SABAH INFO


Kami adalah
Social Media Influencer

Team Sabah Info

Sabah Info adalah sebuah pasukan kreatif yang berpangkalan di Kota Kinabalu. Memfokuskan konten digital versi Sabahan melalui platform media sosial yang paling kukuh di Negeri Sabah! Sabah Info juga menawarkan servis pengiklanan dengan pakej yang berpatutan dengan hasil yang sangat memberangsangkan! Kami sedia menjadi rakan strategik anda!

  • Kota Kinabalu, Sabah
  • sabahinfo.my@gmail.com
  • www.sabahinfo.com.my
Me

Kelebihan Kami

Platform kami adalah yang terbesar di negeri bawah bayu. Meliputi Facebook, Instagram, Tiktok dan Telegram


Facebook 621 Ribu Followers
Tiktok 487 Ribu Followers
Instagram 153 Ribu Followers
Telegram 45 Ribu Followers

Awesome features

Aliquam commodo arcu vel ante volutpat tempus. Praesent pulvinar velit at posuere mollis. Quisque libero sapien.

Animated elements

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Sed tempus cursus lectus vel pellentesque. Etiam tincidunt.

Responsive Design

Pellentesque ultricies ligula a libero porta, ut venenatis orci molestie. Vivamus vitae aliquet tellus, sed mollis libero.

Modern design

Duis ut ultricies nisi. Nulla risus odio, dictum vitae purus malesuada, cursus convallis justo. Sed a mi massa dolor.

Retina ready

Vivamus quis tempor purus, a eleifend purus. Ut sodales vel tellus vel vulputate. Fusce rhoncus semper magna.

Fast support

Suspendisse convallis sem eu ligula porta gravida. Suspendisse potenti. Lorem ipsum dolor sit amet, duis omis unde elit.

0
completed project
0
design award
0
facebook like
0
current projects
  • Kerajaan Sabah Siap Sedia Hadapi Monsun Timur Laut Dijangka November Ini

    Kerajaan Sabah Siap Sedia Hadapi Monsun Timur Laut Dijangka November Ini



    Safar Untong

    KOTA KINABALU
    : Kerajaan Sabah bersiap sedia sepenuhnya untuk menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka melanda negeri itu bermula November ini hingga Februari tahun depan.

    Setiausaha Kereajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong, berkata seramai 8,432 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi dan jabatan di negeri itu sedia untuk ditugaskan.

    Di samping itu, katanya, sebanyak 928 pengangkutan darat, 206 pengangkutan air serta lapan logistik udara juga telah dikenal pasti dan disediakan untuk menghadapi sebarang bencana banjir akibat monsun berkenaan.

    Bagi kawasan sukar diakses menggunakan laluan darat, Safar, berkata sebanyak 75 lokasi pendaratan helikopter disediakan termasuk di kawasan berhampiran pusat pemindahan sementara bagi memudahkan urusan pemindahan penduduk dan penghantaran bantuan kepada mangsa

    “Selain itu, sebanyak 608 lokasi ‘hotspot’ bencana banjir di Sabah juga telah dikenal pasti,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah bagi membincangkan persediaan menghadapi MTL di Menara Kinabalu, di sini, hari ini.

    Turut hadir Pengarah Angkatan Pertawanan Awam Malaysia (APM) Sabah, Mohtar Samat dan Timbalan Pengarah Bahagian Operasi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Rusli Ibrahim.

    Safar berkata semua pegawai daerah, selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, turut diarah bersiap sedia dan mengaktifkan Bilik Gerakan Bencana di daerah masing-masing pada bila-bila masa.

    Kerajaan Sabah sentiasa memantau isu-isu berkaitan dan mengambil langkah sewajarnya bersama jabatan serta agensi terlibat bagi memastikan jentera pengurusan bencana di semua peringkat dapat berjalan lancar, katanya. – BERNAMA
  • Harga Tiket Penerbangan Harus Berpatutan : Jelani

    Harga Tiket Penerbangan Harus Berpatutan : Jelani



    KOTA KINABALU: Harga tiket penerbangan yang menghubungkan negeri ini dengan destinasi luar naik mendadak sehingga membebankan rakyat.

    Timbalan Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB) Datuk Dr Jelani Hamdan berkata, kenaikan itu dilihat ketara sejak akhir-akhir ini terutamanya ketika musim cuti sekolah.

    Katanya, harga tambang penerbangan naik sehingga mencecah RM1,300 berbanding sebelum ini yang hanya berada pada kadar RM500.

    “Perkembangan ini perlu dipertimbangkan kerana ia jelas tidak menggalakkan integrasi nasional dan industri pelancongan di Sabah.

    “Kita berharap perkara ini diambil perhatian oleh semua syarikat penerbangan komersial tempatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

    Jelani yang juga Pengerusi Sri Pelancongan Sabah Sdn Bhd berkata semua syarikat penerbangan sepatutnya menambahkan kekerapan jumlah penerbangan dan bukannya menaikkan harga tiket.

    Katanya sebelum ini ada syarikat penerbangan yang menambah pesawat penerbangan dan ia perlu diteruskan.

    “Sebenarnya, ia boleh dilakukan semua syarikat penerbangan berikutan tidak banyak penerbangan antarabangsa diperlukan ketika ini.

    “Jangan naikkan harga tiket, sebaliknya tambah penerbangan ulang alik ke Sabah,” tegasnya.

    Jelani berkata harga tiket penerbangan yang ditawarkan juga hendaklah berpatutan dan tidak membebankan rakyat yang menggunakan perkhidmatan itu.

  • JMKM Beri Manfaat Untuk Rakyat, Keperluan Asas Lebih Murah

    JMKM Beri Manfaat Untuk Rakyat, Keperluan Asas Lebih Murah


    KOTA KINABALU
    : Masyarakat kini boleh menikmati barangan keperluan asas lebih murah sempena dengan kempen Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM).

    Pemimpin Pembangunan Masyarakat Tanjung Aru Reduan Aklee berkata, dalam kempen berkenaan, kerajaan akan memberikan diskaun atau subsidi sebanyak 20 peratus terhadap barangan keperluan asas terpilih.

    "Antara barangan asas itu adalah seperti beras 10 kilogram, daging ayam, gula, tepung, sayur serta bahan makanan yang lain.

    "Untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Aru, Bataras Superstore Sembulan telah dipilih untuk melaksanakan kempen ini," katanya ketika ditemui ketika membuat tinjauan kempen berkenaan di sini, hari ini.

    Beliau berkata, kempen berkenaan adalah hasil inisiatif Perdana Menteri berikutan ramai dalam kalangan rakyat masih terjejas akibat pandemik COVID-19.

    Katanya, kempen berkenaan mula diadakan hari ini sehingga Disember 2022.

    "Kempen ini akan diadakan sehari setiap minggu, pada hujung minggu Sabtu atau Ahad. Hari ini kita laksanakan pada hari Selasa.

    "Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Tanjung Aru telah diamanahkan untuk melaksanakan kempen ini di sini dengan kadar segera demi membantu rakyat secara keseluruhan," katanya.

    Katanya, setiap DUN di Sabah akan melantik satu pengusaha bagi melaksanakan kempen berkenaan.

    "Untuk kita di Tanjung Aru, kita melantik Bataras Superstore Sembulan kerana keupayaan mereka mampu menyediakan barangan keperluan asas dengan kadar segera," katanya.


    Sumber: Utusan Borneo

  • PDRM DAN SPR SIAP SIAGA LANCARKAN PROSES PRU-15

    PDRM DAN SPR SIAP SIAGA LANCARKAN PROSES PRU-15



    KOTA KINABALU
    : Bagi memastikan perjalanan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) berjalan lancar di negeri ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu mengadakan perbincangan lebih awal dengan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

    Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah berkata, perbincangan berkenaan membabitkan perkongsian maklumat yang lebih terperinci khususnya melibatkan kawasan Pusat Daerah Mengundi (PDM) baharu.

    Menurutnya, menerusi perbincangan dengan pihak SPR, pihaknya dapat mengemukakan permasalahan dari segi sistem komunikasi yang boleh mengatasi isu penyaluran maklumat semasa PRU-15 nanti.

    "Setakat ini kita masih belum menerima maklumat mengenai kawasan atau PDM baharu untuk PRU-15.

    "Kita perlu membuat perancangan awal untuk elak sebarang masalah penyaluran maklumat terutama bagi kawasan yang ada kekangan komunikasi seperti liputan internet," katanya.

    Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (KJPJKK) Sabah dan Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (KJIPS) Sabah di sini hari ini.

    dris berkata, pihaknya akan mengadakan satu bengkel pada 1 September ini di Lahad Datu dan ia turut melibatkan perbincangan dengan pihak SPR.

    Katanya, perbincangan berkenaan akan diadakan dengan lebih terperinci terutama dalam mengenal pasti masalah di kawasan PDM baharu.

    Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan masyarakat supaya terus mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandangkan jumlah kes harian COVID-19 di Sabah masih tinggi.

    "Dengan kemasukan pelancong sekarang, masyarakat perlu terus mengamalkan SOP bagi mengelakkan peningkatan kes yang sukar dikawal," katanya.

    Pada majlis itu, Idris menyaksikan serah terima tugas di antara mantan Pemangku KJPJKK Sabah Asisten Komisioner Abdul Rahman Kassim kepada KJPJKK Sabah baharu Senior Asisten Komisioner Suparamaniam Ramasamy dan di antara mantan Pemangku KJIPS Sabah Deputi Superintendan Rahmalah Salleh kepada KJIPS Sabah baharu Asisten Komisioner George Abd Rakman.


    SUMBER: UTUSAN BORNEO

  • Mahasiswa Berilmu Asas Kemajuan Sesebuah Negara

    Mahasiswa Berilmu Asas Kemajuan Sesebuah Negara



    MAHASISWA: Majlis Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Islam Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC)

    KOTA KINABALU: Mahasiswa perlu membuktikan bahawa mereka boleh menjadi generasi yang mampu memainkan peranan dalam pembangunan negara pada masa akan datang.

    Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah, Datuk Mohd Ariffin Mohd Arif berkata asas kemajuan sesebuah negara adalah memiliki belia yang mempunyai ilmu pengetahuan, pendidikan dan tarbiyah.

    Katanya, kerajaan telah memainkan peranan dalam membantu memudahkan mahasiswa menuntut ilmu, antaranya bantuan wang tunai di peringkat diploma dan ijazah sarjana muda.

    “Mahasiswa hanya perlu melangkah ke hadapan tanpa rasa takut agar sentiasa meletakkan diri mereka dalam pembangunan negara.

    “Mereka harus peka dengan isu semasa supaya boleh menjadi generasi yang mampu membantu negara dan memimpin pada masa akan datang,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika merasmikan Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Islam Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini baru-baru ini.

    Menurutnya, pendekatan untuk mendekati belia khususnya mahasiswa adalah dengan cara mengikut keadaan semasa seperti menggunakan aplikasi TikTok dan Instagram.

    “Antara resolusi yang telah dibincangkan juga adalah meletakkan anak muda dalam majlis belia di setiap platform negeri Sabah,” katanya.

    Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata peranan mahasiswa sangat diperlukan bagi membantu menjayakan setiap agenda negara.

    “Mahasiswa disaran untuk mencari ilmu sebanyak mungkin supaya mereka boleh berdikari dan berdiri di kaki sendiri, seperti pepatah ‘dicampak di laut menjadi pulau, dicampakkan di darat akan jadi bukit’.

    “Menerusi pengetahuan yang dimiliki oleh setiap mahasiswa membolehkan mereka terus menjadi aset yang boleh membangunkan negara kelak,” katanya.

    Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik merangkap penyelaras program, Dr Aliakbar Gulasan.

    Terdahulu, majlis ini dianjurkan oleh Persatuan Pengkaji Budaya Intelek Sabah (IKSAS) di Sabah dengan kerjasama Institut kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR), Gabungan Mahasiswa Islam Sabah (GAMIS SABAH), Markas Siswa Siswi Islam Sabah (MARSIS), Sinergi Siswa Pendidik Islam (SSPI), Persatuan Siswazah Sabah (PSS), Sabah Relief, Pertubuhan Kebajikan Prihatin Kanak-kanak Sepanggar (PERKEPS) dan Yayasan Permata Ummah.

    Sumber: Utusan Borneo

  • Sabah Akan Bentang RUU Lompat Parti Dalam Persidangan Khas DUN

    Sabah Akan Bentang RUU Lompat Parti Dalam Persidangan Khas DUN

    JELAJAH GRS: Majlis pelancaran Program Jelajah GRS Parlimen Keningau.

    KENINGAU: Kerajaan negeri akan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) pindaan perlembagaan berkaitan anti lompat parti pada persidangan khas Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam masa terdekat.

    Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, Kabinet negeri bersetuju untuk membawa perkara itu ke persidangan DUN selepas Dewan Rakyat meluluskan pindaan perlembagaan yang menghalang wakil rakyat bertukar parti baru-baru ini.

    Katanya, langkah itu sejajar komitmen kerajaan negeri untuk mewujudkan kestabilan politik di Sabah setelah sekian lama berdepan keadaan politik yang tidak menentu.

    "Kita menyokong anti lompat parti dan kita akan bentangkan di DUN tidak lama lagi. Apa yang berlaku dulu itu...dululah, sekarang kita mahukan kestabilan politik di Sabah.

    "Kabinet sudah bersetuju untuk membawa pindaan perlembagaan itu pada persidangan khas DUN untuk mewujudkan anti lompat parti supaya kita boleh tidur lena.

    "Tidak lagi kena jaga sana sini, lompat sana sini. Apa yang lepas cukuplah, kita mahu kestabilan politik," katanya ketika melancarkan Program Jelajah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Parlimen Keningau di sini hari ini.

    Hajiji yang juga Pengerusi GRS berkata, Sabah tidak mahu ketinggalan untuk mewujudkan undang-undang anti lompat partinya sendiri selepas RUU mengenai perkara itu diluluskan Parlimen.

    "Tidak payahlah kita lompat-lompat (parti) lagi," katanya.

    Beliau berkata, satu lagi pencapaian kerajaan negeri ialah penyerahan kuasa kawal selia tenaga elektrik dan bekalan gas daripada kerajaan Persekutuan kepada negeri selewatlewatnya tahun hadapan.

    Menurutnya, agensi-agensi berkaitan dalam kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri sedang membuat tindakan susulan untuk persiapan dari aspek teknikal dan perundangan kerana hala tuju ini akan melibatkan proses perundangan di kedua-dua peringkat iaitu Parlimen dan DUN Sabah.

    Katanya, sebagai persiapan kerajaan negeri akan menubuhkan Suruhanjaya Tenaga Negeri Sabah.

    Jelajah pertama GRS selepas dilancarkan pada Mei lalu itu turut dihadiri pemimpin tertinggi parti komponen GRS daripada Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Maju Sabah (SAPP) dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO).

  • Syarikat Peneraju Tekonologi Peranti Akuakultur Quadlink Lebarkan Sayap Di Sabah

    Syarikat Peneraju Tekonologi Peranti Akuakultur Quadlink Lebarkan Sayap Di Sabah


    KOTA KINABALU — Quadlink Technology Inc adalah sebuah syarikat peneraju di dalam teknologi peranti akuakultur pintar di Taiwan,kini melebarkan sayapnya dan telah memilih Sabah sebagai Negeri yang berpotensi di dalam bidang akuakultur.

    Dikenali sebagai sebuah syarikat peneraju peranti akuakultur pintar di Taiwan sejak tahun 2010, Quadlink Technology Inc. telah membangunkan sistem “Internet of Thing (IoT)” dengan menggunakan sensor (penderia), komputer dan telefon pintar, pengkomputeran awan dan teknologi “ big data” untuk mengoptimumkan pengeluaran akuakultur dan pengedaran.

    Kami menamakan teknologi R&D tersebut yang juga produk utama kami sebagai “Aquadlink”, yang merangkumi tiga bahagian; sistem pemantauan kualiti air, sistem kawalan peralatan dan monitor, dan awan & aplikasi kata quadlink di dalam satu kenyataan kepada Sabahmedia hari ini.

    Katanya penyediaan peranti pintar Aquadlink di kolam-kolam pertanian di Taiwan pada ketika ini adalah kira-kira 6-700 set, sekaligus dapat membantu ramai petani menguruskan kolam akuakultur secara lebih mudah dan bijak, selain dapat menjimatkan kos dan tenaga kerja.

    Melihat kepada perkembangan ini, kami berpandangan sudah tiba masanya untuk membangunkan dan mempromosikan Aquadlink secara meluas ke luar negara.

    Sebagai rakan kongsi kepada Quadlink, Encik Randall dari Nexus mengambil peluang untuk memperkenalkan Quadlink kepada KSTI pada hari ini.

    Malah beliau juga bertemu dengan Encik P.Tech Marshal Anthony, yang turut berminat dengan teknologi Quadlink, dalam usahanya membantu para petani di Sabah untuk menggunakan peranti pintar bertujuan meningkatkan industri akuakultur tempatan.

    Kami percaya, kemahiran tradisional untuk bidang akuakultur perlu diubah dan dinaik taraf.

    Kemampuan dan teknologi dimiliki Aquadlink amat meyakinkan, dan ini juga dapat menarik minat generasi muda untuk menyertai bidang akuakultur.

    Untuk mencapai tujuan itu, Quadlink merancang untuk menyediakan peranti itu di salah satu lokasi di Sabah sebagai tapak demonstrasi, supaya para petani dapat mendalami bagaimana ia beroperasi dan pulangannya terhadap mereka.

    Kami amat berharap ini dapat menjadi permulaan bagi para petani akuakultur Sabah mengaplikasikan teknologi baharu, dengan memperolehi faedah dan manfaat yang sama seperti yang dilakukan oleh Quadlink di Taiwan katanya.

    Sumber: Sabah Media.com

  • Kerajaan Terus Usaha Bantu Usahawan Sabah Melalui TEKUN Nasional

    Kerajaan Terus Usaha Bantu Usahawan Sabah Melalui TEKUN Nasional

     


    Kota Kinabalu: Inisiatif berterusan kerajaan melalui Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional membantu  usahawan mikro di negeri ini harus mencapai mekanisme ekonomi semasa.

    Timbalan Pengerusi TEKUN Nasional: Datuk Siti Hajar Mubin berkata, dengan adanya langkah menyeluruh daripada kerajaan, usahawan bumipetera dilihat dapat sama memacu ekonomi yang diusahakan dalam usaha membangunkan tahap ekonomi masing-masing.

    Jelas beliau, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi; Tan Sri Noh Omar melalui kementeriannya sentiasa menyediakan alternatif kepada masyarakat setempat, baik bumiputera Muslim atau bumiputera bukan Muslim bagi penyediaan platform perniagaan bersesuaian dengan kriteria TEKUN Nasional.

    "Usaha berterusan kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang seterusnya menerusi TEKUN Nasional perlu disokong masyarakat yang mahu bergelar usahawan, usahawan yang sudah berniaga dan golongan sasaran di mana terdapat platform seperti ini mampu membantu mereka.

    "Dalam masa yang sama juga, kita juga dapat menyampaikan hasrat kerajaan bahawa TEKUN Nasional sentiasa bersedia mencapai sasaran kita untuk terus memacu ekonomi di Sabah secara khasnya dengan membantu usahawan-usahawan ini dalam bidang perniagaan diceburi," katanya.

    Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sesi pertemuan dengan usahawan bumiputera tempatan di T1 Bundusan, Penampang semalam.

    Sementara itu, ketika mengulas aktiviti terbabit, Siti Hajar berkata, ianya merupakan usaha berterusan TEKUN Nasional mendekati usahawan Sabah untuk lebih komprehensif dalam bidang niaga yang bakal diceburi.

    "Sesi pertemuan pada hari ini agak menarik kerana kita menemui beberapa individu daripada masyarakat Cina tempatan, bumiputera dan ahli perniagaan yang berminat dengan pakej kita tawarkan.

    "Pertemuan dua hala ini juga amat penting kepada TEKUN kerana kita dapat lebih memahami apa yang dikehendaki oleh usahawan kita," katanya.


    Sumber : DEASOKA

  • Bekas LombongTembaga Mamut, Berpotensi Menjadi Kawasan Geo-Pelancongan

    Bekas LombongTembaga Mamut, Berpotensi Menjadi Kawasan Geo-Pelancongan



    Datuk Jafry Ariffin (Foto: FB)

    RANAU
    : Taman-Taman Sabah (TTS) akan bekerjasama dengan beberapa pihak berkepentingan termasuk komuniti sekitar khususnya dalam aspek pembangunan industri pelancongan agar manfaatnya dapat dikecapi bersama.

    Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Arifin berkata, kawasan bekas lombong Tembaga Mamut dijangka akan dibangunkan bagi tujuan pembangunan eko-pelancongan mampan, disamping memulih dan mengekalkan keaslian alam semulajadinya.

    Katanya, Kabinet Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk mewartakan kawasan bekas lombong tembaga Mamut yang berkeluasan 2,112 hektar sebagai kawasan Simpanan Alam Semulajadi dibawah Enakmen Taman-Taman 1984 pada 13 Julai yang lalu.

    “Impak pelancongan di sekitarnya akan memberi kesan kepada industri ekonomi yang lain yang mana akhirnya akan memberi manfaat kepada masyarakat sekitar di daerah ini dan termasuklah kepada Negeri Sabah amnya.

    “Kawasan ini sebenarnya adalah sangat strategik dimana ianya bersempadan dengan Taman Kinabalu sebagai Tapak Warisan Dunia dan bekas Lombong Tembaga Mamut pula adalah sebahagian di dalam Tapak Geopark Kebangsaan.

    “Ini juga adalah selari dengan halatuju Kerajaan Negeri diperingkat akhir ke arah pengiktirafan Aspiring Kinabalu UNESCO Global Geopark di mana kawasan ini sangat berpotensi untuk pembangunan kawasan Geo-Pelancongan,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika berucap pada pelancaran Ekspedisi Saintifik Mamut 2022 Taman Kinabalu di Tapak Bekas Lombong Mamut Ranau di sini hari ini.

    Jafry berkata, antara lain potensi pembangunan pelancongan yang dirancang boleh dilaksanakan adalah seperti pembinaan muzium lombong tembaga.

    Katanya ianya adalah sebagai sebahagian program pendidikan dan memperingati warisan geo yang terdapat di kawasan berkenaan dan juga pembinaan denai untuk tujuan rekreasi dan program penyelidikan.

    “Kita juga sedang mengenal pasti adanya potensi laluan baharu untuk dibangunkan ke puncak Gunung Kinabalu daripada kawasan ini melalui Eastern Ridge sebagai produk pelancongan baharu,” katanya.

    Sementara itu, Jafry berkata, kawasan itu juga berpotensi untuk dibangunkan satu pusat penyelidikan dan pendidikan Taman yang baharu dan moden.

    “Antara program yang boleh dilaksanakan menjurus kepada penyelidikan jangka panjang rehabilitasi kawasan bekas lombong dan pemuliharaan secara ex-situ bagi spesies-spesies endemik.

    “Ini akan membuka peluang kepada Sabah untuk bekerjasama dengan pakar-pakar daripada institusi penyelidikan tempatan mahu pun dari luar negeri,” katanya.

    Dalam pada itu, Jafry berkata, ekspedisi itu akan diterajui oleh TTS dan beberapa agensi berkaitan akan turut dijemput menyertai ekspedisi ini yang menjurus kepada bidang kajian yang diperlukan.

    Katanya, skop kajian ini akan merangkumi bidang biologi, hidrologi, geologi, sosiologi, toksikologi, biodiversiti, geofizik, kualiti air, kualiti udara dan fitoremediasi.

    Sumber : SABAH MEDIA
  • Penerima APC Pencetus Inspirasi Warga Pendidik

    Penerima APC Pencetus Inspirasi Warga Pendidik


    KENINGAU
    : Para penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) diharapkan terus bersemangat serta mencetuskan inspirasi dan teladan kepada seluruh warga pendidik di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Keningau.

    Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik berkata, beliau percaya warga pendidik Keningau akan untuk terus bersama-sama memberikan perkhidmatan berimpak tinggi, cemerlang dan berintegriti.

    Beliau juga percaya, pengiktirafan itu dapat meningkatkan sekali gus menambah baik perkhidmatan secara berterusan dalam menjayakan agenda transformasi perkhidmatan awam dan pendidikan negara.

    "Saya mendoakan semoga warga pendidik sekalian terus beristiqamah dan beriltizam dalam menghadapi segala cabaran dan kemungkinan, kerana untuk melakukan perubahan, keazaman yang tinggi diperlukan demi menyempurnakan tanggungjawab yang sama-sama kita pikul sebagai satu pasukan.

    "Syabas saya ucapkan kepada penerima APC, kekalkan rentak kecemerlangan dan komitmen yang telah ditunjukkan selama ini dan teruskan mendokong usaha kerajaan ke arah kemakmuran serta kesejahteraan rakyat, " katanya.

    Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis APC 2021 PPD Keningau di sini pada Rabu.

    Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor turut berharap tingkah laku yang utuh dan tahap disiplin penjawat awam yang tinggi akan terus menjadi pegangan demi menjayakan inisiatif kerajaan dalam bidang pendidikan.

    Katanya, amalan budaya kerja cemerlang mampu menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti sekali gus memberi impak kepada kemajuan di masa hadapan dengan lebih produktif setanding negara-negara maju lain.

    Pada majlis itu, seramai 233 pegawai kumpulan Pengurusan dan Profesional, Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Sokongan dalam bidang pendidikan di Keningau menerima Anugerah pengiktirafan atas prestasi kerja cemerlang.



  • Perkhidmatan Bas Elektrik Dapat Sambutan Positif DI Sabah

    Perkhidmatan Bas Elektrik Dapat Sambutan Positif DI Sabah

     



    Kota Kinabalu
    : Perkhidmatan bas elektrik pertama di Sabah yang memulakan operasi percubaan secara percuma di bandar raya ini pada Jun lalu mendapat sambutan yang baik daripada pengguna pengangkutan awam.

    Perkhidmatan dikenali sebagai EbussKK itu yang setakat ini menggunakan sebuah bas, beroperasi di antara Menara Kinabalu di Likas dengan Politeknik Kota kinabalu(PKK) di Sepanggar.

    Penyelia pembinaan, Johan Abdul Shukor, 50 yang enaiki perkhidmatan itu ke tempat kerja menyifatkan inisiatif yang diambil anak syarikat kerajaan negeri, Qhazanah Sabah Berhad (QSB) itu sebagai langkah yang sangat bermanfaat.

    Beliau turut menyifatkan menaiki perkhidmatan bas elektrik itu umpama perjalanan ke masa hadapan sejajar usaha menambah baik sistem pengangkutan awam.

    "Perkhidmatan selesa kerana ruang dalam bas yang lebih luas dan berhawa dingin serta kelihatan lebih moden. Ia umpama perjalanan ke masa hadapan," katanya.

    Beliau juga tidak menyangka bas berkenaan beroperasi menggunakan bateri sepenuhnya.

    Katanya, selama ini beliay hanya mengetahui mengenai kewujudan bas elektrik melalui televisyen dan tidak pernah terfikir dapat merasai sendiri menaikinya.

    Sementara itu, pekerja pejabat, Nur Hasliana, 35 , yang menaiki perkhidmatan berkenaan dari Universiti Apartment, di sini, ke Sepanggar, berkata bas elektrik itu adalah usaha permulaan yang baik ke arah memodenkan perkhidmatan pengangkutan awam di ibu negeri.

    "Sekarang sudah 2022, jadi sudah tentu warga Kota Kinabalu mahukan pengangkutan awam yang sistematik.Usaha ini dapat membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas dan diharap boleh juga engurangkan kos sara hidup.

    "Penggunaan bas elektrik juga baik untuk alam sekitar negeri ini" katanya.

    Sementara itu, Ketua Kejuruteraan dan Tenaga QSB, Jeremy Kimsin, berkata perkhidmatan percubaan EbussKK itu bertujuan mengumpul maklum balas pelbagai pihak termasuk pihak berkuasa seperti Dewan Bandaraya Kot Kinabalu (DBKK), Lembaga Kenderaan Perdangangan (LPKP) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

    "Kita juga perlu mendapatkan maklum balas daripada pengusaha perkhidmatan pengangkutan awam sedia ada seperti bas dan bas mini," katanya.

    Selain itu, beliau berkata perkhidmatan percubaan bas elektrik di laluan antaraMenara Kinabalu dan Sepanggar itu juga bagi menguji ketahanan bateri yang digunakan untuk mengoperasikan kenderaan berkenaan selain aspek penyelenggraan yang perlu  dilaksanakan.

    Perkhidmatan percubaan bas elektrik berkenaan dirasmikan Menteri Pmbangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya pada Jun lalu.


    Sumber: --DEASOKA

  • Pembinaan Jambatan Liau Dijangka Siap Februari 2024

    Pembinaan Jambatan Liau Dijangka Siap Februari 2024


    LAWATAN:Arthur meninjau keadaan jambatan yang runtuh, awal tahun ini.


    KOTA KINABALU
    : Kerajaan Persekutuan telah meluluskan pembinaan jambatan kekal bagi mengatasi isu jalan Kota Kinabalu-Keningau-Tenom KM 117.100 yang terputus akibat kegagalan struktur pembentung yang berpunca dari hujan lebat berterusan.

    Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Arthur Jospeh Kurup berkata, ia hasil lawatan kerja beliau bersama pengurusan Jabatan Kerja Raya Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Sabah pada awal tahun ini.

    Jelas beliau, kementeriannya mengambil serius aspek keselamatan dan keselesaan dalam rekabentuk jambatan kekal terutamanya bagi memastikan risiko berlakunya kegagalan struktur dapat diatasi dengan menyeluruh.

    "Sehubungan itu, kerja-kerja awalan bagi jambatan kekal sepanjang 30 meter telah dimulakan dan pembinaan jambatan kekal tersebut dijangka akan siap sepenuhnya pada Februari 2024.

    "Berdasarkan kepada perancangan kerja pihak kontraktor, jentera akan mula masuk ke tapak pembinaan pada awal bulan September 2022.

    "Kerja-kerja fizikal di tapak dijangka akan lebih rancak dalam usaha untuk memastikan projek pembinaan jambatan tersebut akan siap dalam tempoh yang telah ditetapkan, " katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Dalam perkembangan sama, Arthur yang juga Ahli Parlimen Pensiangan memberitahu, beliau bersama-sama agensi pelaksana, JKR Sabah akan sentiasa memberikan komitmen terhadap projek itu dengan memantau kemajuan kerja dari semasa ke semasa.

    "Adalah menjadi harapan saya agar projek tersebut dapat disiapkan mengikut spesifikasi dan jangka masa yang telah ditetapkan agar isu dan permasalahan yang timbul sebelum ini dapat diatasi sepenuhnya.

    "Pembinaan Jambatan Sungai Liau mencerminkan keprihatinan Kerajaan Persekutuan dalam memastikan 'Keluarga Malaysia' di Sabah dapat menikmati ketersambungan perhubungan darat yang selesa dan selamat.

    "Sepanjang tempoh pembinaan, Jambatan Bailey sedia ada akan dikekalkan sebagai jalan alternatif bagi memastikan perhubungan darat antara daerah Keningau dan Tenom tidak terputus.

    "Saya turut berharap dan memohon kerjasama pengguna jalanraya agar sentiasa berhati-hati serta mematuhi arahan di tapak pembinaan.

    "Kesabaran para pengguna jalan raya di sepanjang tempoh pembinaan dalam kita menyediakan kemudahan infrastruktur yang baru amat dihargai, " katanya.


    Sumber :Utusan Borneo


  • Kunjungan Hormat Perkukuh Hubungan Dua Hala Parlimen Ranau, KKTP

    Kunjungan Hormat Perkukuh Hubungan Dua Hala Parlimen Ranau, KKTP

    KENANGAN: Masidi menyampaikan cendera kenangan kepada Jonathan semasa kunjungan hormat di sini.

    KOTA KINABALU: Kunjungan hormat 24 kakitangan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau memperkukuh hubungan dua hala antara Parlimen Ranau dan pihak Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP).

    Kunjungan yang diketuai Timbalan Menteri Dalam Negeri II yang juga Ahli Parlimen Ranau Datuk Jonathan Yasin disambut baik Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan yang juga Menteri Kewangan II Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun dengan dihadiri Setiausaha KKTP, Datuk Dr.Jamili Nais di bangunan Wisma Innoprise Kota Kinabalu di sini.

    Masidi yang merakamkan ucapan terima kasih dengan kunjungan kali pertama tersebut berkata ini adalah sebagai titian mesra serta menguatkan lagi ikatan silaturrahim sedia terjalin antara kedua belah pihak.

    Sementara itu Jonathan turut merakamkan penghargaan dengan sambutan daripada pihak KKTP dan menyatakan kunjungan ini sudah lama dirancang bagaimanapun tertangguh berikutan pandemik COVID-19 yang melanda dua tahun lepas.

    “Kunjungan ini bertujuan memperkukuhkan lagi hubungan dua hala antara Parlimen Ranau dengan KKTP bagi melaksanakan aspirasi kerajaan,” katanya.

    Sumber: Utusan Borneo





  • CoreHalal Tandatangan MoU di Melbourne Perluas Pasaran

    CoreHalal Tandatangan MoU di Melbourne Perluas Pasaran



    Yakub (tengah) Setiausaha tetap KSTI, Zainudin Aman (Kiri) bersama Mazrie (kanan) pada sidang media berkaitan CoreHalal di Kota Kinabalu

    Kota Kinabalu
    : Sabah berharap untuk membangunkan industri halal hingga ke peringkat global menggunakan platform digital CoreHalal.

    Platform berkenaan dibangunkan syarikat pembangunan aplikasi bertapak di Kota Kinabalu. Synxsoft Sdn Bhd yang menumpukan bidang pengurusan risiko dan latihan berdasarkan garis panduan dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

    Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Yakub Khan, berkata CoreHalal mempunyai potensi yang besar memandangkan ia adalah satu-satunya platform digital yang menawarkan perkhidmatan seumpama itu.

    "Pengunaan platform digital seperti ini dalam perniagaan bukan saja memperbaiki pembangunan industri halal di Sabah, malah turut memastikan rakyat Sabah tidak ketinggalan merebut peluang menerusi pembangunan teknologi.

    "Dengan platform digital CoreHalal, ia akan menyediakan panduan kepada usahawan dalam proses mendapatkan pengiktirafan halal dan membantu memperbaiki keberkesanan perniagaan halal mereka secara digital.

    "Ini kerana platform ini bukan sahaja memfokuskan kepada sektor makanan dan minuman tetapi juga termasuk semua sektor yang disenaraikan di bawah industri halal seperti farmaseutikal, barangan pengguna dan kosmetik," katanya dalam satu kenyataan, disini.

    Yakub menambah, kerajaan negeri akan terus menyokong CoreHalal untuk berkerjasama dengan rakan strategik bukan saja di Malaysia tetapi juga di luar negara seperti Australia, Jepun, Korea Selatan, Brunei dan Emeriah Arab Bersatu / Dubai.

    Katanya, pembangunan pesat industri halal Malaysia berjaya menembusi pasaran global khususnya dalam sektor makanan halal dan menjadikan Malaysia sebagia destinasi pilihan berkaitan barangan dan perkhidmatan halal.

    "Pembangunan ini menunjukkan bahawa industri halal Malaysia menerima maklum balas yang positif dalam negara dan juga di peringkat global.

    "Ia menawarkan pelbagai peluang kepada pengeluar produk dan perkhidmatan memandangkan permintaan unuk kedua-duanya meningkat sejajar dengan peningkatan populasi dunia dan penerimaan pengguna bukan Islam terhadap industri ini.

    Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Synxsoft, Mazrie Mahat, berkata pihaknya berterima kasih kepada agensi kerajaan yang membantu mereka dalam membangunkan plaform berkenaan.

    "Kami juga berterima kasih atas sokongan penuh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) daripada mula pembangunan platform ini.

    "Kami mahu terus bergerak ke hadapan dengan meluaskan lagi pasaran CoreHalal ke Australia pada September depan dan Jepun pada Oktober.

    "Adalah diharapkan dengan inisiatif seperti ini, ia boleh memberi inspirasi kepada pemula teknologi tempatan di Sabah untuk bergerak ke hadapan dan meluaskan pasaran mereka ke peringkat global,"katannya.

    Pada 1 September depan, Synxsoft akan menandatangani memorandum persefahman (MoU) dengan Halal Develompment Corporation (HDC) sempena World Halal Business Curcuit di Melbourne, Australia.

    Antara fungsi HDC ialah menerajui standard halal termasuk proses audit dan verifikasi sijil halal bagi melindungi intergriti halal, mempengaruhi pembangunan industri halal untuk membolehkan syarikat yang memasarkan produk halal menyertai pasaran global, membangun dan mempromosi jenama halal Malaysia, mempromosi produk dan perkhidmatan halal di Malaysia.

    Dalam pada itu, Pengurus Besar Pusat Ekonomi dan Inovasi Kreatif Sabah (SCENIC), Viviantie Sarjuni, berkata MoU yang akan ditandatangani di Australia itu dapat mempromosi produk halal digital Malaysia ke seluruh dunia.

    "Kita menjangkakan jumlah minimum RM500,000 hasil tahunan daripada MoU itu.

    "Bagi menjayakannya, SCENIC membantu CoreHalal dari segi penyediaan subsidi ke Australia dan membantu mereka dalam mempromosikan CoreHalal dan penyelesaian mereka secara global," katanya.

    Sumber: --DEASOKA


  • 51 Geran Tanah NT, 7 Rizab Perkampungan Diluluskan Kerajaan Negeri Sabah

    51 Geran Tanah NT, 7 Rizab Perkampungan Diluluskan Kerajaan Negeri Sabah

    Kredit Foto: FB Ketua Menteri Sabah

    KOTA MARUDU
    : Kerajaan negeri meluluskan sebanyak 51 geran tanah adat membabitkan tanah berkeluasan 98 hektar untuk penduduk di kawasan Bandau di sini.

    Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, usaha itu membuktikan kerajaan negeri Gabungan Rakyat Sabah-Barisan Nasional (GRS-BN) sentiasa peka terhadap keperluan rakyat.

    Katanya, kelulusan berkenaan diberikan kepada penduduk Bandau dan langkah yang sama akan dilakukan untuk kawasan lain di Kota Marudu tidak lama lagi.

    Menurutnya, kerajaan turut bersetuju supaya tujuh penempatan di dalam kawasan tanah Sawit Kinabalu di sini supaya diberi hak milik dan diwartakan sebagai rizab kampung.

    "Kampung-kampung berkenaan termasuk Kampung Bukit Lalang, Bengkongan, Langkon Baru, Minansad, Sungoi Laut, Tonsom, Muhibbah, dan Toporoi.

    "Dua kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandau turut diwartakan sebagai rizab kampung iaitu Kampung Torintidon (11.490 hektar) dan Kampung Asin-Asin (10.190 hektar)," katanya sempena Program Pemimpin Bersama Rakyat di sini hari ini.

    Hajiji yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan negeri turut meluluskan peruntukan sebanyak RM5 juta untuk memperluaskan jalan raya berkembar di pekan Kota Marudu bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.

    Selain itu katanya, turut diluluskan peruntukan berjumlah RM1.6 juta untuk membina jambatan paip sepanjang 100 meter di Kampung Simpangan Sungai Bandau bagi menangani masalah bekalan air di daerah ini.

    Beliau sempat melawat Loji Rawatan Air Bandau di Kampung Simpangan dekat sini dan diberi taklimat oleh jurutera daerah mengenai rancangan jangka pendek dan panjang untuk menyelesaikan masalah bekalan air.

    “Semoga prasarana itu dapat membantu menangani masalah bekalan air di daerah ini.

    "Saya sudah bercakap dengan Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili (Ahli Parlimen Kota Marudu) semalam dan saya memberi jaminan kepadanya bahawa semua permintaan pembangunan akan dipertimbangkan," katanya.

    Hadir sama, Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Dr. Mohd Ariffin Mohd Arif; Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri merangkap ADUN Bandau Datuk Wetrom Bahanda; ADUN Tandek Hendrus Anding; Pegawai Daerah Kota Marudu Alexander Yong; Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Datuk Bernard Liew; serta Pengarah Urusan Sawit Kinabalu Datuk Bacho Jansie.

    Sumber: Utusan Borneo



  • UMS anjur Kursus Pembenihan Ketam Bakau Siri 1

    UMS anjur Kursus Pembenihan Ketam Bakau Siri 1


    Kredit Foto: Institut Penyelidikan Marin Borneo


    KOTA KINABALU
    : Sektor Hatceri Krustasia, Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB) Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan mengadakan Kursus Pembenihan Ketam Bakau Siri 1/2022 pada 6 sehingga 7 September 2022.

    Menurut kenyataan IPMB, kursus tersebut akan dilaksanakan secara hibrid bermula jam 8 pagi sehingga 4 petang.

    “Pada hari pertama, ia akan dilangsungkan secara dalam talian melalui aplikasi Webex.

    “Pada hari kedua, peserta diminta hadir ke Hatceri Krustasia IPMB dan mengikut kursus secara fizikal dengan melibatkan aktiviti secara praktikal,” demikian menurut kenyataan berkenaan, kelmarin.

    Sehubungan itu, sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan pendaftaran penyertaan boleh menghubungi Alwie (014 355 5628) atau Thien (013 850 732).

    Pendaftaran juga boleh diisi melalui pautan https://forms.gle/WgygRrEt7N54uKfX9. Kesemua peserta akan menerima sijil penyertaan dari IPMB UMS.


    Sumber: Utusan Borneo

  • Lahad Datu International Enduro Palm Adventure Siri 2 satukan peminat Motorcross Sabah & Indonesia

    Lahad Datu International Enduro Palm Adventure Siri 2 satukan peminat Motorcross Sabah & Indonesia


    LAHAD DATU: Program Lahad Datu International Enduro Palm Adventure Siri 2 berjaya menyatukan para peminat Motorcross di seluruh Sabah dan turut disertai negara jiran Indonesia yang berlangsung pada 20 Ogos 2022, pada sabtu.

    Walaupun baru ditubuhkan pada tahun 2018, Kelab Motocross Bersatu Lahad Datu berjaya menganjurkan program bertaraf antarabangsa seperti ini pada siri 1 2019 yang lalu dan beberapa siri perlumbaan “ Fun Race Motocross” di daerah Lahad Datu.

    Pembantu Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah, YB Andi Muhammad Suryady bin Bandy yang hadir merasmikan program berkenaan, mengatakan pihak Kementerian Belia dan Sukan Sabah sentiasa memberikan sokongan terhadap aktiviti-aktiviti sukan yang boleh menyumbang kepada pembangunan sukan khususnya di Negeri Sabah.


    "Saya percaya program permotoran yang bebentuk riadah ini secara langsung dapat memupuk peserta mengamalkan gaya hidup sihat serta semangat berpasukan tanpa mengira umur, agama, bangsa & negara" katanya.

    Selain negara jiran, program ini disertai peminat permotoran dari beberapa daerah seperti Tawau, Kota Kinabalu, Tenom, Labuan, Papar, Labuan, Kota Marudu, Kundasang, Kinabatangan & Felda Sahabat.
     
    - SABAH INFO




  • Kontrak Tommy Mawat Bersama Sabah FC Tamat

    Kontrak Tommy Mawat Bersama Sabah FC Tamat

     


    Kota Kinabalu: Sabah FC, hari ini, mengumumkan penamatan kontrak pemain dari Sarawak Tommy Mawat Bada, berkuatkuasa  serta merta.

    Pengumuman itu dibuat dalam laman Facebook kelab berkenaan sebentar tadi.

    "Sabah FC mengesahkan penamatan kontrak (secara persefahaman bersama) pemain pertahanan Tommy Mawat Bada dengan serta merta.

    "Selamat maju jaya diucapkan kepada Tommy," kata kenyataam it.

    Tommy, 27, antara sejumlah pemain yang diikat Sabah FC selepas Datuk Ong Kim Swee mengambil a;ih tugas sebagai pengendali musim ini.

    Bagaimanapun, tiada sebab mengapa Tommy ditamatkan kontral dalam kenyataan dikeluarkan Sabah FC itu.

    Sumber: DEASOKA

  • RM51 Juta Peruntukan PUNB Bantu Usahawan Di Sabah

    RM51 Juta Peruntukan PUNB Bantu Usahawan Di Sabah


    TAWAU
    : Sebanyak RM51 juta pembiayaan sudah diluluskan oleh Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) kepada 257 syarikat usahawan Bumiputera Sabah sejak PUNB ditubuhkan sehingga Julai 2022.

    Pengerusi PUNB, Datuk Ahmad Nazlan Idris berkata bagi negeri Sabah, pada tahun ini sehingga Julai sebanyak RM4.4 juta pembiayaan sudah diluluskan kepada 18 syarikat.

    “Bagi daerah Tawau sebanyak 50 usahawan bumiputera sudah membuat permohonan pinjaman tersebut iaitu melibatkan jumlah pinjaman RM32 juta.

    “Daripada jumlah itu, PUNB telah meluluskan pinjaman sebanyak RM1.2 juta untuk usahawan di Tawau yang memohon tahun ini,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) PUNB, di Pulau Sebatik, di sini hari ini.

    Turut hadir, Ahli Parlimen Kalabakan, Ma’mun Sulaiman dan Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Andi Muhammad Suryady Bandy.

    Katanya, PUNB telah menerima peruntukan sebanyak RM200 juta daripada kerajaan bagi membantu usahawan-usahawan bumiputera di negara ini.

    “Kami dapati kebanyakkan dana itu tertumpu di Kuala Lumpur dan Selangor, manakala negeri lain hanya sekitar 40 peratus sahaja.

    “Justeru, kami mengadakan program turun padang di setiap negeri, dalam usaha meningkatkan jumlah pinjaman supaya lebih ramai usahawan bumiputera dapat dibantu,” katanya.

    Beliau berkata, pihaknya berharap wakil rakyat di daerah ini dapat membantu untuk memperkenalkan PUNB kepada usahawan yang ada di sini terutamanya belia.

    “Kita berharap, usahawan muda di Tawau dan Kalabakan dapat ditingkatkan secera menyeluruh di negeri Sabah,” katanya.

    Mengulas mengenai CSR ini, katanya, program tersebut adalah yang pertama dilakukan di negeri Sabah dan PUNB memilih telah Pulau Sebatik.

    “Seramai 50 keluarga yang kurang berkemampuan di pulau ini menerima bakul makanan dan lampu solar dalam program kali ini.

    “Fasa pertama ini, PUNB akan mengadakan program CSR di setiap negeri supaya lebih ramai rakyat yang memerlukan dapat dibantu di seluruh negara,” katanya.


    Sumber: Utusan Borneo

  • Kerajaan Negeri Tingkatkan Keselamatan Makanan, Siap Sedia Hadapi Krisis Makanan

    Kerajaan Negeri Tingkatkan Keselamatan Makanan, Siap Sedia Hadapi Krisis Makanan




    TAWAU: Kerajaan negeri melalui Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah komited untuk meningkatkan Keselamatan Makanan (Food Security) negara bagi menghadapi kemungkinan berlakunya krisis makanan.

    Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah, Datuk Jeffery G. Kitingan berkata pihaknya melalui Jabatan Pertanian Sabah mengambil peranan itu bagi memastikan Keselamatan Makanan dapat ditingkatkan.

    Katanya, Jabatan Pertanian telah mengambil langkah-langkah pro-aktif bagi memastikan pengeluaran makanan di seluruh negeri ini mencukupi bagi keperluan penduduk di Sabah.

    “Jabatan Pertanian Sabah dalam usaha untuk memperkasa rantaian makanan melalui penggunaan tanah sawit 1-10 peratus untuk pengeluaran makanan (tanaman makanan, haiwan, ikan dan pemprosesan).

    “Justeru, kerjasama Jabatan dan kerajaan negeri perlu dipertingkatkan dalam usaha menambah keluasan tanah bagi kegunaan pertanian, serta mengurangkan kebergantungan kepada import makanan,” katanya

    Beliau berkata demikian dalam majlis sambutan Ulang Tahun Ke-65 Stesen Penyelidikan Pertania, Quoin Hill, serta pelancaran Teknologi Avocado Varieti QAV3 dan Tarap Varieti QTRP1 di sini hari ini.

    Menurutnya, dalam usaha membantu meningkatkan pengeluaran makanan negara yang mapan dan berkualiti, Jabatan Pertanian Sabah telah menubuhkan sebanyak lima kawasan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM).

    “Selain itu, kita juga menubuhkan tujuh kawasan Mini TKPM dan dua inkubator usahawan berkeluasan 177.5 hektar dengan jumlah pengeluaran hasil sebanyak 854.85 tan.

    “Sasaran Jabatan tahun ini, adalah membangunkan sembilan kawasan TKPM, enam Mini TKPM baharu seluas 1438.65 hektar serta projek Pertanian Bandar yang melibatkan 24 daerah dan 900 peserta,”katanya.

    Jeffery berkata, krisis makanan yang melanda dunia pada beberapa tahun lalu telah membuka mata ramai pihak bahawa betapa pentingnya sektor industri pengeluaran tanaman makanan diberi perhatian.

    “Cabaran seumpama ini seharusnya ditangani segera dan usaha-usaha yang lebih komprehensif perlu digerakkan dengan lebih efisien supaya krisis kekurangan makanan dapat dibendung dan tidak berulang.

    “Salah satu usaha yang dapat dilaksanakan ke arah tersebut adalah dengan memajukan dan meningkatkan kapasiti bidang penyelidikan pertanian negeri,” katanya.

    Katanya, sememangnya peranan dan tanggungjawab Bahagian Penyelidikan dan Inovasi amat besar, malah mampu mengubah senario industri pertanian Negeri.

    “Teknologi terkini hasil penyelidikan bagi pengeluaran beras, tanaman sayuran dan buah-buahan mengambil peranan penting dalam membantu meningkatkan tahap sara diri dan membangunkan petani tempatan.

    “Kejayaan memperkenalkan varieti dan teknologi baharu melalui kajian dan penyelidikan mampu memberi impak besar ke arah membantu petani meningkatkan taraf sosio ekonomi mereka,” katanya.

    Jeffery berharap Jabatan Pertanian Sabah melalui Bahagian Penyelidikan dan Inovasi akan terus berusaha memainkan peranan sebagai teras utama pembangunan industri pertanian di negeri kita.

    “Syabas dan tahniah kepada pasukan penyelidik Stesen Penyelidikan Pertanian, Quoin Hill, Tawau atas usaha dan kejayaan yang telah diperolehi,” katanya.

    Turut hadir, Pembantu Menteri I, Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah, Datuk James Ratib; Pembantu Menteri II, Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah, Hendrus Anding dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balung, Hamild Awang.

    Sumber : Utusan Borneo







  • Program JPKM buka peluang belia Tawau lanjut pelajaran ke peringkat lebih tinggi

    Program JPKM buka peluang belia Tawau lanjut pelajaran ke peringkat lebih tinggi



    TAWAU : Seramai 160,734 pelajar telah berjaya mendapat tempat di Institusi Pendidikan dan Kemahiran Tinggi termasuk Universiti Awam di bawah Program Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia (JPKM) sejak tahun 2016 sehingga 2018.

    Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Andi Muhammad Suryady Bandy berkata, inisiatif seperti ini amat bermanfaat apabila ramai anak-anak belia Keluarga Malaysia yang tercicir mengambil peluang hadir bagi mendapatkan maklumat secara terus daripada institusi pendidikan yang menawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

    "Saya berharap agar Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia pada kali ini akan membuka lebih banyak peluang dan ruang untuk pelajar terutama dari luar bandar dan pedalaman dari seluruh pelusuk tanahair khusunya di daerah Tawau ini untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi,"katanya.


    "Saya juga bersyukur apabila kerajaan sentiasa mengamalkan prinsip “tiada golongan yang dipinggirkan”, bagai berdiri sama tinggi, duduk sama rendah, bersukat sama paras, bertimbang sama berat”. Kerajaan telah memberikan fokus yang jitu terhadap pemerkasaan pendidikan kepada masyarakat tidak kira anak-anak pelajar di kawasan bandar mahupun luar bandar," Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Program Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia 2022, peringkat Parlimen Tawau, di sini, semalam.

    Suryady yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu berkata, pada tahun ini program Jelajah Pendidikan keluarga Malaysia (JPKM) mendapat sambutan memberangsangkan selepas dimulakan kembalik apabila tergendala akibat negara berdepan dengan pandemik Covid-19.

    Setakat ini, JPKM 2022 yang dianjurkan oleh Yayasan Prihatin Nasional telah membantu lebih 25,000 golongan sasar terutama pelajar yang kurang berkemampuan dan penduduk luar bandar dalam melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. - Sabah Info
  • UMS Rapatkan Hubungan Industri -Akademia, Bantu Pelajar Tingkatkan Keterbukaan

    UMS Rapatkan Hubungan Industri -Akademia, Bantu Pelajar Tingkatkan Keterbukaan

    Jakaria (berdiri kanan) mengetuai rombongan kunjungan hormat kepada AbdulKadir (duduk).Sharon (dua kiri), Razali (dua kanan) dan Elizabeth (tepi kiri)

    KOTA KINABALU
    : Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerusi Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) akan menganjurkan Seminar Antarabangsa Perniagaan dan Pengurusan kali ke-2 pada 13 Disember 2022.

    Bertemakan 'Penciptaan Nilai untuk Kreativiti dan Inovasi', seminar tersebut akan dianjurkan dengan kerjasama Universitas Sarjanawiyata Tamansiswa dan Universiti Muhammadiyah Surakarta, Indonesia.

    Ia turut menampilkan tiga pemberi ucaptama termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Oil & Gas Development Corporation Sdn Bhd (SOGDC) Haji Abdul Kadir Haji Abdullah Haji Damsal.

    Sehubungan itu, satu kunjungan rasmi diadakan FPEP kepada Abdul Kadir di pejabatnya, di sini, baru-baru ini.

    Wakil Dekan FPEP, Dr. Jakaria Dasan memaklumkan, Abdul Kadir merupakan seorang yang berpengalaman luas dalam industri dan keusahawanan.

    “Perkongsian beliau mampu memberi nilai tambah dan impak yang besar kepada para audiens yang terdiri daripada kalangan ahli akademik, pelajar pascasiswazah, pelajar universiti serta pihak industri dan orang awam.

    “Untuk makluman, Abdul Kadir memulakan kerjaya sebagai peguam dan kemudiannya menceburi bidang keusahawanan, industri seterusnya menjawat beberapa jawatan penting dalam kerajaan serta agensinya.

    “Beliau juga telah dilantik sebagai CEO@Faculty Programme bagi UMS oleh Menteri Pengajian Tinggi Malaysia berkuatkuasa pada 1 Febuari 2022 lalu,” jelas Jakaria yang juga merupakan Pengarah Pusat Kelestarian Libatsama Masyarakat UMS.

    Hadir sama, Pensyarah Kanan FPEP merangkap Pengerusi Seminar Dr. Sharon Toh Pei Sung, Pensyarah FPEP Datu Razali Datu Eranza, dan Pembantu Tadbir Elizabeth Martin.

    Sementara itu, Abdul Kadir ketika dalam kunjungan tersebut memberitahu, usaha UMS merapatkan hubungan industri dan akademia amat bertepatan serta wajar untuk diteladani semua pihak.

    “Ia pada masa yang sama mampu membantu meningkatkan lagi keterbukaan para pelajar universiti meneroka lebih banyak peluang dan prospek kerjaya pada masa hadapan.

    “Saya berterima kasih atas undangan pihak UMS dan semoga seminar ini akan berlangsung dengan jayanya,” ujar beliau.

    Dua lagi panel jemputan ialah Datuk Norman Abdul Halim dari Yayasan KRU, dan Dr. Syamsul Hadi,SE.,MM. dari Universitas Sarjanawiyata Tamansiswa, Indonesia.

    Seminar Antarabangsa itu nanti turut diisi dengan pertandingan inovasi yang akan dikendalikan Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar (PKPP) UMS.

    Sumber :Utusan Borneo


  • Pilihan Raya Umum Ke-15 Dijangka Tahun Depan

    Pilihan Raya Umum Ke-15 Dijangka Tahun Depan



    KOTA KINABALU : Rakyat Sabah menjangkakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan tahun depan, sama ada pada suku pertama dari Januari hingga Mac atau pada suku kedua dari April hingga Jun.

    Jangkaan itu berdasarkan kajian melalui pengundi secara dalam talian yang dibuat Institut Kajian Pembanguanan Sabah (IDS) pada 25 Julai hingga 5 Ogos lalu.

    Dalam satu kenyataan, di sini, IDS berkata kajian itu disertai 456 responden yang terdiri daripada 76.9 peratus lelaki dan 23.03 peratus wanita dengan kumpulan umur 18-35 tahun (20.39 peratus), 36-50 tahun ( 37.94 peratus), 52-65 tahun (35.53 peratus) dan golongan berumur 66 tahun ke atas (6.14 peratus).

    Daripada jumlah responden itu juga, 48 peratus ialah pekerja sektor awam dan swasta, diikuti golongan peniaga dan bekerja sendiri (29.82 peratus), golongan tidak bekerja (20.39 peratus) dan pelajar (1.54 peratus).

    Analisis geografi pula menunjukkan 32.46 peratus adalah responden bandar, diikuti golongan dari pinggir bandar (25.44 peratus) dan responden dari luar bandar (42.11 peratus).

    Hasil pengundian yang dilakukan IDS menunjukkan 17.11 peratus responden meramalkan PRU-15 diadakan pada suku pertama 2023 (Januari-Mac), 44.74 peratus meramalkan pada suku kedua (April hingga Jun) dan 38.16 peratus responden pula meramalkan PRU-15 pada suku keempat tahun ini.

    "Secara keseluruhan 61.84 peratus responden meramalkan PRU-15 diadakan pada 2023 berbanding pada akhir tahun 2022.

    "IDS merancang untuk melakukan kajian analisis lanjut berkaitan perkara ini dengan menggunakan kaedah yang lebih terperinci," kata kenyataan itu.

    Menerusi kenyataan itu juga, IDS menjelaskan pengundian secara dalam talian yang dibuat institut berkenaan adalah satu mekanisme untuk mendapatkan pandangan dan maklum balas awam berkaitan isu utama di Sabah.

    Katanya, ia akan dijadikan penanda aras awal sebelum kajian dan analisis yang lebih mendalam dilaksanakan.

    Pengundian secara dalam talian IDS itu boleh di dapati melalui laman sesawang IDS di www.ids.org.my.

    Sumber : DEASOKA

  • 30 Petani Di Keningau Terima Sumbangan Alat Penyembur

    30 Petani Di Keningau Terima Sumbangan Alat Penyembur

    SERAHKAN: Robert (dua kanan) menyerahkan tong penyembur  kepada seorang penerima dari Kg Tangkongon,  Yojod Egai. (Kredit Foto : Utusan Borneo)

    KENINGAU: Seramai 30 orang petani di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bingkor menerima alat penyembur (knapsack sprayer) yang disumbangkan oleh Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik dalam satu majlis yang diadakan di Balai Raya Kampung Bunsit, Bingkor kelmarin.

    Para penerima terdiri daripada 13 orang peserta Projek Pakej Peningkatan Hasil Padi dan 17 orang Pengusaha Padi Terpilih yang disenaraikan oleh Jabatan Pertanian Daerah Keningau.

    Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor dalam ucapannya, mohon agar pihak jabatan pertanian daerah mengadakan program pertanian khas untuk golongan belia dan beliawanis bagi menanam dan menarik minat golongan itu berkecimpung dalam bidang pertanian moden.

    Beliau juga berharap agar para pengusaha padi di kawasan terpilih untuk pelaksanaan projek pakej peningkatan hasil padi pada tahun ini sekaligus memanfaatkan peluang daripada pihak jabatan pertanian menyediakan kuota projek seluas 20 hektar bagi kawasan DUN Bingkor.

    Para penerima sumbangan yang ditemui, rata-rata merakamkan penghargaan terima kasih kepada Robert atas pemberian alat penyembur tersebut yang sudah tentu dapat membantu mempermudahkan kerja-kerja disawah padi.

    Hadir sama Ketua Daerah, OKK Daniel Palangi; Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Bingkor Junior Fred; Staf pejabat UPPM dan Pejabat ADUN Bingkor serta kakitangan Pejabat Pertanian daerah Keningau termasuk beberapa pemimpin masyarakat setempat.\

    Sumber : Utusan Borneo



  • Kecuaian Penjaga Lintasan Rata Punca Kemalangan Kereta Api

    Kecuaian Penjaga Lintasan Rata Punca Kemalangan Kereta Api

     

    Kredit Foto : FB Kelab Info Malaysia

    KOTA KINABALU: Insiden kemalangan kereta api di lintasan rata persimpangan bertingkat Jalan Lintas - kepayan, dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini, semalam dikenal pasti berpunca daripada kecuaian penjaga lintasan rata.

    Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar  Radin, berkata berdasarkan laporan Jabatan Negeri Sabah  (JKNS), tiada penjaga bertugas di pondok lintasan rata di persimpangan terbabit ketika kejadian pada jam 2.40 petang tadi.

    Bliau berkata, ketiadaan penjaga yang sepatutnya bertugas di pondok lintasan rata terbabit menyebabkan siren amaran dan palang landasan kereta api tidak dapat diaktifkan ketika kereta api terbabit tiba di lintasan rata berkenaan.

    "Apabila kereta api sampai di lintasan rata Jalan Lintas - Kepayan (Flyover KKIA, penjaga lintasan tidak berada di pondok beliau dan mengakibatkan semua palang keselamatan serta siren gagal diaktifkan.

    "Akibatnya kereta api bertembung dengan sebuah lori dn kereta pacuan empat roda milik Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah (JPVS). Kedua-dua kenderaan ini bergerak dari Jalan Lintas - Kepayan menuju ke  KKIA.

    "Lori terbabit mengalami kerosakan minimum tetapi kenderaan pacuan empat roda JPVS mengalami kerosakan yang agak teruk di bahagian badan, manakala kereta api mengalami kerosakan sedikit di bahagian penutup enjin.

    "Palang keselamatan lintasan rata juga mengalami kerosakan akibat daripada pelanggaran itu," katanya ketika mengulas punca kemalangan berkenaan, di sini, semalam.

    Bung Moktar yang juga Menteri Kerja Raya negeri, berkata ketika kejadian, kereta api yang dalam perjalanan dari Beufort ke Kota Kinabalu itu membawa lebih 70 penumpang, namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

    Katanya, pemandu lori dan kereta pacuan empat roda yang dirempuh kereta api juga dilaporkan tidak mengalami kecederaan.

    Mengulas lanjut, Bung Moktar berkata, ketika kejadian kereta api terbabit terlewat sejam daripada jadual asal perjalanan disebabkan kerosakan lokomatif kereta api yang bertolakn dari Kota Kinabalu ke Beufort pada jam 7.45 pagi tadi.

    Kerosakan itu katanya, menyebabkan kereta api yang sepatutnya bertolak dari Beufort ke Kota Kinabalu pada jam 11 pagi tadi hanya dapat bertolak pada jam 12 tengahari dan tiba di lokasi kemalangan pada jam 2.40 petang.

    "Perkhidmatan PU502 itu yang terlewat daripada jadual asal mendapat kebenaran  untuk berlepas untuk meneruskan perjalanan ke sektor Kinarut ke Kota Kinabalu apabila sampai di Stesen  Kinarut.

    "Kebenaran iu diberikan kepada pemandu kereta api oleh Ketua Stesen Kinarut setelah endapat kepastian bahawa semua penjaga linta san berada di pondok lintasan rata masing-masing, namun apabila sampai di lintasan rata Jalan Lintas - Kepayan, penjaga tida di pondoknya," katanya.

    Berikutan itu, Bung Moktar berkata, siasatan awal mendapati kecuaian manusia di pihak pengawal lintasan rata mengakibatkan kemalangan kereta api terbabit, namun siasatan rapi unuk memastikan punca kecuaian itu akan di buat segera.

    Sementara itu, Katanya JKNS akan memastikan setiap maklumat seperti kebenaran untuk berlepas disampaikan dengan tepat dan jelas kepada penjaga lintasan rata serta memastiakn setiap pengawal lintasan rata berada di pondok lintasan rata ketika menjalankantugas.

    "Selain itu, pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di bahagian hadapan keapala kereta api akan dilakukan serta merta untuk memastikan rakamankemalangan dapat diambil untuk merakam kehadiran setiap kakitangan yang bertugas ketika operasi perkhidmatan.

    "Proses penubuhan Bahagian Pemantauan dan Koordinasi JKNS juga akan dipercepatkan untuk memastikan setiap prosedur operasi standard (SOP) dapat dikawal selia dengan lebih baik pada masa akan datang," katanya.


    Sumber : DEASOKA

  • Kemalangan Keretapi Di Kota Kinabalu

    Kemalangan Keretapi Di Kota Kinabalu

     

    Kredit Foto: Nur Syadirah

    KOTA KINABALU
    : Sebuah kereta api milik jabatan Kereta Api Negeri Sabah (JKNS) terlanggar dua kenderaan dalam kejadian di jalan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini, hari ini.

    Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 3 petang tadi.

    Katanya, kemalangan membabitkan sebuah lori enam tan, pacuan empat roda jenis Toyota Hilux Vigo serta keretapi penumpang yang bergerak dari arah Papar ke Kota Kinabalu.

    "Kedua-dua kenderaan ergerak dari arah Luyang menuju ke KKIA.

    "Kemalangan ini tidaj membabitkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

    Mohd Zaidi berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan bagi mengenalpasti punca bagaimana kemalangan itu boleh berlaku.

    "Kita sedang menyiasat bagaimana kemalangan ini berlaku dan siapa punca kecuaian sehingga menyebabkan kemalangan.

    "Kes disiasat mengikut Seksyen 337 Kanun Keseksaan," katanya.

    Sumber : --DEASOKA

  • Pusat penyembelihan Ayam Kotor, Diarah Tutup Selama 14 Hari

    Pusat penyembelihan Ayam Kotor, Diarah Tutup Selama 14 Hari

    Kredit Foto: TVS

    SANDAKAN
    : Sebuah pusat penyembelihan ayam, di daerah ini diarah tutup selepas Jabatan Kesihatan Sandakan menemukan najis tikus di kawasan tersebut menerusi satu operasi, di sini semalam.

    Pegawai Kesihatan Sandakan, Dr Johari Awang Besar berkata, seramai 15 petugas terlibat dan sebanyak dua buah tempat penyembelihan ayam telah diperiksa dalam operasi ini.

    Katanya, hasil pemeriksaan, salah satu tempat itu diarah tutup selama 14 hari kerana kotor dan sebuah lagi dikompaun sebanyak RM2,500 kerana tidak mematuhi Program Jaminan Keselamatan Makanan atau PJKM.

    “Dua pusat penyembelihan yang kami pergi, satu diberi kompaun kerana mereka gagal memenuhi PJKM, dan sebuah lagi saya nampak agak ketara kekotorannya.

    “Selain diarah tutup kerana didapati ada kehadiran tikus dan tahi tikus yang berdekatan tempat pemprosesan ayam, markah yang diberikan juga agak rendah,” katanya.

    Johari berkata demikian semasa selesai mengadakan Operasi Rumah Sembelih untuk daerah Sandakan, di sini, hari ini.

    Menurutnya, pusat penyembelihan itu ditutup selama 14 hari mengikut Akta Makanan 1983, Peratauran-Peratauran Makanan 1985, serta Peraturan Kebersihan Makanan Tahun 2009.

    “Perkara ini sangat serius kerana mereka membekalkan ayam yang diproses kepada pengguna dan kita mahu pastikan tempat proses semuanya bersih,” Katanya.

    Katanya lagi, sebelum ini kedua-dua pusat penyembelihan itu juga sudah pernah diarah tutup pada Mei lalu.

    “Daerah Sandakan mempunyai enam buah pusat penyembelihan ayam dan empat lagi didapati mematuhi PJKM.

    “Justeru, saya berharap pusat penyembelihan di daerah ini dapat mematuhi peraturan yang ditetapkan kerana ia penting dalam menjaga kesihatan masyarakat,” katanya.

    Sumber : Utusan Borneo


  • Entri Pas Ke Sabah - Masidi Minta Semua Pihak Hormati MA63

    Entri Pas Ke Sabah - Masidi Minta Semua Pihak Hormati MA63


    KOTA KINABALU :
    Kerajaan Sabah meminta agar semua pihak menghormati dan menerima segala perkara yang termaktub di dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) khususnya yang melibatkan undang-undang negeri ini dan juga Sarawak.

    Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, pada ketika ini Sabah belum bersedia untuk mengubah sebarang syarat dan terma yang terkandung dalam MA63.

    “Ini adalah sebahagian terma yang terdapat dalam perjanjian Malaysia, Kita tidak bersedia untuk menggugurkan syarat-syarat tersebut sebab kita mempunyai sebab-sebab tersendiri.

    “Sudah tentu kita mahu menjaga kebajikan orang kita. Kalau ada peluang pekerjaan atau perniagaan, orang pertama yang mendapat peluang adalah orang kita sendiri dan kemudian baru kita ambil orang lain,” katanya.

    Katanya ketika ditemui selepas menghadiri Forum AntiRasuah dan Tatacara Mencukupi bagi Badan Korporat dan PKS (SME) Seksyen 17A Akta SPRM 2009 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

    Beliau mengulas mengenai persoalan yang dibangkitkan oleh Senator Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Datuk Razali Idris dalam sidang dewan negara semalam mengenai entri pas ke Sabah dan Sarawak.

    Masidi berkata, ketika ini tiada sebarang masalah yang dihadapi oleh individu dari Semenanjung yang berkunjung ke negeri ini.

    Katanya, mereka hanya perlu melalui pemeriksaan keselamatan dan mengemukakan MyKad selain perkara sama turut dilakukan oleh rakyat negeri ini yang berkunjung ke Semenanjung.

    “Bagi mereka yang berasal dari Semenanjung yang ingin menetap di Sabah lebih dari tiga bulan disebabkan bekerja di negeri ini, mereka hanya perlu memohon pas kerja di Jabatan Imigresen Malaysia (JIM),” katanya.

  • Sabah FC, Kedah Darul Aman FC Berkongsi Satu Mata

    Sabah FC, Kedah Darul Aman FC Berkongsi Satu Mata


    ALOR SETAR
    : Sabah FC yang berkunjung ke Stadium Darul Aman dalam aksi Liga Super menentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC), malam ini terpaksa berpuas hati berkongsi satu mata apabila sekadar seri 1-1.

    Dalam perlawanan itu,
    Kedah membuka tirai jaringan menerusi tandukan penyerang import Ronald Ngah seawal minit keenam, menewaskan penjaga gol Sabah, Khairul Fahmi Che Mat.

    Sabah cuba bangkit menerusi percubaan Gary Steven Robat pada minit ke-21, namun percubaannya melepasi palang gol.

    Pemain Sabah, Taiki Kagayama hampir menyamakan kedudukan lima minit kemudian, namun percubaannya berjaya ditepis penjaga gol Kedah, Ifwat Akmal.

    Tuan rumah hampir menambah gol apabila
    Mahmoud Al-Mardi memperoleh peluang pada minit ke-34 dalam kotak penalti selepas mendapat hantaran daripada ketua pasukan Kedah, Syazwan Zainon, namun percubaannya tersasar.

    Bermula babak kedua, Sabah terus menekan tuan rumah menerusi ketua pasukan dan bekas pemain Kedah Baddrol Bakhtiar pada minit ke-64, namun percubaannya diselamatkan Ifwat.

    Gol penyamaan yang dicari cari skuad The Rhinos akhirnya menjelma pada minit ke-83, menerusi jaringan Farhan Roslan yang mendapat hantaran Saddil Ramdani untuk Sabah membawa pulang 1 mata ke Kota Kinabalu.

    Dengan keputusan ini, Sabah FC kekal di tangga kedua Liga Super dengan 35 mata selepas mengharungi 16 perlawanan, 3 mata di belakang pendahulu, Johor Darul Ta’zim.

    Manakala Kedah di tangga keenam dengan 18 mata.

    Sumber : Sabah Post

  • KRI Tawau Harap Fasiliti Depot Tahanan Ditambah Baik

    KRI Tawau Harap Fasiliti Depot Tahanan Ditambah Baik

     



    TAWAU
    : Konsulat Republik Indonesia (KRI) Tawau berharap Jabatan Imegresen Malaysia (JIM) dapat menambah baik kemudahan dan fasiliti di Depot Imegresen Tawau (DIT), di sini.

    Ketua Perwakilan Konsulat Republik Indonesia (KRI) Tawau, Heni Hamidah, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai tahanan di DIT tidak menerima kemudahan yang baik selain padat.

    Katanya, isu kepadatan tahanan itu sudah dipanjangkan kepada pihak JIM baru-baru ini kerana ia dilihat boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan  sehingga berlakunya kematian.

    "Berdasarkan bedah siasat yang diterima, punca kematian tahanan terbabit disebabkan pelbagai penyakit termasuk pneumonia, jantung dan penyakit bawaan haiwan (leptospirosis)," katanya ketika ditemui pada majlis Ulang Tahun (HUT) Kemerdekaan Indonesia ke-77 di pejabat KRI Tawau, di sini, hari ini.

    Katanya, KRI Tawau mengharapkan pihak JIM dapat menangani dan memberi rawatan segera, sekiranya tahanan didapati sakit.

    Heni berkata, pihaknya juga sedang giat mempercepatkan proses penghantaran pulang warganya melalui kerjasama kedua-dua negara.

    "Pada Julai lalu katanya seramai 239 orang sudah dihantar pulang dan setakat ini hanya kira-kira 164 tahanan yang masih beradaa DIT," katanya.

    Sumber: Utusan Borneo


  • GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    Search This Blog

    Powered by Blogger.

    Contributors

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13