• 293 Lepasan SPM Daftar Di PPST UMS Sesi 2022/2023

    Credit  Photo: UMS

     Kota Kinabalu: Seramai 293 lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lepas mendaftar sebagai pelajar asasi di Pusat Persediaan Sains dan Teknologi (PPST) Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi sesi kemasukan 2022/2023.

    Pengarah PPST Prof Dr Jumat Sulaiman berkata jumlah itu dijangka betambah selepas sesi pendaftaran rayuan pelajar pada 29 Ogos ini.

    Beliau berkata semua pelajar asasi berkenaan berpeluang untuk melanjutkan pengajian ke fakulti UMS yang menawarkan program berteraskan sains dan teknologi.

    "Saya menyeru kepada semua pelajar untuk menjadikan Pusat Asasi ini sebagai landasan persediaan sebelum menempuh pengajian yang lebih tinggi," katanya ketika berucap  pada majlis lafaz ikrar dan Aku Janji Pelajar Baharu Program Asasi sesi 2022/2023 di UMS di sini, hari ini.

    Jumat berkata sehingga tahun lepas, PPST yang menawarkan dua program asasi iaitu Program Pengajian Asasi Sains dan Asasi Teknologi Maklumat telah melahirkan 2,697 pelajar asasi.

    Sementara itu,Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof Madya Dr Rahman Noordin yang menjalankan fungsi sebagai Naib Canselor UMS berkata majlis suai mesra (MSM) itu diadakan buat pertama kali selepas dua tahun diadakan secara dalam talian berikutan pandemik COVID-19.

    Beliau berkata selain pelajar Sabah, Sarawak dan Semenanjung program itu turut disertai masing-masing seorang pelajar dari Indonesia dan Korea Selatan.

    Sumber: BERNAMA

  • 0 Comments:

    Post a Comment

    GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    Search This Blog

    Powered by Blogger.

    Contributors

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13