agar menahan emosi kemarahan supaya tidak melibatkan diri dalam segala aktiviti perhimpunan haram yang boleh mencetuskan kejadian tidak diingini.

    Mohd Azhar berkata, mereka juga jangan melibatkan diri dengan perhimpunan sedemikian buat masa ini kerana masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dijangka tamat pada 31 Disember 2020.

    "Kita melihat masih ada berlaku penularan wabak COVID-19 di negeri Sabah ini," katanya kepada pemberita selepas Simulasi Latihan Mencegah Rusuhan di Bandar IJM, semalam.
     
    Musim pilihan raya ini juga, beliau meminta semua pihak agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sepanjang musim berkempen.

    "Pada 12 September ini akan diadakan proses penamaan calon-calon bertanding dalam PRN Sabah, jadi saya minta pada parti-parti yang bertanding supaya mematuhi SOP yang dikeluarkan berkaitan pelaksanaan pilihan raya dalam PKPP bagi mencegah penularan COVID-19," katanya.

    Mengenai latihan itu, Mohd Azhar berkata Polis Daerah Sandakan telah mengadakan satu simulasi latihan dalam perkhidmatan mencegah rusuhan sebagai persiapan menghadapi PRN Sabah.

    "Pihak polis yang melibatkan Unit Poru PGA Batalion 15 dan anggota Light Strike Force Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan serta semua anggota IPD Sandakan.

    "Tujuan latihan ini adalah untuk memantapkan lagi kemahiran mengendalikan krisis rusuhan apatah lagi di musim pilihan raya ini," katanya.

    Ditanya mengenai keanggotaan polis hadapi PRN Sabah di Sandakan, beliau menjelaskan pihaknya mempunyai keanggotaan yang mencukupi menghadapi PRN ini.

    "Kita juga melibatkan keanggotaan PGA dan marin...kita semua bersiap sedia dan anggota kita mencukupi," katanya.

    Mohd Azhar berkata, anggota PGA Batalion 15 yang diketuai oleh Pegawai Pemerintahnya Superintendan Toipi Lamat akan siap sedia dari penamaan calon hinggalah pembuangan undi serta pengiraan undi.-Yusop Teppo

  • 0 Comments:

    Post a Comment

    GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13