• UMS Rapatkan Hubungan Industri -Akademia, Bantu Pelajar Tingkatkan Keterbukaan

    Jakaria (berdiri kanan) mengetuai rombongan kunjungan hormat kepada AbdulKadir (duduk).Sharon (dua kiri), Razali (dua kanan) dan Elizabeth (tepi kiri)

    KOTA KINABALU
    : Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerusi Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) akan menganjurkan Seminar Antarabangsa Perniagaan dan Pengurusan kali ke-2 pada 13 Disember 2022.

    Bertemakan 'Penciptaan Nilai untuk Kreativiti dan Inovasi', seminar tersebut akan dianjurkan dengan kerjasama Universitas Sarjanawiyata Tamansiswa dan Universiti Muhammadiyah Surakarta, Indonesia.

    Ia turut menampilkan tiga pemberi ucaptama termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Oil & Gas Development Corporation Sdn Bhd (SOGDC) Haji Abdul Kadir Haji Abdullah Haji Damsal.

    Sehubungan itu, satu kunjungan rasmi diadakan FPEP kepada Abdul Kadir di pejabatnya, di sini, baru-baru ini.

    Wakil Dekan FPEP, Dr. Jakaria Dasan memaklumkan, Abdul Kadir merupakan seorang yang berpengalaman luas dalam industri dan keusahawanan.

    “Perkongsian beliau mampu memberi nilai tambah dan impak yang besar kepada para audiens yang terdiri daripada kalangan ahli akademik, pelajar pascasiswazah, pelajar universiti serta pihak industri dan orang awam.

    “Untuk makluman, Abdul Kadir memulakan kerjaya sebagai peguam dan kemudiannya menceburi bidang keusahawanan, industri seterusnya menjawat beberapa jawatan penting dalam kerajaan serta agensinya.

    “Beliau juga telah dilantik sebagai CEO@Faculty Programme bagi UMS oleh Menteri Pengajian Tinggi Malaysia berkuatkuasa pada 1 Febuari 2022 lalu,” jelas Jakaria yang juga merupakan Pengarah Pusat Kelestarian Libatsama Masyarakat UMS.

    Hadir sama, Pensyarah Kanan FPEP merangkap Pengerusi Seminar Dr. Sharon Toh Pei Sung, Pensyarah FPEP Datu Razali Datu Eranza, dan Pembantu Tadbir Elizabeth Martin.

    Sementara itu, Abdul Kadir ketika dalam kunjungan tersebut memberitahu, usaha UMS merapatkan hubungan industri dan akademia amat bertepatan serta wajar untuk diteladani semua pihak.

    “Ia pada masa yang sama mampu membantu meningkatkan lagi keterbukaan para pelajar universiti meneroka lebih banyak peluang dan prospek kerjaya pada masa hadapan.

    “Saya berterima kasih atas undangan pihak UMS dan semoga seminar ini akan berlangsung dengan jayanya,” ujar beliau.

    Dua lagi panel jemputan ialah Datuk Norman Abdul Halim dari Yayasan KRU, dan Dr. Syamsul Hadi,SE.,MM. dari Universitas Sarjanawiyata Tamansiswa, Indonesia.

    Seminar Antarabangsa itu nanti turut diisi dengan pertandingan inovasi yang akan dikendalikan Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar (PKPP) UMS.

    Sumber :Utusan Borneo


  • 0 Comments:

    Post a Comment

    GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13