• 24 Kanak-kanak Jalani Pembedahan Klef Bibir Di Hospital Tawau


    Tawau : Seramai 24 kanak-kanak yang mengalami klef bibir dan lelangit menjalani pembedahan di Hospital Tawau menerusi 'Program Mass Cleft Surgery Initiative 2022' bermula hari ini hingga 12 Ogos.

    Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan  Rakyat Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata program itu adalah inisiatif yang diambil bagi menyelesaikan kes tertunggak pembedahan klef bibir dan lelangit di daerah ini dan sekitarnya

    Beliau berkata, setakat ini sebanyak 70 kes tertunggak dilaporkan di Hospital Tawau sejak dua tahun lalu disebabkan pandemik Covid-19.

    "Program ini mendapat tajaan kos pembedahan daripada Kelab Rotary Tawau Tanjung dan kerjasama pakar-pakar bedah di negara ini.

    "Kita sedia maklum, kos pembedahan ini mencecah sehingga RM4,000 dan ia sangat membebankan terutamanya bagi golongan kurang berkemampuan," katanta ketika merasmikan 'Program Mass Cleft Surgery Initiative 2022', di sini.

    Hadir sama ialah Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Rose Nani Mudin, di sini hari ini.

    Shahelmey berkata, dengan adanya bantuan daripada Kelab Rotary Tawau Tanjung, ia dapat membantu menyelesaikan kes tertunggak sebelum ini.

    Katanya, ia adalah usaha yang sangat baik, malah mempunyai nilai kemanusiaan yang tinggi dan snagta bermakna kerana melibatkan kesihatan dan kesejahtreaan rakyat.

    "Kerajaan negeri sangat berterima kasih kepada badan bukan kerajaan (NGO) kerana banyak memberikan kerjasama dangan hospital dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),'' katanya.

    Beliau juga berharap ibu bapa yang mempunyai anak mengalami klef bibir dan lelangit segera mendapatkan rawatan di hospital berdekatan.


    Sumber : --DEASOKA

  • 0 Comments:

    Post a Comment

    GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    Search This Blog

    Powered by Blogger.

    Contributors

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13