• Perlu Lantik Satu Konsultan,Kenal Pasti Jumlah Jambatan Di Seluruh Sabah - Bung Moktar



    Kota Kinabalu : Satu konsultan perlu dilantik bagi mengenal pasti jumlah jambatan di seluruh Sabah sebagai usaha menyelesaikan keperluan  kemudahan itu untuk murid ke sekeolah terutama di kawasan pedalaman.

    Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menjelaskan terdapat banyak jambatan di seluruh Sabah dan masing-masing dikendali oleh pelbagai pihak di negeri ini.

    "Apabila sebut soal jambatan ini di seluruh Sabah ada beribu jambatan, saya pun belum tahu berapa banyak ada jambatan kampung, jamatan sementara dan jambatan ini banyak pemiliknya.

    "Majlis daerah pun ada, pejabat daerah pun ada, agensi-agensi kerajaan pun ada tetapi malang sekali apabila sebut jambatan, Jabatan Kerja Raya (JKR) yang dipertangungjawabkan ,"katanya kepada pemberita ketika meninjau lokasi kemalangan di Jalan Lintas, di sini, hari ini.

    Katanya, perkara itu bagaimanapun perlu diselesaikan dengan kerjasama pelbagai pihak dan perbincangan perlu dilakukan bersama.

    "Saya melihat perkara ini perlu kita selesaikan dan saya akan menunggu kepulangan Ketua Menteri dan saya ada perancangan untuk kita melantik satu konsultan untuk menilai berapa jumlah jambatan yang ada dan diperlukan termasuk jambatan-jambatan kampung.

    "Saya juga mengajak semua pegawai-pegawai daerah memerhati kawasan pentadbiran masing-masing dan membuat laporan kepada Menteri Luar Bandar dan salinan kepada kita untuk sama-sama kita bincangkan untuk membuat satu kolaborasi atau stretegi lautan biru bagi menanggani isu-isu yang berlaku ini.

    "Kalau tidak, sudah tentu setiap inggu akan ada viral di media sosial sebab seolah-olah kerjaan tidak bertangungjaawab," katanya.


    Sumber: --DEASOKA

  • 0 Comments:

    Post a Comment

    GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    Search This Blog

    Powered by Blogger.

    Contributors

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13