• Lawatan SKMM Dan TM Malaysia Ke kampung Veveona Nosibin Setelah Video Viral



    Setelah Video Viral, Akhirnya SKMM Akan Naik Taraf Internet Di Kampung Veveonah Mosibin. By now, anda sudah tahu tentang video ’24 Hours On Tree Challenge’ yang dimuat naik oleh YouTuber dari Sabah, Veveonah Mosibin, yang menunjukkan beliau terpaksa panjat pokok demi mendapatkan capaian internet untuk menduduki peperiksaan beliau.

    Video yang menghayat hati netizen itu turut disebar dan membuka mata rakyat Malaysia betapa sukarnya penduduk kawasan pedalaman untuk mendapatkan capaian internet sedangkan ia sudah tahun 2020, dimana semua orang sepatutnya menikmati kemudahan tersebut.

    Susulan kejadian ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah merancang untuk membina sebuah menara telekomunikasi baharu di sebuah kampung berhampiran dengan kampung Veveonah iaitu Kampung Bilangau Kecil.



    Dilawati Oleh Kakitangan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pitas

    Dilaporkan beberapa kakitangan PPD Pitas telah berkunjung kampung Veveonah untuk berjumpa dengan Veveonah secara peribadi. Dalam masa yang sama, mereka berkongsikan situasi khususnya berkaitan pendidikan dan mengalu-alukan komen yang membina. Mereka turut memuji gadis itu atas kesungguhannya untuk mencari alternatif menghadapi situasi yang sukar ketika meduduki peperiksaannya.

    Gambar sekadar hiasan.

    Rancangan SKMM

    Dalam sebuah laporan terbaharu oleh Bernama, SSKM merancang untuk membina sebuah menara telekomunikasi baharu di Kampung Bilangau Kecil (berhampiran Kampung Sapatalang, Pitas).

    Dikatakan menara telekomunikasi itu akan dibina di bawah Pelan Gantian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) 1 dan dijangka akan siap menjelang suku kedua tahun 2021.

    “Ia boleh dioptimum untuk meningkatkan liputan di Kampung Sapatalang sejurus siap didirikan. Bagi memberi liputan yang lebih berkualiti di sekitar kawasan itu, SKMM juga telah membuat perancangan untuk menaik taraf liputan kepada 4G di bawah program Tabung Perkhidmatan Sejagat (USP), sejak awal tahun ini,” menurut kenyataan MCMC.

    Dalam kenyataan mereka,

    “Berdasarkan laporan, terdapat sebuah menara telekomunikasi yang memberi liputan 3G dalam lingkungan 1.4KM dari kampung Veveonah. Liputan 3G itu membolehkan pelajar mengambil peperiksaan secara dalam talian manakala bagi tujuan aktiviti penstriman, ia memerlukan liputan yang lebih tinggi.”

    Semoga berita baik ini diikuti oleh usaha-usaha serupa di kawasan-kawasan pedalaman yang lain agar mereka yang terjejas teruk dalam norma baharu ini tidak ketinggalan.

    Kredit: iloveBorneo.my

    Lawatan TM Malaysia

    Menyedari bahawa harus menyelesaikan peperiksaan secara dalam talian tidak kira apa jua keadaan, seorang pelajar nekad bahawa tiada apa yang dapat menghalang beliau daripada mendapatkan apa yang dimahukannya. Kekuatan kehendak beliau menunjukkan bahawa kita semua mampu untuk mencapai sesuatu jika kita berusaha ke arahnya.
    Pelajar tersebut ialah Veveonah Mosibin, anak muda Sabah yang penuh keberanian, yang tidak putus asa dalam usahanya untuk berjaya.
    Kami di TM berasa sangat kagum dengan semangat Vevenoah dan kami juga bertekad untuk terus berusaha dalam misi kami untuk menghubungkan dan berkhidmat untuk negara.
    Kami telah melawat Vevenoah dan komuniti di kampung beliau untuk membantu dan mengenal pasti kemungkinan kaedah untuk meningkatkan capaian dan liputan internet di sana. Secara jujur, tugas ini adalah sukar. Kampung di mana Vevenoah tinggal berada di kawasan pedalaman, dimana keadaan geografi di kawasan tersebut menyukarkan mana-mana syarikat telekomunikasi untuk melakukan pemasangan infrastruktur di sana. Walau bagaimanapun, kami tekad. Kami telah melakukan tinjauan di kawasan terbabit dan kini sedang mengenalpasti cara-cara inovatif untuk menjadikan #HidupLebihMudah buat Vevenoah serta komuniti di sana.
    Kepada adik Veve,
    Terima kasih kerana menunjukkan kepada kami erti menjadi rakyat Malaysia Digital yang sebenar. Semangat juang dan sifat tidak putus asa anda adalah inspirasi buat kami semua.
    Anda telah membuka mata kita semua bahawa segalanya mungkin jika kita berusaha dengan tekun, dan kami akan berbuat sebegitu jua untuk anda dan juga Malaysia.
    Anda dan anak-anak muda seperti anda, akan menjadi pendorong kepada kami dalam memastikan internet dapat diakses oleh semua rakyat Malaysia.
    Pounsikou, Veve.

    Kredit: FB TM Group
  • 0 Comments:

    Post a Comment

    GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13