• Diskaun Saman 50 Peratus Sempena Hari Malaysia

    HAZANI

     KOTA KINABALU: Orang ramai berpeluang membayar separuh daripada bayaran saman selepas Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sabah mengenakan diskaun 50 peratus bermula semalam hingga 30 September depan.

    Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata, tindakan itu adalah bagi memudahkan orang ramai menjelaskan bayaran saman selain meningkatnya kadar saman tertunggak serta Orang Kena Saman (OKS) semasa musim COVID-19 yang merisaukan.

    "Jumlah saman tertunggak bagi tempoh 10 tahun mencecah 1,881,244 keping dan kita harapkan dengan pembukaan kaunter diskaun saman dapat menyelesaikan masalah ini.

    "Kaunter terbabit akan beroperasi pada hari bekerja bermula 8 pagi sehingga 4 petang dan tidak termasuk cuti umum serta Sabtu dan Ahad," katanya.

    Menurutnya, saman di luar kontinjen Sabah turut diberikan diskaun 50 peratus apabila bayaran dibuat di semua IPD Kontinjen Sabah dan semakan boleh dibuat melalui kaunter bayaran saman serta www.myeg.com.my dan www.rilek.com.my.

    "Bayaran boleh dibuat melalui bayaran tunai dan e-payment hanya diterima di lima daerah termasuklah IPK, Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan dan Labuan.

    "Kelulusan diskaun ini boleh terbatal bila-bila masa bergantung dengan keadaan COVID-19 dan orang ramai dinasihatkan untuk membuat bayaran segera dan elakkan dari membayar pada saat akhir," katanya sambil menambah orang awam yang berurusan di kaunter pembayaran saman dinasihatkan untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

    Beliau bagaimanapun berkata, saman berstatus bicara mahkamah, kesalahan Ops Selamat 16/2020 pada Tahun Baharu Cina, saman kemalangan 2020, saman berstatus waran tangkap 2020, semua saman membabitkan motolori dan saman berstatus non compound (NC) tahun 2018, 2019 dan 2020 tidak akan diberi diskaun.

    Sementara itu dalam perkembangan berasingan Hazani mengingatkan orang ramai untuk tidak percaya berita palsu beserta ulasan tidak benar berkenaan perintah berkurung di ESSZone.

    "Isu ini boleh menyebabkan kegusaran serta ketakutan kepada rakyat terutamanya pada musim Pilihan Raya Negeri (PRN), perintah berkurung sedang dilaksanakan bagi fasa ke 145 sejak 2 hingga 17 September depan.

    "Kawasan dikenakan perintah adalah kawasan laut antara tiga batu nautika dari pantai hingga ke sempadan perairan antarabangsa dari 6 petang sehingga 6 pagi sahaja.

    "Bermula 6 pagi sehingga 6 petang adalah dikecualikan dari perintah berkurung dan boleh dilalui serta dimasuki manakala kawasan laut dari pesisir pantai hingga tiga batu nautika adalah dikecualikan sepenuhnya dari perintah berkurung," katanya.-Vivi Olviana Najurus


  • 0 Comments:

    Post a Comment

    GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13