SABAH INFO


Kami adalah
Social Media Influencer

Team Sabah Info

Sabah Info adalah sebuah pasukan kreatif yang berpangkalan di Kota Kinabalu. Memfokuskan konten digital versi Sabahan melalui platform media sosial yang paling kukuh di Negeri Sabah! Sabah Info juga menawarkan servis pengiklanan dengan pakej yang berpatutan dengan hasil yang sangat memberangsangkan! Kami sedia menjadi rakan strategik anda!

  • Kota Kinabalu, Sabah
  • sabahinfo.my@gmail.com
  • www.sabahinfo.com.my
Me

Kelebihan Kami

Platform kami adalah yang terbesar di negeri bawah bayu. Meliputi Facebook, Instagram, Tiktok dan Telegram


Facebook 548 Ribu Followers
Tiktok 334 Ribu Followers
Instagram 125 Ribu Followers
Telegram 45 Ribu Followers

Awesome features

Aliquam commodo arcu vel ante volutpat tempus. Praesent pulvinar velit at posuere mollis. Quisque libero sapien.

Animated elements

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Sed tempus cursus lectus vel pellentesque. Etiam tincidunt.

Responsive Design

Pellentesque ultricies ligula a libero porta, ut venenatis orci molestie. Vivamus vitae aliquet tellus, sed mollis libero.

Modern design

Duis ut ultricies nisi. Nulla risus odio, dictum vitae purus malesuada, cursus convallis justo. Sed a mi massa dolor.

Retina ready

Vivamus quis tempor purus, a eleifend purus. Ut sodales vel tellus vel vulputate. Fusce rhoncus semper magna.

Fast support

Suspendisse convallis sem eu ligula porta gravida. Suspendisse potenti. Lorem ipsum dolor sit amet, duis omis unde elit.

0
completed project
0
design award
0
facebook like
0
current projects
Showing posts with label Tempatan. Show all posts
Showing posts with label Tempatan. Show all posts
  • Kemalangan Meragut Nyawa Di Jalan Ranau Kota Kinabalu


    Mohamad Firdaus Rancang Kahwin Disember
    24/06/2020 -
    Sebuah lori tiga tan milik TLDM terbabas ke bahu Jalan Ranau-Kota Kinabalu.

    KLUANG: Allahyarham Mohamad Firdaus Mat Izan, 26, dikatakan bercadang melangsungkan perkahwinan Disember depan, namun hasrat itu terbantut selepas dia terbunuh dalam kemalangan di Sabah pada Selasa, 23.06.2020.

    Perkara itu dimaklumkan bapanya, Mat Izan Mohayat, 53, ketika ditemui di kediamannya di Taman Puteri dekat sini malam ini.


    “Jika tidak ada halangan, arwah rancang untuk berkahwin Disember ini. Hasratnya untuk bertunang pada Syawal baru-baru ini juga terbantut akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Mat Izan Mohayat. – NSTP/Adnan Ibrahim

    “Akibat PKP juga, arwah tidak dapat meraikan Syawal bersama keluarga kerana bertugas sebagai anggota di barisan hadapan di Sandakan, Sabah,” katanya.

    Dalam kejadian jam 12.55 tengah hari tadi, Mohamad Firdaus bersama dua lagi anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) iaitu LK PAP Maslim Abdul Rahim dan LK I TMK Muhammad Arif Idris maut, selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan di Jalan Ranau-Kota Kinabalu.


    Seorang lagi rakan setugas iaitu LK II TLR Vincent M Orel mengalami kecederaan parah dan kini dirawat di Hospital Ranau.

    Mat Izan berkata, keluarganya amat terkejut dimaklumkan kejadian menimpa Mohamad Firdaus, namun menerimanya dengan hati terbuka kerana sedar itu cabaran perlu dihadapi ketika bertugas.

    “Kali terakhir kami berhubung melalui panggilan video pada malam dan hari pertama Aidilfitri baru-baru ini namun ketika itu dia cuma memaklumkan tidak dapat balik kerana bertugas.

    “Ketika itu, arwah banyak kali memohon ampun dan maaf daripada semua ahli keluarga termasuk, namun tidak menunjukkan sebarang kelainan.Keadaan lori TLDM yang remuk selepas terbabas di Jalan Ranau – Tamparuli, Kota Belud.- Foto Ihsan pembaca

    “Sejak menjadi anggota TLDM dia sentiasa ceria sama ada ketika berhadapan dengan masalah atau sebaliknya,” katanya.

    Jenazah Mohamad Firdaus dijangka dibawa pulang ke kediamannya di Taman Puteri sama ada Khamis atau Jumaat ini selepas semua urusan berkaitan selesai.- BH Online


  • Lawatan SKMM Dan TM Malaysia Ke kampung Veveona Nosibin Setelah Video Viral



    Setelah Video Viral, Akhirnya SKMM Akan Naik Taraf Internet Di Kampung Veveonah Mosibin. By now, anda sudah tahu tentang video ’24 Hours On Tree Challenge’ yang dimuat naik oleh YouTuber dari Sabah, Veveonah Mosibin, yang menunjukkan beliau terpaksa panjat pokok demi mendapatkan capaian internet untuk menduduki peperiksaan beliau.

    Video yang menghayat hati netizen itu turut disebar dan membuka mata rakyat Malaysia betapa sukarnya penduduk kawasan pedalaman untuk mendapatkan capaian internet sedangkan ia sudah tahun 2020, dimana semua orang sepatutnya menikmati kemudahan tersebut.

    Susulan kejadian ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah merancang untuk membina sebuah menara telekomunikasi baharu di sebuah kampung berhampiran dengan kampung Veveonah iaitu Kampung Bilangau Kecil.



    Dilawati Oleh Kakitangan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pitas

    Dilaporkan beberapa kakitangan PPD Pitas telah berkunjung kampung Veveonah untuk berjumpa dengan Veveonah secara peribadi. Dalam masa yang sama, mereka berkongsikan situasi khususnya berkaitan pendidikan dan mengalu-alukan komen yang membina. Mereka turut memuji gadis itu atas kesungguhannya untuk mencari alternatif menghadapi situasi yang sukar ketika meduduki peperiksaannya.

    Gambar sekadar hiasan.

    Rancangan SKMM

    Dalam sebuah laporan terbaharu oleh Bernama, SSKM merancang untuk membina sebuah menara telekomunikasi baharu di Kampung Bilangau Kecil (berhampiran Kampung Sapatalang, Pitas).

    Dikatakan menara telekomunikasi itu akan dibina di bawah Pelan Gantian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) 1 dan dijangka akan siap menjelang suku kedua tahun 2021.

    “Ia boleh dioptimum untuk meningkatkan liputan di Kampung Sapatalang sejurus siap didirikan. Bagi memberi liputan yang lebih berkualiti di sekitar kawasan itu, SKMM juga telah membuat perancangan untuk menaik taraf liputan kepada 4G di bawah program Tabung Perkhidmatan Sejagat (USP), sejak awal tahun ini,” menurut kenyataan MCMC.

    Dalam kenyataan mereka,

    “Berdasarkan laporan, terdapat sebuah menara telekomunikasi yang memberi liputan 3G dalam lingkungan 1.4KM dari kampung Veveonah. Liputan 3G itu membolehkan pelajar mengambil peperiksaan secara dalam talian manakala bagi tujuan aktiviti penstriman, ia memerlukan liputan yang lebih tinggi.”

    Semoga berita baik ini diikuti oleh usaha-usaha serupa di kawasan-kawasan pedalaman yang lain agar mereka yang terjejas teruk dalam norma baharu ini tidak ketinggalan.

    Kredit: iloveBorneo.my

    Lawatan TM Malaysia

    Menyedari bahawa harus menyelesaikan peperiksaan secara dalam talian tidak kira apa jua keadaan, seorang pelajar nekad bahawa tiada apa yang dapat menghalang beliau daripada mendapatkan apa yang dimahukannya. Kekuatan kehendak beliau menunjukkan bahawa kita semua mampu untuk mencapai sesuatu jika kita berusaha ke arahnya.
    Pelajar tersebut ialah Veveonah Mosibin, anak muda Sabah yang penuh keberanian, yang tidak putus asa dalam usahanya untuk berjaya.
    Kami di TM berasa sangat kagum dengan semangat Vevenoah dan kami juga bertekad untuk terus berusaha dalam misi kami untuk menghubungkan dan berkhidmat untuk negara.
    Kami telah melawat Vevenoah dan komuniti di kampung beliau untuk membantu dan mengenal pasti kemungkinan kaedah untuk meningkatkan capaian dan liputan internet di sana. Secara jujur, tugas ini adalah sukar. Kampung di mana Vevenoah tinggal berada di kawasan pedalaman, dimana keadaan geografi di kawasan tersebut menyukarkan mana-mana syarikat telekomunikasi untuk melakukan pemasangan infrastruktur di sana. Walau bagaimanapun, kami tekad. Kami telah melakukan tinjauan di kawasan terbabit dan kini sedang mengenalpasti cara-cara inovatif untuk menjadikan #HidupLebihMudah buat Vevenoah serta komuniti di sana.
    Kepada adik Veve,
    Terima kasih kerana menunjukkan kepada kami erti menjadi rakyat Malaysia Digital yang sebenar. Semangat juang dan sifat tidak putus asa anda adalah inspirasi buat kami semua.
    Anda telah membuka mata kita semua bahawa segalanya mungkin jika kita berusaha dengan tekun, dan kami akan berbuat sebegitu jua untuk anda dan juga Malaysia.
    Anda dan anak-anak muda seperti anda, akan menjadi pendorong kepada kami dalam memastikan internet dapat diakses oleh semua rakyat Malaysia.
    Pounsikou, Veve.

    Kredit: FB TM Group
  • Jambatan Terbengkalai, Ketua Menteri Lulus Serta Merta Laluan Sementara


    ISU Jambatan Ranggu di Dun Balung, Tawau akhirnya mendapat perhatian Kerajaan Negeri apabila satu laluan sementara akan dibuat bagi penyelesaian segera masalah kelewatan projek pembinaan tersebut.

    Melalui perbualan telefon di antara Adun Merotai dan Ketua Menteri Sabah, YB Sarifuddin Hata memberitahu bahawa YAB Datuk Seri Panglima Shafie Apdal menzahirkan rasa dukacita atas aduan yang diterima daripada penduduk di kawasan itu.

    "Saya telah meminta pandangan dan nasihat Jurutera Daerah Tawau. Beliau mencadangkan satu laluan sementara dibuat dengan anggaran kos RM500,000 hingga RM600,000 dan kertas kerja telah disiapkan oleh beliau dan akan diemel kepada saya pada hari selasa" jelas Sarifuddin.

    "YAB Ketua Menteri sukacita untuk meluluskan serta merta dalam perbualan telefon saya sebentar tadi. Dia juga menyatakan dukacitanya terhadap aduan-aduan penduduk Ranggu"

    Menurutnya lagi, walaupun inisiatif kerajaan negeri mahu menaiktaraf semua jambatan kayu kepada jambatan konkrit adalah amat baik dan perlu disokong, namun di peringkat perlaksanaan masih mengecewakan.
    Projek pembinaan terbengkalai. Gambar- Herman Banndu

    Jalan alternatif yang disediakan ketika ini. Gambar-Ali Remora

    "Walaupun tarikh tamat penyelenggaraan jalan dan naik taraf jambatan itu pada Januari 2021. Tetapi kita juga mengambil pandangan bahawa mungkin ada kelewatan daripada pihak kontraktor kelak. Jadi jalan alternatif harus dibina segera untuk kemudahan penduduk di sana."

    "Kita tidak boleh salahkan penduduk di sana kerana mereka terkesan kerana kelalaian pihak kontraktor" katanya.

    "Bagi pihak Kerajaan Negeri (Sabah), kita memohon maaf atas perkara tersebut"

    Sehingga kini, wakil rakyat di Dun Balung, YB Datuk Osman Jamal masih belum membuat apa-apa kenyataan sejak isu ini mula tular di media sosial minggu lepas. Beliau terus mendapat kecaman pengguna media sosial akibat gagal memberi penjelasan dan tindakan penyelesaian segera bagi aduan penduduk di kawasan tersebut.

    Menurut Pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) kawasan Balung ketika dihubungi wartawan, hanya memaklumkan satu mesyuarat perbincangan bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Adun Balung akan diadakan pada Khamis.

    Adun Merotai merangkap Pembantu Menteri Kewangan bantu penduduk di Dun Balung:







  • ESSCOM Nafi Lima Mangsa Culik Nelayan Indonesia Ditahan "Orang Tengah"


    Lahad Datu: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) mengesahkan lima nelayan warga Indonesia masih dalam tawanan kumpulan penculik di Selatan Filipina.

    Komander Esscom, Datuk Hazani Ghazali berkata demikian sekali gus menafikan laporan sebuah akhbar tempatan bahawa mangsa kini ditahan ‘orang tengah’ yang menjadi perunding antara kumpulan penculik dan keluarga mangsa.

    “Tidak betul (laporan akhbar) kerana ketika ini, mangsa masih dengan kumpulan penculik.

    “Saya tidak menolak mungkin ada pihak yang mengambil kesempatan menjadi orang tengah antara kumpulan penculik dengan keluarga mangsa,” katanya kepada media, di sini, hari ini.

    Terdahulu sebuah media melaporkan mangsa Arsyad Dahlan, 41; La Baa, 32; Riswanto Hayano, 27; Edi Lawalopo, 53, dan Syarizal Kastamiran, 29, sudah dibebaskan oleh kumpulan penculik melalui rundingan.

    Bagaimanapun, semua mangsa kini ‘ditahan’ oleh ‘orang tengah’ bertujuan meminta bayaran lebih.

    Ketika ditanya mengenai mangsa yang kini seolah-olah menjadi mangsa pemerdagangan manusia antara kumpulan penculik di Selatan Filipina, Hazani berkata, aktiviti penculikan itu sudah menunjukkan tujuan mendapatkan wang.

    “Berdasarkan maklumat yang diterima, terdapat sekurang-kurangnya lima ketua yang memimpin kumpulan penculikan di Selatan Filipina dan ia boleh berubah berdasarkan persefahaman serta kepentingan kerjasama antara mereka.


    “Modus operandi mereka seperti pemainan kucing dan tikus, jika ada peluang serta mangsa, mereka bertindak,” katanya.

    Pada 17 Januari lalu, semua nelayan warga Indonesia yang bekerja dengan syarikat perikanan dari Sandakan, diculik di perairan Tambisan, Lahad Datu.

    Kemudian, kumpulan penculik meminta wang tebusan antara RM3 juta sehingga RM4 juta bagi pembebasan semua mangsa. -Borneo Today
  • Perintah Berkurung di Esszone Dilanjutkan Sehingga 20 Mei 2020


    KOTA KINABALU: Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) yang berakhir pada 6 petang esok dilanjutkan sehingga 20 Mei, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Zaini Jass.

    Beliau berkata, susulan pelanjutan itu, penduduk diminta berada di dalam rumah dan tidak dibenarkan memasuki kawasan perairan terbabit antara 6 petang sehingga 6 pagi sepanjang tempoh berkenaan.

    “Orang lain tidak dibenarkan memasuki atau berada di kawasan yang telah diisytiharkan antara 6 petang sehingga 6 pagi pada tarikh yang dinyatakan,” menurutnya dalam kenyataan di sini, hari ini.

    Zaini berkata perintah berkurung itu meliputi kawasan perairan Daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.

    Katanya, perintah berkurung itu dilanjutkan bagi memastikan kawasan perairan itu tidak diceroboh oleh pengganas yang mengancam keselamatan penyelidik antarabangsa menjalankan penyelidikan dan pelancong asing di pulau-pulau peranginan.

    Zaini berkata, berdasarkan maklumat, kumpulan militan Abu Sayyaf dan mereka yang menjalankan kegiatan menculik untuk mendapatkan wang tebusan dari selatan Filipina masih cuba menceroboh bagi melakukan penculikan serta jenayah rentas sempadan.

    Beliau berkata, perintah itu juga adalah bagi memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan terhadap pergerakan bot selain menimbulkan rasa selamat dan yakin kepada pengusaha chalet serta nelayan dengan kehadiran kapal anggota keselamatan di sekitar kawasan mereka.

    “Saya juga memberi kuasa kepada semua Ketua Polis Daerah di Esszone mengeluarkan permit kepada pemohon yang layak bagi aktiviti perikanan atau ada keperluan mendesak untuk melalui kawasan perintah berkurung,” katanya.

  • Gleneagles KK Lapor Kes Pertama Pesakit Covid-19


    Kota Kinabalu: Hospital Gleneagles Kota Kinabalu melaporkan kes pertama pesakit Covid-19 iaitu seorang wanita tempatan berusia 55 tahun.

    Pesakit wanita itu telah dimasukkan ke Gleneagles KK bagi menjalani pembedahan. Ujian Covid-19 telah dibuat bagi pesakit tersebut sebelum meneruskan rawatan lanjut. Mengikut protokol, Hospital Gleneagles KK mewajibkan ujian Covid-19 bagi semua pesakit yang menjalankan prosedur rawatan di hospital tersebut.

    Oleh kerana rawatan yang mendesak bagi pesakit itu, pihak hospital meneruskan rawatan dan mengkategorikan pesakit tersebut sebagai kes yang disyaki sementara menunggu keputusan ujian Covid-19.

    Keputusan ujian Covid-19 pesakit tersebut didapati positif pada 17 April 2020 dan telah dipindahkan ke Hospital Queen Elizabeth 1 untuk pengesahan dan rawatan selanjutnya.

    Menurut pihak Hospital Gleneagles Kota Kinabalu, mereka mematuhi polisi dan proses pengendalian jangkitan Covid-19 dan mengamalkan langkah pencegahan bagi memastikan keselamatan kakitangan dan pesakitnya.

    Semua kawasan yang terjejas telah ditutup untuk pembasmian kuman mengikut panduan kawalan jangkitan. Semua staf yang didapati mempunyai kontak dengan pesakit tersebut telah dikesan dan dikuarantin sebagai tindakan pencegahan sesuai dengan panduan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, sementara menunggu keputusan ujian Covid-19.

    - Sumber: Kenyataan Media Gleneagles Hospital Kota Kinabalu (20/04/2020)
  • Majoriti Pesakit Covid-19 Di Sabah Adalah Lelaki - JKNS

    Sumber- JKNS
    Kota Kinabalu: Hasil analisis Jabatan Kesihatan Negeri Sabah setakat 19 April 2020 mendapati pecahan sebanyak 64% daripada 306 jumlah kes Positif Covid-19 di Negeri Sabah adalah lelaki yang berumur dalam lingkungan 1 tahun sehingga 80 tahun.

    Kenyataan Media yang dikeluarkan oleh Pengarah Kesihatan Sabah, Datuk Dr. Christina Rundi hari ini turut menjelaskan kesemua kesemua kes yang direkodkan di Daerah Kinabatangan iaitu seramai 22 kes adalah daripada Kluster Tabligh Seri Petaling. - SABAH INFO


    22 Kes di Kinabatangan

  • 'Pegawai kastam' mabuk ditahan



    KOTA KINABALU: Seorang pemandu lori ditahan bukan sahaja ingkar Perintah Kawalan Pergerakan malah memandu dalam keadaan mabuk dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada petugas Op Covid-19 di Jalan Tuaran Bypass, Kota Kinabalu, semalam.

    Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, suspek berusia 34 tahun dikatakan memandu kereta jenis Perodua Bezza seorang diri ditahan petugas yang sedang menjalankan sekatan jalan raya Op Covid-19.

    Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, hasil pemeriksaan mendapati suspek dipercayai berada dalam keadaan mabuk dan memberi alasan tidak munasabah.

    “Suspek mengatakan hendak membeli minuman keras di sebuah kedai di Tebobon, Manggatal. Memandangkan suspek ingkar PKP yang berkuatkuasa dan memandu dalam keadaan mabuk lalu polis bertugas bertindak menahan suspek.

    “Bagaimanapun suspek bertindak agresif dengan mengeluarkan kata-kata kesat kepada pegawai polis yang bertugas dan mengaku dirinya sebagai pegawai kanan Jabatan Kastam,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

    Habibi berkata, suspek kemudian ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut.

    “Siasatan mendapati suspek bukanlah pegawai kanan Kastam dan ketika dibawa ke lokap, suspek sekali lagi bertindak agresif menyebabkan anggota polis menggunakan kekerasan minima untuk mengawal keadaan.

    “Suspek direman selama empat hari bermula semalam dan siasatan masih dijalankan,” katanya.

    Kes disiasat mengikut seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020. – HMetro

  • Sudah ditahan



    LAHAD DATU: Lelaki yang melarikan diri selepas diarah menjalani kuarantin di Pusat Kuarantin Felda Residence Sahabat 16, Lahad Datu, semalam, sudah berjaya dikesan.

    Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, pada 12 tengah hari ini, anggota polis Balai Polis Desa Kencana dihubungi pengurus ladang tempat lelaki itu bekerja.

    Menurutnya, pengurus ladang berkenaan kemudian memaklumkan keluarga lelaki itu akan menghantarnya ke pusat kuarantin terbabit.

    “Pada 1.30 tengah hari, lelaki itu dihantar ke Pusat Kuarantin Felda Residence Sahabat 16.

    “Dia akan menjalani kuarantin seperti diarahkan dan selepas ini siasatan tetap dijalankan seperti biasa,” katanya dalam kenyataan ringkas, hari ini.

    Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (AKTA 342).

    Hari ini, portal Harian Metro melaporkan lelaki warga Filipina berusia lingkungan 30-an itu diburu polis selepas melarikan diri daripada arahan kuarantin selepas melakukan saringan Covid-19 di Klinik Kesihatan Felda Sahabat, semalam. – HMetro
  • GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13