• Enam Pelajar Dan Tujuh Guru Dijangkiti Covid-19 Di Lahad Datu


    Lahad Datu: Seramai enam pelajar dan tujuh orang guru melibatkan tiga buah sekolah di Lahad Datu disahkan dijangkiti COVID-19, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.

    Menurut Pengarahnya, Datuk Dr. Christina Rundi, semua pesakit tersebut dikesan melalui saringan Kluster Benteng LD.

    "Kes ke-921, kes-922 dan kes-925 hingga kes-935 juga telah dikesan positif COVID-19 semasa saringan kontak Kluster Benteng LD. Mereka terdiri daripada enam orang pelajar dan tujuh orang guru melibatkan tiga buah sekolah. Kesemua kes sudah berada di bawah jagaan Hospital Lahad Datu." Katanya.

    Pada hari ini, seramai 60 lagi kes positif direkodkan di Negeri Sabah dan majoriti kes iaitu seramai 54 pesakit adalah daripada Lahad Datu. Daerah Lahad Datu kini mencatatkan sebanyak 144 jumlah kes aktif yang sedang dirawat.

    *Statistik Covid-19 Negeri Sabah (16 September 2020):


    Sumber: Kenyatan Media PKN Sabah 16 September 2020

  • 0 Comments:

    Post a Comment

    GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13