• Bangunan Asrama Lelaki SMK Tongod Terbakar,103 Pelajar Selamat

    Anggota bomba memadam kebakaran di bilik suis asrama SMK Tongod di Kinabatangan semalam.


    KOTA KINABALU : Seramai 103 pelajar sempat menyelamatkan diri apabila bilik suis asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tongod dekat sini, musnah dalam kebakaran.

    Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamaludin berkata, warden telah mengarahkan semua pelajar keluar dari bangunan asrama lelaki dengan segera setelah kebakaran berlaku.

    Maka, tiada mangsa atau sebarang kecederaan membabitkan pelajar dilaporkan dalam kejadian tersebut.

    Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 11.35 pagi dan sekumpulan pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 50 kilometer dari BBP.

    Sebaik sahaja tiba di lokasi, didapati bilik suis di tingkat satu dan dua bangunan asrama lelaki SMK Tongod musnah sepenuhnya dalam kejadian itu.

    Kebakaran dipercayai bermula di bilik suis tingkat satu bangunan asrama berkenaan sebelum ia merebak ke tingkat dua.

    Pemeriksaan mendapati barang-barang kegunaan pelajar asrama tidak terjejas, hanya barangan dan peralatan yang ditempatkan dalam bilik suis itu sahaja yang terbakar.


    “Bilik suis tersebut digunakan sebagai stor penyimpanan tilam dan katil yang tidak digunakan.

    “Asrama ditutup sehingga siasatan mengenal pasti punca sebenar kebakaran diketahui,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

    Pengurusan sekolah memaklumkan kesemua pelajar asrama kini ditempatkan sementara waktu di surau sekolah.

    Operasi pemadaman kebakaran terkawal pada pukul 1.44 petang dan tamat sepenuhnya pada pukul 3.16 petang. – UTUSAN

  • 0 Comments:

    Post a Comment

    GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13