SABAH INFO


Kami adalah
Social Media Influencer

Team Sabah Info

Sabah Info adalah sebuah pasukan kreatif yang berpangkalan di Kota Kinabalu. Memfokuskan konten digital versi Sabahan melalui platform media sosial yang paling kukuh di Negeri Sabah! Sabah Info juga menawarkan servis pengiklanan dengan pakej yang berpatutan dengan hasil yang sangat memberangsangkan! Kami sedia menjadi rakan strategik anda!

  • Kota Kinabalu, Sabah
  • sabahinfo.my@gmail.com
  • www.sabahinfo.com.my
Me

Kelebihan Kami

Platform kami adalah yang terbesar di negeri bawah bayu. Meliputi Facebook, Instagram, Tiktok dan Telegram


Facebook 548 Ribu Followers
Tiktok 334 Ribu Followers
Instagram 125 Ribu Followers
Telegram 45 Ribu Followers

Awesome features

Aliquam commodo arcu vel ante volutpat tempus. Praesent pulvinar velit at posuere mollis. Quisque libero sapien.

Animated elements

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Sed tempus cursus lectus vel pellentesque. Etiam tincidunt.

Responsive Design

Pellentesque ultricies ligula a libero porta, ut venenatis orci molestie. Vivamus vitae aliquet tellus, sed mollis libero.

Modern design

Duis ut ultricies nisi. Nulla risus odio, dictum vitae purus malesuada, cursus convallis justo. Sed a mi massa dolor.

Retina ready

Vivamus quis tempor purus, a eleifend purus. Ut sodales vel tellus vel vulputate. Fusce rhoncus semper magna.

Fast support

Suspendisse convallis sem eu ligula porta gravida. Suspendisse potenti. Lorem ipsum dolor sit amet, duis omis unde elit.

0
completed project
0
design award
0
facebook like
0
current projects
Showing posts with label Tempatan. Show all posts
Showing posts with label Tempatan. Show all posts
  • Lahad Datu International Enduro Palm Adventure Siri 2 satukan peminat Motorcross Sabah & Indonesia


    LAHAD DATU: Program Lahad Datu International Enduro Palm Adventure Siri 2 berjaya menyatukan para peminat Motorcross di seluruh Sabah dan turut disertai negara jiran Indonesia yang berlangsung pada 20 Ogos 2022, pada sabtu.

    Walaupun baru ditubuhkan pada tahun 2018, Kelab Motocross Bersatu Lahad Datu berjaya menganjurkan program bertaraf antarabangsa seperti ini pada siri 1 2019 yang lalu dan beberapa siri perlumbaan “ Fun Race Motocross” di daerah Lahad Datu.

    Pembantu Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah, YB Andi Muhammad Suryady bin Bandy yang hadir merasmikan program berkenaan, mengatakan pihak Kementerian Belia dan Sukan Sabah sentiasa memberikan sokongan terhadap aktiviti-aktiviti sukan yang boleh menyumbang kepada pembangunan sukan khususnya di Negeri Sabah.


    "Saya percaya program permotoran yang bebentuk riadah ini secara langsung dapat memupuk peserta mengamalkan gaya hidup sihat serta semangat berpasukan tanpa mengira umur, agama, bangsa & negara" katanya.

    Selain negara jiran, program ini disertai peminat permotoran dari beberapa daerah seperti Tawau, Kota Kinabalu, Tenom, Labuan, Papar, Labuan, Kota Marudu, Kundasang, Kinabatangan & Felda Sahabat.
     
    - SABAH INFO




  • Program JPKM buka peluang belia Tawau lanjut pelajaran ke peringkat lebih tinggi



    TAWAU : Seramai 160,734 pelajar telah berjaya mendapat tempat di Institusi Pendidikan dan Kemahiran Tinggi termasuk Universiti Awam di bawah Program Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia (JPKM) sejak tahun 2016 sehingga 2018.

    Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Andi Muhammad Suryady Bandy berkata, inisiatif seperti ini amat bermanfaat apabila ramai anak-anak belia Keluarga Malaysia yang tercicir mengambil peluang hadir bagi mendapatkan maklumat secara terus daripada institusi pendidikan yang menawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

    "Saya berharap agar Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia pada kali ini akan membuka lebih banyak peluang dan ruang untuk pelajar terutama dari luar bandar dan pedalaman dari seluruh pelusuk tanahair khusunya di daerah Tawau ini untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi,"katanya.


    "Saya juga bersyukur apabila kerajaan sentiasa mengamalkan prinsip “tiada golongan yang dipinggirkan”, bagai berdiri sama tinggi, duduk sama rendah, bersukat sama paras, bertimbang sama berat”. Kerajaan telah memberikan fokus yang jitu terhadap pemerkasaan pendidikan kepada masyarakat tidak kira anak-anak pelajar di kawasan bandar mahupun luar bandar," Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Program Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia 2022, peringkat Parlimen Tawau, di sini, semalam.

    Suryady yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu berkata, pada tahun ini program Jelajah Pendidikan keluarga Malaysia (JPKM) mendapat sambutan memberangsangkan selepas dimulakan kembalik apabila tergendala akibat negara berdepan dengan pandemik Covid-19.

    Setakat ini, JPKM 2022 yang dianjurkan oleh Yayasan Prihatin Nasional telah membantu lebih 25,000 golongan sasar terutama pelajar yang kurang berkemampuan dan penduduk luar bandar dalam melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. - Sabah Info
  • Liga Bolasepak Jemputan Antara Jabatan Tertutup Zon Tawau 2022 Buka Tirai


    TAWAU, 7 Ogos - Liga Bolasepak Jemputan Antara Jabatan Tertutup Zon Tawau 2022 membuka tirai kejohanan semalam dengan perlawanan pertama antara Jabatan Air Tawau (JAT) vs Hospital Tawau (HTWU) di Padang A dan Federal FC (FEDERAL) vs Kesihatan Tawau FC (KTFC) di Padang B.

    Pertandingan yang diadakan buat julung kali itu bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara kakitangan kerajaan di daerah Tawau bertempat di padang Kompleks Sukan Tawau.

    Perlawanan pembukaan dirasmikan dan turut disaksikan oleh Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu, YB Andi Muhammad Suryady Bandy.


    Menurut Andi, pihak Kementerian Belia dan Sukan Sabah amat menggalakkan penganjuran sukan seperti ini selepas pandemik Covid-19.

    "Kita harapkan kejohanan ini boleh merapatkan lagi hubungan di antara agensi-agensi kerajaan dan yang paling penting adalah untuk kita menghidupkan suasana sukan di Negeri Sabah ini khususnya." Katanya.

    "Sekarang ini, banyak penganjuran sedang berjalan dan ini salah satu kaedah kita untuk mengembangkan bidang sukan itu sendiri." Tambahnya lagi.

    Sebanyak 10 pasukan daripada agensi dan jabatan kerajaan di daerah Tawau menyertai kejohanan yang dianjurkan oleh Persatuan Kakitangan Hospital Tawau. Perlawanan liga tersebut diadakan setiap sabtu dan ahad bermula 6 Ogos 2022 sehingga 16 September 2022. - Sabah Info

    Jadual Perlawanan Liga





  • Konsep EVC Mampu Tingkat Produktiviti Industri Kayu Di Sabah


    Nabawan : Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menggesa semua pemain industri perkayuan di negeri ini supaya mentranformasikan industri itu dengan mengguna pakai konsep Rantaian Nilai Ekonomi (EVC) yang mengintegrasikan sektor pengeluaran huluan dan hiliran.

    Beliau berkata pemprosesan perhutanan huluan dan hiliran merupakan sektor yang berdiri sendiri selama ini yang bermakna produk huluan tidak sepadan sepenuhnya dengan permintaan hiliran.

    "Melalui konsep EVC, barisan pengeluaran ini akan bersepadu dan akan meningkatkan produktiviti pada skala yang lebih besar," katanya ketika berucap semasa mengadakan lawatan kerja ke Jawala Plantation Industries Sdn Bhd di Sapulut dekat sini hari ini.

    Hajiji berkata lawatan kerja yang pertama baginya kawasan Konsesi Perjanjian Pengurusan Hutan Mampan (SFMLA) sejak beliau memegang jawatan itu untuk melihat kemajuan fizikal inisiatif Sabah Maju Jaya (SMJ) dalam sektor perhutanan iaitu Transformasi Ladang Hutan melalui Pelan Tindakan Pembangunan Ladang Hutan (2022-2036) yang dilancarkan pada 22 Mac lepas.

    Katanya melalui pelan tindakan itu, Kerajaan Negeri menyasarkan untuk membangunkan 400,000 hektar ladang hutan dalam Kawasan Hutan Simpan Komersial menjelang 2036.

    "Strategi pembangunan ladang hutan ini adalah untuk mengurangkan kebergantungan sektor industri perkayuan hiliran daripada sumber bekalan bahan mentah keluaran hutan asli dan dalam masa sama mengekalkan daya saing sektor ini pada masa hadapan.

    "Antara enam hingga lapan juta meter padu bekalan balak dijangka dihasilkan melalui penuaian 40,000 hektar ladang hutan setiap tahun.

    "Ini akan memastikan bekalan bahan mentah yang mencukupi dan mampan kepada industri perkayuan dan berpotensi menyumbang kira-kira RM11.5 bilion kepada  Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Sabah, menyediakan 40,000 pekerjaan, dan mengembangkan lagi sektor pemprosesan kayu," katanya.

    Katanya statistik Jabatan Perhutanan Sabah  menunjukkan bahawa sejumlah 165,198 hektar ladang hutan telah dibangunkan oleh pemegang konsesi SFMLA di Hutan Simpan Komersial.

    Beliau berkata ini menunjukkan kemajuan 41.3 peratus daripada sasaran 400,000 hektar di bawah Pelan Penghijauan Malaysia  melalui kempen penanaman 100 juta pokok dengan Sabah menyasarkan untuk menanam 40 juta pokok menjelang 2025.

    "Sehingga kini,7.5 juta pokok telah di tanam di seluruh negeri dengan penglibatan syarikat konsesi SFMLA, agensi kerajaan, sektor swasta, murid sekolah dan orang ramai," katanya.


    Sumber: --BERNAMA


  • Bangunan Asrama Lelaki SMK Tongod Terbakar,103 Pelajar Selamat

    Anggota bomba memadam kebakaran di bilik suis asrama SMK Tongod di Kinabatangan semalam.


    KOTA KINABALU : Seramai 103 pelajar sempat menyelamatkan diri apabila bilik suis asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tongod dekat sini, musnah dalam kebakaran.

    Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamaludin berkata, warden telah mengarahkan semua pelajar keluar dari bangunan asrama lelaki dengan segera setelah kebakaran berlaku.

    Maka, tiada mangsa atau sebarang kecederaan membabitkan pelajar dilaporkan dalam kejadian tersebut.

    Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 11.35 pagi dan sekumpulan pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 50 kilometer dari BBP.

    Sebaik sahaja tiba di lokasi, didapati bilik suis di tingkat satu dan dua bangunan asrama lelaki SMK Tongod musnah sepenuhnya dalam kejadian itu.

    Kebakaran dipercayai bermula di bilik suis tingkat satu bangunan asrama berkenaan sebelum ia merebak ke tingkat dua.

    Pemeriksaan mendapati barang-barang kegunaan pelajar asrama tidak terjejas, hanya barangan dan peralatan yang ditempatkan dalam bilik suis itu sahaja yang terbakar.


    “Bilik suis tersebut digunakan sebagai stor penyimpanan tilam dan katil yang tidak digunakan.

    “Asrama ditutup sehingga siasatan mengenal pasti punca sebenar kebakaran diketahui,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

    Pengurusan sekolah memaklumkan kesemua pelajar asrama kini ditempatkan sementara waktu di surau sekolah.

    Operasi pemadaman kebakaran terkawal pada pukul 1.44 petang dan tamat sepenuhnya pada pukul 3.16 petang. – UTUSAN

  • Isu Sekolah Daif Sabah Disebabkan Kekangan Status Tanah



     


    Beluran : Kementerian Pendidikan Malaysia mengesahkan Sabah dan Sarawak adalah antara dua negeri yang tertinggi merekodkan tanah sekolah yang perlu diputihkan.

    Menteri Pendidikan,Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata,ia bermaksud,kebanyakan tapak tanah sekolah di dua negeri berkenaan perlu diletakkan dibawah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.

    Katanya,pihaknya kini sedang giat menjalankan usaha berkenaan kerana ia berkait rapat dengan usaha mengurangkan sekolah daif.

    "Keadaan itu berlaku di seluruh negara,tetapi Sabah dan Sarawak adalah yang tertinggi berdepan isu berkenaan.

    "Oleh itu,usahakan pemutihan ini dilaksanakan dengan lebih cepat dan teratur,"katanya pada sidang media sempena sambutan hari guru peringkat PPD Beluran,disini semalam.

    Mohd Radzi berkata,pihaknya berdepan beberapa kekangan untuk membuat penyelenggaraan dan baik pulih bangunan daif di sekolah susulan isu berkenaan.

    Katanya,ia antara lain meliputi faktor status tanah,logistik dan pengurusan kontraktor sehingga merencatkan usaha penyelenggaraan,meskipun peruntukan pembangunan sudah tersedia.

    "Daripada lebih 10,000 sekolah diseluruh negara,sebenarnya masih ada sekolah yang tanahnya bukan milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP).

    "Sebaliknya,ada yang hak milik individu,diwakaf tanpa dokumen lengkap dan milik tempatan,justeru itu kita perlu membuat pemutihan tanah,"katanya.


    Sumber :  --DEASOKA

  • Mayat Kanak-Kanak Hilang Di Kinabatangan Ditemui Tanpa Tangan & Kepala Disyaki Dibaham Buaya

    Gambar Hiasan

    KINABATANGAN : Misteri kehilangan seorang kanak-kanak lelaki Selasa lalu terjawab apabila mayatnya ditemui dalam keadaan mengerikan dipercayai dibaham buaya di sungai Kampung Batu Putih, Kinabatangan, Sabah, hari ini.

    Mayat kanak-kanak berusia lapan tahun itu ditemukan pada 1.50 petang, kira-kira 3.5 kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.

    Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabatangan Nurul Azlan Shah Jamalludin berkata, mangsa ditemukan dalam keadaan separuh badannya hilang.

    “Anggota yang hilang ialah kedua belah tangan, kaki kiri dan kepala berkemungkinan dibaham buaya,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

    Terdahulu, operasi mencari dan menyelamat yang memasuki hari ketiga dimulakan pada 7.40 pagi tadi.

    Katanya lagi, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

    “Operasi ditamatkan pada 2.05 petang,” katanya.

    Media sebelum ini melaporkan mangsa dikhuatiri lemas selepas mandi di sungai berkenaan. – FMT

  • RM5 Juta Diluluskan Baik Pulih Jalan Kota Kinabalu-Sandakan – Arthur

     


    SANDAKAN : Sebanyak RM5 juta telah diluluskan Kementerian Kerja Raya untuk menjalankan kerja pembaikan segera di lima lokasi di Jalan Kota Kinabalu-Sandakan dalam Daerah Telupid, kata Timbalan Menterinya Datuk Arthur Kurup.

    Beliau berkata pembaikan jalan rosak itu melibatkan Seksyen 173-174, 174-175, 175-170, 176-177 dan 143-144 Jalan Persekutuan tersebut, meliputi kerja-kerja penurapan yang dijangka siap menjelang akhir bulan depan.

    Katanya kerja-kerja pembaikan itu hanya penyelesaian jangka pendek bagi mengatasi kesulitan pengguna jalan berkenaan yang menimbulkan rungutan ramai sehingga mendapat jolokan “jalan di bulan”  kerana keadaan permukaan jalan yang berlubang-lubang.

    “Selain itu pakej kerja 28, 29 dan 30 di bawah Projek Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di laluan Batu 32, Sandakan hingga Sungai Baoto turut melibatkan penyelesaian jangka masa pendek dengan kerja pembaikan jalan segera menggunakan peruntukan dianggarkan RM5.5 juta.

    Kerja pembaikan telah bermula pada awal bulan ini dan lokasi yang kritikal akan dibaiki terlebih dahulu dan djangka siap dalam tempoh dua bulan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Jalan Telupid-Sandakan dekat sini hari ini.

    Telupid terletak 203 kilometer dari arah timur Kota Kinabalu dan dikenali sebagai kawasan bersejarah antaranya tragedi Kawad Maut Sandakan ketika Perang Dunia Kedua tahun 1940-an.

    Arthur berkata kaedah penyelesaian jangka masa sederhana turut membincangkan pelan pengurusan trafik di tapak projek secara berkala untuk memastikan kontraktor sentiasa mematuhi aspek keselamatan jalan saya semasa pembinaan.

    “Had laju ketika pembinaan Lebuhraya Pan Borneo akan dikaji semula, iaitu mengurangkan had laju 90km sejam kepada 40km sejam untuk mengurangkan lagi risiko kemalangan pengguna jalan raya,” katanya.

    Beliau berkata pembinaan Lebuhraya Pan Borneo secara keseluruhannya merupakan penyelesaian jangka masa panjang dilaksanakan kerajaan bagi menyediakan kemudahan infrastruktur selamat dan selesa di Sabah.

    “Inisiatif lain turut diambil kerajaan termasuk memastikan Jalan Persekutuan berada dalam keadaan baik dan diselenggara mengikut tatacara dan piawaian ditetapkan.

    Usaha ini mencerminkan komitmen Kerajaan Persekutuan dalam membangunkan rangkaian infrastruktur jalan raya yang terancang, sistematik dan efisien buat Keluarga Malaysia di Sabah,” katanya. – BERNAMA

  • 325 Mahasiswa dan warga kerja UiTM Sabah tonton tayangan Mat Kilau

     

    Suryady (Kiri) bersama mahasiswa dan warga kerja UiTM Sabah sebelum masuk ke pawagam

    KOTA KINABALU: Seramai lebih 325 mahasiswa dan warga kerja UiTM Sabah memenuhi pawagam GSC Cinema, 1Borneo Hypermall petang tadi bagi menonton tayangan filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan.

    Program tayangan tersebut dihadiri oleh YB Andi Muhammad Suryady Bandi, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah.

    Suryady yang turut berkesempatan meluangkan masa bersama-sama menonton tayangan tersebut mengatakan program seumpama itu sangat baik bagi menyuntik semangat di kalangan belia menghayati sejarah negara dan perjuangan Mat Kilau dalam mempertahankan tanah air selain mengangkat karya seni tempatan.


    “Sambutan mahasiswa dan warga kerja UiTM sangat membanggakan dan rata-rata mereka melahirkan rasa semangat dan teruja apabila selesai menonton filem Mat Kilau." katanya.

    Tambahnya, filem seperti ini amat baik untuk memberikan pendedahan terutamanya kepada belia tentang sejarah pahlawan terdahulu dalam memperjuangkan kemerdekaan kepada negara. - Sabah Info


  • Datuk Kadoh Agundong Meninggal Dunia

    Kredit :Keluarga Mendiang

    Kota Kinabalu 30 Jun -Veteran politik Sabah yang juga digelar  sebagai 'giant Killer' Datuk kadoh Agundong meninggal dunia di Hospital Queen Elizebeth II di sini akibat sakit tua pada kira-kira 12 tengah malam tadi.

    Berita itu disahkan oleh sepupu mendiang,Stanis Buandi ditemui pada persidangan perwakilan tahunan Parti Bersatu Sabah (PBS) di dewan Hakka disini hari ini.

    "Ya, mendiang (Kadoh) lama sudah sakit tenat sebelum dimasukkan ke KPJ beberapa bulan lepas dan semalam beliau meninggal dunia,"katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

    Kadoh 74,meninggalkan isteri Catherine Soledad Kadoh ,60,dan empat orang anak serta sembilan cucu.

    Mendiang mewakili PBS,terkenal dengan nama 'giant killer' kerana berjaya menumbangkan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh dari Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (Berjaya),pada Pilihan Raya Negeri Sabah 1985.

    Mendiang yang berasal dari daerah Tenom merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melalap dan bekas Ahli Parlimen Ulu Padas kini dikenali Parlimen Tenom.

    Sepanjang berkecimpung dalam politik,Kadoh pernah menggalas jawatan Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan Sabah serta Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri pada era kerajaan PBS.

    Beliau juga pernah menyandang jawatan Naib Presiden PBS pada era 80-an bagaimanapun mengumumkan menyertai Parti Warisan pada 21 Dis 2019.

    -BERNAMA


  • Penduduk Long Pasia Mohon Projek Bekalan Elektrik BELB Yang Terbengkalai Diteruskan


    Photo By:@norirwandyanriffin

    SIPITANG : Penduduk kawasan Long Pasia di sini memohon agar kerajaan dapat meneruskan Projek Bekalan Eletrik Luar Bandar (BELB) Sistem Solar Hibrid di dua stesen iaitu di Kampung Long Pasia dan Kampung Meligan yang terbengkalai sejak 2017.

    Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Dewan Undangan Negeri Sipitang Sani Miasin berkata projek berkenaan dilaksanakan secara rundingan terus reka dan bina pada 2017 dan sepatutnya disiapkan 2019.

    Beliau berkata kegagalan kontraktor utama menyiapkan projek itu merugikan rakyat kerana mereka tidak dapat menikmati kemudahan bekalan elekrik menerusi program BELB yang disediakan oleh kerajaan.

    “Projek itu gagal disiapkan mengikut seperti yang dijadualkan dan terbengkalai sejak beberapa tahun lepas tanpa sebarang progress sehingga kini,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

    Long Pasia yang terletak 249 kilometer arah Selatan dari Kota Kinabalu merupakan sebuah kawasan pedalaman tanah tinggi, terkenal sebagai kawasan pelancongan, dan ia hanya boleh dikunjungi dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda yang masa perjalanan menjangkau lebih tiga jam, atau perjalanan udara.

    BELP merupakan sebuah program menyediakan bekalan elektrik 24 jam yang mencukupi, dan terjamin kepada penduduk khususnya di luar bandar di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

    Sani berkata projek BELB sistem solar hibrid yang dilaksanakan itu mampu membekalkan tenaga elektrik kepada lebih 500 rumah di tujuh buah kampung iaitu Kampung Long Pasia, Kampung Meligan, Kampung Ulu Bole, Kampung Mangayam, Kampung Rundulang, Kampung Iburu dan Kampung Long Mio.

    “Pembinaan stesen hibrid solar di dua stesen itu amat penting memandangkan kampung-kampung berkenaan belum menikmati kemudahan bekalan eletrik,” katanya.

    Sementara itu Anthony Pikut, 32, seorang pemandu pelancong berkata, penduduk di kawasan Long Pasia pada masa ini terpaksa mengeluarkan kos tinggi untuk bekalan elektrik kerana bergantung kepada generator diesel.

    “Penduduk sini bukan orang kaya, ramai buat kerja kampung. Ada pelancongan boleh jugalah cari pendapatan, tetapi bila COVID-19 baru-baru ini tiada pelancong, susah juga, jadi bila ada elektrik ini bukan sahaja penduduk dapat manfaat, sektor pelancongan pun boleh dikembangkan juga,” katanya. – BERNAMA

  • Kerajaan Sabah Dalam Usaha Mendaftarkan Kinabatangan Sebagai Tapak Rizab Biosfera Dunia

    Photo By: Francis_globe

    KINABATANGAN,  29 Jun  - Kerajaan Sabah dalam usaha mendaftarkan Kinabatangan sebagai tapak rizab biosfera dibawah program Manusia dan Biosfera (MAB) Pertubuhan Pendidik Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

    Menteri pelancongan kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin berkata ia sebagai pengiktirafan daerah berkeluasan 6,605 km persegi itu terhadap sumber semula jadi dengan pelbagai fungsi ekologi penting serta landskap Kinabatangan yang unik dan kaya dengan biodiversiti.

    ''Sekiranya berjaya maka Kinabatangan akan menjadi tapak rizab kedua di Sabah selepas Banjaran crocker dan Keempat di Malaysia.

    ''Dengan pengiktirafan ini , masyarakat antara bangsa akan tertumpu ke Kinabatngan , khususnya Sukau , untuk menikmati alam sekitar lestari yang cukup dijaga dengan pembabitan komuniti yang tinggal disekitar kawasan ini,'' katanya  kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Biodiersiti sedunia disini hari ini.

    Ahli dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau itu berkata , perjalanan kearah mendapatkan pengiktirafan berkenaan dijangka mengambil masa dua tahum menerusi pelaksanaan proses konsultasi oleh Pusat Biodiversiti Sabah dengan pihak pemegang taruh termasuk masyarakat setempat bermula julai ini.

    Katanya , dapatan daripada konsultasi itu adalah sebagai keperluan bagi dokumen pencalonan yang akan dihantar ke UNESCO melalui kerajaan Persekutuan.

    ''Melalui program MAB ini , satu pelan pengurusan bersepadu berdasarkan perundangan Sabah yang sedia ada akan dibangunkan dengan penglibatan semua pemegang taruh di Kinabatangan.

    ''Zon pengurusan yang mempunyai objektif tersendiri seperti Zon Teras , Zon Penampan dan Zon Transisi akan dikenal pasti agar semua pemegang taruh mempunyai peranan yang harus dimainkan dan seterusnya mendapat manfaat sewajarnya daripada sektor ekonomi hasil daripada pengiktirafan antarabangsa ke atas tapak ini,'' katanya.


    Sumber : BERNAMA

  • KAKI ANAK GAJAH DIPOTONG AKIBAT KECEDERAAN TERKENA JERAT

     


    LAHAD DATU: Akibat tindakan pihak tidak bertanggungjawab memasang terkena jerat, anak gajah kehilangan kaki sebelah kanan kerana kecederaan teruk yang dialami.

    Insiden itu dilaporkan oleh orang awam yang melihat anak gajah betina berusia kurang dua tahun yang kelihatan cedera di kawasan Tungku pada Sabtu lalu.

    Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Arifin berkata, pemeriksaan susulan Unit Penyelamat Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah pada Isnin mendapati kaki anak gajah itu hampir putus akibat terkena jerat.

    Bagi mengelakkan tisu kaki anak gajah itu lebih parah dan tidak berfungsi maka, pergelangan kakinya terpaksa dipotong oleh pegawai veteriner yang memberi rawatan.

    “Saya sedih melihat perbuatan tidak bertanggungjawab yang memasang jerat hingga menyebabkan kecederaan yang parah kepada anak gajah tersebut.

    “Perbuatan memasang jerat ini merupakan satu tindakan yang amat kejam dan menyalahi undang-undang Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997.

    “Untuk menyelamatkan anak gajah ini, pergelangan kakinya terpaksa dipotong. Keadaan ini menyebabkan bukan sahaja ia hilang peluang untuk hidup bebas dengan kawanannya malah ia terpaksa hidup dalam keadaan cacat seumur hidup.

    “Pada umur kurang dua tahun, anak gajah masih memerlukan ibunya untuk menyusu dan berinteraksi sosial dengan kawanannya,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

    Mengulas lanjut, beliau berkata, memburu haiwan menggunakan jerat merupakan satu kesalahan di bawah seksyen 33 (1)(k)(iii), Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 dan boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang RM20,000 tetapi tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak kurang 6 bulan tetapi tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

    Beliau juga mengingatkan semua pihak agar tidak memasang jerat untuk apa-apa tujuan sekalipun kerana perbuatan tersebut adalah menyalahi undang-undang.

    “Saya juga menyeru kepada semua pengurusan ladang agar mempastikan pekerja mereka tidak memasang jerat di hutan kerana ini mungkin boleh mengaitkan ladang mereka dengan perbuatan kejam ini.

    “Jabatan Hidupan Liar menawarkan ganjaran sebanyak RM5,000.00 bagi mana-mana pihak yang boleh memberi maklumat mengenai aktiviti pemasangan jerat sehingga membawa kepada penangkapan individu yang melakukan pemasangan jerat ini dan seterusnya dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

    Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai perkara ini dipohon untuk menghubungi 016-810 9901. Maklumat pemberi maklumat adalah dirasiakan dan orang ramai tidak perlu risau mengenai kebocoran identiti mereka.

    Sumber : Borneo Today


  • HOSPITAL DIDAKWA CUAI AKIBATKAN KEMATIAN BAYI

     

                                        Gambar hiasan

    KOTA KINABALU: Sebuah hospital kerajaan didakwa cuai dalam mengendalikan kes ibu bersalin hingga mengakibatkan kematian bayi yang baharu dilahirkan.

    Menurut pengguna Facebook Vivian Viv, beliau meminta siasatan dilakukan terhadap hospitak berkenaan susulan kematian bayi yang didakwa akibat kecuaian pihak hospital.

    Berdasarkan paparan Facebook yang dimuat naik, pengguna itu menyatakan adiknya sudah terlebih masa untuk untuk bersalin bertarung nyawa menunggu ‘contraction’ bagi melahirkan anak pertama.

    Selepas menahan kesakitan selama 14 jam, pihak hospital memberi ubat tahan tidur bagi membolehkan adiknya tertidur. Namun, kesakitan yang masih dirasa dan ketika itu baru pihak hospital bertindak memeriksa keadaan pesakit dan bayi.

    Walau bagaimanapun, pada masa itu, bayi dalam kandungan sudah berada dalam keadaan lemah hingga mendorong pihak hospital bertindak menjalankan pembedahan kecemasan bagi mengeluarkan bayi tersebut.

    Namun, sebaik sahaja adiknya sedar selepas pembedahan, pihak hospital memaklumkan bayi telah meninggal dunia.

    Susulan kejadian itu, Vivian mendakwa insiden itu berlaku akibat kecuaian pihak hospital dalam mengendalikan kes berkenaan.

    Tambahnya, pihak hospital juga didakwa gagal menghubungi keluarga mereka bagi memaklumkan tentang pembedahan itu. Cubaan pihak hospital menghubungi suami adiknya tidak berjaya namun, tiada inisiatif untuk menghubungi ahli keluarga lain.

    Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Rose Nani Mudin menyatakan pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan.

    Tiada sebarang komen lanjut diberikan mengenai kes yang tular itu.

    Sumber : Borneo Today

  • Polemik Veveonah, Zahidi Perlu Dijernihkan Dengan Baik

     


    TAWAU: Isu polemik antara penuntut Universiti Malaysia Sabah (UMS) Veveonah Mosibin dan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin perlu dijernihkan dengan baik dan dilihat secara meluas.

    Pengerusi Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) Sabah Mohd Asisal Abbas berkata, isu itu perlu dinilai secara objektif dan mengetahui punca permasalahan yang menyebabkan masalah itu berlaku.

    "Pihak GAMIS Sabah melihat isu berkenaan lebih kepada pembangunan infrastruktur asas di negeri Sabah khususnya fasiliti komunikasi dan jalur lebar yang perlu diperkasakan sebagaimana agenda utama pihak kerajaan.

    "Perkara ini sangat penting untuk pembangunan modal insan di negeri ini, di mana realitinya perkembangan dunia akademik dan ekonomi era ini semakin pantas serta memerlukan kemudahan Internet yang baik," katanya dalam kenyataannya, di sini semalam.

    Beliau berkata, kemudahan Internet di negeri ini dilihat tidak setanding dengan negeri lain terutamanya di kawasan pedalaman kerana bukan sahaja di kampung Veveonah tetapi di kebanyakan tempat tidak menerima kemudahan berkenaan dengan baik.

    Malah, masalah ini turut diakui sendiri Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah bahawa capaian Internet di Sabah ketika ini tidak sebaik di Semenanjung Malaysia.

    Menurutnya, inisiatif pihak kerajaan dibawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) dan usaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk membina 382 menara telekomunikasi baharu di seluruh Sabah merupakan satu keputusan yang bijak.

    "Difahamkan, kerajaan juga akan menaik taraf 924 buah alat pemancar di menara komunikasi sedia ada di negeri ini manakala 251,166 premis akan disediakan capaian gentian optik untuk memberikan liputan yang lebih meluas," katanya.

    Mohd Asisal berharap pihak kerajaan dalam konteks pembangunan kemudahan komunikasi dan jalur lebar supaya terus komited dalam memastikan pelan pembangunan itu dapat disiapkan seperti mana yang telah dirancang.

    "Kerajaan juga diminta untuk menyediakan bantuan khusus untuk pembelian data Internet kepada pelajar dan golongan miskin di Sabah sebagai tindakan jangka masa pendek sementara menantikan pelan JENDELA disiapkan.

    "Penyedia khidmat telekomunikasi pula perlu meningkatkan mutu perkhidmatan Internet yang diberikan melalui penyediaan pelan alternatif atau diskaun kepada pengguna," katanya.

    Mengulas lanjut beliau berkata, adalah wajar solusi jangka pendek diambil perhatian oleh kerajaan kerana melihat peningkatan kes jangkitan COVID-19 dan suasana pembelajaran di kebanyakan universiti yang akan berjalan secara atas talian.-Hamzah Sanudin

  • Masidi Dilantik Pengerusi Baharu Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah



    KOTA KINABALU: Bekas Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun, dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang baharu menggantikan  Datuk Wira Ir. Md Sidek Ahmad  berkuatkuasa semalam (3 Ogos).

    Beliau, yang juga timbalan ketua PPBM Sabah, menerima surat lantikannya daripada Menteri Pengajian Tinggi Noraini Ahmad di Parlimen semalam.



    Masidi berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari Universiti. London dan berdaftar sebagai Barrister-at-Law dengan kepujian di Lincoln Inn, London.

    Beliau pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Institut Kajiian dan Pembangunan Sabah (IDS) dari tahun 1994-2004 dan turut menjadi ahli lembaga pengarah di Bank Pembangunan Sabah waktu itu.

    Dalam dunia politik, beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Karanaan sejak tahun 2004 sehingga kini dan pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan serta Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah merangkap Exco Pendidikan Negeri Sabah.

    Naib Canselor UMS, Prof Datuk ChM Dr Taufiq Yap Yun Hin dalam kenyataan hari ini berkata warga UMS merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas atas pelantikan Masidi selaku Pengerusi LPU UMS.

    Menurut Dr Taufiq, UMS yakin bahawa Masidi mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik demi kecemerlangan UMS di persada nasional dan antarabangsa.

    Kredit– SabahNewsToday


  • MAYAT WARGA EMAS TERAPUNG



    KOTA KINABALU: Mayat seorang lelaki warga emas ditemui terapung di kawasan perairan berhampiran bangunan Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, semalam.

    Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, mayat berusia 78 tahun itu ditemui terapung oleh orang ramai kira-kira jam 5.30 petang sebelum menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan segera.

    Katanya, hasil siasatan awal mendapati mangsa bekerja sebagai nelayan.

    “Kehilangan mangsa disedari ahli keluarganya yang membuat laporan polis kira-kira jam 11 pagi sebelum penemuan mangsa.

    “Mangsa dikatakan keluar menangkap ikan, kira-kira jam 5.30 pagi sehari sebelum itu dipercayai di kawasan pelabuhan, Tanjung Lipat, namun tidak pulang ke rumah selepas sehari,” katanya.

    Habibi berkata, mayat mangsa dikenalpasti oleh anak lelakinya berusia 36 tahun yang membuat pengecaman mangsa melalui gambar dan pakaian mangsa.

    Katanya, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke jeti Jesselton Point, di sini, oleh Bot Pasukan Polis Marin (PPM) untuk tindakan selanjutnya.

    “Seramai empat pegawai daripada Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) melakukan proses nyah kuman mangsa bagi mencegah penularan wabak Covid-19.

    “Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE I ) untuk siasatan lanjut,” katanya.

    Habibi berkata, proses bedah siasat juga akan dijalankan sejurus mendapat keputusan saringan Covid-19.

    Kes diklasifikasi sebagai kes mati mengejut-Berita Sabah

  • Mangsa kemalangan maut di Tuaran

    Keadaan Kereta mangsa yang terbabit kemalangan di Jalan Sulaman-Serusup Tuaran.



    TUARAN: Seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat kemalangan dengan sebuah van di Simpang Tiga Jalan Pendamai 1, Jalan Tuaran-Kota Belud di sini.

    Ketua Polis Daerah Tuaran Deputi Superintendan Mohd Hamizi Halim berkata kejadian berlaku pada jam 2.45 petang membabitkan motosikal dinaiki mangsa dan sebuah van dipandu lelaki berumur 61 tahun.

    “Ketika kejadian mangsa berumur 34 tahun dalam perjalanan dari arah Kota Belud menuju ke Kota Kinabalu.

    “Apabila tiba di lokasi kejadian mangsa terlanggar van yang keluar secara tiba-tiba dari simpang tiga terbabit,” katanya.

    Menurutnya disebabkan jarak yang terlalu dekat, mangsa tidak sempat mengelak dan melanggar bahagian hadapan sebelah kanan van itu.

    “Impak pelanggaran menyebabkan mangsa parah di bahagian badan dan kepala sebelum disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan yang menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian.

    “Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. 

    Vivi Olviana Najurus-


  • Pancing Di Pasang bagi Mengesan Buaya Baham wanita

         DIBAHAM: Pihak polis menunjukkan lokasi mencarian dan tempat mangsa dibaham buaya.


    BELURAN: Pasukan operasi mencari dan menyelamat telah  memasang pancing untuk memburu buaya  yang dilaporkan membaham wanita di Sungai Kampung Banang, Sugut.


    Manakala, operasi mencari mangsa juga sedang giat dijalankan oleh pihak polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

    Ketua Polis Daerah Beluran Superintendan Kasim Muda berkata pihak Jabatan Hidupan Liar Sabah telah memasang pancing bagi memburu buaya yang membaham mangsa.

    "Pasukan operasi mencari dan menyelamat yang terdiri daripada 5 anggota polis, 4 anggota  bomba dan 8 anggota pertahanan awam mengguna dua buah bot bagi melakukan pencari mangsa," katanya.

    Beliau berkata operasi mencari menyusuri sungai sejauh 2 kilometer ke arah hulu dan 2 kilometer ke arah hilir sungai daripada tempat kejadian.

    "Operasi hari kedua yang dijalankan sehingga jam 5.30 petang, masih gagal menemui mangsa," katanya. 

          MEMBANTU: Penduduk kampung turut membantu pasukan penyelamat bagi mengesan mangsa.


    Operasi mencari juga turut disertai oleh penduduk kampung berkenaan.

    Sementara itu, Pegawai Hidupan Liar Sandakan Hussein Muin memberitahu empat anggota Jabatan Hidupan Liar telah memasang pancing berkenaan jam 3 petang.

    Dalam kejadian lebih kurang jam 6 petang Rabu lepas, mangsa, Paradot Kanon ,62, telah disambar buaya ketik mandi di sungai terbabit.

    Kejadian yang terletak hanya 200 meter dari rumah mangsa telah saksikan oleh anak perempuannya, Noraliana Nunun.-Utusan Borneo

  • Ibu Disambar Buaya Ketika Mandi Di Sungai

     


    BELURAN: Kejadian wanita yang dilaporkan hilang dibaham buaya dari Kampung Banang Sugut telah disaksikan oleh anak mangsa.

    Anak mangsa telah melihat ibunya disambar oleh seekor buaya yang datang dari arah Ulu Sungai Sugut ketika mereka sedang mandi di sungai berkenaan pada petang Rabu lepas.

    Pasukan penyelamat mengadakan operasi mencari dan menyelamat mangsa disambar buaya di Kampung 


    Banang.Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda berkata anak mangsa cuba untuk menyelamatkan ibunya itu tetapi gagal sebelum balik bagi memaklumkan kejadian itu kepada bapanya.

    “Berdasarkan laporan yang dibuat saksi (anaknya), mangsa bersama saksi pergi ke sungai tersebut untuk mandi sebelum kejadian. Kejadian itu berlaku dengan pantas,” katanya.

    Beliau berkata pihaknya telah menerima maklumat berhubung kejadian tersebut lebih kurang jam 9.36 malam pada Rabu.

    “Sebaik menerima maklumat kejadian itu, sepasukan anggota dari Balai Polis Terusan Sugut telah melancarkan gerakan mencari dan menyelamat bersama Pasukan Bomba Beluran dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

    Kasim berkata operasi mencari dan menyelamat mangsa, Peredot Kanon, 62, di sekitar kawasan kejadian masih gagal ditemui oleh pasukan penyelamat sehingga jam 5.30 petang (Khamis).

    “Operasi mencari dan menyelamat akan disambung semula jam 7 pagi ini,” katanya.- Utusan Borneo


  • GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13