• Afsar Nafi Mesej Tular Guna Politik Wang Dalam Kempen PRN Sabah

     


    TAWAU: Calon Parti Warisan Sabah (WARISAN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Batu Mohd Afsar Abd Latif menafikan mesej tular mendakwa dirinya melaksanakan kempen politik wang untuk meraih undi di kawasan berkenaan.

    Beliau berkata, mesej yang tular sejak semalam itu adalah palsu dan ianya bersifat cuba menjatuhkan dirinya dan WARISAN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

    "Sudah dua kali saya kena termasuklah pihaknya, mesej akan menyelesaikan bil air dan elektrik tanpa jumpa jentera kerana adanya program bantuan yang ditanggung olehnya.

    "Pada hari ini pula, tular lagi mesej berkaitan saya mahu memberi sumbangan minyak petrol untuk motosikal dan kereta di stesen minyak yang menyebabkan saya menerima banyak panggilan daripada pengundi Tanjung Batu," katanya ketika ditemui, di sini semalam.

    Mengulas lanjut beliau berkata, pihaknya sudah tampil membuat laporan polis untuk tindakan bahawa "kami tidak ada mengeluarkan kenyataan seperti itu".

    Sementara itu Afsar yang akan ditentang lima calon pesaing bagi kerusi DUN Tanjung Batu akan berusaha membawa aspirasi suara golongan muda untuk diketengahkan ke peringkat atasan.

    "Selain melihat isu keperluan golongan muda di kawasan ini terutamanya meneroka peluang pekerjaan yang boleh dibangunkan, kemudahan infrastruktur asas juga masih menjadi fokus utama," katanya.

    -Hamzah Sanudin

  • 0 Comments:

    Post a Comment

    GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13