• Kerajaan Negeri Tingkatkan Keselamatan Makanan, Siap Sedia Hadapi Krisis Makanan




    TAWAU: Kerajaan negeri melalui Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah komited untuk meningkatkan Keselamatan Makanan (Food Security) negara bagi menghadapi kemungkinan berlakunya krisis makanan.

    Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah, Datuk Jeffery G. Kitingan berkata pihaknya melalui Jabatan Pertanian Sabah mengambil peranan itu bagi memastikan Keselamatan Makanan dapat ditingkatkan.

    Katanya, Jabatan Pertanian telah mengambil langkah-langkah pro-aktif bagi memastikan pengeluaran makanan di seluruh negeri ini mencukupi bagi keperluan penduduk di Sabah.

    “Jabatan Pertanian Sabah dalam usaha untuk memperkasa rantaian makanan melalui penggunaan tanah sawit 1-10 peratus untuk pengeluaran makanan (tanaman makanan, haiwan, ikan dan pemprosesan).

    “Justeru, kerjasama Jabatan dan kerajaan negeri perlu dipertingkatkan dalam usaha menambah keluasan tanah bagi kegunaan pertanian, serta mengurangkan kebergantungan kepada import makanan,” katanya

    Beliau berkata demikian dalam majlis sambutan Ulang Tahun Ke-65 Stesen Penyelidikan Pertania, Quoin Hill, serta pelancaran Teknologi Avocado Varieti QAV3 dan Tarap Varieti QTRP1 di sini hari ini.

    Menurutnya, dalam usaha membantu meningkatkan pengeluaran makanan negara yang mapan dan berkualiti, Jabatan Pertanian Sabah telah menubuhkan sebanyak lima kawasan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM).

    “Selain itu, kita juga menubuhkan tujuh kawasan Mini TKPM dan dua inkubator usahawan berkeluasan 177.5 hektar dengan jumlah pengeluaran hasil sebanyak 854.85 tan.

    “Sasaran Jabatan tahun ini, adalah membangunkan sembilan kawasan TKPM, enam Mini TKPM baharu seluas 1438.65 hektar serta projek Pertanian Bandar yang melibatkan 24 daerah dan 900 peserta,”katanya.

    Jeffery berkata, krisis makanan yang melanda dunia pada beberapa tahun lalu telah membuka mata ramai pihak bahawa betapa pentingnya sektor industri pengeluaran tanaman makanan diberi perhatian.

    “Cabaran seumpama ini seharusnya ditangani segera dan usaha-usaha yang lebih komprehensif perlu digerakkan dengan lebih efisien supaya krisis kekurangan makanan dapat dibendung dan tidak berulang.

    “Salah satu usaha yang dapat dilaksanakan ke arah tersebut adalah dengan memajukan dan meningkatkan kapasiti bidang penyelidikan pertanian negeri,” katanya.

    Katanya, sememangnya peranan dan tanggungjawab Bahagian Penyelidikan dan Inovasi amat besar, malah mampu mengubah senario industri pertanian Negeri.

    “Teknologi terkini hasil penyelidikan bagi pengeluaran beras, tanaman sayuran dan buah-buahan mengambil peranan penting dalam membantu meningkatkan tahap sara diri dan membangunkan petani tempatan.

    “Kejayaan memperkenalkan varieti dan teknologi baharu melalui kajian dan penyelidikan mampu memberi impak besar ke arah membantu petani meningkatkan taraf sosio ekonomi mereka,” katanya.

    Jeffery berharap Jabatan Pertanian Sabah melalui Bahagian Penyelidikan dan Inovasi akan terus berusaha memainkan peranan sebagai teras utama pembangunan industri pertanian di negeri kita.

    “Syabas dan tahniah kepada pasukan penyelidik Stesen Penyelidikan Pertanian, Quoin Hill, Tawau atas usaha dan kejayaan yang telah diperolehi,” katanya.

    Turut hadir, Pembantu Menteri I, Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah, Datuk James Ratib; Pembantu Menteri II, Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah, Hendrus Anding dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balung, Hamild Awang.

    Sumber : Utusan Borneo







  • 0 Comments:

    Post a Comment

    GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13