• 98 PUS COVID-19 Direkodkan Di Dua Pusat Kuarantin Lahad Datu

     


    LAHAD DATU: Seramai 98 individu dalam pemantauan (PUS) COVID-19 menjalani arahan kuarantin di dua pusat kuarantin di sini, semalam.

    Dua pusat kuarantin yang diaktifkan semula itu ialah di Plasma Inn Stesen MPOB Lahad Datu (PLASMA) yang merekodkan 81 orang dan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) 17 orang.

    Pengerusi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Lahad Datu Juraimin Jadil berkata, PLASMA menempatkan PUS lelaki seramai 33 orang dan 48 wanita manakala ILIM 17 lelaki.

    "Setakat ini keperluan bagi mereka untuk menjalani arahan kuarantin sebagai PUS dalam keadaan baik dan PKOB akan beroperasi 24 jam bagi menangani COVID-19 di daerah ini," katanya di sini, semalam.

    Menurutnya, pihaknya sentiasa memantau perkembangan dan  keperluan dalam menghadapi wabak pandemik di Lahad Datu termasuk membuka beberapa lagi pusat kuarantin jika diperlukan.

    Katanya, petugas barisan hadapan siap-siaga menghadapi sebarang kemungkinan dan berharap masyarakat Lahad Datu turut memainkan peranan bagi mengekang penularan COVID-19.

    "Seperti yang kita tahu, kes Kluster Benteng di sini mencatat peningkatan mendadak namun saya yakin dengan kerjasama dan usaha semua pihak terutama pasukan perubatan, pasukan keselamatan dan pentadbiran serta yang lain berupaya membantu kita dalam menghadapi ancaman wabak ini," katanya.

    Juraimin yang juga Pegawai Daerah Lahad Datu menyeru orang ramai sentiasa mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan dengan mengutamakan penjagaan kesihatan.

    "Saya berharap masyarakat di sini tidak terlibat dalam menyebarkan sebarang maklumat tidak sahih terutama yang boleh menimbulkan panik kepada orang ramai," katanya.-Norwahida Yamaluddin

  • 0 Comments:

    Post a Comment

    GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    Search This Blog

    Powered by Blogger.

    Contributors

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13