• Dakwaan Salah Laku ‘Berniat Jahat & Palsu’ - Musa Aman


    KOTA KINABALU: Bekas ketua menteri Sabah Musa Aman menafikan terlibat dalam salah laku ketika menjadi pengerusi Yayasan Sabah milik kerajaan negeri dari 2003 hingga 2018.

    Ini susulan pengumuman oleh pengarah yayasan itu, Jamalul Kiram Mohd Zakaria awal hari ini bahawa ia memfailkan saman terhadap Musa bagi mendapatkan wang sebanyak RM872 juta yang didakwa hilang semasa beliau menjadi pengerusi pemegang amanah.

    Jamalul berkata, lembaga pemegang amanah percaya dana tersebut hilang berikutan “aktiviti pembalakan yang meragukan”.

    Katanya, lembaga tersebut telah memfailkan tuntutan di Mahkamah Tinggi di sini melalui sistem e-pemfailan pada 6 Jun, dengan menamakan beberapa individu lain selain Musa dan menyenaraikan transaksi kewangan melibatkan beberapa akaun luar persisir.

    Dalam satu kenyataan, peguam Musa, Tengku Fuad Tengku Ahmad berkata, anak guamnya menafikan dakwaan itu.

    “Tan Sri Musa menafikan dakwaan bahawa beliau melanggar mana-mana tugas fudisiarinya sebagai pengerusi Yayasan Sabah dari 2003 hingga 2018.

    “Dakwaan terhadapnya hari ini adalah berniat jahat dan palsu sama sekali.

    “Kedua, adalah amat meragukan, pelik dan tidak wajar untuk mengetahui mengenai saman Yayasan Sabah itu melalui kenyataan akhbar dan laporan media,” katanya.

    Tengku Fuad berkata, biasanya apabila saman difailkan, dokumen dan kertas tuntutan akan diserahkan kepada defendan atau peguamnya.

    “Dalam kes ini, Tan Sri Musa maupun saya tidak menerima apa-apa dokumen sekali pun. Ini pelik kerana tentulah tidak susah untuk mencari pejabat saya atau rumah Tan Sri.”

    “Penjelasan paling munasabah kenapa kami mendengar mengenainya melalui media ialah saman ini hanyalah satu helah publisiti bertujuan politik yang dibuat untuk mengalih perhatian dan mengelirukan orang ramai,” katanya.

    Tengku Fuad berkata, beliau diarahkan supaya menerima saman tersebut dan mengeluarkan kenyataan selepas itu. – FMT
  • 0 Comments:

    Post a Comment

    GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    Search This Blog

    Powered by Blogger.

    Contributors

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13