• Sangkar Rasam Pengerusi MPN Sabah Baharu, singkir Christina Liew

     


    Kota Kinabalu
    :Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) keningau, Datuk Sangkar Rasam dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah yang baharu.

    Sangkar menggantikan Datuk Christina Liew yang menyandang jawatan Pengerusi PKR Sabah sebelum ini.

    Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Sabah,Mustapha Sakmud berkata, lantikan itu diumumkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu majlis ringkas yang diadakan semalam.

    Pelantikan itu dilakukan secara sebulat suara berdasarkan sesi perbincangan antara Anwar dan Ketua-ketua Cabang yang hadir.

    Pelbagai cadangan telah dikemukakan termasuk mengekalkan Christina sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah.

    Menurut beliau, Anwar turut memberi jaminan bahawa christina akan kekal sebagai Pengerusi PH Sabah untuk mengetuai jentera pilihan raya bagi berhadapan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang dijangkakan tidak lama lagi.

    Mustapha berkata, Pengerusi PH Sabah perlu dikekalkan kerana tidak mahu proses rundingan kerusi dan pemantapan jentera PH terjejas menjelang PRU-15," katanya.

    Tambah beliau, gandingan mantap Pengerusi MPN Sabah yang Baharu dan Christina serta Naib Presiden Pusat, Awang Husaini Sahari yang diharap dapat memantapkan lagi jentera PH Sabah bagi menghadapi PRU -15 bersama dengan parti-parti komponen DAP, Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) dan Amanah.

    Sebelum ini Datuk Sangkar rasam yang juga Pengerusi Otai Reformis 1998 yang juga bekas seorang Penolong kanan Kokurikulum SMK Nabawan II mengetuai Geng 16 mendesakmenggugurkan Christina Liew sebagai Pengerusi MPN Sabah.Kini mereka berjaya.

    Apakah PKR Sabah akan berubah atau hanya kekal berada ditakluk lama Anwar dan Reformis.


    Sumber : Sabahkini

  • 0 Comments:

    Post a Comment

    GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13