• RM51 Juta Peruntukan PUNB Bantu Usahawan Di Sabah


    TAWAU
    : Sebanyak RM51 juta pembiayaan sudah diluluskan oleh Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) kepada 257 syarikat usahawan Bumiputera Sabah sejak PUNB ditubuhkan sehingga Julai 2022.

    Pengerusi PUNB, Datuk Ahmad Nazlan Idris berkata bagi negeri Sabah, pada tahun ini sehingga Julai sebanyak RM4.4 juta pembiayaan sudah diluluskan kepada 18 syarikat.

    “Bagi daerah Tawau sebanyak 50 usahawan bumiputera sudah membuat permohonan pinjaman tersebut iaitu melibatkan jumlah pinjaman RM32 juta.

    “Daripada jumlah itu, PUNB telah meluluskan pinjaman sebanyak RM1.2 juta untuk usahawan di Tawau yang memohon tahun ini,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) PUNB, di Pulau Sebatik, di sini hari ini.

    Turut hadir, Ahli Parlimen Kalabakan, Ma’mun Sulaiman dan Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Andi Muhammad Suryady Bandy.

    Katanya, PUNB telah menerima peruntukan sebanyak RM200 juta daripada kerajaan bagi membantu usahawan-usahawan bumiputera di negara ini.

    “Kami dapati kebanyakkan dana itu tertumpu di Kuala Lumpur dan Selangor, manakala negeri lain hanya sekitar 40 peratus sahaja.

    “Justeru, kami mengadakan program turun padang di setiap negeri, dalam usaha meningkatkan jumlah pinjaman supaya lebih ramai usahawan bumiputera dapat dibantu,” katanya.

    Beliau berkata, pihaknya berharap wakil rakyat di daerah ini dapat membantu untuk memperkenalkan PUNB kepada usahawan yang ada di sini terutamanya belia.

    “Kita berharap, usahawan muda di Tawau dan Kalabakan dapat ditingkatkan secera menyeluruh di negeri Sabah,” katanya.

    Mengulas mengenai CSR ini, katanya, program tersebut adalah yang pertama dilakukan di negeri Sabah dan PUNB memilih telah Pulau Sebatik.

    “Seramai 50 keluarga yang kurang berkemampuan di pulau ini menerima bakul makanan dan lampu solar dalam program kali ini.

    “Fasa pertama ini, PUNB akan mengadakan program CSR di setiap negeri supaya lebih ramai rakyat yang memerlukan dapat dibantu di seluruh negara,” katanya.


    Sumber: Utusan Borneo

  • 0 Comments:

    Post a Comment

    GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13