• Speaker Dewan Tolak Usul Sulu, Adakah Sabah Masih Relevan Di Mata Kerajaan

     



    Ahli Parlimen Kalabakan, Ma’mun Sulaiman, berkata adakah Sabah masih penting dan relevan untuk berada dalam Malaysia. – Foto Facebook

    KUALA LUMPUR
    : Seorang Ahli Parlimen Warisan mempersoalkan sama ada Sabah masih relevan di mata kerajaan.

    Ahli Parlimen Kalabakan, Ma’mun Sulaiman berkata demikian pada sidang media di Parlimen selepas usul berhubung dua anak syarikat Petronas di Azerbaijan yang dilapor dirampas waris kesultanan Sulu ditolak Speaker Dewan Rakyat, Azhar Harun.

    “Saya mahu tanya sama ada Sabah masih relevan kepada kerajaan Malaysia.

    “Kita mahu tanya kenapa usul Sabah selalu dinafikan tetapi hasil kekayaan Sabah selalu diambil dibawa ke sini untuk membangunkan persekutuan tetapi Sabah tetap miskin dan mundur,” katanya pada sidang media bersama Ahli Parlimen Warisan lain antaranya Azis Jamman (Sepanggar) dan Rozman Isli (Labuan) serta Isnaraissah Munirah Majilis (Kota Belud).

    Ma’mun bertanya kenapa soal keselamatan Sabah selalu dibiarkan, diperolok-olok dan dipersendakan.

    “Jadi kita mahu tanya kerajaan Malaysia adakah Sabah ini masih penting dan relevan untuk berada dalam Malaysia,” katanya.

    Terdahulu, Isnaraissah digantung dua hari daripada menghadiri persidangan Parlimen selepas diarah keluar Dewan Rakyat oleh Timbalan Speaker, Rashid Hasnon.

    Perintah dikeluarkan Rashid selepas Isnaraissah meminta Azhar menjelaskan tindakan menolak usul dikemukakannya berhubung isu tuntutan waris kesultanan Sulu itu.

    Isnaraissah berkata, sudah tiga kali usulnya mengenai isu berkenaan ditolak.

    Dewan Rakyat kecoh selepas beberapa Ahli Parlimen dari Sabah tidak berpuas hati usul itu ditolak dan Isnaraissah digantung dua hari. – FMT


  • 0 Comments:

    Post a Comment

    GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13